18 November 2016

Hope.

Bismillah.

Sejak akhir akhir ni entah kenapa.
Semua serba tak kena.
Serabut sangat.

Tiba-tiba rasa macam all things that I have done all this while just to satisfy others.
Bukan untuk diri sendiri.

Orang cakap "do something that will make yourself happy".
"Dont think what people will say".

Mana boleh beb.
Kita ni hidup dalam bermasyarakat.
Mampu ke nak hidup aman kalau orang keliling sibuk mengata?

"Do something that will make yourself happy".

What if it against your parents?

"Then leave it".

I will suffer then.

So at the end, still, kena hidup dengan kata-kata orang.

Betul tak?

Ya robb. Kau Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kami. Maka permudahkanlah.

I have nothing but You.

08 October 2016

Intermission (:

Assalamualaikum wrh.

Mak aih berhabuk bersawang labah-labah dah blog ni. Sobs.
Sungguh, cepat sangat masa berlalu...
Last menulis bulan 5 tahun lepas, sekarang dah nak hujung tahun 2016...

Terlalu lalu lah banyak sangat benda yang jadi sepanjang setahun lebih ni...
Suka duka, menangis ketawa, tergolek terbaring, semua ada.

Akhir sem tahun lepas, sibuk dengan Final Year Project.

*Dalam sibuk sibuk tu alhamdulillah dapat jugak cari duit poket lebih, buat part time*

Dekat 2 sem bekerja untuk FYP tu, boleh pulak sehari dua sebelum showcase pi bergaduh dengan groupmate... Haih... Memasing stress punya pasai.
Masa showcase pun memang down sebawah bawahnya lepas kena hentam teruk dengan judges.
Tapi alhamdulillah, walau tak dapat A solid, kira ok la tak kena repeat kannn T.T
We survived though!

Next, habis final semester, sambung internship kat IT Department Hospital Sungai Buloh.
Seriously banyak sangat belajar benda baru dekat 6bulan praktikal ni.
Surrounding baru.
Kawan-kawan baru.
Zaman U kawan-kawan dekat dekat je umur.
Masa praktikal ni dengan makcik pakcik sekali jadi member.
Paling best bila boleh sampai kamcing dengan bos.
Seminggu dua awal tu punyala pikiaq macamana nak habiskan praktikal kat situ.
But again, I survived.
Alhamdulillah.

Now, here I am, doing part time during weekend.
Weekdays as system analyst.
Weekend as customer support at insurance company.
Demi sesuap nasi.
Demi merealisasikan impian di hati.
Moga Allah permudahkan in shaa Allah (:

Bulan depan in shaa Allah akan bergraduasi.
Should start prepare for a goodbye to Taman Ilmu dan Budi!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...