12 May 2015

Sungguh, Aku rindu.

Bismillah.

Aku rindu.
Menjadi aku yang dahulu.

Aku rindu.
Menjadi si setia,
Mencoret segala rasa di dada,
Hanya pada si 'bisu' yang sentiasa ada.

Aku rindu.
Untuk memendam segala rasa,
Hanya buat aku dan Dia.

Aku rindu.
Menjadi si 'hati batu',
Yang tak mudah layu,
Tak mudah tunduk dengan bisik hati kecilku.

Aku rindu.
Menjadi umpama 'hantu',
Yang wujudnya di mana-mana,
Namun tak pernah disedari,
Dek kerana sifat 'invisible'nya.

Aku rindu.
Menjadi aku yang dulu,
Yang sukar sekali bicaranya,
Apalagi didengari gelak tawanya.

Aku rindu.
Menjadi seorang yang hanya punya Dia,
Sebagai tujuan, sebagai matlamat.
Tiada lainnya, hanya Dia.

Ya Allah, bantu aku.
Untuk dekat denganMu.

Ya Allah, ingin sekali aku,
Menjadi aku yang dulu.

Ya Allah,
Sungguh, Aku rindu!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...