28 November 2014

Si Mawar Berduri.

Al-kisah si mawar berduri,

Dahulu dirinya terkawal rapi,
Ditilik ditimbang setiap gerak geri,
Kerana kuat hasratnya menjadi mawar berduri.

Al-kisah si mawar berduri,

Dahulu dirinya tak dikenali,
Namanya kedengaran jarang sekali,
Kerana memahami hakikat menjadi mawar berduri.

Al-kisah si mawar berduri,

Dahulu dirinya tajam berduri,
Ditambah pula dengan pagar berduri,
Kerana dirinya si mawar berduri.


Namun kini si mawar berduri,
Namanya disebut di sana sini,
Menjadi rahsia, tiada lagi.

Alahai si mawar berduri,

Dulu kau tajam, kini tidak lagi.
Durimu semakin tak berguna lagi.
Semakin lama, semakin banyak yang menghampiri.
Memetik memijak, sesuka hati.

Alahai si mawar berduri,

Tiada yang mengerti, tiada yang memahami.
Durimu kau tumpulkan, dirimu kau korbankan.
Pedihmu kau simpankan, deritamu kau diamkan.

Alahai si mawar berduri,

Dulu kau tersembunyi, namun kini tidak lagi.

Tapi kau akur, dan engkau tak peduli.
Biarkan mereka yang tidak mengerti.
Kerana hakikatnya, hanya engkau yang merasai.

Alahai mawar berduri,

Kata mereka jangan kau peduli,
Walau tajamnya tak seperti dulu lagi,
Tapi percayalah, kau masih punya duri!


Wahai mawar berduri,

Jangan engkau bersedih hati.
Kuatkan jiwa kuatkan hati.

Moga durimu menajam semula suatu hari nanti.
Lebih tajam, lebih berseri,

Mekarlah engkau, si mawar berduri!



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...