28 November 2014

Si Mawar Berduri.

Al-kisah si mawar berduri,

Dahulu dirinya terkawal rapi,
Ditilik ditimbang setiap gerak geri,
Kerana kuat hasratnya menjadi mawar berduri.

Al-kisah si mawar berduri,

Dahulu dirinya tak dikenali,
Namanya kedengaran jarang sekali,
Kerana memahami hakikat menjadi mawar berduri.

Al-kisah si mawar berduri,

Dahulu dirinya tajam berduri,
Ditambah pula dengan pagar berduri,
Kerana dirinya si mawar berduri.


Namun kini si mawar berduri,
Namanya disebut di sana sini,
Menjadi rahsia, tiada lagi.

Alahai si mawar berduri,

Dulu kau tajam, kini tidak lagi.
Durimu semakin tak berguna lagi.
Semakin lama, semakin banyak yang menghampiri.
Memetik memijak, sesuka hati.

Alahai si mawar berduri,

Tiada yang mengerti, tiada yang memahami.
Durimu kau tumpulkan, dirimu kau korbankan.
Pedihmu kau simpankan, deritamu kau diamkan.

Alahai si mawar berduri,

Dulu kau tersembunyi, namun kini tidak lagi.

Tapi kau akur, dan engkau tak peduli.
Biarkan mereka yang tidak mengerti.
Kerana hakikatnya, hanya engkau yang merasai.

Alahai mawar berduri,

Kata mereka jangan kau peduli,
Walau tajamnya tak seperti dulu lagi,
Tapi percayalah, kau masih punya duri!


Wahai mawar berduri,

Jangan engkau bersedih hati.
Kuatkan jiwa kuatkan hati.

Moga durimu menajam semula suatu hari nanti.
Lebih tajam, lebih berseri,

Mekarlah engkau, si mawar berduri!



Jalan terus!

Bismillah.

Seperti biasa, setiap kali sebelum mula satu-satu penulisan, mesti akan tengok bila 'last post'.
Nearly 5 months ago.

Allahu...

Tengok komen-komen pun banyak.
Maaf sangat-sangat sebab tak ter'reply'.
Untuk tanya apa-apa lepas ni boleh la terus refer ke emel (nurillahee92@gmail.com)

Maaf semua ...

* * * * *     * * * * *     * * * * *     * * * * *
Selamat datang.
Selamat datang tahun 3.
Selmat datang dunia 'baru'.

Datangnya bersama amanah baru.
Antara yang terbesar dalam hidup.
Juga antara ujian terbesar dalam hidup.

Macam macam yang teruji kali ini.

Persahabatan.
Keimanan.
Ketabahan dan kesabaran.
Prinsip diri.

"Jika kau tak rela sepenuhnya, mengapa memilih untuk menerima?"

Terkadang, tak semua yang kita pilih itu harus selari dengan hasrat hati.
Demi kebaikan yang lebih besar manfaatnya, dalam diam, kuanggukkan kepala tanda sudi.

Tapi tak semua yang memahami.
Dan tak semua yang mengerti.
Mengapa aku rela memilih jalan ini.

"Kau harus faham, keburukan yang lebih besar harus dielak dengan mengorbankan kebaikan yang kecil."

Ya.
Mudahnya menuturkan kata.
Namun hakikatnya, akulah yang mengalami.

Tak pernah aku meminta-minta.
Apalgi menagih simpati.

Aku sedar aku bukan siapa siapa.
Aku sedar aku hanya perlu bersiap sedia mendengar dan menerima.

Tapi cuma satu aku minta,
Janganlah kalian memaksa kepada sesuatu yang aku tak bisa.

Kerana aku juga manusia biasa.
Punya jiwa, punya rasa.
Sama seperti kalian juga.






p/s: Jalan ini telah kau pilih. Dan harus kau ingat, tiada peluang untuk menoleh. Lalu apa? Jalan terus!


* * * * * * * * * *
Mawar yang semakin kurang seri dan duri,
Mahallah Asiah,
11.36 pagi, 29/11/14.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...