29 March 2014

Seseorang.

Bismillah.

Seseorang.
Semua orang mempunyai 'seseorang'.
Mungkin seorang, mungkin lebih.

Seseorang yang sentiasa memerhati dari jauh.
Setiap suka dan duka.
Sedih dan gembira.
Yang sentiasa mendo'akan dari jauh.

Ya aku juga punya 'seseorang' itu.
Di rumah.
Di universiti.
Di mana-mana.

Moga kalian sentiasa dalam lindunganNya.

Hujung sudut hati,
Aku juga punya keinginan.
Agar aku juga menjadi 'seseorang' buat dirimu.
Yang sentiasa mendo'a.
Dari jauh.

Kerana do'a dalam senyap, dari jauh itulah yang paling didengariNya :')

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...