29 March 2014

Seseorang.

Bismillah.

Seseorang.
Semua orang mempunyai 'seseorang'.
Mungkin seorang, mungkin lebih.

Seseorang yang sentiasa memerhati dari jauh.
Setiap suka dan duka.
Sedih dan gembira.
Yang sentiasa mendo'akan dari jauh.

Ya aku juga punya 'seseorang' itu.
Di rumah.
Di universiti.
Di mana-mana.

Moga kalian sentiasa dalam lindunganNya.

Hujung sudut hati,
Aku juga punya keinginan.
Agar aku juga menjadi 'seseorang' buat dirimu.
Yang sentiasa mendo'a.
Dari jauh.

Kerana do'a dalam senyap, dari jauh itulah yang paling didengariNya :')

Merepek.

Bismillah.

Hari ni hari terakhir cuti midsem untuk sem ni T.T
Macam cuti-cuti sebelum ni, rasa macam membazir gila waktu seminggu yang diberi...

T.T

Cuti dalam 4-5 hari, dan balik semula ke Taman Ilmu dan Budi.
Program 'Tentang Kita', yang bagi aku ermmm .....
Tapi ahamdulillah, dah pun terlaksana dan berakhir! ^_____^

Dalam jangkamasa sebulan ni, Allah berikan peluang untuk 'mendekati' beberapa artis terkenal tanah air.
Selama ni tertanya-tanya, macamana agaknya kehidupan jadi orang 'femes' nih.
Sampai sekarang pun sebenarnya :p

Dan sejak beberapa tahun lepas, hingga ke saat ini, memang tak henti-henti sahabat jauh dan dekat mendirikan Baitul Muslim.
Oleh itu,

SELAMAT BERCINTA HINGGA KE SYURGA!!! :)

Setakat ni kawan-kawan terdekat masih belum lagi yang 'advance'.
Selamat aku >.<

Btw, terima kasih sebab menjadi antara orang yang masih sudi melawat dan membaca di sini (kalau ada :p)
Dan minta maaf andai anda tak mendapat manfaat darinya T.T

In shaa Allah i'll try to post something beneficial after this! :')

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...