28 November 2014

Si Mawar Berduri.

Al-kisah si mawar berduri,

Dahulu dirinya terkawal rapi,
Ditilik ditimbang setiap gerak geri,
Kerana kuat hasratnya menjadi mawar berduri.

Al-kisah si mawar berduri,

Dahulu dirinya tak dikenali,
Namanya kedengaran jarang sekali,
Kerana memahami hakikat menjadi mawar berduri.

Al-kisah si mawar berduri,

Dahulu dirinya tajam berduri,
Ditambah pula dengan pagar berduri,
Kerana dirinya si mawar berduri.


Namun kini si mawar berduri,
Namanya disebut di sana sini,
Menjadi rahsia, tiada lagi.

Alahai si mawar berduri,

Dulu kau tajam, kini tidak lagi.
Durimu semakin tak berguna lagi.
Semakin lama, semakin banyak yang menghampiri.
Memetik memijak, sesuka hati.

Alahai si mawar berduri,

Tiada yang mengerti, tiada yang memahami.
Durimu kau tumpulkan, dirimu kau korbankan.
Pedihmu kau simpankan, deritamu kau diamkan.

Alahai si mawar berduri,

Dulu kau tersembunyi, namun kini tidak lagi.

Tapi kau akur, dan engkau tak peduli.
Biarkan mereka yang tidak mengerti.
Kerana hakikatnya, hanya engkau yang merasai.

Alahai mawar berduri,

Kata mereka jangan kau peduli,
Walau tajamnya tak seperti dulu lagi,
Tapi percayalah, kau masih punya duri!


Wahai mawar berduri,

Jangan engkau bersedih hati.
Kuatkan jiwa kuatkan hati.

Moga durimu menajam semula suatu hari nanti.
Lebih tajam, lebih berseri,

Mekarlah engkau, si mawar berduri!



Jalan terus!

Bismillah.

Seperti biasa, setiap kali sebelum mula satu-satu penulisan, mesti akan tengok bila 'last post'.
Nearly 5 months ago.

Allahu...

Tengok komen-komen pun banyak.
Maaf sangat-sangat sebab tak ter'reply'.
Untuk tanya apa-apa lepas ni boleh la terus refer ke emel (nurillahee92@gmail.com)

Maaf semua ...

* * * * *     * * * * *     * * * * *     * * * * *
Selamat datang.
Selamat datang tahun 3.
Selmat datang dunia 'baru'.

Datangnya bersama amanah baru.
Antara yang terbesar dalam hidup.
Juga antara ujian terbesar dalam hidup.

Macam macam yang teruji kali ini.

Persahabatan.
Keimanan.
Ketabahan dan kesabaran.
Prinsip diri.

"Jika kau tak rela sepenuhnya, mengapa memilih untuk menerima?"

Terkadang, tak semua yang kita pilih itu harus selari dengan hasrat hati.
Demi kebaikan yang lebih besar manfaatnya, dalam diam, kuanggukkan kepala tanda sudi.

Tapi tak semua yang memahami.
Dan tak semua yang mengerti.
Mengapa aku rela memilih jalan ini.

"Kau harus faham, keburukan yang lebih besar harus dielak dengan mengorbankan kebaikan yang kecil."

Ya.
Mudahnya menuturkan kata.
Namun hakikatnya, akulah yang mengalami.

Tak pernah aku meminta-minta.
Apalgi menagih simpati.

Aku sedar aku bukan siapa siapa.
Aku sedar aku hanya perlu bersiap sedia mendengar dan menerima.

Tapi cuma satu aku minta,
Janganlah kalian memaksa kepada sesuatu yang aku tak bisa.

Kerana aku juga manusia biasa.
Punya jiwa, punya rasa.
Sama seperti kalian juga.






p/s: Jalan ini telah kau pilih. Dan harus kau ingat, tiada peluang untuk menoleh. Lalu apa? Jalan terus!


* * * * * * * * * *
Mawar yang semakin kurang seri dan duri,
Mahallah Asiah,
11.36 pagi, 29/11/14.

28 June 2014

Ramadhan datang lagi.

Bismillah.

1 Ramadhan 1435h.

Alhamdulillah, tsumma alhamdulillah...
Ramadhan, kali terakhir disebutkan atau menjadi bahan bualan adalah setahun lepas.
Dan hari ini, saat ini, 1 Ramadhan datang lagi! :)

Perasaan?

Takut.
Takut Ramadhan kali ni tak memberi apa-apa, atau membawa apa-apa perubahan pada diri.
Datangnya setahun sekali, tapi disiakan kedatangannya.
Tu lah perasaan kali ni.

Apapun, matlamat ramadhan kali ni tetap sama;

Bukan nak Ramadhan ni yang jadi baik, sebab Ramadhan memang macam tu dah sejak azali.
Tapi nak diri sendiri yang jadi lebih baik, berbanding sebelum ni.
Dan semoga bulan mulia ni jadi platform atau batu  loncatan untuk kami dan kita semua untuk melakukan at least satu perubahan yang kekal.

Jom kita buat list sikit do's and dont's bulan Ramadhan ni, dan semoga ia berkekalan ;)

DO's and DONT's:

- Perbanyak mengaji, berzikir dan berselawat.
- Perbaiki amalan fardhu, perbanyak yang sunat.
- Perbanyak sedekah.
- Pelihara semua anggota; mata, telinga, mulut dan hati.
- Tinggalkan perkaara lagha.
- Tolong mak ayah seikhlas mungkin.

Last but not least, berusaha untuk capai semua in shaa Allah!

:)

Kurangkan maksiat, tingkatkan amalan.

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN!

06 June 2014

Semester berakhir!

Bismillah tsumma alhamdulillah...

Tengok last updated: 29th March 2014.
Bersawang dah rupanya blog ni.
T.T

Tup2 nak update, habis sem dah... :')

Banyak sangat momment yang terukir dan diukir sem ni; pahit manis, suka duka.
Port Dickson, Bukit Tinggi, Sungai Chiling...
Dan banyak jugak yang teruji; iman, persahabatan...
Hmm...

Apapun, kehidupan sebagai seorang pelajar universiti memang takkan lari dari semua ni.
'Life must go on' orang kata.

Habis dah sem 2 tahun 2.
Alhamdulillah...
Nak sampai sini tak senang kot... T.T


 "Education bureau's family "

In shaa Allah, 4 semesters to go!

29 March 2014

Seseorang.

Bismillah.

Seseorang.
Semua orang mempunyai 'seseorang'.
Mungkin seorang, mungkin lebih.

Seseorang yang sentiasa memerhati dari jauh.
Setiap suka dan duka.
Sedih dan gembira.
Yang sentiasa mendo'akan dari jauh.

Ya aku juga punya 'seseorang' itu.
Di rumah.
Di universiti.
Di mana-mana.

Moga kalian sentiasa dalam lindunganNya.

Hujung sudut hati,
Aku juga punya keinginan.
Agar aku juga menjadi 'seseorang' buat dirimu.
Yang sentiasa mendo'a.
Dari jauh.

Kerana do'a dalam senyap, dari jauh itulah yang paling didengariNya :')

Merepek.

Bismillah.

Hari ni hari terakhir cuti midsem untuk sem ni T.T
Macam cuti-cuti sebelum ni, rasa macam membazir gila waktu seminggu yang diberi...

T.T

Cuti dalam 4-5 hari, dan balik semula ke Taman Ilmu dan Budi.
Program 'Tentang Kita', yang bagi aku ermmm .....
Tapi ahamdulillah, dah pun terlaksana dan berakhir! ^_____^

Dalam jangkamasa sebulan ni, Allah berikan peluang untuk 'mendekati' beberapa artis terkenal tanah air.
Selama ni tertanya-tanya, macamana agaknya kehidupan jadi orang 'femes' nih.
Sampai sekarang pun sebenarnya :p

Dan sejak beberapa tahun lepas, hingga ke saat ini, memang tak henti-henti sahabat jauh dan dekat mendirikan Baitul Muslim.
Oleh itu,

SELAMAT BERCINTA HINGGA KE SYURGA!!! :)

Setakat ni kawan-kawan terdekat masih belum lagi yang 'advance'.
Selamat aku >.<

Btw, terima kasih sebab menjadi antara orang yang masih sudi melawat dan membaca di sini (kalau ada :p)
Dan minta maaf andai anda tak mendapat manfaat darinya T.T

In shaa Allah i'll try to post something beneficial after this! :')

10 February 2014

Bismillah.

Semester ni semangat nak join macam2.
Volunteer itu ini.
Dengan student society lagi.
Ambil language class lagi.
Ingat nak join alumni career opportunities.
Tapi rasanya dah cukup kot untuk sem ni.
Satgi habuk pun tadaaa ...

Aim sebenar sebab nak 'memaknakan' kehidupan sebagai pelajar.
Pejam celik, berbaki 2 tahun je lagi di Taman Ilmu dan Budi.
Itupun kalau Allah izinkan.

Dan.
Kelas pagi ni baru perasan, ada sorang classmate yang pregnant.
Shes going to be a mother!

Lecturer: "When are you going to deliver the baby?"

Student: "Anytime."

Ouh maiii.
May Allah bless.

Tahun baru.
Semester baru.
Azam baru.
Semangat baru!
And a new me in shaa Allah :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...