11 February 2013

Ujian.

Dengan namaMu ya Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani.


Ujian.

Benarlah, Allah akan menguji setiap patah perkataan yang keluar dari mulut hambaNya.

4 hari berkongsi pengalaman dengan adik-adik lepasan SPM, setelah pelbagai kata-kata semangat dan kata-kata penguat telah aku kongsikan kepada mereka, akhirnya tibalah saat itu. Saat Allah uji setiap apa yang telah aku kata.

"Akak, macamana saya nak kekal jadi baik, buat baik? Sebab selalu kalau saya pergi program-program macamni, paling lama pun saya boleh bertahan 4 bulan je. Lepas tu saya jadi balik macam dulu."

Aku terdiam. Sebab dalam diam aku akui, aku juga begitu. Terkadang akan ada saatnya aku 'tersasar' dari landasan. Mementingkan perkara yang tak sepatutnya diberi kepentingan yang utama.

Apapun aku harus berikan jawapan buat persoalan ini.

"Dik, nak jadi baik ni bukan senang. Sebab tu Allah janjikan pahala yang besar buat orang yang membuat kebaikan. Adik tak perlu dalam satu masa terus buat amal yang besar. Kalau yang kecil pun, tapi adik istiqomah, in shaa Allah akan ada satu saat Allah akan gerakkan hati adik untuk buat lebih baik."

Macam-macam yang aku dah beri pada mereka. Boleh dikatakan hampir kesemua pengalaman aku tentang kehidupan di kampus telah aku kongsikan. Dan, ayat yang paling kerap aku ulang, "Setiap apa yang kita katakan, Allah akan uji."

Dan itulah yang sedang aku lalui.

Di dalam program aku kerap ulang perkatan sabar, sabar dan sabar, dan itulah juga yang aku tak dapat aplikasikan sejurus lepas aku pulang dari program.

Aku kira ini pengalaman yang paling teruk yang pernah aku alami.

Sebaik aku mahu menunaikan solat maghrib, aku mendapat panggilan dari adik perempuanku dari rumah, yang sedang teresak-esak menangis hingga membuat aku tidak memahami walau sepatah pun butir bicaranya.

Yang aku pasti, berlaku sesuatu di rumah.

Sambil adikku cuba memceritakan perkara sebenar, aku semakin hilang kesabaran bila tidak aku fahami walau satu pun yang dikatakan.

Sejurus selepas itu, beberapa kali aku menghentak-hentak tanganku ke meja, terjerit-jerit di telefon bertanyakan tentang situasi sebenar yang masih belum aku ketahui.

Kawan sebilik terus menutup pintu bilik kami, khuatir didengari pelajar di bilik lain. Sambil meraung, meratap umpama orang yang hilang kewarasan, aku memikirkan apa yang perlu aku lakukan. Tak lama lepas itu, kawan-kawan sebilik datang memelukku, menyuruh aku selesaikan solat maghrib yang belum aku tunaikan.

Selesai solat, aku bersiap-siap untuk pulang ke rumah, memandangkan ada kawanku yang sudi menghantar aku pulang ke rumah malam itu.

Dalam perjalanan, seorang pun tak bersuara setelah aku mula menangis kembali. Dari sms yang aku terima, benarlah berlaku sesuatu di rumah. Cuma aku sedih kerana emak seperti tidak mahu aku tahu apapun yang terjadi dalam rumah. Sebelum tu mak dah call, katanya tak payah balik, tak ada apa-apapun sebenarnya.

Lagi aku tak percaya. Adik bongsuku yang susah mengeluarkan air matapun boleh menangis di dalam telefon. Aku tahu dia menipu aku dengan mengatakan tiada apa yang berlaku.

Apa yang lebih aku kesal, semua orang berlagak seperti tiada apa yang terjadi setibanya aku di rumah. Ada yang menonton tv, sibuk dengan internet, dan ada yang dah tidur. Sungguh, aku rasa seperti bukan siapa-siapa di rumah ni. Bukan ini kali yang pertama, pernah juga berlaku seperti ini sebelum ni.

Kali ni aku banyak diam di rumah. Tidak seperti aku yang selalunya. Aku jawab jika perlu. Selebihnya aku cuma diam. Cuba memikirkan apa yang harus aku lakukan. Yang pasti, aku tak diperlukan dalam masalah ni.

Jadi akhirnya aku telah buat keputusan, aku tak akan pulang lagi ke rumah selepas ini melainkan telah aku temui jalan penyelesaian. Biarlah aku cuma berdo'a dari jauh, memandangkan kehadiran aku seperti tak diperlukan.


Sahabat, do'akan diri ini, juga keluarga kami. Sesungguhnya kami sedang diuji olehNya.

2 comments:

  1. BismillaH
    Assalamualaikum,
    Tidak Allah swt berikan ujian itu mengikut kemampuan hambaNya.

    Setiap perkara berlaku pasti ada jalan penyelesaiannya. andai ianya masalah yang disembunyikan mungkin ianya terlalu berat bagi mereka. husnuzon pada semua(keluarga) mungkin mereka tidak mahu membebankan. dan selalunya itulah dalil terkuat bagi sesebuah keluarga untuk merahsiakan sesuatu perkara walaupun kita merupakan ahli keluarga mereka...InsyaAllah..jangan pingirkan keluarga..doa itu penting juga..cuba secara halus untuk ketahui masalah itu andai benar-benar bersedia akan hal itu..InsyaAllah..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..
    ujian itu satu tarbiyah dari Allah,
    ujian itu tanda kasih Allah kpd hamba-Nya,
    kadar ujian yg dtg kepada kita, mengikut kadar keimanan kita.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...