27 February 2013

My Precious Friend.

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Subhanallah, walhamdulillah, Allahu Akbar.

It takes a lot of time to recover. But after all, alhamdulillah it works :)


Setelah sekian lamanya mencari 'identiti' diri yang menghilagnkan diri, akhirnya kutemu jua... :)

The best part is, now i know who is the real friend after all. Yang sentiasa bersama walau susah walau senang. Dan kini terbukti, apa jua keadaan yang berlaku, dia harus sentiasa ada di sisi.

Justeru, dengan bebresar hatinya saya nak mengesyorkan 'sahabat baik' saya ini kepada semua....

Jeng jeng jeng ...



Atau lebih tepat, sentiasa ada di jari :)

Tengah sedih, tegah penat, tengah gembira, setiap saat itu dia selalu ada. Hingga bila satu saat terasa 'kosong' di jari, rasa tak senang duduk.

Pernah jugak terfikir, kalau nak berzikir, berzikir je lah, guna jari pun boleh. Buat apa nak guna tasbih digital? Nak menunjuk-nunjuk? Nak riak?

Allahu Akbar. Na'uzubillah.

Tasbih ni cuma sebagai 'wasilah' untuk sering ingat kepada Allah. Kalau nak dibandingkan bila tasbih ada di jari dengan tak ada, alhamdulillah rasanya banyak lagi berzikir ingat pada Allah bila adanya tasbih ni walau tak sepanjang masa button tasbih ditekan. At least bila ada tasbih ni sekali sekala tergerak jugak nak picit kan? ;)



11 February 2013

Ujian.

Dengan namaMu ya Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani.


Ujian.

Benarlah, Allah akan menguji setiap patah perkataan yang keluar dari mulut hambaNya.

4 hari berkongsi pengalaman dengan adik-adik lepasan SPM, setelah pelbagai kata-kata semangat dan kata-kata penguat telah aku kongsikan kepada mereka, akhirnya tibalah saat itu. Saat Allah uji setiap apa yang telah aku kata.

"Akak, macamana saya nak kekal jadi baik, buat baik? Sebab selalu kalau saya pergi program-program macamni, paling lama pun saya boleh bertahan 4 bulan je. Lepas tu saya jadi balik macam dulu."

Aku terdiam. Sebab dalam diam aku akui, aku juga begitu. Terkadang akan ada saatnya aku 'tersasar' dari landasan. Mementingkan perkara yang tak sepatutnya diberi kepentingan yang utama.

Apapun aku harus berikan jawapan buat persoalan ini.

"Dik, nak jadi baik ni bukan senang. Sebab tu Allah janjikan pahala yang besar buat orang yang membuat kebaikan. Adik tak perlu dalam satu masa terus buat amal yang besar. Kalau yang kecil pun, tapi adik istiqomah, in shaa Allah akan ada satu saat Allah akan gerakkan hati adik untuk buat lebih baik."

Macam-macam yang aku dah beri pada mereka. Boleh dikatakan hampir kesemua pengalaman aku tentang kehidupan di kampus telah aku kongsikan. Dan, ayat yang paling kerap aku ulang, "Setiap apa yang kita katakan, Allah akan uji."

Dan itulah yang sedang aku lalui.

Di dalam program aku kerap ulang perkatan sabar, sabar dan sabar, dan itulah juga yang aku tak dapat aplikasikan sejurus lepas aku pulang dari program.

Aku kira ini pengalaman yang paling teruk yang pernah aku alami.

Sebaik aku mahu menunaikan solat maghrib, aku mendapat panggilan dari adik perempuanku dari rumah, yang sedang teresak-esak menangis hingga membuat aku tidak memahami walau sepatah pun butir bicaranya.

Yang aku pasti, berlaku sesuatu di rumah.

Sambil adikku cuba memceritakan perkara sebenar, aku semakin hilang kesabaran bila tidak aku fahami walau satu pun yang dikatakan.

Sejurus selepas itu, beberapa kali aku menghentak-hentak tanganku ke meja, terjerit-jerit di telefon bertanyakan tentang situasi sebenar yang masih belum aku ketahui.

Kawan sebilik terus menutup pintu bilik kami, khuatir didengari pelajar di bilik lain. Sambil meraung, meratap umpama orang yang hilang kewarasan, aku memikirkan apa yang perlu aku lakukan. Tak lama lepas itu, kawan-kawan sebilik datang memelukku, menyuruh aku selesaikan solat maghrib yang belum aku tunaikan.

Selesai solat, aku bersiap-siap untuk pulang ke rumah, memandangkan ada kawanku yang sudi menghantar aku pulang ke rumah malam itu.

Dalam perjalanan, seorang pun tak bersuara setelah aku mula menangis kembali. Dari sms yang aku terima, benarlah berlaku sesuatu di rumah. Cuma aku sedih kerana emak seperti tidak mahu aku tahu apapun yang terjadi dalam rumah. Sebelum tu mak dah call, katanya tak payah balik, tak ada apa-apapun sebenarnya.

Lagi aku tak percaya. Adik bongsuku yang susah mengeluarkan air matapun boleh menangis di dalam telefon. Aku tahu dia menipu aku dengan mengatakan tiada apa yang berlaku.

Apa yang lebih aku kesal, semua orang berlagak seperti tiada apa yang terjadi setibanya aku di rumah. Ada yang menonton tv, sibuk dengan internet, dan ada yang dah tidur. Sungguh, aku rasa seperti bukan siapa-siapa di rumah ni. Bukan ini kali yang pertama, pernah juga berlaku seperti ini sebelum ni.

Kali ni aku banyak diam di rumah. Tidak seperti aku yang selalunya. Aku jawab jika perlu. Selebihnya aku cuma diam. Cuba memikirkan apa yang harus aku lakukan. Yang pasti, aku tak diperlukan dalam masalah ni.

Jadi akhirnya aku telah buat keputusan, aku tak akan pulang lagi ke rumah selepas ini melainkan telah aku temui jalan penyelesaian. Biarlah aku cuma berdo'a dari jauh, memandangkan kehadiran aku seperti tak diperlukan.


Sahabat, do'akan diri ini, juga keluarga kami. Sesungguhnya kami sedang diuji olehNya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...