22 January 2013

Malunya pakai purdah ...

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Allahumma solli 'ala Muhammad.

In shaa Allah, esok kita semua bakal menyambut hari kelahiran Baginda Nabi Muhammad saw...

Alhamdulillah, di dinding-dinding fb, semuanya kebanyakan mengalami 'demam' menyambut hari bersejarah tersebut. Harapnya kita semua bukan sekadar menutur kata cinta buat baginda, tapi sebaliknya kita membuktikan rasa cinta itu dengan terus menerus menelusuri sunnah baginda dalam kehidupan kita sehari-hari in shaa Allah ...


 Malunya pakai purdah.


Walaupun hampir 2 tahun berlalu, terkadang perasaan malu itu tetap menjengah.

Apa tidaknya, sedari dulu lagi mentaliti orang kita bila melihat orang yang berpurdah, mesti kerana orang itu terlalu cantik. Lalu memilih untuk menutup wajahnya dengan sehelai kain yang dipanggil purdah.

Allah Allah ...

Bila berjumpa dengan orang macamni, terus rasa malu. Bukan apa, malu beralaskan kasihan kerana diri saya tak termasuk dalam golongan yang dimaksudkan.

Bukan malu kerana tak cantik, na'uzubillah, sedangkan semua ciptaan Allah itu cantik, tapi kerana rasa dah 'menghampakan' golongan sebegini. Mungkin mereka tak tahu, bahawa tujuan memakai purdah itu adalah berbeza dari setiap muslimah yang berpurdah...

Kalau di tempat-tempat yang memerlukan saya untuk membuka purdah, contoh musolla, saya cukup takut nak buka purdah. Takut takut kalau ada antara muslimah di situ yang bermonolog dalam hati 'hm cantik sangat ke dia ni...' sambil menunggu saya buka purdah.

Aigoo malu ... ;)

Kenapa nak malu pulak? Biasalah tu ...

Saya cuma kesiankan mereka yang memakai purdah untuk menjauhi fitnah, mungkin kerana terlalu cantik misalnya atau siapa-siapa sahaja. Bila orang yang berfikiran begini berjumpa dengan saya, takut mereka jadi berfikiran negatif terhadap orang lain. Bukan isu cantik atau tidak sebenarnya.

Bayangkan kalau ada orang yang berfikiran 'Alah dia ni bukan cantik sangat pun. Macam yang aku jumpa hari tu lah. Hmm muka banyak jerawat kot...'

Mereka berfikiran begitu disebabkan saya. Tak ke kesian kat orang lain yang jadi mangsa? Allah ...

Nak harap semua orang faham bahawa tujuan berpurdah itu berbeza bagi setiap pemakainya, memang agak mustahillah. Tapi apa yang tak mustahil, adalah untuk memahamkan si pemakai purdah atau niqabis-to-be, bahawa pandangan orang lain terhadap kita adalah berbeza.

Jadi, jika kita rela untuk menjadi 'berbeza' dari orang lain pada mulanya, maka bersedialah untuk mendapat tafsiran berbeza dari orang yang berbeza :)




Setiap orang punya kecantikan berbeza, dari sudut berbeza :)


13 comments:

  1. dah beli... belum pakai lagi. hari2 tengok...

    ReplyDelete
  2. asalamualaikum saya syed jus nak komen.....ok lah pakai purdah..cantik sangat....walaupun x nampak wajah.hehe.suka sangat tgok orang pakai purdah nie.mudah jer rasa jatuh cinta melihat gadis pakai purdah nie.walau pon x nampak wajah....nanti nak cari isteri yang pakai purdah... :D.tapi solehah lah.....kalo x .. bek x payah...hahaha.saya suka pandang orang pakai purdah nie.bukan menghina atau apa..cuma..sejuk hati dok tgok..tapi x ah pandang x berkelip mata..nanti dia kata..penjenayah lak. cover2 lah ckit..heheheh.


    tapi kalo awak pakai saya sokong sangat2.. pakai jer.. kalo iklas x perlu pk aper orang kate org.. x pakai pon x jadi masaalah... sbb mubah jer (harus).yang wajib tutup kenalah tutup.dan x ber "tabaruj"


    serius ..memang saya suka orang yang pakai...

    ReplyDelete
  3. asalamualaikum..bagi wanita aurat mereka dengan orang yang bukan muhrim adalah seluruh tubuh badan.kecuali dua tangan hingga pergelangan dan wajah.berhijab purdah atau tidak,tidak menjadi masalah.yang penting jaga yang halal dan yang haram tutup aurat..jangan show off kecantikan dan (perhiasan diri) "tabbaruj" wallahhualam

    ReplyDelete
  4. niat saya untuk berpurdah ditentang keluarga & kawan2 . Saya ingin berniqab supaya iman dalam hati saya terus meningkat dan ketaqwaan sy terhadap Allah tidak pernah berubah . supaya saya tidak mudah terpengaruh , tetapi masa tidak mengizinkan , InsyaAllah , ada hikmah di sebalik semua ni

    ReplyDelete
  5. to liza: moga diberi kekuatan oleh Allah satu saat nanti :)

    to anonymous 1: moga dipermudahkan urusan untuk mencari peneman hidup yang berpurdah seperti yang dihajati in shaa Allah.

    to anonymous 2: setakat ni sy tak pernah lagi mengeluarkan kenyataan mereka yang tak pakai purdah tu tak baik... bagi sy dua2 pun baik... kerana Allah nilai dari hati ... :)

    to mazelina zaini: sy juga macam tu pada mulanya... tapi alhamdulillah akhirnya dipermudahkan Allah... jangan berhenti berdo'a. in shaa Allah, macam sy pernah cakap, kalau itu yang terbaik buat kita, mesti Allah tolong :)

    ReplyDelete
  6. Salam. Saya suka baca entry ni. Saya memang tergerak hati nak berpurdah. Asalnya ada kawan bilik zaman matrikulasi yg berpurdah. Dia pernah suruh saya cuba pakai purdah masa dlm bilik je la. Bila pakai , masyaallah. Rasa lain. Pastu ada pulak sorang kawan ni baru pakai purdah. Semua cakap belakang kenapa dia berubah terlampau drastik sangat. Sbb dia pun mcm sy asalnya. Hanya bertudung bawaal. Lepas tu sy terfikir, adakah org lain pun akan ckp macamtu kalau sy berpurdah ? Saya pun selalu terfikir adakah org yg berpurdah ni susah nak dpt kerja. next penerimaan family terhadap purdah ni. Mereka akan bersetuju atau tidak kalau sy berpurdah.lastly boleh tak kita pakai purdah dengan niat memperbaiki diri sendiri. Mendekatkan diri kepadaNya . Atau perlu kuat iman dulu baru boleh pkai purdah?

    ReplyDelete
  7. Wassalam...

    Hmm.. satu benda yang perlu kita tau, setiap perkara baik yang kita nak buat, akan ada ujiannya...

    Hatta nak berhijrah ke arah kebaikan sealipun, dah tentu lagi besar ujiannya... nak2 pulak sekarang ni golongan berpurdah bukan majoriti...

    Jadi, pertama2nya, kalau nak buat sesuatu (berpurdah), pastikan dah ada ilmu tentangnya.. tapi kalau nak tunggu ilmu atau iman tu betul2 mantap, memang sampai ke sudah la kita tak buat benda baik tu...

    kadang2 ada benda yang kita kena buat dulu baru akan datang keikhlasan.. :)

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum...saya seorg yg berumur 17tahun dn berniat utk berpurdah tetapi saya takut family tak mngizinkan saya utk memakainya tetapi kwn2 saya beri sokongan utk berpurdah....saya mmg bersungguh-sungguh utk berpurdah...apa yg perlu saya lakukan utk mnghadapi situasi begini..

    ReplyDelete
  9. Wa'alaikumussalam wrh di.. :) semoga sentiasa berada dalam peliharaan Allah :)

    dik, pakai purdah tu sunat. dan mentaati ibu bapa itu wajib. adik dahulukan yang wajib dulu, in shaa Allah akan dipermudahkan untuk buat yang sunat.. :)

    jangan berhenti berdo'a dik, sebab Allah Maha Mendengar :)moga Allah beri yang terbaik. andai berpurdah itu baik bagi adik, lambat laun Allah akan penuhi :)

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum..subhanallah..moga2 cahaya islam terus menyinari hidup kita semua..Allahuakbar Allahuakbar

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum.... kak nur ismi ariqah dr sklah men agama sungai petani kedah umr 17 , ana suka bca blog kak nur, ana jga seorang yg berpurdah, dan ana berpurdah kerana nazar ana serta mendapat galakn daripada family mak dan ayah pun tak halang Alhamdulillah..., ana mula berpurdah dalam bulan ramadan , lepas tamt persekolahn terus tutup sepenuhnya , tapi dugaan jgak berpurdah ni susah ckit nak dapat kerja ,puas cari kerja lpas SPM mmg hampeh... tapi biasa la 2 ALLAH nk uji kita yg menutup ni ... pastu ada la 2 3 orang mamat ni syokk kat ana ...bila tya knapa suka saya ? depa cakap sebab saya nampak cantik dan sejuk mata memandang ..... entah pa pa ja depa 2 ... sbagai seorang wanita yg brpurdah ana x mau la org suka kt ana sebab ana pkai purdah pastu pikiaq ana ni cantik ....lpas tu siap call n antaq mesej lg kt ana rimas gila kottt jmpa manusia mcm ni ....

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum . ok macam mana pulak kalau seseorang muslimah yg berpurdah tiba2 ibu dia cakap It's not the right time yet to wear purdah . kemudian hati dia memang was-was tiap kali pakai purdah . lepastu bila dia pakai purdah kan org tengok so , timbul kadang rasa riak dan takabbur .
    Adakah perlu seseorang ini membuka purdah nya disebabkan di sedar bahawa hatinya ini sebenarnya belom benar-benar ikhlas . lgpon dia pakai purdah sebab ikot kawan satu , then macam mana dgn pandangan org lain yang dah tau dia berpurdah kemudian lihat dia dah tak berpurdah lg ..
    apa yg dia harus lakukan ?? please jawab :)

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum..WBT
    Niat pada diri sendiri..Islam itu Agama yang membenarkan..Agama yang menyenangkan dan Agama yang membolehkan..
    Purdah..nak pakai buat apa? setakat nak bagi org kata kita baik.....baik pikir balik
    setakat nak bagi org kata kita alim...Tak usahlah..
    Niat untuk menjaga Keutuhan Agama Islam.. mengelak fitnah..dan lain-lain..InsyaAllah..Eloklah..saya pun nak cari Isteri berpurdah..kalu ada jodohlah..dan diterima olehNya..NIat tu yang betul...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...