22 January 2013

Malunya pakai purdah ...

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Allahumma solli 'ala Muhammad.

In shaa Allah, esok kita semua bakal menyambut hari kelahiran Baginda Nabi Muhammad saw...

Alhamdulillah, di dinding-dinding fb, semuanya kebanyakan mengalami 'demam' menyambut hari bersejarah tersebut. Harapnya kita semua bukan sekadar menutur kata cinta buat baginda, tapi sebaliknya kita membuktikan rasa cinta itu dengan terus menerus menelusuri sunnah baginda dalam kehidupan kita sehari-hari in shaa Allah ...


 Malunya pakai purdah.


Walaupun hampir 2 tahun berlalu, terkadang perasaan malu itu tetap menjengah.

Apa tidaknya, sedari dulu lagi mentaliti orang kita bila melihat orang yang berpurdah, mesti kerana orang itu terlalu cantik. Lalu memilih untuk menutup wajahnya dengan sehelai kain yang dipanggil purdah.

Allah Allah ...

Bila berjumpa dengan orang macamni, terus rasa malu. Bukan apa, malu beralaskan kasihan kerana diri saya tak termasuk dalam golongan yang dimaksudkan.

Bukan malu kerana tak cantik, na'uzubillah, sedangkan semua ciptaan Allah itu cantik, tapi kerana rasa dah 'menghampakan' golongan sebegini. Mungkin mereka tak tahu, bahawa tujuan memakai purdah itu adalah berbeza dari setiap muslimah yang berpurdah...

Kalau di tempat-tempat yang memerlukan saya untuk membuka purdah, contoh musolla, saya cukup takut nak buka purdah. Takut takut kalau ada antara muslimah di situ yang bermonolog dalam hati 'hm cantik sangat ke dia ni...' sambil menunggu saya buka purdah.

Aigoo malu ... ;)

Kenapa nak malu pulak? Biasalah tu ...

Saya cuma kesiankan mereka yang memakai purdah untuk menjauhi fitnah, mungkin kerana terlalu cantik misalnya atau siapa-siapa sahaja. Bila orang yang berfikiran begini berjumpa dengan saya, takut mereka jadi berfikiran negatif terhadap orang lain. Bukan isu cantik atau tidak sebenarnya.

Bayangkan kalau ada orang yang berfikiran 'Alah dia ni bukan cantik sangat pun. Macam yang aku jumpa hari tu lah. Hmm muka banyak jerawat kot...'

Mereka berfikiran begitu disebabkan saya. Tak ke kesian kat orang lain yang jadi mangsa? Allah ...

Nak harap semua orang faham bahawa tujuan berpurdah itu berbeza bagi setiap pemakainya, memang agak mustahillah. Tapi apa yang tak mustahil, adalah untuk memahamkan si pemakai purdah atau niqabis-to-be, bahawa pandangan orang lain terhadap kita adalah berbeza.

Jadi, jika kita rela untuk menjadi 'berbeza' dari orang lain pada mulanya, maka bersedialah untuk mendapat tafsiran berbeza dari orang yang berbeza :)




Setiap orang punya kecantikan berbeza, dari sudut berbeza :)


15 January 2013

Kak, apa ujian pakai purdah eh?

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Alhamdulillah. Tsumma alhamdulillah.

Hari ni masuk hari ke-3 'berkampung' di Baiti Jannati.
Dekat seminggu jugak tamat final exam semester pertama.
Kurang 3 minggu lagi akan mendaftar semula untuk semester ke-2.

Tamat paper terakhir tempoh hari, sahabat-sahabat satu kelas ajak keluar.
Hilangkan stress katanya.
Saya pun ikut je. Bukan selalu boleh keluar makan angin. Selalu makan nasi je ...

Where are we heading?

I-CITY, Shah Alam.


Dengar cerita seronok sangat. jadi nak check lah apa benda yang best sangat kan?

Memang semangatlah kan kami semua. Sampai-sampai sana dah masuk waktu maghrib jadi kami terus mencari surau di situ.

Bila dibuka pintu surau,

'Allah.....'

Itu je yang mampu kami tuturkan.

Bayangkan, segah-gah dan sebesar-besar I-City tu, suraunya hanya mampu memuatkan kurang 10 orang!
Itu baru kapasiti muatan, tapi yang boleh tunaikan solat dalam satu-satu masa hanya dalam 4-5 orang sahaja.

Sedih Allah je yang tau. Mungkin pengusaha I-City ni fikir semua orang yang datang ke I-City ni tak solat kot?

Lebih menyedihkan, kami perlu mengambil wudhu' di dalam tandas berdekatan memandangkan tiada kemudahan untuk mengambil wudhu' yang disediakan di dalam 'bilik' sempit tu. Terpaksalah sarung kasut dengan kaki yang basah tu.

Sahabat saya siap cakap, 'Ni tak macam rupa surau langsung. Macam stor simpan barang ada lah.'

Serius, memang menyedihkan.

Usai menunaikan solat maghrib, kami menuju ke restoran fast-food berdekatan.

Sekali lagi, menyedihkan.

Bayangkan, dalam fast-food restaurant, ada binatang apaa tah nama dia. Binatang yang selalu hinggap dekat makanan-makanan yang ditinggal lama atau makanan yang basi.

Serius, bau memang tak tahan. Tapi nasib baik saya ada 'penapis hidung' :)

Ok tamat sudah bab sedih.

Masuk tajuk pulak.

Masa di I-City tu confirmlah ada games yang kami main. Pirate Ship, Merry Go Round dengan Swing apa tah.

Tiba-tiba terlintas dalam fikiran, agaknya apalah yang orang kat bawah tu fikir kan? Tutup-tutup muka, berjubah labuh bagai, tapi main macam apa~~~

Allah Allah Allah.

Dalam hati istighfar jugak. Cuma apa yang menguatkan adalah selagi apa yang saya buat tak langgar syariat, I think its okay. Unless ada yang beri hujah untuk yakinkan saya, apa yang saya buat adalah salah.

* * * * *     * * * * *

Satu pagi di minggu exam, dapat mesej dari seorang adik ni,

'Assalamu'alaikum akak, nak tanya sikit boleh? Apa cabaran orang berpurdah eh?'


Mula-mula macam nak tak nak je reply, tapi bila teringat satu masa dulu saya juga pernah berada dalam situasi tu, cepat-cepat tegakkan diri, balas dengan semangat.

'Wa'alaikumussalam wrh. Pertama sekali pandangan orang sekeliling terhadap kita. Mereka mesti akan tertanya-tanya, kenapa tiba-tiba nak pakai purdah? Dapat hidayah ke? Pakwe suruh ke? Atau ikut trend?

Kadang-kadang tu pulak kita akan rasa panas yang luar biasa, sampai rasa nak tanggalkan purdah masa tu jugak. Tak tahan. Susah nak bernafas. Sesak nafas.

Dan akan ada jugak satu masa kita rasa macam, 'Alah, nak pergi kedai je pun. Tak payahlah pakai.' Kita rasa macam pada satu-satu masa tu tak perlu untuk pakai purdah. Walhal semua tu bisikan syaitan. Takkan Allah yang gerakkan hati kita untuk tak pakai purdah kan?

Tapi bagi akak antara ujian paling besar tu bila kita yang pakai purdah rasa kita lebih baik atau lebih sempurna dari orang lain terutama mereka yang tak pakai purdah. Alhamdulillah lama-lama perasaan tu hilang jugak :)

Sebenarnya depends pada orang jugak. Ada yang keluarga menjadi halangan. Tapi alhamdulillah, keluarga akak ok je walaupun pada mulanya mak ayah akak memang tak bagi. Tapi perlahan-lahan mereka boleh terima. Mungkin pada awalnya mereka terkejut.  :) '


Adik ni cakap dah sejak balik umrah hatinya tergerak untuk berpurdah. Dan pernah disuarakan kepada ibunya, cuma tak dapat respon positif.

Sempat saya pesan, buat istikharah dulu. Kalau betul ia datang dari Allah, in shaa Allah Allah akan bantu kita untuk jadi lebih kuat menghadapi ujian yang mendatang.

Apapun yang paling penting, sebelum lakukan yang sunnah, sempurnakan yang wajib dahulu. Paling penting, jangan dilawan ibu bapa andai tak diizin mereka. Syurga masih tidak berubah tempatnya. :)


* * * * *     * * * * *

Banyak lagi sebenarnya ujian dan cabaran bagi mereka yang berpurdah. Antaranya high-expectations dari orang lain. Satu perkara yang normal bila orang anggap mereka yang berpurdah ni 'alim, wara', baik, semua serba lengkap dan sempurna. Ini tidak pelik.

Memang wajar anggapan sebegitu memandangkan berpurdah itu luar dari kebiasaan. Sedikit sedih dan terkilan bila ada antara mereka yang berpurdah membalas kata-kata pedih dari orang ramai dengan bahasa yang kurang enak didengar. Apapun, saya yakin, itu ujian dari Allah. Allah nak lihat, sejauh mana kita selarikan pemakaian dengan akhlak kita :)

Satu perkara yang saya pasti saya akan lalui di masa hadapan adalah bilamana terdapat tuntutan yang memaksa saya untuk menanggalkan purdah. Buat masa ini, tuntutan itu adalah solat. Dan pada masa akan datang, mungkin tuntutan kerja.

Saya tahu saya perlu bersedia menghadapi kemungkinan yang akan datang. Dan Allah juga turut membantu saya dalam 'persiapan' ini. Contohnya semasa final exam tempoh hari. Saya terlupa membawa beg duit yang tersimpan matric card dan i/c. Terus pengawas peperiksaan (berpangkat adik) nak tengok muka.

Saya tanya 'Sekarang ke?'

Dia mengangguk.

'Kat sini?'

'Tak. Kat belakang.'

Fuhh lega.

Dengan senang hatinya saya ke belakang. Tengok kiri kanan, buka purdah.

Tersenyum adik ni. 'Terima kasih kak.'

Satu lagi, bila makan kat luar selain dalam bilik atau rumah.

Kalau dulu, mesti perasan 'Hmm nanti kalau aku bukak purdah ni confirm ada yang nak tengok.'

Tapi alhamdulillah, bila dah biasa, tak ada orang nak tengok pun sebenarnya. Kalau ada pun, wajarlah kan. Mesti orang nak tau macamana 'budak pelik' ni nak makan. Tapi tak ada lah sampai mengganggu pun sebenarnya. Makan je macam biasa...

Alhamdulillah kawan-kawan pun dah biasa. Tak ada lagi pertanyaan 'Macamana nak makan?', 'Boleh makan ke tak ni?', 'Selesa tak?' dan seumpamanya :)

Malah kawan-kawan saya sendiri dah pandai. Kalau nak makan kat tempat terbuka, mesti mereka sediakan tempat yang tersorok untuk saya. ^_____________^




Allah...


Moga di masa yang akan datang, aku lebih tabah menghadapi ujian yang direncana.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...