16 December 2013

Aku terlupa!

Bismillah.

Lambakan assignments.
Kuiz.
Presentations.
Project submission.
Semuanya.

Ouh, aku terlupa, final exam bakal tiba!

Stress.
Tension.
Sign in fb.
Jenguk wall ayah.
Abang.
Kawan-kawan lain.
Group-group yang di'join'.

Eh, aku terlupa lagi, final exam dah tak jauh mana!

Cukuplah dengan segala ke'lagha'an.
Ke'buang masa'an.
Dan segala perkara lain yang entah apa-apa.

Allah, serius aku terlupa, aku dah tak banyak masa!

Semester lepas result agak teruk.
Semester ni berazam nak 'cantikkan' balik.
Biiznillah.

Do'akan kami :)

09 December 2013

Serius tak matang!

Bismillah.

Harini rajin 'mengemas' blog pulak tiba-tiba.
Baca satu dua post yang lepas.

"Erk, aku ke yang tulis post-post ni semua?"

Serius tak matang!

T.T

But its okay.
Itu bakal menjadi bukti akan 'kematangan' post-post yang mendatang in shaa Allah.
Hingga ke hari yang dijanjikanNya mungkin?

:)

08 December 2013

Amanah.

Bismillah.

Beberapa minggu lepas, kawan-kawan sekuliah 'bising-bising' suruh isi borang line-up ICTSS.
Berbekal perasaan nak-taknak, saya bagi je maklumat diri pada kawan yang sukarela nak mengisi borang.
Masa tu tak ada di UIA, dan kebetulan haritu hari terakhir hantar borang.

Dapat mesej.
Suruh datang interview.
Cuak dah sikit.

Dapat tips pulak lagi, ready dengan visi dan misi.
Must speak in english dalam interview.
Sudah.

Berbelit jugak lidah cakap sorang diri dalam b.i.
Malam nak interview, menggeletar atas sampai bawah.
Gagahkan diri jugak pergi.

Last last, duduk depan interviewer, "Ok, terangkan pasal diri anda".
Fuh, alhamdulillah.
Bahasa ibundaku ... T.T

Dalam masa tunggu keputusan, kawan-kawan sekeliling duk hingaq lagi,

"Weh, tak 'promote diri' ke? Aku tengok orang lain galak ja promote diri masing-masing kat fb."

Sudah hang.

"Malas lah. Kalau dapat dapat lah. Kalau tak takpa."

Hari senarai nama (plus gambar) calon di'release'kan, segan tak terkata.
Setinggi-tinggi dan sebesar-besar kami, di'crop'nya gambar sampai tinggal sebijik muka je.
Tunjuk kat slide.
Bagi semua tengok.
Malu. Sungguh.
T.T

Macam-macam yang dilalui sebelum hari buang undi.
Ada yang persoalkan kenapa nak pegang sangat jawatanlah, gila jawatan, etc.
Sampai jadi konpius, "Betul ke aku ni sampai minta-minta jawatan macam yang dimaksudkan dalam hadith tu?"
At last, tanya orang sini sana, bulatkan hati untuk terima apa je keputusan.
Sama ada terpilih atau tak, semua Allah yang tentukan.

Few days afterward, the result have been released.
Ditaklifkan sebagai Assistant Head Education and Academic Bureau.
Bak hang.
Bukan student Dean's List pun.
Apapun, bila dah diberi amanah, kenalah jalankan tanggungjawab kan?

And here it goes, tonight gonna be our first ICTss line-up meeting :)

Pray for us!

Welcome back!

Bismillah.


Welcome back my own self! ^______^

Haha.

Weird.

Feel like i've already forgot the feeling of writing a post :p

Few things come and forth, it fades away the urge to write :)

Ok, let bygone be bygone, lets start a new life! ^______^

p/s: I think ive written this post nearly month ago, but thinking of editing it, so it has been postponed until today. Btw, how are you readers? ;)


10 July 2013

Ramadhan: Kita berjumpa lagi kali ini!

Bismillah.

Subhanallah, alhamdulillah, Allahu Akbar.

Alhamdulillah, Allah pertemukan lagi kita semua dengan bulan mulia ini; Ramadhan.
Yang setahun lepas dikhuatiri tak kutemui lagi.

Terlalu banyak perkara yang berlaku.
Yang melukis hari-hari kehidupanku.
Yang mewarnainya.
Yang memaknakannya.

Dan terlalu banyak juga yang bermain di fikiran.
Tentang diriku.
Tentang dirinya yang tak kutahu.
Juga tentang perkara yang masih menjadi rahsia Dia yang Maha Kuasa.

Entah kenapa, bermula saat si ayah menyatakan kerisauan tentang masa depan anak perempuannya ini tempoh hari, hingga ke saat sahabat-sahabat terdekat yang menceritakan isu yang sama, topik yang sama.

Dan pagi ini, telah tertulis untuk aku dipinjamkan sebuah buku.

Pendidikan Anak-anak Dalam Islam. Atau 'Tarbiyatul Aulad fil Islam'.

Macam-macam berlegar dan berlari-lari di ruang fikiran.

Dan siapalah aku yang ingin mempersoal tentang hikmah dan rahsia di sebalik setiap kejadian?

Setiap perkataan yang kita ucapkan akan diuji.
Nah.
Beberapa hari lepas aku kerap menge'post' status tentang pernikahan.
Dan inilah, ujian dariNya mungkin.

Lagi.
Aku diberitakan tuan empunya badan, yang mereka sudah 'berpunya'.'Mereka' means, lebih dari seorang.
Walau aku tak diberitahu siapa, yang pastinya, mereka sudah ada yang 'bertanya'.
Dalam makna lainnya, mereka sudah ada calonnya.
Benar, ada calon belum tentu 'jadi'.
Tapi baru kutahu kini, apa rasanya bila masih belum ada yang 'bertanya'.

Kulihat mereka dengan penampilan mereka.
Tegas lagi berpengetahuan luas.
Walhal aku?
Ku senyum sendiri.
Dah tentulah akan ada yang 'tertarik'.

Allahu robbi ...

Teringat pesan ayah, 'Ubahlah sikap. Jangan garang-garang sangat nanti tak ada orang nak'.

Haha. Selalu aku cuma ketawa bila ayah cakap begitu. Tapi sekarang ketawa itu 'ketawakan' aku semula :p

Aku akui, diri masih belum bersedia sepenuhnya.
Tapi entah kenapa, diri ini makin melonjak rasa untuk mengetahui siapa 'dia' yang telah Dia rencanakan.

Ya Allah, apakah rahsia yang akan Kau ungkapkan buat hambaMu ini pada ramadhan kali ini? Moga aku sabar dan tabah menghadapi dan menerimanya.

Ramadhan kareem, Allahu Akram :)

29 June 2013

Walimah di sana sini.

Bismillah.

Subhanallah, walhamdulillah, Allahu Akbar.

Ahhah.

Cuti yang sepatutnya berpanjangan sampai 3 bulan, 'ter'pendek jadi 3 minggu. Gara-gara 'ter'paksa ambil short semester tahun ini, buat pertama kalinya dalam sejarah. *Eh?

Kenapa ambil short sem? Sebelum ni tak pernah pernah pun?

Because Allah said so. :)

Terlalu banyak sebab dan musababnya. Allah lebih mengetahui yang banyak itu, saya cuma punya sedikit.

Tak apalah, boleh bersahur, berpuasa, bertarawih di masjid uia. First time kan? :) *Ouh uia ku.

Hmm... Macam tahun tahun sebelumnya, bila cuti je memang banyaklah majlis walimah sana sini. Bezanya cuma tahun ni ramai kawan-kawan sahabat-sahabat senior-senior terdekat punya majlis. Sebelum ni hanya kenalan jauh.

Tadi pun baru balik dari walimah sorang akak ni. Kenal sejak tingkatan 2. Sekarang umur 21. Cer kira berapa tahun dah? *tiba-tiba. Apapun mabruk 'alaik buat kak sakinah, suami dan keluarga :)

Dalam seminggu dua lepas ex-roomate masa di matrik uia dulu selamat dah nikah. Dan dalam sebulan dua lagi, akak senior punya turn pulak...

Beberapa hari lepas, si ayah menyatakan amanat beliau... *Ouh ...

Ayah dah mula cakap tentang kehidupan rumah tangga... Dipesan untuk mencari pasangan ang beragama, boleh membahagiakan bukan hanya di dunia, tetapi juga di akhirat sana... Ayah ada cakap jugak, sekarang ni dah ramai yang umur 24-25 tapi susah nak cari pasangan... *See? Im targetting 23 ;)

Alhamdulillah... Allah menggerakkan hati ayah saya untuk berbicara tentang ini. Sedikit sebanyak mengingatkan saya untuk bersiap sedia mengahadapinya... Ya, berumah tangga tak sepasti kematian, tapi kehidupan tetap memerlukan perancangan. Tak siapa yang nak berseorangan sampai penghujung kehidupan ye tak? :)

Apapun i have to move on. Pelajaran tetap berjalan macam biasa. Tanggungjawab juga tetap ada, sebelum ianya bercambah lagi di masa depan.

Kawan-kawan, teman-teman, lagi lagi yang perempuan, moh la kita persiapkan diri dengan pelbagai persiapan demi mengharungi masa depan. Cuti semester, hatta cuti pendek sekalipun, jangan lupa tingkatkan skill memasak, mengurus rumah tangga, semuanya. Tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri, ibu,  menantu, semualah. Mari bersiap sedia! :)

p/s: Setahun dua lagi boleh tunggu jemputan walimah dari saya in shaa Allah. Walau calonnya belum ada :p



18 June 2013

Cuti perlu diisi.

Bismillah.

Alllah...
Minggu ke 2 dah cuti.
Progress?
Only He knows...

Tak tau lah apa yang aku dapat bila duduk rumah sepanjang cuti ni selain buat kerja-kerja rumah.
Rasa macam sedang membuang masa.
Internet.
Tv.
Kadang-kadang je mengadap buku.
Itupun tak tahan lama.

Kadang-kadang jeles jugak tengok insan-insan 'bertuah' yang Allah bagi lebih sikit dari orag lain ni.
Ada je idea mantap mereka nak sebar dakwah.
Ada je idea nak tarik minat mad'u.
Dan sangat cekal, tabah dan konsisten dalam melaksanakan satu-satu ibadah atau dakwah.
Kreatif.
Cekal hati.
Istiqomah.
Aku suka.

Mat Luthfi.
Hilal Asyraf.
Aiman Azlan.
Ramai lagi.

Cuma jadi terkilan sikit bila banding dengan diri sendiri.

Aku bukan nak jadi hebat macam diorang, tapi sekurang-kurangnya aku mahu sumbang sesuatu kepada orang.

Memang kena kat batang hidung sendiri pun bila ada orang kata "Harap pakai labuh-labuh, tutup-tutup, tapi tak ada nilai di sisi Allah".

Terasa memang  terasa lah kan.
Tapi kadang-kadang benda yang memedihkan hati, itulah hakikat sebenar.

Sekarang aku cuma punya satu benda nak buat yang ada dalam kepala, make a future plan.
Jangka pendek, dan jangka panjang.

Khatam Al-Qur'an, buku-buku thag=qafah dan harakiah.
Belajar asas-asas kehidupan.
Sebagai seorang anak, kakak, pelajar, dan mungkin sebagai isteri, ibu dan da'ie sepenuh masa.

Kawan-kawan, jangan biarkan masa lebih banak lagi terbung!
Lets make a change for a better future! :)

12 June 2013

Home Sweet Home.

Bismillah.

Alhamdulillah.

Hari ni hari ke5 duduk bertapa kat rumah.
Erk.
Baru terfikir nak buat apa untuk cuti 3 minggu ni.
Sebelum cuti ramai dah ingatkan untuk buat jadual.
Tapi tak buat jugak.

Sepanjang 5 hari ni, jadi suri rumah tak rasmi je lah.
Kemas rumah, masak, jadi 'cikgu' tak rasmi untk adik bongsu ni.
Tu je lah.
Ingat nak kerja macam selalu buat bila cuti panjang.
Tapi bila mak ayah dah bagi 'signal' macam tak bagi kerja, rasanya berbakti pada keluarga je lah kot cuti 3 bulan ni ... :)

Kali ni lah pertama kali dalam sejarah tak rasa macam desperate sangat nak kerja.
Tiba-tiba kepentingan mendahulukan ibu bapa tu sangat menebal dalam diri.
Chewah!

Hmm...
Dan tiba-tiba rasa kepentingan untuk belajar selok-belok rumah tangga pun menebal sama.
Ini bukan main-main, ini serius okeh!

Ye lah, umru pun dah meningkat.
Tipulah kalau saya cakap saya tak terfikir tentang masa depan.
Ohoi.

Dalam masa yang sama, ayah pulak dah bising-bising suruh masak yang power power punya~
Daging kurma la, asam podas lah semua.
Saya bukan tak tau masak, cuma tak terer je ok ... (dan sedikit malas). Oops.

Dan secara tiba-tiba jugak, saya rasa cara saya lipat baju tak kemas lah, rumah tsk berapa kemas, itulah inilah.
Haish.
Semuanya perlukan kesempurnaan .....
Adakah ini petanda?

Ok ini tiada kena mengena ...

Do'akan saya supaya dapat menyumbang sesuatu yang berguna buat diri sendiri juga orang sekeliling di waktu cuti ni! :)

02 June 2013

Exam fever!

Bismillah.

Allahumma solli 'ala Muhammad :)

Alhamdulillah, sedar tak sedar, dah final exam untuk sem ke2. Tinggal 2 paper je pun lagi :)

Nampak tak?
Salah satu petanda kiamat, kita rasa masa berlalu dengan cepat ...

Sangaaaaaaat lama tak merepek kat blog ni.
Tiba-tiba rindu :')

Macam-macam jadi sem ni.
Dengan demam PRU nya lagi.
Hentam sana hentam sini.
Provokasi sana sini.

Macam-macam.

Dengan kawan-kawannya sana sini menikah.
Saya bila lagi?
Ehem ehem.
Tiba-tiba. Tak ada kena mengena.

Baru-baru ni mak sedara minta tolong carikan seseorang, calon untuk ofismet dia.
Saya pun dengan semangatnya buat iklan dengan kawan-kawan terdekat.
Last last dapat 5-6 orang.
Bak hang.
Nak calon sorang je.

Dan sekarang baru saya dapat rasa serba sikit bila jadi match-maker ni.

Excited memang excited, tapi dalam masa yang sama serba salah.
Kita tak tau orang yang kita gandingkan sesuai ke tak.
Dibuatnya jadi masalah ke di kemudian hari, kita pun boleh dipersalahkan...

Dalam sibuk sibuk carikan untuk orang lain, ramai pulak bertanya; 'awak je lah yang jadi calonnya'.
Hah sudah.
Belum lagi kot... ;)
Ok tiba-tiba lagi tak ada kena mengena.

Hmm..
Cakap pasal exam.
Selalu sangat, sebelum masuk exam, 'in shaa Allah aku boleh buat!'
Lepas keluar dewan, 'kalau lulus pun jadilah'.

Saya tiba-tiba terfikir.
Kalau setakat lulus je, boleh ke saya seorang pekerja yang berkualiti di esok hari?
Persaingan makin sengit.

Hmm...
Kena belajar bersungguh lagi ni sem depan :)
Fighting!

Lusa dan tulat ada lagi paper.
Do'akan saya.

:)

11 May 2013

Purdah: Respect pun ada level.

Bismillah.

Fuh fuh. Berhabuk dah blog nih.

Untuk PRU13 ni saya mula 'jinak-jinak'kan diri. Tolong apa yang patut.
Gantung-gantung poster.
Pergi flashmob.
Best best :)

Tapi bukan seronok je semata-mata, yang penting dapat belajar banyak benda.

Alhamdulillah, hati dah mula terima keputusan yang agak 'tak balance' :p

Ok sudah ya. Tukar topic deh.

Kali ni saja nak bercerita pasal purdah sikit.

Sekarang ni dah merata-rata boleh jumpa orang pakai purdah.
Dan sekarang ni pun dah macam-macam fesyen purdah ada.
Rama-ramalah, kupu-kupulah.
Apapun tak apa bagi saya, janji Allah tak marah :)

Cumanya nak melahirkan 'respect' dan 'salute' saya pada mereka mereka yang maintain berpurdah + tudung labuh :)

Saya cukup respect dan hormat pada mereka yang masih juga bertudung besar kosong, tanpa corak tanpa manik.
Dan dipadankan dengan sehelai kain kecil di muka.
Juga tanpa corak dan manik.

Kenapa?

Kerana di saat pelbagai jenis rekaan fesyen yang menarik hati berkembang dari hari ke hari, mereka mereka ini masih 'setia' dengan tudung yang sama, purdah yang sama.

Lilit lilit.
Serempang serempang.
Macam macam ada.

Bukan tak cantik yang ada manik
Bukan tak menarik yang ada corak.
Bukan tak cantik lilit lilit.
Tapi hati tetap mahu terus dengan tudung dan purdah 'lama'.

Keep it up muslimah! :)

11 April 2013

Pengorbanan. Perjuangan.

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala aalihi wasohbihi wabaarik wasallim.


Seperti sebelum-sebelum ini, pihak universiti banyak menganjurkan program-program sekitar uia dan tak kurang juga program yang dianjurkan oleh kelab-elab dan persatuan dalam uia.

Beberapa minggu lepas kami sekawan sahabat merancang untuk mendatangi satu event; Usrah Musical namanya.

Nama pun dah cantik tertarik de bomm.
Kami pun kumpul duit, save the date, pakat ramai-ramai nak pi.

Nak dijadikan cerita, pagi hari kejadian tu, seorang sahabat satu usrah mengajak saya ke satu program usrah kami.

Saya serba salah.

Sebab saya dah janji dengan sekawan sahabat tadi dah lama. Takkan lepas dapat mesej berapa saat terus ubah fikiran?

Kawan-kawan saya tarik muncung seinci. Siap 'hasut' saya supaya jangan pergi.

Saya fikir-fikir balik.
Mana yang perlu diaulakan.

Saya diam, sambung fikir.

Dalam kelas, kawan saya cakap;

"When you say YES to others, make sure you dont say NO to yourself".

Haha.

Saya gelak je.

Habis kelas, kami balik bilik masing-masing.
Tengok One Piece kejap, tunggu azan.
Bersiap-siap.

Sambil turun tangga, saya taip mesej;

"Maaflah tak dapat join malam ni. Kena pergi program jugak.".

Ke program usrah jugak akhirnya.

Why why why???


Alkisah, sejak sem lepas saya jarang balik rumah. Bukan taknak, tapi sebab sibuk punya pasal.

Apa yang sibuk sangat sampai tak boleh balik rumah???

Erk.
Bukan tak balik rumah, jarang.

Siapa yang tak suka balik rumah?
Luangkan masa dengan family, tengok tv sesuka hati.

Dah tu kenapa tak nak balik???

Why why why???


Alkisah kedua, sejak melangkah masuk alam 'degree' ni dah pandai melangkah ke mana-mana dah kaki ni.
Kejap-kejap keluar beli barang.
Kejap-kejap jalan-jalan.
Kejap-kejap keluar makan.

Kadang-kadang tu terpaksa jugak cancelkan plan nak keluar makan sekali, pergi jalan sekali.
Bukan tak seronok jalan-jalan.
Bukan tak seronok makan-makan.

Tapi dah kalau 'kerja' memanggil saat itu, perlu jugak dicancelkan.

Why why why???
Why why why???
Why why why???



Sebabnya, memang dalam jalan perjuangan ni kita kena banyak korbankan keinginan dan kepentingan sendiri demi kemaslahatan orang lain. Kan? :)


" Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah dan mudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang dituju itu jauh bagi mereka."....
(At-Taubah; 42)


Dan saya teramat sangat yakin, ramai lagi sahabat seIslam saya kat luar sana yang lagi besar perngorbanan mereka demi perjuangan.

Moga kita terus thabat.

Takbir!


p/s : Do'akan sahabat saya. Bapanya baru dimasukkan ke ICU pagi tadi. Err. Do'akan bapanya sekali.

27 March 2013

Nana.

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Bismillah.

Baru kejap tadi saya baca blog Ustaz Mat Luthfi yang belajaq luaq negara, (bukti; keluaq dah loghat utagha) dia banyak 'dedicate'kan tulisan-tulisan di blognya buat ahli keluarga dan sahabat rakan taulan.

Sekarang saya nak 'dedibagi'kan (a.k.a dedikasi) sesuatu buat kawan saya.

Sebelum tu, kalau awok baca ni, sila jangan kembang atau kembung.


Nana.

Dia terer programming kot.

Kalau lepas kuiz ke, exam ke, dan apa-apa yang sewaktu dengannya, silalah jangan tanya dia. Sebab dia akan jawab dengan muka superyakinnya; "susah gila".

Tapi bila dapat result, confirm kita akan tension. Sebab result dia macam dia dah berpuluh kali khatam buku programming.

Serius.

Lepas tu mulalah nak hangin tiba-tiba.

Hangin sebab kawan sendiri dapat markah tinggi. Apakah?


Lagi satu.

Kalau dalam kelas, bila mengantuk tu, mesti pandang kawan sebelah.

Buat muka mengantuk. Bukan buat, tapi dah nama pun mengantuk kan?
Dengan mata penyek, muka sememeh, (tipu-tipu, muka saya tak nampak, tapi muka kawan sebelah la nampak)  meminta belas kasihan supaya si kawan sebelah boleh buat sesuatu.

Pernah sekali tu, masa kelas subjek islamik.

Tak ingat dok buat apa, tapi pendek kata main la. Walhal sepatutnya ustaz mengajar kat depan kenalah kosentret.

Saya terus cakap kat dia; "Jangan main. Malaikat ada kat kiri kanan tengah tengok. Nanti dia tulis 'nana ni ustaz dok mengajar dia main kat belakang'."

Terus dia senyap.

2 saat je ok.

Termasuk saya sekali.


Nana.

Sekarang dia rajin teman saya pergi majlis ilmu. Pergi talaqqi Ustaz Muhadir, talaqqi Habib Ali.
Dulu bukan malas, tapi tak tahu.

Sekarang pun dah nak mula (baru nak mula) rajin join meeting.
Meeting CARING CLUB.
Orang penting tu! (In shaa Allah, one day) ;)

Kadang-kadang tu agak-agak kalau malas nak study, saya datang bilik dia.
Supaya mudah kerja saya.
Dia baca buku, cernakan apa yang dibaca, cerita balik kat saya.
Kan mudah tu? (mudah untuk saya semestinya)

Tapi at last, end up dengan masing-masing dok cerita angan-angan masing-masing. Tak pun cerita dongeng kampung halaman masing-masing.
Tak pun tengok hindustan. Tak pun Adam Hawa.

Pendek kata, tak studylah kiranya.

Fuhh.

Itu je. Saja nak promote kawan saya. Dia sedang mencari ;)






24 March 2013

Kita tak sama.

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Bismillah.

Uhuk uhuk. Berhabuk sudah blog ini ...

Alhamdulillah, pejam celik, dah pertengahan sem dah pun. Cuti seminggu, naik cuti ada 2 paper lagi.

Sejujurnya, sem ni tak rasa pun perjalanan waktu. Mungkin kerana waktu kebanyakannya diisi dengan program-program, dalam dan luar kampus.

Teringat, bila mendapat markah kuiz untuk salah satu subjek course requirement, terus down se'down' 'down' nya. Orang lain boleh dapat dekat full-mark, saya hanya boleh dapat kurang dari separuh. Kalau ikutkan memang kebanyakannya careless mistake, tapi careless tak careless, tetap memberi impak.

Saat itu saya mula menyalahkan diri.

"Ni mesti sebab aku banyak sangat pergi sana sini. Pergi meeting, liqa', program luar, sampai tak sempat nak study".

Astaghfirullah.

Saya mula membandingkan kawan-kawan yang dapat markah tinggi, semua jenis yang study.

Tapi tiba-tiba saya teringat saat 'itu', yang menjadi titik permulaan perbezaan saya dengan mereka.
Titik permulaan di mana saya berjanji bahawa perjuangan ini menjadi yang paling prioriti.
Titik permulaan yang menuntut saya untuk berbakti pada Islam yang dicintai.

Allah Allah.

Di mana perginya janji itu saat Allah menguji?

Cepat-cepat sedar. Ingatkan diri sendiri, 'kau tak sama dengan mereka'.

Kehidupan diteruskan. Penat macamana pun, amanah tetap amanah.
Penat macamana pun, taklifan yang digalas tak pernah terhapus.

Adakalanya saya bimbang, andai saya menjadi fitnah kepada perjuangan yang dibawa.

'Dia ni result dah la teruk. Tapi masih sibuk ke sana ke mari. Entah buat apapun tak tahu. Datang universiti bukan untuk belajar ke?'

Yes. Saya datang universiti untuk belajar. Tapi bukan semata-mata kerana itu.

Saat persoalan ini diaju, saya mengerti, awak dan saya berbeza; kita tak sama.

Tapi siapa saya nak persoalkan kenapa kita kita berbeza.
Siapa saya nak menyatakan siapa antara kita yang lebih benarnya.
Dan siapa pula saya, untuk menentukan yang mana yang lebih Allah suka?

Saya akui, yang manusia punya kecenderungan yang berbeza.

Cuma kadang-kadang terasa pelik, kerana ada antara mereka yang mengaku sebagai 'jundi' Allah, tapi merendahkan orang lain yang bagi mereka tak turut sama menggalas tugas sebagai 'jundi' itu.

Pergi ke majlis ilmu, ke majlis qasidah, majlis zikir, memuji Allah dan Rasulullah saw dikatakan hanya berjiwa sufi.
Salahkah berjiwa sufi?

Saya faham, ada yang memahami bahawa haraki itu lebih penting berbanding sufi.
Tapi mampukah kita nak memahamkan semua akan kepentingan berjiwa haraki tu?

Walaupun saya memahami bahawa berjiwa haraki itu penting, tapi bagi saya sufi itu juga penting. Dan kita yang faham tentang haraki juga perlu pada jiwa sufi.

Kerana bagaimana seorang jundi itu memiliki hati dan jiwa yang murni kalau tidak dengan mendatangi majlis-majlis yang membentuk jiwa sufi?


HARAKI - SUFI = TAK JADI.
SUFI - HARAKI = PUN TAK JADI.
HARAKI + SUFI = IN SHAA ALLLAH JADI :)

p/s: Kerja tu kerja jugak, hati tetap mesti mau cuci ... ;)

27 February 2013

My Precious Friend.

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Subhanallah, walhamdulillah, Allahu Akbar.

It takes a lot of time to recover. But after all, alhamdulillah it works :)


Setelah sekian lamanya mencari 'identiti' diri yang menghilagnkan diri, akhirnya kutemu jua... :)

The best part is, now i know who is the real friend after all. Yang sentiasa bersama walau susah walau senang. Dan kini terbukti, apa jua keadaan yang berlaku, dia harus sentiasa ada di sisi.

Justeru, dengan bebresar hatinya saya nak mengesyorkan 'sahabat baik' saya ini kepada semua....

Jeng jeng jeng ...



Atau lebih tepat, sentiasa ada di jari :)

Tengah sedih, tegah penat, tengah gembira, setiap saat itu dia selalu ada. Hingga bila satu saat terasa 'kosong' di jari, rasa tak senang duduk.

Pernah jugak terfikir, kalau nak berzikir, berzikir je lah, guna jari pun boleh. Buat apa nak guna tasbih digital? Nak menunjuk-nunjuk? Nak riak?

Allahu Akbar. Na'uzubillah.

Tasbih ni cuma sebagai 'wasilah' untuk sering ingat kepada Allah. Kalau nak dibandingkan bila tasbih ada di jari dengan tak ada, alhamdulillah rasanya banyak lagi berzikir ingat pada Allah bila adanya tasbih ni walau tak sepanjang masa button tasbih ditekan. At least bila ada tasbih ni sekali sekala tergerak jugak nak picit kan? ;)



11 February 2013

Ujian.

Dengan namaMu ya Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani.


Ujian.

Benarlah, Allah akan menguji setiap patah perkataan yang keluar dari mulut hambaNya.

4 hari berkongsi pengalaman dengan adik-adik lepasan SPM, setelah pelbagai kata-kata semangat dan kata-kata penguat telah aku kongsikan kepada mereka, akhirnya tibalah saat itu. Saat Allah uji setiap apa yang telah aku kata.

"Akak, macamana saya nak kekal jadi baik, buat baik? Sebab selalu kalau saya pergi program-program macamni, paling lama pun saya boleh bertahan 4 bulan je. Lepas tu saya jadi balik macam dulu."

Aku terdiam. Sebab dalam diam aku akui, aku juga begitu. Terkadang akan ada saatnya aku 'tersasar' dari landasan. Mementingkan perkara yang tak sepatutnya diberi kepentingan yang utama.

Apapun aku harus berikan jawapan buat persoalan ini.

"Dik, nak jadi baik ni bukan senang. Sebab tu Allah janjikan pahala yang besar buat orang yang membuat kebaikan. Adik tak perlu dalam satu masa terus buat amal yang besar. Kalau yang kecil pun, tapi adik istiqomah, in shaa Allah akan ada satu saat Allah akan gerakkan hati adik untuk buat lebih baik."

Macam-macam yang aku dah beri pada mereka. Boleh dikatakan hampir kesemua pengalaman aku tentang kehidupan di kampus telah aku kongsikan. Dan, ayat yang paling kerap aku ulang, "Setiap apa yang kita katakan, Allah akan uji."

Dan itulah yang sedang aku lalui.

Di dalam program aku kerap ulang perkatan sabar, sabar dan sabar, dan itulah juga yang aku tak dapat aplikasikan sejurus lepas aku pulang dari program.

Aku kira ini pengalaman yang paling teruk yang pernah aku alami.

Sebaik aku mahu menunaikan solat maghrib, aku mendapat panggilan dari adik perempuanku dari rumah, yang sedang teresak-esak menangis hingga membuat aku tidak memahami walau sepatah pun butir bicaranya.

Yang aku pasti, berlaku sesuatu di rumah.

Sambil adikku cuba memceritakan perkara sebenar, aku semakin hilang kesabaran bila tidak aku fahami walau satu pun yang dikatakan.

Sejurus selepas itu, beberapa kali aku menghentak-hentak tanganku ke meja, terjerit-jerit di telefon bertanyakan tentang situasi sebenar yang masih belum aku ketahui.

Kawan sebilik terus menutup pintu bilik kami, khuatir didengari pelajar di bilik lain. Sambil meraung, meratap umpama orang yang hilang kewarasan, aku memikirkan apa yang perlu aku lakukan. Tak lama lepas itu, kawan-kawan sebilik datang memelukku, menyuruh aku selesaikan solat maghrib yang belum aku tunaikan.

Selesai solat, aku bersiap-siap untuk pulang ke rumah, memandangkan ada kawanku yang sudi menghantar aku pulang ke rumah malam itu.

Dalam perjalanan, seorang pun tak bersuara setelah aku mula menangis kembali. Dari sms yang aku terima, benarlah berlaku sesuatu di rumah. Cuma aku sedih kerana emak seperti tidak mahu aku tahu apapun yang terjadi dalam rumah. Sebelum tu mak dah call, katanya tak payah balik, tak ada apa-apapun sebenarnya.

Lagi aku tak percaya. Adik bongsuku yang susah mengeluarkan air matapun boleh menangis di dalam telefon. Aku tahu dia menipu aku dengan mengatakan tiada apa yang berlaku.

Apa yang lebih aku kesal, semua orang berlagak seperti tiada apa yang terjadi setibanya aku di rumah. Ada yang menonton tv, sibuk dengan internet, dan ada yang dah tidur. Sungguh, aku rasa seperti bukan siapa-siapa di rumah ni. Bukan ini kali yang pertama, pernah juga berlaku seperti ini sebelum ni.

Kali ni aku banyak diam di rumah. Tidak seperti aku yang selalunya. Aku jawab jika perlu. Selebihnya aku cuma diam. Cuba memikirkan apa yang harus aku lakukan. Yang pasti, aku tak diperlukan dalam masalah ni.

Jadi akhirnya aku telah buat keputusan, aku tak akan pulang lagi ke rumah selepas ini melainkan telah aku temui jalan penyelesaian. Biarlah aku cuma berdo'a dari jauh, memandangkan kehadiran aku seperti tak diperlukan.


Sahabat, do'akan diri ini, juga keluarga kami. Sesungguhnya kami sedang diuji olehNya.

22 January 2013

Malunya pakai purdah ...

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Allahumma solli 'ala Muhammad.

In shaa Allah, esok kita semua bakal menyambut hari kelahiran Baginda Nabi Muhammad saw...

Alhamdulillah, di dinding-dinding fb, semuanya kebanyakan mengalami 'demam' menyambut hari bersejarah tersebut. Harapnya kita semua bukan sekadar menutur kata cinta buat baginda, tapi sebaliknya kita membuktikan rasa cinta itu dengan terus menerus menelusuri sunnah baginda dalam kehidupan kita sehari-hari in shaa Allah ...


 Malunya pakai purdah.


Walaupun hampir 2 tahun berlalu, terkadang perasaan malu itu tetap menjengah.

Apa tidaknya, sedari dulu lagi mentaliti orang kita bila melihat orang yang berpurdah, mesti kerana orang itu terlalu cantik. Lalu memilih untuk menutup wajahnya dengan sehelai kain yang dipanggil purdah.

Allah Allah ...

Bila berjumpa dengan orang macamni, terus rasa malu. Bukan apa, malu beralaskan kasihan kerana diri saya tak termasuk dalam golongan yang dimaksudkan.

Bukan malu kerana tak cantik, na'uzubillah, sedangkan semua ciptaan Allah itu cantik, tapi kerana rasa dah 'menghampakan' golongan sebegini. Mungkin mereka tak tahu, bahawa tujuan memakai purdah itu adalah berbeza dari setiap muslimah yang berpurdah...

Kalau di tempat-tempat yang memerlukan saya untuk membuka purdah, contoh musolla, saya cukup takut nak buka purdah. Takut takut kalau ada antara muslimah di situ yang bermonolog dalam hati 'hm cantik sangat ke dia ni...' sambil menunggu saya buka purdah.

Aigoo malu ... ;)

Kenapa nak malu pulak? Biasalah tu ...

Saya cuma kesiankan mereka yang memakai purdah untuk menjauhi fitnah, mungkin kerana terlalu cantik misalnya atau siapa-siapa sahaja. Bila orang yang berfikiran begini berjumpa dengan saya, takut mereka jadi berfikiran negatif terhadap orang lain. Bukan isu cantik atau tidak sebenarnya.

Bayangkan kalau ada orang yang berfikiran 'Alah dia ni bukan cantik sangat pun. Macam yang aku jumpa hari tu lah. Hmm muka banyak jerawat kot...'

Mereka berfikiran begitu disebabkan saya. Tak ke kesian kat orang lain yang jadi mangsa? Allah ...

Nak harap semua orang faham bahawa tujuan berpurdah itu berbeza bagi setiap pemakainya, memang agak mustahillah. Tapi apa yang tak mustahil, adalah untuk memahamkan si pemakai purdah atau niqabis-to-be, bahawa pandangan orang lain terhadap kita adalah berbeza.

Jadi, jika kita rela untuk menjadi 'berbeza' dari orang lain pada mulanya, maka bersedialah untuk mendapat tafsiran berbeza dari orang yang berbeza :)




Setiap orang punya kecantikan berbeza, dari sudut berbeza :)


15 January 2013

Kak, apa ujian pakai purdah eh?

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Alhamdulillah. Tsumma alhamdulillah.

Hari ni masuk hari ke-3 'berkampung' di Baiti Jannati.
Dekat seminggu jugak tamat final exam semester pertama.
Kurang 3 minggu lagi akan mendaftar semula untuk semester ke-2.

Tamat paper terakhir tempoh hari, sahabat-sahabat satu kelas ajak keluar.
Hilangkan stress katanya.
Saya pun ikut je. Bukan selalu boleh keluar makan angin. Selalu makan nasi je ...

Where are we heading?

I-CITY, Shah Alam.


Dengar cerita seronok sangat. jadi nak check lah apa benda yang best sangat kan?

Memang semangatlah kan kami semua. Sampai-sampai sana dah masuk waktu maghrib jadi kami terus mencari surau di situ.

Bila dibuka pintu surau,

'Allah.....'

Itu je yang mampu kami tuturkan.

Bayangkan, segah-gah dan sebesar-besar I-City tu, suraunya hanya mampu memuatkan kurang 10 orang!
Itu baru kapasiti muatan, tapi yang boleh tunaikan solat dalam satu-satu masa hanya dalam 4-5 orang sahaja.

Sedih Allah je yang tau. Mungkin pengusaha I-City ni fikir semua orang yang datang ke I-City ni tak solat kot?

Lebih menyedihkan, kami perlu mengambil wudhu' di dalam tandas berdekatan memandangkan tiada kemudahan untuk mengambil wudhu' yang disediakan di dalam 'bilik' sempit tu. Terpaksalah sarung kasut dengan kaki yang basah tu.

Sahabat saya siap cakap, 'Ni tak macam rupa surau langsung. Macam stor simpan barang ada lah.'

Serius, memang menyedihkan.

Usai menunaikan solat maghrib, kami menuju ke restoran fast-food berdekatan.

Sekali lagi, menyedihkan.

Bayangkan, dalam fast-food restaurant, ada binatang apaa tah nama dia. Binatang yang selalu hinggap dekat makanan-makanan yang ditinggal lama atau makanan yang basi.

Serius, bau memang tak tahan. Tapi nasib baik saya ada 'penapis hidung' :)

Ok tamat sudah bab sedih.

Masuk tajuk pulak.

Masa di I-City tu confirmlah ada games yang kami main. Pirate Ship, Merry Go Round dengan Swing apa tah.

Tiba-tiba terlintas dalam fikiran, agaknya apalah yang orang kat bawah tu fikir kan? Tutup-tutup muka, berjubah labuh bagai, tapi main macam apa~~~

Allah Allah Allah.

Dalam hati istighfar jugak. Cuma apa yang menguatkan adalah selagi apa yang saya buat tak langgar syariat, I think its okay. Unless ada yang beri hujah untuk yakinkan saya, apa yang saya buat adalah salah.

* * * * *     * * * * *

Satu pagi di minggu exam, dapat mesej dari seorang adik ni,

'Assalamu'alaikum akak, nak tanya sikit boleh? Apa cabaran orang berpurdah eh?'


Mula-mula macam nak tak nak je reply, tapi bila teringat satu masa dulu saya juga pernah berada dalam situasi tu, cepat-cepat tegakkan diri, balas dengan semangat.

'Wa'alaikumussalam wrh. Pertama sekali pandangan orang sekeliling terhadap kita. Mereka mesti akan tertanya-tanya, kenapa tiba-tiba nak pakai purdah? Dapat hidayah ke? Pakwe suruh ke? Atau ikut trend?

Kadang-kadang tu pulak kita akan rasa panas yang luar biasa, sampai rasa nak tanggalkan purdah masa tu jugak. Tak tahan. Susah nak bernafas. Sesak nafas.

Dan akan ada jugak satu masa kita rasa macam, 'Alah, nak pergi kedai je pun. Tak payahlah pakai.' Kita rasa macam pada satu-satu masa tu tak perlu untuk pakai purdah. Walhal semua tu bisikan syaitan. Takkan Allah yang gerakkan hati kita untuk tak pakai purdah kan?

Tapi bagi akak antara ujian paling besar tu bila kita yang pakai purdah rasa kita lebih baik atau lebih sempurna dari orang lain terutama mereka yang tak pakai purdah. Alhamdulillah lama-lama perasaan tu hilang jugak :)

Sebenarnya depends pada orang jugak. Ada yang keluarga menjadi halangan. Tapi alhamdulillah, keluarga akak ok je walaupun pada mulanya mak ayah akak memang tak bagi. Tapi perlahan-lahan mereka boleh terima. Mungkin pada awalnya mereka terkejut.  :) '


Adik ni cakap dah sejak balik umrah hatinya tergerak untuk berpurdah. Dan pernah disuarakan kepada ibunya, cuma tak dapat respon positif.

Sempat saya pesan, buat istikharah dulu. Kalau betul ia datang dari Allah, in shaa Allah Allah akan bantu kita untuk jadi lebih kuat menghadapi ujian yang mendatang.

Apapun yang paling penting, sebelum lakukan yang sunnah, sempurnakan yang wajib dahulu. Paling penting, jangan dilawan ibu bapa andai tak diizin mereka. Syurga masih tidak berubah tempatnya. :)


* * * * *     * * * * *

Banyak lagi sebenarnya ujian dan cabaran bagi mereka yang berpurdah. Antaranya high-expectations dari orang lain. Satu perkara yang normal bila orang anggap mereka yang berpurdah ni 'alim, wara', baik, semua serba lengkap dan sempurna. Ini tidak pelik.

Memang wajar anggapan sebegitu memandangkan berpurdah itu luar dari kebiasaan. Sedikit sedih dan terkilan bila ada antara mereka yang berpurdah membalas kata-kata pedih dari orang ramai dengan bahasa yang kurang enak didengar. Apapun, saya yakin, itu ujian dari Allah. Allah nak lihat, sejauh mana kita selarikan pemakaian dengan akhlak kita :)

Satu perkara yang saya pasti saya akan lalui di masa hadapan adalah bilamana terdapat tuntutan yang memaksa saya untuk menanggalkan purdah. Buat masa ini, tuntutan itu adalah solat. Dan pada masa akan datang, mungkin tuntutan kerja.

Saya tahu saya perlu bersedia menghadapi kemungkinan yang akan datang. Dan Allah juga turut membantu saya dalam 'persiapan' ini. Contohnya semasa final exam tempoh hari. Saya terlupa membawa beg duit yang tersimpan matric card dan i/c. Terus pengawas peperiksaan (berpangkat adik) nak tengok muka.

Saya tanya 'Sekarang ke?'

Dia mengangguk.

'Kat sini?'

'Tak. Kat belakang.'

Fuhh lega.

Dengan senang hatinya saya ke belakang. Tengok kiri kanan, buka purdah.

Tersenyum adik ni. 'Terima kasih kak.'

Satu lagi, bila makan kat luar selain dalam bilik atau rumah.

Kalau dulu, mesti perasan 'Hmm nanti kalau aku bukak purdah ni confirm ada yang nak tengok.'

Tapi alhamdulillah, bila dah biasa, tak ada orang nak tengok pun sebenarnya. Kalau ada pun, wajarlah kan. Mesti orang nak tau macamana 'budak pelik' ni nak makan. Tapi tak ada lah sampai mengganggu pun sebenarnya. Makan je macam biasa...

Alhamdulillah kawan-kawan pun dah biasa. Tak ada lagi pertanyaan 'Macamana nak makan?', 'Boleh makan ke tak ni?', 'Selesa tak?' dan seumpamanya :)

Malah kawan-kawan saya sendiri dah pandai. Kalau nak makan kat tempat terbuka, mesti mereka sediakan tempat yang tersorok untuk saya. ^_____________^




Allah...


Moga di masa yang akan datang, aku lebih tabah menghadapi ujian yang direncana.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...