27 November 2012

Ujian: Tanda kasih sayang dariNya.

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Bismillahi tawakkaltu 'ala Allah.
La haula wala quwwata illa billah.

Few minutes after taking a nap at UIA's library :)

* * * * *   * * * * *

Hujan rahmat tumpah lagi menyembah di bumi UIA.
Beberapa minit lagi azan asar akan berkumandang.
Antara ujian betapa dekatnya hati-hati mereka dengan Tuhannya.

Apakah kaki akan terus melangkah sejenak setelah sang bilal melaungkan azan?
Atau tegakah memakukan kaki di posisi tika ini?
Tiada siapa yang perlu memberi jawapan.
Kerana sang iman sendiri yang akan mengadili sebentar nanti.

Hujung minggu yang lalu saya berpeluang meluangkan masa bersama 'keluarga' besar saya.
Seperti biasa, bila kaki mula melangkah pulang dari tempat program, baru hati mula tersa 'berjauhan'.
Allahu rabbi...

Baru kini kusedari nikmatnya ukhwah yang Engkau jalinkan antara kami...
Walau ia merupakan kali pertama berjumpa, namun hati sudah terasa ikatan batinnya.

Kali ini seakan terlupa, bahawa setiap gembira itu ada 'bayaran'nya.
Nah.
Telah pun Allah beri bayarannya.

Tapi tidak sesekali dilupai, setiap ujianNya yang datang, akan ada kegembiraan yang menanti di hari kemudian.
Itulah namanya, roda kehidupan.

Setelah berapa tahun lamanya berlalu, ujian yang sama datang lagi.
Setiap kali kedatangannya membawa peningkatan demi peningkataan.
Dan mujahadah juga perlu ditambah lebih lagi dan lagi.


Baitul Muslim.


Kukira sudah tamat tajuk ini dalam muka surat diari hati, namun apakan daya, diri cuma mampu merancang.

Ketika program tempoh hari, beberapa orang sahabat berpangkat kakak membawa anak mereka bersama.
Allahu rabbi...
Betapa cekalnya mereka, turun ke program semata-mata kerana ikatan ukhuwah yang tidak nampak di tabir mata.

Sebegitu besarkah kecekalan mereka?

Mungkin tak semua yang sedar.

Mereka boleh sahaja memilih bersama keluarga di rumah yang lebih selesa.
Daripada memilih berpanas berhujan di tempat program.

Mereka boleh sahaja memilih untuk makan dengan selesa di rumah mereka.
Daripada memilih untuk makan di dalam talam dengan beberapa tangan sebagai 'penambah rasa'.

Mereka boleh sahaja memilih untuk berada di mana sahaja mereka suka.
Daripada memilih untuk bersusah payah dengan segala bentuk 'tarbiyah' dan 'tadhiyah' di dalam program.


Itu belum masuk lagi hal anak-anak.

Anak kepada salah seorang ukhti ini membuatkan diri 'terjatuh' ke dalam ujian ini sekali lagi.

Usai menunaikan solat zohor berjema'ah, anak ini tiba-tiba datang di hadapan saya.
Lantas saya hulurkan tangan, kononnya meminta permainan yang ada di tangannya.
Namun bukan permainan yang diberi sebagai ganti, tapi dia tiba-tiba mendekatkan bibir comelnya di depan muka.

Benarlah tekaan saya.
Saat dihulur pipi kiri, si anak dengan cepat menghadiahkan 'ciuman berbisa' buat saya.
Apa tidaknya, pipi saya 'kebasahan' dengan air liur mahalnya... T_T

Tapi bukan itu yang mahu saya 'highlight'kan.
Apa yang terlintas di fikiran saya, bagaimana ibu si anak ini mencorakkan anaknya.
Berlainan dengan kebanyakan anak-anak kecil di bumi Malaysia ini.
Baru tangan dihulur, sudah 'berbunyi' tanda tidak mahu.

Bukan setakat itu sahaja.
Si anak kecil pemurah tadi turut tidak janggal duduk di pangkuan salah seorang peserta lelaki yang sedang khusyuk mendengar ceramah.
Sedang kebanyakan anak kecil tidak betah duduk diam lebih-lebih lagi berlatar belakangkan ceramah.

Allah...

Serta merta terlintas di dalam, 'aku juga mahukan anak seperti ini'.....

Anak yang tidak terlebih manja dan mengada-ngada.
Anak yang tak banyak meragam.
Anak yang suka disaji dengan ilmu.

Pendek cerita, untuk melahirkan anak yang mudah ditarbiyah adalah impian saya.

Kerana dengan tarbiyah itu mereka mudah dibentuk.
Mudah-mudahan.

Dan semua ini membuat saya sedar, sayalah pembentuk anak yang menjadi impian saya selama ini!

Dan sebelum saya disatukan dengan si walid kepada sang mujahid yang saya impi, sudah pastilah ranjau dan duri akan datang 'menziarah' tanpa henti ...


Allah...


Moga Kau kuatkan hati kami dalam menempuh duri dan ranjau dunia.
Moga Kau kuatkan rasa cinta kami kepadaMu.
Dan moga dengan rasa cinta yang tinggi itu Engkau tautkan hati kami agar sama-sama kami melangkah menggapai redhaMu.

3 comments:

  1. Assalamualaikum...
    Saya harap saudari izinkan saya copy dan ambil kata-kata dan pengetahuan dalam blog ini ye...
    Terima kasih...

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumussalam warahmatullah.

    Khair2 in shaa Allah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya minta izin untuk ambil kata-kata hikmah dalam blog ini...
      Terima kasih... Moga Allah merahmati saudari sekeluarga...

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...