20 November 2012

Kehidupan: Apa yang dicari?

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Matahari semakin meninggi.
Semakin meninggi juga semangat dalam diri.
Walau kerapkali hampir rebah ke bumi.

Bermula selepas cuti, hingga ke saat ini, assignment, project, presentation mencurah-curah macam coklat. Kenapa coklat? Sebab selalunya kanak-kanak sukakan coklat. Saya bukan kanak-kanak. Dan saya tak suka coklat. Fakta atau akta?

Tak termasuk dalam skop perbincangan.

Semalam.
Kewanitaan saya terbukti.
Buat kesekian kalinya, dan entah bila kali terakhirnya, saya ke'hujan'an.

Apa tidaknya, setelah hampir sebulan lamanya tidak menatap wajah si ibu, bila berpeluang berjumpa hanya tidak sampai 1 minit!

Semuanya atas dasar kerja. Benarkah?

Kalau dulu di zaman matrik, pilihan untuk pulang ke rumah itu ada. Selalunya menggunakan alasan 'penat' dan 'malas' untuk mengelak dari pulang ke rumah.

Tapi bila dah masuk alam universiti sebenar, perkataan 'malas' dan 'penat' seakan tiada lagi dalam kamus dewan bahasa dan pustaka.

Apa tidaknya, saya tidak punya pilihan untuk pulang ke rumah akibat dihujani segala macam jenis assignment dan tugasan!

Itulah realiti sebenar.
The assingment and all those tasks are not to be blamed at all.
Mungkin kerana pengurusan masa yang kurang efektif, atau mungkin juga kekangan itu memang ada.

Tapi yang membuatkan saya tak berapa nak puas hati, di saat saya dan hampir kesemua sahabat-sahabat saya memerah otak berhadapan dengan segala macam jenis ujian dan masalah, masih ada mereka yang mempunyai begitu banyak masa hinggakan boleh dibuang merata-rata.

Mereka masih sempat keluar berdua berdating di tengah-tengah malam.
Masih sempat keluar berhibur hampir setiap hujung minggu.
Masih sempat membuang masa berbual kosong dan melepak di kaki lima.

Memang saya kurang berpuas hati pada mulanya.

Tapi tiba-tiba saya terfikir; apa yang aku mahukan sebenarnya dalam kehidupan ni? Kepuasan? Keseronokan? Atau kebebasan?

No no no.

Im back into reality.

Apa yang saya cari adalah redha Allah, dan redha ibu bapa.

Kalau dah dekat universiti boleh buang-buang masa dating sini sana, buang-buang duit bershopping sakan, beli barang mahal yang bukan keperluan pun sebenarnya, redhakah ibu bapa kita? Apatah lagi Allah azza wajalla?

Kalaulah diizinkan Allah, satu hari nanti saya teringin nak buat seminar kesedaran lebih-lebih kepada mahasiswa mahasiswi. Apa yang saya perhatikan mereka seperti tidak tahu mengapa mereka dihantar ke universiti.

Ponteng kelas menjadi satu kebiasaan bagi mereka.
Keluar di hujung minggu juga menjadi satu kebiasaan.
Mencari ketenangan katanya.
Saya tidak kata salah. Apatah lagi berdosa.

Tapi mengapa ketenangan itu tidak dicari dengan cara yang lebih mudah dan murah?

Duduk diam di satu tempat, tutut mata, berzikir dan berdo'a.
Solat.
Atau membaca Al-Qur'an.
Mendatangi majlis-majlis ilmu.
Menyertai aktiviti-aktiviti persatuan juga.

Saya jamin ketenangan itu lebih dekat.

Dan satu perkara yang sedari dulu hingga kini menjadi persoalan, tentang si pencari ilmu yang mengisi hatinya dengan maksiat.

Bagaimana bisa sesuatu ilmu itu lekat di dalam hati seseorang yang penuh dengan maksiat?

Mereka yang saya ketahui tingkahnya di luar kelas sering membuat saya tertanya-tanya dengan persoalan yang tidak pernah terjawab ini. Melihatkan mereka begitu fokus di dalam kelas, saya berteka-teki; benarkah mereka sebegitu fokus? Andai di dalam hatinya sudah ada 'si dia' selain DIA?

Namun siapalah saya untuk menduga.
Lagi saya takut kalau saya ditakdirkan berada di tempat mereka.
Na'uzubillah.

Sudah cukup rasanya saya berceloteh.
Biar tidak banyak, asalkan ada sesuatu yang boleh diambil iktibar.

Buat sahabat-sahabat, adik kakak di luar sana.
Saya seorang muslim.
Anda juga.
Jadi seiringkanlah matlamat kehidupan kita, agar tidak menjadi matlamat dunia semata.

Bagi saya, apa yang kita buat di dunia, itulah yang kita mahu di SANA.
Kalau kita perbanyakkan ibadah, perbaiki diri dari semasa ke semasa, semestinya Syurgalah yang dicari.
Tapi andai maksiat yang ditambah, tanpa ada effort untuk perbaiki diri, maka Nerakalah sebenarnya yang ditempah.

Allahu 'a'lam.



2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...