07 November 2012

Budaya Islam: Semakin terhakis dan menipis?

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Kuliyyah of Information Technology.
KICT.
Baru habis kelas tutor database.
Menunggu waktu maghrib.
Selepas maghrib, sambung kelas tutor programming.

Alhamdulillah.
Setelah entah berapa lama cuba untuk post entry, berjaya jugak.
Sebelum ni selalu ada masalah untuk loading.
Sebab guna skmm je.
Kali ni guna khidmat wireless IIUM :)

Setelah hampir 2 bulan lamanya bergelar mahasiswi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, perasaan seronok menjadi sebahagian dari mahasiswi universiti Islam ini semakin memudar.

Tak dinafikan, mereka yang menuntut di sini tak semuanya berlatar belakangkan agama yang baik.
Tapi apa yang menyedihkan, bila mereka langsung tak memasang niat untuk menjadi yang lebih baik bila sudah berada di sebuah menara gading yang bagi saya sudah cukup baik.

Kalau dulu saya membayangkan kesemua pelajar di sini adalah baik-baik dan alim-alim belaka, kini tidak lagi.

Lelaki perempuan dengan selamba makan berdua satu meja.
Sampai tengah-tengah malam pun ada.
Belum lagi yang ke sana ke mari berdua dalam kereta.
Malam-malam pun ada. Entah buat apa berdua dalam kereta tu.
Dengan motor jangan cerita.
Yang pastinya mustahil syaitan tak cucuk jarum kan?

Itu hal lelaki perempuan.

Ini hal perempuan.
Yang warna rambut.
Warna kuku.
Pakai baju ketat.
Singkat.
Tak cukup kain.
Belum masuk bab stokin kaki dengan tangan lagi.

Allah... Di mana hilangnya ke'Islam'an yang dibawa satu masa dahulu?...

Cukup sudah bab pelajar.
Mahasiswi dan mahasiswa.

Konsert vs Majlis Ilmu.
Kalau dengar nama universiti, mesti Majlis ilmu akan menang kan?
Tapi tidak.
Konsert menang.
Majlis ilmu kalah.

Majlis ilmu kerapkali ada campur tangan orang atasan.
Jangan tanya kenapa.
Boleh je cancel at the very last minute.
Tapi konsert 'on' aje...
Dibawa masuk band-band terkenal tanah air ke Taman Ilmu dan Budi ni.
Untuk charity katanya.
Orang luar yang free hair, yang keliru jantinanya, yang tak tutup aurat, semua bercampur dalam konsert.

Allah... Inikah Taman Ilmu dan Budi yang dihormati satu ketika dahulu?...

Apa nak jadilah dengan bumi universiti Islam ni... Ini baru sekarang. Tak dapat saya bayangkan keadaan untuk 10 tahun akan datang.

Tapi saya bukan nak buruk-burukkan universiti Islam ini. Tidak sama sekali. Malah tak pernah pun saya menyesal 'dihantar' Allah ke sini. Sekurang-kurangnya saya dapat lebih dari sesuatu bila berada di sini.

Majlis ilmu teruramanya.

Walaupun seringkali diganggu 'tangan-tangan ajaib', majlis ilmu di bumi UIA ini tetap tak putus-putus. Ada sahaja ilmuwan yang sudi mencurah ilmu di sini. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja majlis-majlis ilmu di Taman Ilmu dan Budi ini. Belum masuk lagi majlis ilmu sekitar Gombak ini lagi :)

Pensyarah-pensyarah juga rata-rata berfikrah Islam. Maksudnya mereka mengajar bukan semata-mata untuk 'luluskan' pelajar mereka, tetapi mereka turut terapkan budaya-budaya Islam dalam pengajaran mereka.

Teringat kata-kata pensyarah subjek UNGS, katanya kalau setakat nak lulus exam je, jangan masuk kelas dia. Dia jugak cakap assigment yang akan diberikan adalah 'assignment kehidupan'. Bayangkanlah, siapa yang tak seronok kalau assigment yang diberi adalah mengkhatamkan Al-Qur'an, membaca sebuah buku tentang peribadi Rasulullah, dan mengajak non-Muslim untuk memeluk Islam?

Cumanya, diri sendiri perlu kuat. Kuat rohani dan jasmina. Iman dan jasad.

Supaya tak mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling.
Supaya tak mudah layu bila dipujuk rayu.
Supaya tak mudah rebah bila berdepan dengan masalah dan musibah.

Dan dalam ramai-ramai yang 'elergi' dengan teguran dan nasihat, masih ada yang sedia menerima dengan hati terbuka.
Alhamdulillah.
Sekurang-kurangnya masih ada yang bersedia berubah ke arah yang lebih baik.
Berbanding mereka yang lebih selesa 'menabung' dosa dari masa ke semasa.

Bercakap tentang majlis ilmu, kurang seminggu ynag lepas saya ke majlis Habib Ali Zaenal Abidin lagi.
Alhamdulillah :)
Berqasidah beramai-ramai sebelum mendengar kuliah dari Habib Ali, memang mengujakan.

Sebelum terlupa, the best and cutess part, seorang kanak-kanak mula tak sedap duduk. Ditarik-tarik kain ibunya, mengulang beberapa kali perkataan 'nak balik, nak balik'. Apa yang menariknya, bila si ibu menjawab, 'kejap lagi ada Ya Hanana'. Terus si anak senyap. Comel kan? :)

Di zaman serba canggih ni, kebanyakan anak-anak kecil di'diam'kan dengan i-pad, tab, i-phone dan segala jenis kemudahan teknologi yang ada. Tapi tidak bagi anak-anak yang dididik dengan majlis-majlis ilmu sebegini. Teringin jugak kan macam tu... Tipulah kalau ada yang cakap tak mahu anak-anak macam tu kan? ...

Anak-anak kecil tertidur lena di bahu ibu masing-masing. Dengan beriringkan alunan qasidah, tak semua kanak-kanak yang boleh 'bertahan'. Kebanyakan mereka mesti terjaga walau terdengar sehalus-halus bunyi pun.

Allah...
Teringin nak lahirkan pejuang-pejuang Islam yang jiwanya 'lunak' dan 'jinak' dengan majlis-majlis ilmu, dengan alim ulama.

Allahu rabbi... moga Kau permudahkan ya Allah...

Apa kaitan tiba-tiba anak-anak dengan masalah yang berlaku di universiti Islam Taman Ilmu dan Budi ini?

Ada kaitannya sahabat....

Kan zuriat yang bakal kita corakkan itu adalah cerminan diri kita sendiri? Kan kan kan? ;)

Dah tu... Kalau yang dari zaman universiti ni pun dah ke sana ke mari dengan anak dara/ bujang orang, saya nak ingatkan janganlah dok angan tinggi-tinggi sangat nak anak yang 'serba sempurna'... Sebabnya kebanyakan kita sekarang suka mcam 'ouh comelnya baby tu... nak anak macam tu jugaklah.' And sorts.

Angan-angan punya tinggi, nak itu ini. Yang paling menggelikan hati bila berangan nak pengakhiran yang baik baik je tapi di tengah-tengah kehidupan dah isi dengan pelbagai jenis dosa dan maksiat.

Dalam ramai-ramai tu ada jugak yang malu dan segan nak praktikkan Islam. Kolot katanya. Tak ikut peredaran zaman. Tak up-to-date. Dan sebagainya.

Allah...

Moga kita semua terpelihara dari segala jenis seksaan dan balasan. Biarlah 'diseksa' di dunia, jangan sampai 'diazab' di akhirat.

#Sahabat, tiada guna lagi segala teguran dan nasihat, bila 'nasi dah menjadi bubur'... Dunia bukan tempat bersuka ria, kerana kita hanya menghitung detik kematian yang kita tak tahu bila akan tiba...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...