27 November 2012

Ujian: Tanda kasih sayang dariNya.

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Bismillahi tawakkaltu 'ala Allah.
La haula wala quwwata illa billah.

Few minutes after taking a nap at UIA's library :)

* * * * *   * * * * *

Hujan rahmat tumpah lagi menyembah di bumi UIA.
Beberapa minit lagi azan asar akan berkumandang.
Antara ujian betapa dekatnya hati-hati mereka dengan Tuhannya.

Apakah kaki akan terus melangkah sejenak setelah sang bilal melaungkan azan?
Atau tegakah memakukan kaki di posisi tika ini?
Tiada siapa yang perlu memberi jawapan.
Kerana sang iman sendiri yang akan mengadili sebentar nanti.

Hujung minggu yang lalu saya berpeluang meluangkan masa bersama 'keluarga' besar saya.
Seperti biasa, bila kaki mula melangkah pulang dari tempat program, baru hati mula tersa 'berjauhan'.
Allahu rabbi...

Baru kini kusedari nikmatnya ukhwah yang Engkau jalinkan antara kami...
Walau ia merupakan kali pertama berjumpa, namun hati sudah terasa ikatan batinnya.

Kali ini seakan terlupa, bahawa setiap gembira itu ada 'bayaran'nya.
Nah.
Telah pun Allah beri bayarannya.

Tapi tidak sesekali dilupai, setiap ujianNya yang datang, akan ada kegembiraan yang menanti di hari kemudian.
Itulah namanya, roda kehidupan.

Setelah berapa tahun lamanya berlalu, ujian yang sama datang lagi.
Setiap kali kedatangannya membawa peningkatan demi peningkataan.
Dan mujahadah juga perlu ditambah lebih lagi dan lagi.


Baitul Muslim.


Kukira sudah tamat tajuk ini dalam muka surat diari hati, namun apakan daya, diri cuma mampu merancang.

Ketika program tempoh hari, beberapa orang sahabat berpangkat kakak membawa anak mereka bersama.
Allahu rabbi...
Betapa cekalnya mereka, turun ke program semata-mata kerana ikatan ukhuwah yang tidak nampak di tabir mata.

Sebegitu besarkah kecekalan mereka?

Mungkin tak semua yang sedar.

Mereka boleh sahaja memilih bersama keluarga di rumah yang lebih selesa.
Daripada memilih berpanas berhujan di tempat program.

Mereka boleh sahaja memilih untuk makan dengan selesa di rumah mereka.
Daripada memilih untuk makan di dalam talam dengan beberapa tangan sebagai 'penambah rasa'.

Mereka boleh sahaja memilih untuk berada di mana sahaja mereka suka.
Daripada memilih untuk bersusah payah dengan segala bentuk 'tarbiyah' dan 'tadhiyah' di dalam program.


Itu belum masuk lagi hal anak-anak.

Anak kepada salah seorang ukhti ini membuatkan diri 'terjatuh' ke dalam ujian ini sekali lagi.

Usai menunaikan solat zohor berjema'ah, anak ini tiba-tiba datang di hadapan saya.
Lantas saya hulurkan tangan, kononnya meminta permainan yang ada di tangannya.
Namun bukan permainan yang diberi sebagai ganti, tapi dia tiba-tiba mendekatkan bibir comelnya di depan muka.

Benarlah tekaan saya.
Saat dihulur pipi kiri, si anak dengan cepat menghadiahkan 'ciuman berbisa' buat saya.
Apa tidaknya, pipi saya 'kebasahan' dengan air liur mahalnya... T_T

Tapi bukan itu yang mahu saya 'highlight'kan.
Apa yang terlintas di fikiran saya, bagaimana ibu si anak ini mencorakkan anaknya.
Berlainan dengan kebanyakan anak-anak kecil di bumi Malaysia ini.
Baru tangan dihulur, sudah 'berbunyi' tanda tidak mahu.

Bukan setakat itu sahaja.
Si anak kecil pemurah tadi turut tidak janggal duduk di pangkuan salah seorang peserta lelaki yang sedang khusyuk mendengar ceramah.
Sedang kebanyakan anak kecil tidak betah duduk diam lebih-lebih lagi berlatar belakangkan ceramah.

Allah...

Serta merta terlintas di dalam, 'aku juga mahukan anak seperti ini'.....

Anak yang tidak terlebih manja dan mengada-ngada.
Anak yang tak banyak meragam.
Anak yang suka disaji dengan ilmu.

Pendek cerita, untuk melahirkan anak yang mudah ditarbiyah adalah impian saya.

Kerana dengan tarbiyah itu mereka mudah dibentuk.
Mudah-mudahan.

Dan semua ini membuat saya sedar, sayalah pembentuk anak yang menjadi impian saya selama ini!

Dan sebelum saya disatukan dengan si walid kepada sang mujahid yang saya impi, sudah pastilah ranjau dan duri akan datang 'menziarah' tanpa henti ...


Allah...


Moga Kau kuatkan hati kami dalam menempuh duri dan ranjau dunia.
Moga Kau kuatkan rasa cinta kami kepadaMu.
Dan moga dengan rasa cinta yang tinggi itu Engkau tautkan hati kami agar sama-sama kami melangkah menggapai redhaMu.

20 November 2012

Kehidupan: Apa yang dicari?

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Matahari semakin meninggi.
Semakin meninggi juga semangat dalam diri.
Walau kerapkali hampir rebah ke bumi.

Bermula selepas cuti, hingga ke saat ini, assignment, project, presentation mencurah-curah macam coklat. Kenapa coklat? Sebab selalunya kanak-kanak sukakan coklat. Saya bukan kanak-kanak. Dan saya tak suka coklat. Fakta atau akta?

Tak termasuk dalam skop perbincangan.

Semalam.
Kewanitaan saya terbukti.
Buat kesekian kalinya, dan entah bila kali terakhirnya, saya ke'hujan'an.

Apa tidaknya, setelah hampir sebulan lamanya tidak menatap wajah si ibu, bila berpeluang berjumpa hanya tidak sampai 1 minit!

Semuanya atas dasar kerja. Benarkah?

Kalau dulu di zaman matrik, pilihan untuk pulang ke rumah itu ada. Selalunya menggunakan alasan 'penat' dan 'malas' untuk mengelak dari pulang ke rumah.

Tapi bila dah masuk alam universiti sebenar, perkataan 'malas' dan 'penat' seakan tiada lagi dalam kamus dewan bahasa dan pustaka.

Apa tidaknya, saya tidak punya pilihan untuk pulang ke rumah akibat dihujani segala macam jenis assignment dan tugasan!

Itulah realiti sebenar.
The assingment and all those tasks are not to be blamed at all.
Mungkin kerana pengurusan masa yang kurang efektif, atau mungkin juga kekangan itu memang ada.

Tapi yang membuatkan saya tak berapa nak puas hati, di saat saya dan hampir kesemua sahabat-sahabat saya memerah otak berhadapan dengan segala macam jenis ujian dan masalah, masih ada mereka yang mempunyai begitu banyak masa hinggakan boleh dibuang merata-rata.

Mereka masih sempat keluar berdua berdating di tengah-tengah malam.
Masih sempat keluar berhibur hampir setiap hujung minggu.
Masih sempat membuang masa berbual kosong dan melepak di kaki lima.

Memang saya kurang berpuas hati pada mulanya.

Tapi tiba-tiba saya terfikir; apa yang aku mahukan sebenarnya dalam kehidupan ni? Kepuasan? Keseronokan? Atau kebebasan?

No no no.

Im back into reality.

Apa yang saya cari adalah redha Allah, dan redha ibu bapa.

Kalau dah dekat universiti boleh buang-buang masa dating sini sana, buang-buang duit bershopping sakan, beli barang mahal yang bukan keperluan pun sebenarnya, redhakah ibu bapa kita? Apatah lagi Allah azza wajalla?

Kalaulah diizinkan Allah, satu hari nanti saya teringin nak buat seminar kesedaran lebih-lebih kepada mahasiswa mahasiswi. Apa yang saya perhatikan mereka seperti tidak tahu mengapa mereka dihantar ke universiti.

Ponteng kelas menjadi satu kebiasaan bagi mereka.
Keluar di hujung minggu juga menjadi satu kebiasaan.
Mencari ketenangan katanya.
Saya tidak kata salah. Apatah lagi berdosa.

Tapi mengapa ketenangan itu tidak dicari dengan cara yang lebih mudah dan murah?

Duduk diam di satu tempat, tutut mata, berzikir dan berdo'a.
Solat.
Atau membaca Al-Qur'an.
Mendatangi majlis-majlis ilmu.
Menyertai aktiviti-aktiviti persatuan juga.

Saya jamin ketenangan itu lebih dekat.

Dan satu perkara yang sedari dulu hingga kini menjadi persoalan, tentang si pencari ilmu yang mengisi hatinya dengan maksiat.

Bagaimana bisa sesuatu ilmu itu lekat di dalam hati seseorang yang penuh dengan maksiat?

Mereka yang saya ketahui tingkahnya di luar kelas sering membuat saya tertanya-tanya dengan persoalan yang tidak pernah terjawab ini. Melihatkan mereka begitu fokus di dalam kelas, saya berteka-teki; benarkah mereka sebegitu fokus? Andai di dalam hatinya sudah ada 'si dia' selain DIA?

Namun siapalah saya untuk menduga.
Lagi saya takut kalau saya ditakdirkan berada di tempat mereka.
Na'uzubillah.

Sudah cukup rasanya saya berceloteh.
Biar tidak banyak, asalkan ada sesuatu yang boleh diambil iktibar.

Buat sahabat-sahabat, adik kakak di luar sana.
Saya seorang muslim.
Anda juga.
Jadi seiringkanlah matlamat kehidupan kita, agar tidak menjadi matlamat dunia semata.

Bagi saya, apa yang kita buat di dunia, itulah yang kita mahu di SANA.
Kalau kita perbanyakkan ibadah, perbaiki diri dari semasa ke semasa, semestinya Syurgalah yang dicari.
Tapi andai maksiat yang ditambah, tanpa ada effort untuk perbaiki diri, maka Nerakalah sebenarnya yang ditempah.

Allahu 'a'lam.



14 November 2012

Baitul Muslim: Perigi cari timba.

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Subhanallah, alhamdulillah, Allahu akbar.


^___________________________________________________________^


Nampak tak betapa lebarnya senyuman?
Li ma za?

Because ive attended the greatest muslim conference yesterday! (terus nak cakap omputih ...)

THE MUSLIM HEROES CONFERENCE, CAC HALL, IIUM, GOMBAK.

Semalam.
Pagi sampai malam.
Bak kata akak dalam iklan kat tv tu, berbaloi-baloi! ;)
Seriously.

Teringat masa mula-mula nak beli tiket sebulan yang lalu.
Mulanya tak nak pergi.
Bila memikirkan 'satgi depa semua ni dok cakap omputih sepatah pun tak faham'.
Nak nak pulak duit tak masuk lagi. Tengah kering lah katakan.
Tapi tiba-tiba soeorang sahabat ni cakap;

"Tak kisahlah berapa ringgit pun. Janji untuk ilmu".

Tersentap sekejap.
Dia siap nak belikan tiket dulu. Bayar kemudian katanya.
Tapi masa tu memang hati masih 50/50.

Di hari kejadian, pagi tu ada meeting.
Nak dipendekkan cerita, the meeting has been canceled.
Sudah.
Nampak tak macamana punya cantik Allah rancang?

Sampai je dalm hall, semangat terus naik.
Bukan setakat nak jumpa all the Muslim scholars, tapi nak tadah ilmu jugak dari mereka.
And again, it was superb!
Hinggakan saya berani jamin kalau ditakdirkan saya tak pergi conference ni, memang rugi.

The speakers; Sh. Zahir Mahmood (UK), Dr. Zaharuddin Abd Rahman (Msia), Sh. Mirza Yawar Baig (India), Br. Nisar Nadiadwala (India), Sh. Tawfique Chowdhury (Australia), Sh. Daood Butt (Canada), Sh. Shareef El-Arbi (USA), Sh. Ibrahim Nuhu (Nigeria), Br. Shah Kirit (Msia).

Unfortunately Sh. Tawfique Chowdhury got something to deal with and couldnt make it. But he sent his sweet son to read out his message for us :)

The speakers talked about the companions of Prophet Muhammad saw. Tukar cakap melayu pulak lah. Mereka menyatakan bagaimana para sahabat from zero become a heroes. Seperti Bilal bin Rabah. Dari seorang hamba diangkat martabatnya menjadi antara yang dibanggakan oleh Rasulullah.

Bagaimana para sahabat boleh menjadi sebegitu hebat?

Kerana mereka melaksanakan apa yang mereka katakan.

Success is not the talk about action. But its about action taken after the talk.

Kita? Cakap je lebih, buatnya jangan harap... Na'uzubillah. The conclusion is, walk the talk! :)

Lagi?

Macamana para sahabat boleh bersusah payah, bergolok bergadai demi Islam?

The answer is simple. Its because they saw Jannah in front of their eye :)
Sweet kan?

Bak kata Sh. Mirza Yawar Baig, the companion didnt sacrifice. But they are actually doing investment.

Eh, awat depa tak sacrifice pulak? Bukan apa yang mereka buat demi Islam tu sacrifice ke?
Pulak dah.

Sacrifice: doing something and get nothing as return.

Investment: doing something and get something as reward.

See the different?

Mereka berkorban, tapi bukan tanpa balasan. Mereka berkorban dan mendapat Syurga sebagai ganjaran. :)

Ni bila nak masuk tajuk daa ...

Sh. Daood Butt.

Almost all the sisters like him. Guess why? ;)

Sh. Daood Butt lebih terkenal dengan 'kisah kahwin'. Perkahwinan bukan satu isu yang sekadar suka-suka. Ia adalah satu sunnah. Tapi beliau mengambil jalan tengah dengan mengajak mereka yang berkemampuan untuk bernikah, dan berpuasa serta menyibukkan diri dengan aktiviti lain bagi yang belum mampu.

Tapi memandangkan setiap dari kita mempunyai sudut pandangan yang berbeza tentang 'kemampuan', beliau menasihatkan agar tidak menjadikan alasan-alasan cliche sebagai halangan.

Tak cukup duit?
Sampai bila-bila pun duit takkan cukup.

Tak cukup ilmu?
Ilmu kan kena cari sampai ke liang lahad?
Tak kan nak tunggu masuk kubuq baru nak nikah ye dak?

Tak bersedia?
Sampai bila baru kita bersedia?

Ok cukup.
Saya cakap tentang ini bukan kerana dah gatai sangat nak kahwin. Calon pun takdak lagi~
Tapi sebab saya 'angin' sikit bila kawan saya tak percaya bila saya cakap saya akan 'approach' pihak lelaki andai tiba satu saat saya tak di'approach'.

Mungkin dia ingat saya main-main atau tak berani.
Saya bukan nak buktikan aku ini gagah perkasa atau kuat umpama gergasi, tapi saya mahu buktikan perigi cari timba, baldi cari gayung, atau mangkuk cari sudu itu bukan satu kesalahan.

Betul ke dia ni?

InsyaAllah, with Allah's willing :)

Kalau dah sampai 'target masa' dan masih belum ada yang 'mencuba', apa salahnya kita memulakan langkah?

Kerana tanpa usaha, tak mungkin kita berjaya menggapai apa yang dicita :)


p/s: Ada kuiz beberapa jam dari sekarang. Do'akan saya :)

07 November 2012

Budaya Islam: Semakin terhakis dan menipis?

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Kuliyyah of Information Technology.
KICT.
Baru habis kelas tutor database.
Menunggu waktu maghrib.
Selepas maghrib, sambung kelas tutor programming.

Alhamdulillah.
Setelah entah berapa lama cuba untuk post entry, berjaya jugak.
Sebelum ni selalu ada masalah untuk loading.
Sebab guna skmm je.
Kali ni guna khidmat wireless IIUM :)

Setelah hampir 2 bulan lamanya bergelar mahasiswi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, perasaan seronok menjadi sebahagian dari mahasiswi universiti Islam ini semakin memudar.

Tak dinafikan, mereka yang menuntut di sini tak semuanya berlatar belakangkan agama yang baik.
Tapi apa yang menyedihkan, bila mereka langsung tak memasang niat untuk menjadi yang lebih baik bila sudah berada di sebuah menara gading yang bagi saya sudah cukup baik.

Kalau dulu saya membayangkan kesemua pelajar di sini adalah baik-baik dan alim-alim belaka, kini tidak lagi.

Lelaki perempuan dengan selamba makan berdua satu meja.
Sampai tengah-tengah malam pun ada.
Belum lagi yang ke sana ke mari berdua dalam kereta.
Malam-malam pun ada. Entah buat apa berdua dalam kereta tu.
Dengan motor jangan cerita.
Yang pastinya mustahil syaitan tak cucuk jarum kan?

Itu hal lelaki perempuan.

Ini hal perempuan.
Yang warna rambut.
Warna kuku.
Pakai baju ketat.
Singkat.
Tak cukup kain.
Belum masuk bab stokin kaki dengan tangan lagi.

Allah... Di mana hilangnya ke'Islam'an yang dibawa satu masa dahulu?...

Cukup sudah bab pelajar.
Mahasiswi dan mahasiswa.

Konsert vs Majlis Ilmu.
Kalau dengar nama universiti, mesti Majlis ilmu akan menang kan?
Tapi tidak.
Konsert menang.
Majlis ilmu kalah.

Majlis ilmu kerapkali ada campur tangan orang atasan.
Jangan tanya kenapa.
Boleh je cancel at the very last minute.
Tapi konsert 'on' aje...
Dibawa masuk band-band terkenal tanah air ke Taman Ilmu dan Budi ni.
Untuk charity katanya.
Orang luar yang free hair, yang keliru jantinanya, yang tak tutup aurat, semua bercampur dalam konsert.

Allah... Inikah Taman Ilmu dan Budi yang dihormati satu ketika dahulu?...

Apa nak jadilah dengan bumi universiti Islam ni... Ini baru sekarang. Tak dapat saya bayangkan keadaan untuk 10 tahun akan datang.

Tapi saya bukan nak buruk-burukkan universiti Islam ini. Tidak sama sekali. Malah tak pernah pun saya menyesal 'dihantar' Allah ke sini. Sekurang-kurangnya saya dapat lebih dari sesuatu bila berada di sini.

Majlis ilmu teruramanya.

Walaupun seringkali diganggu 'tangan-tangan ajaib', majlis ilmu di bumi UIA ini tetap tak putus-putus. Ada sahaja ilmuwan yang sudi mencurah ilmu di sini. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja majlis-majlis ilmu di Taman Ilmu dan Budi ini. Belum masuk lagi majlis ilmu sekitar Gombak ini lagi :)

Pensyarah-pensyarah juga rata-rata berfikrah Islam. Maksudnya mereka mengajar bukan semata-mata untuk 'luluskan' pelajar mereka, tetapi mereka turut terapkan budaya-budaya Islam dalam pengajaran mereka.

Teringat kata-kata pensyarah subjek UNGS, katanya kalau setakat nak lulus exam je, jangan masuk kelas dia. Dia jugak cakap assigment yang akan diberikan adalah 'assignment kehidupan'. Bayangkanlah, siapa yang tak seronok kalau assigment yang diberi adalah mengkhatamkan Al-Qur'an, membaca sebuah buku tentang peribadi Rasulullah, dan mengajak non-Muslim untuk memeluk Islam?

Cumanya, diri sendiri perlu kuat. Kuat rohani dan jasmina. Iman dan jasad.

Supaya tak mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling.
Supaya tak mudah layu bila dipujuk rayu.
Supaya tak mudah rebah bila berdepan dengan masalah dan musibah.

Dan dalam ramai-ramai yang 'elergi' dengan teguran dan nasihat, masih ada yang sedia menerima dengan hati terbuka.
Alhamdulillah.
Sekurang-kurangnya masih ada yang bersedia berubah ke arah yang lebih baik.
Berbanding mereka yang lebih selesa 'menabung' dosa dari masa ke semasa.

Bercakap tentang majlis ilmu, kurang seminggu ynag lepas saya ke majlis Habib Ali Zaenal Abidin lagi.
Alhamdulillah :)
Berqasidah beramai-ramai sebelum mendengar kuliah dari Habib Ali, memang mengujakan.

Sebelum terlupa, the best and cutess part, seorang kanak-kanak mula tak sedap duduk. Ditarik-tarik kain ibunya, mengulang beberapa kali perkataan 'nak balik, nak balik'. Apa yang menariknya, bila si ibu menjawab, 'kejap lagi ada Ya Hanana'. Terus si anak senyap. Comel kan? :)

Di zaman serba canggih ni, kebanyakan anak-anak kecil di'diam'kan dengan i-pad, tab, i-phone dan segala jenis kemudahan teknologi yang ada. Tapi tidak bagi anak-anak yang dididik dengan majlis-majlis ilmu sebegini. Teringin jugak kan macam tu... Tipulah kalau ada yang cakap tak mahu anak-anak macam tu kan? ...

Anak-anak kecil tertidur lena di bahu ibu masing-masing. Dengan beriringkan alunan qasidah, tak semua kanak-kanak yang boleh 'bertahan'. Kebanyakan mereka mesti terjaga walau terdengar sehalus-halus bunyi pun.

Allah...
Teringin nak lahirkan pejuang-pejuang Islam yang jiwanya 'lunak' dan 'jinak' dengan majlis-majlis ilmu, dengan alim ulama.

Allahu rabbi... moga Kau permudahkan ya Allah...

Apa kaitan tiba-tiba anak-anak dengan masalah yang berlaku di universiti Islam Taman Ilmu dan Budi ini?

Ada kaitannya sahabat....

Kan zuriat yang bakal kita corakkan itu adalah cerminan diri kita sendiri? Kan kan kan? ;)

Dah tu... Kalau yang dari zaman universiti ni pun dah ke sana ke mari dengan anak dara/ bujang orang, saya nak ingatkan janganlah dok angan tinggi-tinggi sangat nak anak yang 'serba sempurna'... Sebabnya kebanyakan kita sekarang suka mcam 'ouh comelnya baby tu... nak anak macam tu jugaklah.' And sorts.

Angan-angan punya tinggi, nak itu ini. Yang paling menggelikan hati bila berangan nak pengakhiran yang baik baik je tapi di tengah-tengah kehidupan dah isi dengan pelbagai jenis dosa dan maksiat.

Dalam ramai-ramai tu ada jugak yang malu dan segan nak praktikkan Islam. Kolot katanya. Tak ikut peredaran zaman. Tak up-to-date. Dan sebagainya.

Allah...

Moga kita semua terpelihara dari segala jenis seksaan dan balasan. Biarlah 'diseksa' di dunia, jangan sampai 'diazab' di akhirat.

#Sahabat, tiada guna lagi segala teguran dan nasihat, bila 'nasi dah menjadi bubur'... Dunia bukan tempat bersuka ria, kerana kita hanya menghitung detik kematian yang kita tak tahu bila akan tiba...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...