23 October 2012

Ya Hanana.

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Subhanallah.
Alhamdulillah.
Allahu Akbar.

Ya hanana.
Beruntungnya kami.
Beruntungnya kita semua.

Ya hanana biMuhammad.
Beruntungnya kami menjadi ummatmu Muhammad.

Alhamdulillah.
Dalam 3 hari saja saya diberi peluang berada bersama-sama dengan para ulama'.
Bermula dengan Al-Fadhil Ustaz Muhadir Haji Joll.
Habib Ali Zainal Abidin.
Dan buat pertama kalinya, Habib Syech As-Seggaf.

Allahu rabbi.

Mulanya perasaan takut menguasai diri.
Manusia hanya mampu merancang. Dan saya pun merancang untuk menghadiri majlis-majlis mereka.
Tapi jadi takut bila teringat kata-kata Al-Fadhil Ustaz Muhadir;

" Bilamana kita berniat untuk berjumpa ulama' (ke majlis ilmu mereka), tapi akhirnya tidak kesampaian, itu kerana Allah tak membenarkan wajah suci mereka dipandang oleh wajah kita yang penuh dosa. "

Allah.

Pada lahirnya mungkin kita akan cakap kita ada masyaqqah. Ada hal tiba-tiba. Atau kecemasan. Dan sebagainya. Tapi pada zahirnya, Allah yang tak izinkan sebenarnya. Atau kata lainnya, tak ada rezeki. Rezeki datang dari siapa?

Itulah yang saya alami setiap kali selepas merancang untuk menghadiri majlis-majlis ilmu para ulama' ni. Tak termasuk lagi dengan 'peperangan perasaan'. Biasalah, bila dah niat nak buat baik, sure punyalah akan ada gangguan. Tiba-tiba rasa  macam taknak pergi. Ada assigment lah, tak cukup duit, macam-macamlah.



Tapi alhamdulillah. Kami berjaya melaluinya. Apa yang kami korbankan, berbayar dengan pengalaman dan ilmu yang kami dapat.

Alhamdulillah ya Allah :)

Bila saya terpilih untuk berada di antara mereka-mereka yang terpilih, saya mula merasakan betapa beruntungnya saya dan sahabat-sahabat saya yang berada di dalam majlis tersebut tika itu. Secara tak langsung saya turut terfikirkan apakah yang sahabat-sahabat saya yang dahulunya sehaluan, tapi kini membawa diri melalui haluan yang berlainan.

Ya Allah, peliharalah aku. Peliharalah mereka. Peliharalah kami semua.


Ok lah, jangan sedih-sedih. Seminggu diberi cuti. Minggu depan menyambung perjuangan kembali di Taman Ilmu dan Budi! :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...