13 October 2012

Awak, dia.

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Awak.
Dia.
Awak dan dia tak sama.

Awak ada hampir kesemuanya.
Teknologi canggih awak ada.
Kemudahan-kemudahan lain pun awak ada.
Barang awak mahal-mahal hampir kesemuanya.
Tak ada yang kurang.
Sempurna mungkin.

Tapi tidak dia.
Dia hanya pakai handphone murah.
Komputer riba pun dah bergenerasi.
Zaman berganti.
Tapi laptop tak pernah berganti.
Baju dia dari zaman sekolah tak berganti.
Dia tak mampu macam awak.
Dia selalu rasa awak lagi bertuah dari dia.

Tapi dia tak pernah kisah dengan semua itu.
Cuma dia sedih.
Kerana awak tak pernah cerita pada dia apa-apa.
Macam dulu.

Dulu awak dengan dia macam isi dengan kuku.
Pergi mana sama-sama.
Ketawa sama-sama.
Menangis sama-sama.

Tapi awak pilih untuk jauh dari dia.
Bila awak ada 'dia' yang baru, awak pun jauh dari dia yang lama.
Dia sedih, tapi mungkin awak tak pernah tahu.

Awak selalu rahsiakan hampir semuanya dari dia.
Sampai dia tertanya-tanya, awak dan dia masih bersahabatkah?
Tapi dia tak pernah rahsiakan apa-apa dari awak.
Dan awak tak pernah sedar pun tentang itu.

Dia selalu cemburu tengok awak bergurau senda dengan orang lain.
Sebab gurau senda awak dengan dia tak sama macam dulu.
Suasana tak sama.
Perasaan pun tak sama.
Janggal rasanya.
Umpama bercanda dengan orang yang dia tak pernah kenal katanya.

Awak bijak.
Dia pun tahu awak bijak.
Dulu dia selalu berlumba-lumba dengan awak.
Sekarang pun dia berlumba-lumba, tapi perasaan tu tak sama.

Langkah awak dah jadi perlahan.
Langkah awak jadi perlahan sebab awak campur-adukkan cahaya terang dan gelap dalam hati awak.
Dia pasti awak tahu mana yang terang, mana yang gelap.
Tapi yang dia tak tahu mengapa awak tetap memilih cahaya yang gelap itu.

Awak pelik dengan diri awak.
Awak tertanya-tanya pada mereka, kenapa awak susah untuk faham pelajaran.
Dia cakap, cahaya ilmu tak boleh masuk dalam hati yang ada kekotoran.
Tapi dia cuma cakap dalam hati.
Nak cakap terus terang pada awak dia tak berani.
Sebab awak memilih menjauhkan diri.

Awak.
Dia pesan janganlah awak menjarakkan diri lebih jauh lagi.
Bukan dia dah penat kejar awak, tapi dia takut tak mampu lagi mengejar langkah awak yang makin jauh.

Awak.
Dia cakap  kalau awak dah tak suka berkawan dengan dia lagi pun tak apa.
Tapi dia pesan janganlah kerana 'dia' awak meminggirkan diri.
Dari semua orang.
Dari dia.
Dan dari DIA.

Awak.
Berhentilah.
Berhentilah dari terus melangkah dan berpatah baliklah.
Kalau awak tak mampu, awak masih ada dia.
Dia sudi bantu awak.
Walau dalam hati awak mungkin dah tak ada ruang untuk dia.
Dan jangan pernah lupa, awak juga ada DIA.


Awak.
Kalaulah awak tahu, dia rindu sangat pada awak yang dulu.
Dan kalaulah awak tahu, yang dia masih sayang pada awak walau awak tak sama macam dulu.


1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...