29 September 2012

Politik: Kotor atau dikotori?

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Amaran keras: Bagi yang elergi, atau nak muntah, pitam, pengsan, tak lalu nak makan dan yang sewaktu dengannya jika mendengar perkataan POLITIK, silalah click 'close' button di hujung kanan page. Sekian terima kasih.


Politik.

Busuk. Kotor. Jijik.

Itulah tanggapan pertama saya setiap kali kedengaran perkataan POLITIK di mana-mana. Namun itu adalah satu ketika dahulu di mana saya tak tahu pun apa itu politik yang sebenarnya.

Politik. Atau dalam bahasa lainnya adalah siasah, merupakan antara skop yang berada dalam lingkungan agama Islam itu sendiri. Zaman Rasulullah sendiri, baginda meluaskan pemerintahan baginda dengan pelbagai cara dan kaedah. Peperangan, penaklukan dan sebagainya. Dan dengan perluasan talukan baginda, dapatlah negara-negara di bawah pentadbiran baginda ditadbir dan dibentuk dengan acuan Islam yang sebenar.

Justeru, tidakkah mereka yang menganggap politik itu kotor, jijik lagi menjijikkan itu sebenarnya telah mengutuk apa yang telah baginda Rasulullah s.a.w sendiri lakukan pada zaman pemerintahan baginda dahulu? Saya tak layak beri jawapan, entum orang sendiri boleh mikir.

Apa pentingnya politik ini?

Dengan kuasa pentadbiran yang dimiliki oleh pihak kerajaan (buat masa sekarang) membolehkan mereka mencorakkan negara kita Malaysia dengan bancuhan mereka sendiri. Sama ada acuan yang telah Islam sediakan mahupun sebaliknya.

Alhamdulillah, kini saya tidak memandang politik itu umpama najis yang busuk, jijik lagi memualkan. Kerana apa? Kerana saya kini memahami betapa penting dan besarnya impak pemilihan pemimpin yang akan mentadbir negara kita dengan politik itu sendiri.

Tapi dapat kita saksikan, selain dari mereka yang punya puak atau parti pilihan masing-masing, sebenarnya terdapat juga golongan atau kelompok yang lebih memilih untuk berdiri di tengah-tengah. Dan mereka ini tanpa sedar turut memberi kesan besar terhadap corak pemerintahan negara.

Pernah seseorang melontarkan persoalan, "Buat apa nak undi, bukannya tau pun pihak mana yang benar-benar baik atau jahat." Baginya lebih baik mendiamkan diri daripada tersalah membuat pilihan. Benarkah begitu?

Tidak bagi saya.

Bagi saya ia merupakan amanah besar yang tertunggak di bahu kita supaya memilih antara dua. Kerana sekurangnya-kurangnya kita berusaha untuk memilih yang terbaik antara semua. Tersalah pilih, atau tersilap perkiraan, itu soal kedua. Yang penting niat dan usaha itu ada.


Lelah.

Namun apa yang paling menyesakkan pemikiran saya adalah apabila adanya 'puak-puak' yang tak pernah penat dan bosan menghentam sesama sendiri. This is the worst part.

Terkadang saya terfikir, tak penat kah mereka? Mereka-reka cerita, menyebar fitnah, berlawan-lawan suara dan sebagainya, semata-mata untuk menarik perhatian dan memenangi hati rakyat. Apakah betul ini cara yang terbaik? Kenapa tidak mereka menyatakan pendirian mereka, tanpa perlu menghentam balas esama sendiri?

Seriously, its the worst part ever.

Mana tidaknya, di mana-mana sahaja kita boleh jumpa mereka yang berbalah hanya kerana hal keduniaan semata. Pernah juga terlintas, mustahilkah semua pihak untuk berbaik dan sama-sama memakmurkan bumi yang akan musnah suatu saat nanti? Sama-sama memerintah, sama-sama melaksana  perintah Allah.

Saya sebenarnya menjadi panas hati bila membaca komen-komen panas dan tidak membina langsung dari mana-mana pihak. Pembangkang atau kerajaan. Saya menyokong satu antaranya tapi saya cukup tak setuju pada sesiapa sahaja yang 'bermulut jahat', sesuka hati memaki dan mencaci. Dan yang pastinya, mereka yang 'bermulut busuk' ini bukanlah pilihan terbaik. Kerana hamba Allah yang sejati tentulah mereka yang berhati suci dan wangi. Dan bukan kaki caci dan maki. Get me? :)

Dan kerana ini jugalah, medan politik atau siasah ini dipandang jijik oleh sesetengah pihak, yang tidak pun memahami dan mengerti hakikat dan pengertian politik yang sebenarnya. Entum orang cer bagitau, salah siapa sekarang ni yang telah memberi gambaran negatif kepada mereka ini?

Tapi yang pasti, tiada yang mustahil SEANDAINYA perintah dan larangan Allah dipatuhi.

Thats the main point to be focused on.


Apapun, saya cuma mengharapkan sahabat-sahabat, entum orang semua, memilih berdasarkan mata hati dan bukan mata kasar. Kerana hati lebih teliti walau kadangkala sukar untuk memahami.

Saya dah ada pilihan di hati, anda bila lagi? :)

#Jangan pernah berhenti. Kerana kemenangan akan sentiasa berpihak kepada perjuangan yang suci. Ingatlah, janji Allah itu pasti.

1 comment:

  1. assalamualaikum.

    saya cadangkan anda meneliti manhaj, tauheed dan aqeedah ahli sunnah wal jamaah.

    anda akan dapati ada jawapan jelas berkenaan politik. juga pilihanraya.

    insha-allah.

    :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...