13 September 2012

Pertempuran bermula!

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah. Tsumma alhamdulillah. :)

Dekat 2 minggu berkampung di sini, baru ada kesempatan menjenguk blog yang sudah berhabuk. Kesibukan kian terasa. Bahang kepenatan juga sudah kian terasa hangatnya.

Bermula dengan hari pendaftaran, sesat di kawasan Selayang. Setelah sampai di Taman Ilmu, terlepas laluan ke mahallah pula. Paling menguji iman, tersalah mahallah. Setelah naik ke tingkat 3 dengan mengangkut beg-beg yang beratnya Allah sahaja yang tahu, memasukkan kunci dan memulasnya, barulah kami tersedar,

"Mahallah Ruqayyah."

Sudah.

Sepatutnya Mahallah Asiah, tapi Allah dah takdirkan, tersalah pulak.

Tingkat 3 ye sahabat. Penat tu lain kira. Tapi saya serba salah kerana emak saya turut sama mengangkut 'beban' kepunyaan saya. Tapi alhamdulillah, mak cuma senyum saja. Mungkin kerana kesedihan tinggal berdua di Baiti Jannati kian terasa agaknya. Hingga membuat emak cuma tersenyum tanpa kata.

Ta'aruf Week.

Minggu orientasi.

Allah.

Saya ingat saya dah cukup bersedia. Tapi terbukti saya silap. Bukan setakat kekurangan kekuatan fizikal, mental juga. Sepanjang minggu penuh dengan briefing, briefing dan briefing. Saya tak pasti berapa peratus yang saya dapat dari briefing yang dijalankan. Ops. Harap lecturers, dan sesiapa yang membuat briefing tempoh hari tak tersalah masuk ke site blog saya.

Pertempuran pertama: Purdah.

Memandangkan saya masih lagi seorang 'beginner' dalam dunia niqobis, saya memang mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling. Di sini, peraturan telah menetapkan bahawa pelajar tidak boleh berpurdah. Namun berbekalkan semangat dan sokongan dari sahabat-sahabat, saya kekalkan juga berpurdah di sini.

Dugaan macam-macam. Bermula dengan sahabat yang dahulunya berpurdah dan kini tidak lagi. Namun saya percaya mereka punya sebab tersendiri. Hinggalah kepada pandangan-pandangan serong dan 'senget' dari mereka-mereka yang mungkin pertama kali melihat saya. Erks?

Dalam perjalanan ke kelas, saya masih bersoal jawab lagi, dicampur dengan perasaan takut dan risau. Risau ada lecturer yang tak senang andai saya sebagai pelajarnya memakai purdah di dalam kelasnya. Setakat ini alhamdulillah, tidak ada lagi yang menegur mahupun menyuruh saya menanggalkan purdah di dalam kelas. Dan sebolehnya saya mem'participate'kan diri di dalam kelas supaya mereka semua tidak menyalahkan kain kecil ini andai saya bertindak pasif di dalam kelas.

Tapi yang paling saya takut kalau saya tak kuat. Meaning, saya juga akan rasa,

'Ala, dalam universiti tak payah pakai purdah pun... Kat luar nanti pakailaa... Lagipun pihak u memang tak bagi pakai kan.'

Ouh tidak. Takut. Takut tak istiqomah. Kalau zaman 'bujang' pun dah tak kuat, saya tak dapat bayang macamana saya kat luar nanti. Bila dah bersuami, beranak, bekerja. Nak nak pulak kebanyakan pekerjaan di luar sana tak membenarkan pekerja 'menutup muka'. Jadi pekerja sepenuh kat rumah je lah macamtu. Ye tak? ;)

Tapi walau macamana pun, istiqomah tersebut terletak dalam diri. Bukan pada orang sekeliling. Kan?

Do support me fellas! :)


Pertempuran kedua: Nazak.

Ok itu tipu. Tak lah nazak pun. Cuma penat tahap maksima. Nak nak pulak semasa hari pertama mendaki bukit ke Kuliyyah ICT. Penat sampai nak pengsan. Serius tak tipu. Keesokan harinya, barulah saya dimaklumkan ada jalan pintas ke puncak 'gunung' tersebut. Ok i missed the train =='

Lepas tamat kelas di KICT, ber'running man' ke Kuliyyah lain pula. Kuliyyah Ekonomi, kadang-kadang ke Kuliyyah IRK, dan Edu. Memang menganggu gugat keimanan bagi mereka yang lemah macam saya. Tapi saya tetap percaya, pasti ada manisnya di kemudian hari. :)


Pertempuran ketiga: Sempit.

Bukan baju atatu seluar sempit Tapi kesempitan wang. Gaji yang diperoleh semasa kerja sambilan tempoh hari pun dah nak mencapai angka kosong. Dah apply ptptn, tapi agak keberatan pulak. Sebab lepas tamat belajar nanti kena pulangkan balik duit tu dengan bunga sekali. Allah. Bayar hutang memang wajib. Tapi kalau bunganya? Tepuk dahi tanya iman~

Sempit dada. Ya dada saya juga sempit. Apa tidaknya, melihat keadaan universiti Islamik yang  tak berapa nak Islamik. Patutlah ramai yang cakap, lagi seronok di CFS. Peraturan masih diikut walau tak seketat mana. Tapi berlainan di main campus. Peraturan-peraturan lain seperti membawa kenderaan ke universiti, boleh menyebabkan seseorang disaman kalau tak ikut peraturan. Tapi pemakaian yang tak ikut syariat, tak pernah jumpa pula mereka yang disaman.

Semasa menghadiri kelas UNGS, saya jadi bersemangat bila lecturer tersebut menegaskan bahawa seorang Muslim yang menyayangi seorang Muslim yang lain tak akan membiarkan Muslim tersebut melakukan sebarang maksiat. Tapi bila dah jadi depan mata, saya tak terkata apa. Boleh jadi mereka adalah pasangan yang baru berkahwin, siapa tahu kan? Nak bersangka buruk pun tak boleh sebab memang ramai pasangan yang sudah berkahwin di sini.


Pertempuran keempat: Masa.
Yang ini paling mencabar. Lambat beberapa minit keluar dari mahallah akan menyebabkan saya lambat ke kelas. Kalau lambat ke kelas bermakna saya perlu berlumba lari ke kelas. Sekian harap maklum. Memandangkan dah berbulan lamanya cuti di rumah, membuatkan saya sedikitttttt malas nak bergerak cergas.

Bertukar kelas bermakna bertukar kuliyyah. Yang membawa maksud bahawa saya perlu ke kuliyyah yang berlainan yang jauhnya mampu membuat saya membisu seribu bahasa buat beberapa ketika. Fuhh. Tapi saya tetap yakin, alah bisa tegal biasa. Dan segalanya pasti berbayar andai diniatkan lillahi ta'ala.


Pertempuran kelima: Perubahan.

Tak semua perubahan itu dapat diterima walupun perubahan itu membawa ke arah kebaikan. Sungguh. Saya tak cakap saya dah jadi baik. Tapi saya sedang bertatih ke arah kebaikan. Dan saya sering bersiap sedia, kerana saya tahu, tak semua orang bisa menerima perubahan saya. Lebih-lebih lagi mereka yang mengenali saya suatu ketika dulu.

Biasalah kan. Nama pun ujian. Kawan yang dahulunya rancak berbual bila berjumpa, kini hanya pandang dari jauh bila bersua. Bukan tak cuba mendekati, tapi bila mereka semakin menjauhi, jadi tak seronok pulak. Biarlah. Mungkin belum lagi masanya. Dan mungkin juga, mereka tidak memahami. :)

Harapnya tidak di bumi UIAM ini. Cuma takut diri menjadi lemah bila pandangan orang lain berjaya mempengaruhi diri. Tapi tak semua pastinya. Walau tiada kata bila bersua, namun 'sapaan mata' mereka yang sama seperti saya sudah cukup menenangkan hati.

Yang pastinya, walau ada antara mereka yang menjauhi, alhamdulillah tak kurang juga yang menghampiri. Masih mampu melihat dan menerima saya dari pelbagai sisi. Uhibbukunna fillah ya akhowati :)


Walau apapun ceritanya, yang paling penting adalah keyakinan diri. Juga kebergantungan kepada Allah. Terutamanya bila kita melakukan sesuatu yang tidak semua manusia lakukan. Semoga kami semua sentiasa istiqomah. Dan semoga kami dikurniakan seseorang ynag bisa membantu kami untuk terus istiqomah dengan segala kebaikan. Ameen :)


p/s: Serik. Dijamukan dengan kuiz di hari kedua di semester baru. Dengan buku yang tak sampai stok lagi. Nak baca lagilah kan. Redha je. Apa yang direpekkan masa kuiz tadi pun tak tahu. Pengajaran: Cari sesuatu sampai ke luang cacing dan jangan pernah menyangka minggu pertama takkan ada kuiz.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...