06 August 2012

Si Kain Kecil Penutup Muka

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Alhamdulillah.
Allah masih berikan kesempatan kepada kami untuk berpuasa di hari ke 17 di bulan Ramadhan.

Minggu lepas saya telah menyertai satu program yang sepatutnya sangat menuntut sumbangan tenaga dan keringat, but its end up with im doing nothing at all!!!

Alkisahnya saya datang lambat... ;p The event get started on friday but i came on the next day and so, its like coming to a-nearly-finish event~

Apapun sekurang-kurangnya saya dapat sesuatu dari program ni. Bukan setakat sesuatu, tapi beratu-atu!

Selain dari dapat kesedaran betapa beruntungnya kita semua yang boleh dikatakan hidup mewah lah jugak kan dah kalau dapat berbuka puasa sampai kenyang tak boleh nak merangkak~~~ Saya pun baru sedar, betapa ramainya yang kurang bernasib baik dekat Malaysia ni ...

Allah...

Saya nak cerita pun bukan saya betul-betul merasai, jadi saya tak boleh lah nak cerita banyak-banyak... Sebabnya petua untuk menyentuh hati seseorang adalah dengan menyatakan sesuatu dari hati, bukan setakat nak mencantik dan menyedapkan ayat semata!

Tapi yang saya betul-betul nak ceghita kat sini adalah tentang niqobis yang saya jumpa sepanjang saya menjadi niqobi. Sebabnya hari tu sangat raaaaamai sahabat niqobis yang saya jumpa :)


Si Kain Kecil Penutup Muka.

Pertamanya, biar saya berterus terang. Untuk menjadi seorang niqobi itu bukanlah satu perkara yang mudah. Biarpun si pemakai itu banyak ilmu, atau sikit ilmu, atau tak ada ilmu langsung tentang si kain kecil penutup muka yang dipakainya, ia tetap satu perkara yang rumit untuk mengenakan sehelai kain di muka bilamana majoriti penduduk Malaysia bukanlah dari kalangan mereka yang menutup muka.

Dan ia semestinya akan menjadi buah mulut orang bila kita melakukan sesuatu tanpa ilmu!

Ada seorang sahabat yang mendatanginya saya, "saya ada sesuatu nak cakap ni..."

"Apa dia? Cakaplah."

"Sejak akhir-akhir ni makin ramai yang pakai purdah. Tapi pakai purdah tak cukup syarat."

Nah.

Tak perlu saya nyatakan perbualan selanjutnya. Saya yakin entum pun faham. Kalau tak faham, sabar meta, kawe nok oyak la ni~

Ini bukan pandangan peribadi saya semata-mata, tapi 'suara rakyat' dari sahabat-sahabat sekeliling jugak... Sama ada yang turut memakai purdah, ataupun tidak.


Pakai Purdah Tak Cukup Syarat.

Nak pakai purdah ada syarat ke?

Tak ada syarat pun sebenarnya. Tapi disebabkan memakai purdah adalah sunat, dan menutup aurat dengan sempurna itu adalah wajib, maka itulah yang menjadi masalahnya. Yang wajib tak disempurnakan, yang sunat dilebih-lebihkan.


Pakai purdah, tapi tak pakai stoking.

Pelik kan? Tapi waktu tu saya masih belum berpurdah. Jadi persoalan hanya bermain di minda tanpa diluah dengan rasa.

Saya pernah jumpa hamba Allah yang pakai purdah, bert-shirt labuh, tapi seluar agak melekat di kaki. Maknanya seluar dia agak 'sempit'. Walaupun tak ketat, tapi agak tak molek. Sebabnya seluar tu sepatutnya memang ketat, tapi sebab dia bertubuh kecil, tak nampaklah ketatnya. Apapun seluar tu memang agak sempit. Hmmm....


Pakai purdah, tapi berhias dan bergaya.

Kalau yang ni sampai sekarang saya masih belum jumpa jawapan. Bukan nak bersangka buruk, tapi mereka membuatkan saya tertanya-tanya akan sebab mereka berpurdah. Nak cakap berpurdah sebab nak elak fitnah, tapi bila dah ber'make-up' lagi bergaya sakan, lagilah dekat dengan fitnah kan? Nak nak pulak kalau dah berpurdah.

Bershawl yang bewarna-warni, berblink-blink, bersinar-sinar, bercahaya lah bagai. Memang pelik. Apapun biarlah Allah yang menentukan.


Beramal, biar berilmu.

Ini yang saya nak tekankan sebenarnya. Kalau nak beramal dengan sesuatu, biarlah dengan ilmu. Bukan kerana ikutan, mahupun keseronokan.

Bukan apa, kalau kita tak punya dalil untuk berpaut, jangan pelik andai satu hari nanti yang berpurdah akan tanggalkan purdahnya.

Hangat-hangat tahi ayam.

Itulah bahasa mudahnya. Saya nak cakap lebih-lebih pun saya takut saya salah satunya. Na'uzubillah. Cuma do'akan kami supaya istiqamah. :)


Pakai purdah, akhlaq zero.

Oops. Yang ni saya terasa sikit.

Mereka yang kenal saya, pasti tahu saya bagaimana orangnya.

Saya di hadapan orang ramai, dan saya di hadapan rakan taulan dan sahabat handai, punya dua karakter berbeza.

Lemah lembut, pemalu, sopan santun,. Itu semua bukan sifat saya.

Kadang-kadang saya jadi malu sendiri. Berkali-kali saya tanamkan dalam diri, nak ubah sikap saya ni. Tapi masih, tak boleh. Mungkin sebab dah sebati dalam diri?

Apapun itu bukan soalnya. Saya pasti usaha saya yang sedikit pasti akan dinilai walau sekecil mana sekalipun.

Cumanya, yang nak ditekankan di sini adalah mereka yang kurang menjaga ikhtilat, biarpun sudah berpurdah.

Ya betul, ikhtilat perlu dijaga tak kira berpurdah ataupun tidak. Tapi ianya akan lebih menarik tumpuan andai yang tak menjaga ikhtilat itu adalah dalam kalangan mereka yang berpurdah.

Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Itulah. Kalau seorang niqobi tidak menjaga ahlaqnya, yang lain turut merasa tempiasnya.

Seseorang pernah bercerita kepada saya, seorang muslimah yang berpurdah, suka memainkan perasaan lelaki lain. Dan, suka keluar dengan lelaki lain.

Nampak tak permainan kat situ?

Memainkan perasaan orang lain satu hal, keluar dengan lelaki pun satu hal.

Ni yang saya nak highlight jugak. Memandangkan niqobis ni lain dari yang lain, kebanyakannya memang tak dapat lari dari soal hati dan perasaan.

Pasti akan ada muslimin yang approach, berkirim salam, dan sebagainya.

Tapi satu je saya nak cakap, jangan cepat melatah.

Ada tu yang dengar je ada muslimin kirim salam, terus melambung tak jmupa langit.
( Hello hello jangan nak perasan sangat! )

Ada yang terus ambil serius.

Jangan.

Saya cakap berdasarkan pengalaman.

Walaupun muslimin tersebut bermati-matian cakap nak datang rumah, nak jumpa mak ayah, berjanji nak nikah, dan apa-apa lagilah kan. Jangan pernah meletakkan harapan pada kata-kata mereka.

Tak kiralah mereka orang agama, pakai kopiah, pakai jubah, ambil jurusan agama sekalipun. Jangan pernah terpedaya wahai muslimah!

Sesungguhnya kata-kata manusia memang tak boleh kita pegang. Kerana hanya Allah tempat yang sebenar-benar tempat kita bergantung ^____________^

Sebab tu bila dengar usikan-usikan sahabat, saya tak pernah ambil 'port'. Saya menganggap semuanya sebagai gurauan semata. Kalau setakat suka, itu masih belum cukup untuk menjanjikan bahagia hingga ke Syurga!


Peminat.

Ada peminat?

Tak kisahlah entum seorang muslimah atau muslimin. Kalau ada yang kata kononnya ada orang suka, ingat, jangan suka sangat, tapi senyum saja ....... ^______________________^

Mungkin Allah datangkan mereka sebagai ujian, walaupun tak mustahil merekalah sebenarnya yang Allah dah tetapkan sebagai pasangan.

But never get into worry.

When the time comes, Allah surely will make it easier for us.

So now, lets just pray without end :)

Go niqobis!

5 comments:

  1. Assalamualaikum adik. ^^,

    Akak doakan adik thabat dalam jalan ni.Memakai niqab dengan ikhlas semata-mata kerana Allah + istiqomah, itu bukan mudah. :'(


    errr... one day, mungkin akak perlukan nasihat,pengalaman, dan tunjuk ajar kamu ttg niqab......

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumussalam wrh kak...

    Allah kak, sy pun setahun jagung je baru. banyak lagi yang sy xtau...

    tp kalau nak berkongsi apa yang saya tau, insyaAllah boleh je... :)

    syukran ye kak :)

    ReplyDelete
  3. Nice ;) dah byk niqabis mcm cendawan tumbuh lepas hujan bak kata pepatah, tapi tu lahh, mcm dah jadi fesyen pulak, hurmm. Moga Allah lindung dan istiqamah kan hati2 kita semua dlm beramal hanya keranaNYA, inshaAllah. Ameen.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum...

    Ramadhan Kareem...

    First of all, congratulation and proudly to hear that there is still a group of people talking about the niqab others good thing
    And also combining the knowledge and action as a must...

    Al-waqi' (surrounding environment) is the essential thing to ponder in every second our life as the duat inshaAllah to deliver dakwah Dan tarbiyah...
    Yes of course a good waqi' for example in UIAM and others is already possessed Bi'ah Solehah.... And Niqab is become an essential thing to ponder of...
    How about if the Waqi' is not very well suitable to use niqab.... For example in the village.. And who wear niqab.. Will become a stranger...?
    Does wearing the niqab should be make it first of something else?

    ReplyDelete
  5. Wa'alaikumussalam warahmatullah.

    Perkara pertama yang ana mahu nyatakan adalah, memakai niqab itu adalah sunnah. Dan setiap amal itu berdasarkan niat.

    Jika memakai niqab di tempat yang asing, yakni tidak ada orang yang memakainya ditambah pula dengan keadaan peduduk yang tak memahami tentang keperluan memakai niqab, depends pada si pemakai niqab.

    Jika dengan memakai niqab akan membuatkan orang ramai menjauhi dirinya, maka bukalah. kerana menjaga silaturahim itu lebih penting. tapi seandainya si pemakai niqab mempunyai pedekatan lain, mungkin dengan menerangkan sebab dia memakai niqab, tak menjadi masalah. Bergantung bagaimana nak atasi masalah.

    Yang penting di sini, dahulukan yang wajib. Kemudian baru yang sunnah. Dan paling utama, untuk beramal dengan sesuatu bukan sahaja perlu ada ilmu. Kebergantungan kepada Allah juga perlu. Yakin pada Allah, insyaAllah Dia akan bantu permudah SEGALA masalah.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...