17 August 2012

Ramadhan vs Syawal.

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Ramadhan.
Hanya berbaki 1 hari.
Tapi apa yang dapat aku kutip sepanjang Ramadhan, aku tak pasti.
Sungguh.

Entah apa yang dah aku usahakan sepanjang bulan mulia ni, pun aku tak pasti.
Sepertinya, tak ada apa-apa.
Kosong.
Tak ada erti.

Tapi rasa itu tetap ada.
Ramadhan masih belum pergi, lagu raya sudah berkumandang sana sini.
Geram.
Sedari dulu lagi.
Tapi kali ni lebih geram.
Kerana merasakan aku belum sempat berbuat apa-apa.

Kalau diikut rasa hati, aku ingin hilang dari pandangan semua orang.
Semuanya.
Sekarang.
Saat ini.
Detik ini.
Tapi aku tau, bekalan ke sana masih belum mencukupi.

Aku masih belum memohon maaf pada mereka.
Semuanya.
Entah kenapa, sejak kebelakangan ini begitu sukar kata maaf dituturkan.
Perasaan benci yang semakin menebal mungkin?
Allah.
Moga kerana seorang manusia yang Kau titipkan sebagai ujian bukan perosak segalanya.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, tahun ini kami beraya di rumah. Lagi. Mungkin beberapa hari selepas itu baru menzirah ke rumah saudara-mara. Dulu kami selalu pulang ke kampung. Tapi bila semua menginjak dewasa, perkataan kampung seakan memudar. Semangat untuk berhari raya turut memudar seiringan.

Aku tak tahu kenapa. Aku seakan membenci seseorang itu. Walhal aku cukup maklum, membenci seseorang yang seharusnya kita menyayangi, akan mengundang dosa. Malah murka dari Dia. Tapi seakan tidak bisa perasaan itu menjauh.

Selagi dia sendiri tidak berkelakuan baik dengan insan yang seharusnya dia hormati, perasaan marah, benci, juga tidak akan pergi.

Allahu rabbi...

Moga Kau campakkan perasaan ini dari dalam diriku ya Allah... Kerana aku tak sanggup menambah dosa yang sudah sedia menggunung ini ya Allah...

Dalam beberapa minggu lagi aku akan menjejakkan kaki semula ke alam universiti. Persediaan, mahupun perasaan. Dua-dua kosong. Hanya meniti hari menjelang tibanya saat itu. Bersedia atau tidak, aku pasti masa itu tetap akan tiba.

Allah, semoga Kau permudah segalanya. Bantulah aku. Kerana aku lemah ya Allah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...