12 August 2012

Kritikal.

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah.
Semalam selamat pergi.
Baru tadi selamat sampai rumah kembali.

Kadang-kadang terbit cemburu. Tengok kawan-kawan lain bila cuti selalu je jengok sekolah lama.
Tapi aku tak.
Mana tak nya, tinggal kat Selangor, sekolah kat Johor.

.SEKOLAH MENENGAH SAINS MUAR.
.NAMAMU SENTIASA TERJULANG.

Tumpang kereta kawan. Dia drive. Semalam malam 23 Ramadhan. Tapi dalam kereta dia pasang lagu korea. Lagu Inggeris. Aku tak senang duduk. Bulan Ramadhan. Pasang lagu lagha waktu siang. Macamana nak jumpa Lailatul Qadar waktu malam?

Tapi nak buat macamana. Bukan kereta aku. Aku try la zikir-zikir sendiri. Konon-kononla. Tapi tetap tak dapat lawan rancak lagu yang terpasang. Tak apa. AKu tahu, itu ujian.

Sembang pasal reality show, Running Man. Opps. Aku tengok jugak ye. Tapi the one and only. Running Man je. Movie, drama tak main. Boleh jadi leka kot. Running Man pun kalau ada masa free je aku tengok.

Serious. Selama ni aku rasa aku dah tahap kritikal. Hantu Running Man. Hantu lagu korea. Tapi semalam baru aku tahu, ramai yang lagi hantu rupanya.

Aku mengaku, dalam playlist aku, ada lagu korea. Lagu Iggeris. Lagu Hindustan siap. Tapi nasyid pun ada. 30 juzu' Al-Qur'an pun ada. Dan, aku memang jarang layan lagu-lagu ni selain nasyid dan surah-surah Qur'an. Hanya cukup syarat, penuhkan playlist je. Nak nak pulak bulan Ramadhan. Memang tak ada feeling pun nak dengar lagu.

Malam. Berbuka kurma dan kuih. Solat maghrib. Makan beradab. Solat terawih.
Fuhh.
Sauna habis.
Sebab surau kat rumah ni fully aircond.
Kat surau Samura tu boleh pulak nak berair-cond-air-cond ni.
Bedal jela.

Dah habis terawih. Witir. Bersembang kat sick bay.
Ex-classmate ajak jalan ke bandar.
Mula macam taknak. Sebab dah malam.
Tapi at last aku pergi jugak.

Dalam kereta, aku menyesal.
Malam tu malam ganjil. Boleh jadi malam Al-Qadar.
Aku terus diam.
Otak ligat memikir, kenapa aku ikut ke bandar.

Dalam kereta, sempat aku 'sound' secara lembut kawan aku sorang ni.
Alhamdulillah pakaian dah ok.
Tapi hand sock tak pakai, stoking tak pakai.
Aku cakap kat dia, apa yang ustaz sampaikan masa ceramah hari tu.

Kita akan tersadai di padang mahsyar selama 300 ribu tahun.
Bro, 300 ribu tahun tahu. Bukan 30 saat.
Dalam tempoh masa tu kita akan cari ketua kita.
Suppose to be our beloved Prophet Muhammad saw.
Tapi kalau kita tak amal apa yang baginda dah tinggalkan, kita akan cari orang lain la gamaknya.
Lama atau sekejap kita akan jumpa Rasulullah tu bergatung kepada amalan kita.

Aku tanya kenapa tak pakai stoking?
Dia tanya aku balik, kalau orang tak tengok kaki kita macamana?
Itu bukan masalahnya.
Sebab Allah cakap suruh kita tutup aurat.
Allah tak cakap tutuplah aurat jika ada yang melihat.
Tak kan?
Ini sudah kritikal.

At last, sampai Samura dalam 11.30malam.
Pak guard pun dah terlelap.
Sharing moment dengan adik-adik.
Syahid.

Pagi tu dipendekkan cerita, ramai yang terlepas majlis penutup.
Sebab tak ikut tentatif.
Agak rugi la. Datang jauh jauh, terlepas banyak aktiviti.
Sadis. Sikit.
Sebelum balik dorang ajak ambil gambar batch.
Batch 26.
Tapi tiba-tiba rasa tak berkenan cara dorang ambil gambar.
Terus lari belakang.

Aku tak faham apa yang aku nak sampaikan.
Tapi apa yang aku rasakan, perubahan kawan-kawan aku ni, buat aku sedikit risau.

Ada yang berubah pakaian, tapi sikap tetap sama.
Ada yang berubah pakaian, dari gred A ke gred B.
Dulu tudung labuh, sekarang tudung biasa.
Dulu pakai handsock, stoking. Sekarang tak lagi.
Ini sudah kritikal.

Aku sedih.
Aku memang tak lepas dari buat dosa.
Lagi tinggi dari langit.
Lagi luas dari laut.
Lagi besar dari gunung dosa aku.
Tapi aku tetap impikan Syurga Dia yang mahal.
Dan paling penting, aku nak sama-sama ke Syurga dengan kawan-kawan aku.

Tapi yang aku paling sedih, aku tak tau macamana nak ajak kawan-kawan aku ke arah yang kebih baik.
Walaupun diri aku sendiri tak berapa betul lagi, aku tetap ada impian untuk ke SyurgaNya.

Allah...

Ramadhan semakin menjauh...
Moga hari yang masih berbaki ini, Kau kurniakan hidayah kepada kami ya Allah.
Terimalah taubat kami, ampunkan dosa-dosa kami.
Dan matikanlah kami dalam iman dan Islam.

Ameen.

2 comments:

  1. "Ghayyir Nafsak Ilal Tamkin"

    Conficius said :
    " A Good Country, is begin with the good government ,
    A good government begin with a good king,
    A good king begin with the good citizen,
    A good society begin with a good person,
    A good person begin with a good mind,
    A good mind begin with a good heart"

    "Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati.".

    Hati yang Baik Akan mencorakkan budaya masyarakat . Hati yang celik tidak pernah akan lupa akan habluminaAlllah dan Habluminannas yg perlu "directly proportionaly" antara sama satu..

    "Insan yang paling baik dalam kalangan kamu ada mereka yang bermanfaat kepada orang lain."


    Al Alamah Muhammad Iqbal yang berasal daripada Lahore, Pakistan pernah melakar suatu puisi di dalam bukunya yang pertama iaitu Asrar-I-Khudi (The Secret Of Self" iaitu:


    " Muslim yang soleh itu ibarat seperti sebiji benih yang mengeluarkan haruman yang nyaman. Benih yang dibajai, disiram, dijaga, digemburkan tanahnya.. Maka benih itu akan tumbuh dengan suburnya lalu akan mencambahkan dedaunan, buangan malah buahah serta haruman yang menyenang mereka di sekeliling"

    seperti itu kita sebagai seorang daie harus menjadi...

    Semoga kamu diberkati oleh Allah dan terus memperbaiki diri kamu, dan ajak orang lain membaiki diri...


    salam Perjuangan..










    ReplyDelete
  2. insyaAllah. Allahumma amiin. Wallahu yubaarik fiik.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...