19 August 2012

Syawal 1433H.

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, walillahilhamd.

Alhamdulillah, the mood have recovered :)

1 Syawal, sejujurnya taktau nak cerita apa. Semalam dah siap masak, rendang, nasi impit semua. Bukan saya yang masak, tapi mak. Tahun ni mak je banyak bekerja kat dapur. Anak dara kemas rumah je~ ;)

Pagi tadi lepas solat raya, balik rumah. Kemas kemas dan siap siap apa yang patut, datang family Pak Yan. Makan makan, sembang sembang, habis. Dan sekarang, dah petang dah pun. InsyaAllah esok dan lusa akan beraya di kedua-dua belah kampung halaman.

Tak ada apa sangat nak cerita sebenarnya. Cuma beberapa hari sebelum raya ni mood agak ceria sikit. Sikittttla kan. Sebabnya semakin dekat raya, semakin ramai yang balik rumah. Bermula dengan ayah, adik, abang...

Tapi yang tak berapa nak bestnya, lepas ni seorang demi seorang akan tinggalkan rumah semula. Sepertimana mereka balik seorang demi seorang, lepas ni keadaan kembali seperti sediakala. Dan saya pun sama. Akan menyambung kembali perjuangan insyaAllah di UIAM Gombak dalam bidang Informaion Technology.

Tinggallah mak dan adik yang bongsu.

Do'akan semoga keluarga kami sentiasa terpelihara. Sebab sejak akhir-akhir ni banyak rumah yang kena pecah masuk. Bukan setakat seorang da, tapi dekat 10 orang yang pecah satu rumah. Siapa tak takut? Tapi insyaAllah, Allah sentiasa ada.

That was all. The shortest entry I guess ;)

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Moga semua dosa dan kesalahan kita diampunkan. Dan semoga semua amalan kita diterima.

17 August 2012

Ramadhan vs Syawal.

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Ramadhan.
Hanya berbaki 1 hari.
Tapi apa yang dapat aku kutip sepanjang Ramadhan, aku tak pasti.
Sungguh.

Entah apa yang dah aku usahakan sepanjang bulan mulia ni, pun aku tak pasti.
Sepertinya, tak ada apa-apa.
Kosong.
Tak ada erti.

Tapi rasa itu tetap ada.
Ramadhan masih belum pergi, lagu raya sudah berkumandang sana sini.
Geram.
Sedari dulu lagi.
Tapi kali ni lebih geram.
Kerana merasakan aku belum sempat berbuat apa-apa.

Kalau diikut rasa hati, aku ingin hilang dari pandangan semua orang.
Semuanya.
Sekarang.
Saat ini.
Detik ini.
Tapi aku tau, bekalan ke sana masih belum mencukupi.

Aku masih belum memohon maaf pada mereka.
Semuanya.
Entah kenapa, sejak kebelakangan ini begitu sukar kata maaf dituturkan.
Perasaan benci yang semakin menebal mungkin?
Allah.
Moga kerana seorang manusia yang Kau titipkan sebagai ujian bukan perosak segalanya.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, tahun ini kami beraya di rumah. Lagi. Mungkin beberapa hari selepas itu baru menzirah ke rumah saudara-mara. Dulu kami selalu pulang ke kampung. Tapi bila semua menginjak dewasa, perkataan kampung seakan memudar. Semangat untuk berhari raya turut memudar seiringan.

Aku tak tahu kenapa. Aku seakan membenci seseorang itu. Walhal aku cukup maklum, membenci seseorang yang seharusnya kita menyayangi, akan mengundang dosa. Malah murka dari Dia. Tapi seakan tidak bisa perasaan itu menjauh.

Selagi dia sendiri tidak berkelakuan baik dengan insan yang seharusnya dia hormati, perasaan marah, benci, juga tidak akan pergi.

Allahu rabbi...

Moga Kau campakkan perasaan ini dari dalam diriku ya Allah... Kerana aku tak sanggup menambah dosa yang sudah sedia menggunung ini ya Allah...

Dalam beberapa minggu lagi aku akan menjejakkan kaki semula ke alam universiti. Persediaan, mahupun perasaan. Dua-dua kosong. Hanya meniti hari menjelang tibanya saat itu. Bersedia atau tidak, aku pasti masa itu tetap akan tiba.

Allah, semoga Kau permudah segalanya. Bantulah aku. Kerana aku lemah ya Allah.

12 August 2012

Kritikal.

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah.
Semalam selamat pergi.
Baru tadi selamat sampai rumah kembali.

Kadang-kadang terbit cemburu. Tengok kawan-kawan lain bila cuti selalu je jengok sekolah lama.
Tapi aku tak.
Mana tak nya, tinggal kat Selangor, sekolah kat Johor.

.SEKOLAH MENENGAH SAINS MUAR.
.NAMAMU SENTIASA TERJULANG.

Tumpang kereta kawan. Dia drive. Semalam malam 23 Ramadhan. Tapi dalam kereta dia pasang lagu korea. Lagu Inggeris. Aku tak senang duduk. Bulan Ramadhan. Pasang lagu lagha waktu siang. Macamana nak jumpa Lailatul Qadar waktu malam?

Tapi nak buat macamana. Bukan kereta aku. Aku try la zikir-zikir sendiri. Konon-kononla. Tapi tetap tak dapat lawan rancak lagu yang terpasang. Tak apa. AKu tahu, itu ujian.

Sembang pasal reality show, Running Man. Opps. Aku tengok jugak ye. Tapi the one and only. Running Man je. Movie, drama tak main. Boleh jadi leka kot. Running Man pun kalau ada masa free je aku tengok.

Serious. Selama ni aku rasa aku dah tahap kritikal. Hantu Running Man. Hantu lagu korea. Tapi semalam baru aku tahu, ramai yang lagi hantu rupanya.

Aku mengaku, dalam playlist aku, ada lagu korea. Lagu Iggeris. Lagu Hindustan siap. Tapi nasyid pun ada. 30 juzu' Al-Qur'an pun ada. Dan, aku memang jarang layan lagu-lagu ni selain nasyid dan surah-surah Qur'an. Hanya cukup syarat, penuhkan playlist je. Nak nak pulak bulan Ramadhan. Memang tak ada feeling pun nak dengar lagu.

Malam. Berbuka kurma dan kuih. Solat maghrib. Makan beradab. Solat terawih.
Fuhh.
Sauna habis.
Sebab surau kat rumah ni fully aircond.
Kat surau Samura tu boleh pulak nak berair-cond-air-cond ni.
Bedal jela.

Dah habis terawih. Witir. Bersembang kat sick bay.
Ex-classmate ajak jalan ke bandar.
Mula macam taknak. Sebab dah malam.
Tapi at last aku pergi jugak.

Dalam kereta, aku menyesal.
Malam tu malam ganjil. Boleh jadi malam Al-Qadar.
Aku terus diam.
Otak ligat memikir, kenapa aku ikut ke bandar.

Dalam kereta, sempat aku 'sound' secara lembut kawan aku sorang ni.
Alhamdulillah pakaian dah ok.
Tapi hand sock tak pakai, stoking tak pakai.
Aku cakap kat dia, apa yang ustaz sampaikan masa ceramah hari tu.

Kita akan tersadai di padang mahsyar selama 300 ribu tahun.
Bro, 300 ribu tahun tahu. Bukan 30 saat.
Dalam tempoh masa tu kita akan cari ketua kita.
Suppose to be our beloved Prophet Muhammad saw.
Tapi kalau kita tak amal apa yang baginda dah tinggalkan, kita akan cari orang lain la gamaknya.
Lama atau sekejap kita akan jumpa Rasulullah tu bergatung kepada amalan kita.

Aku tanya kenapa tak pakai stoking?
Dia tanya aku balik, kalau orang tak tengok kaki kita macamana?
Itu bukan masalahnya.
Sebab Allah cakap suruh kita tutup aurat.
Allah tak cakap tutuplah aurat jika ada yang melihat.
Tak kan?
Ini sudah kritikal.

At last, sampai Samura dalam 11.30malam.
Pak guard pun dah terlelap.
Sharing moment dengan adik-adik.
Syahid.

Pagi tu dipendekkan cerita, ramai yang terlepas majlis penutup.
Sebab tak ikut tentatif.
Agak rugi la. Datang jauh jauh, terlepas banyak aktiviti.
Sadis. Sikit.
Sebelum balik dorang ajak ambil gambar batch.
Batch 26.
Tapi tiba-tiba rasa tak berkenan cara dorang ambil gambar.
Terus lari belakang.

Aku tak faham apa yang aku nak sampaikan.
Tapi apa yang aku rasakan, perubahan kawan-kawan aku ni, buat aku sedikit risau.

Ada yang berubah pakaian, tapi sikap tetap sama.
Ada yang berubah pakaian, dari gred A ke gred B.
Dulu tudung labuh, sekarang tudung biasa.
Dulu pakai handsock, stoking. Sekarang tak lagi.
Ini sudah kritikal.

Aku sedih.
Aku memang tak lepas dari buat dosa.
Lagi tinggi dari langit.
Lagi luas dari laut.
Lagi besar dari gunung dosa aku.
Tapi aku tetap impikan Syurga Dia yang mahal.
Dan paling penting, aku nak sama-sama ke Syurga dengan kawan-kawan aku.

Tapi yang aku paling sedih, aku tak tau macamana nak ajak kawan-kawan aku ke arah yang kebih baik.
Walaupun diri aku sendiri tak berapa betul lagi, aku tetap ada impian untuk ke SyurgaNya.

Allah...

Ramadhan semakin menjauh...
Moga hari yang masih berbaki ini, Kau kurniakan hidayah kepada kami ya Allah.
Terimalah taubat kami, ampunkan dosa-dosa kami.
Dan matikanlah kami dalam iman dan Islam.

Ameen.

06 August 2012

Si Kain Kecil Penutup Muka

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Alhamdulillah.
Allah masih berikan kesempatan kepada kami untuk berpuasa di hari ke 17 di bulan Ramadhan.

Minggu lepas saya telah menyertai satu program yang sepatutnya sangat menuntut sumbangan tenaga dan keringat, but its end up with im doing nothing at all!!!

Alkisahnya saya datang lambat... ;p The event get started on friday but i came on the next day and so, its like coming to a-nearly-finish event~

Apapun sekurang-kurangnya saya dapat sesuatu dari program ni. Bukan setakat sesuatu, tapi beratu-atu!

Selain dari dapat kesedaran betapa beruntungnya kita semua yang boleh dikatakan hidup mewah lah jugak kan dah kalau dapat berbuka puasa sampai kenyang tak boleh nak merangkak~~~ Saya pun baru sedar, betapa ramainya yang kurang bernasib baik dekat Malaysia ni ...

Allah...

Saya nak cerita pun bukan saya betul-betul merasai, jadi saya tak boleh lah nak cerita banyak-banyak... Sebabnya petua untuk menyentuh hati seseorang adalah dengan menyatakan sesuatu dari hati, bukan setakat nak mencantik dan menyedapkan ayat semata!

Tapi yang saya betul-betul nak ceghita kat sini adalah tentang niqobis yang saya jumpa sepanjang saya menjadi niqobi. Sebabnya hari tu sangat raaaaamai sahabat niqobis yang saya jumpa :)


Si Kain Kecil Penutup Muka.

Pertamanya, biar saya berterus terang. Untuk menjadi seorang niqobi itu bukanlah satu perkara yang mudah. Biarpun si pemakai itu banyak ilmu, atau sikit ilmu, atau tak ada ilmu langsung tentang si kain kecil penutup muka yang dipakainya, ia tetap satu perkara yang rumit untuk mengenakan sehelai kain di muka bilamana majoriti penduduk Malaysia bukanlah dari kalangan mereka yang menutup muka.

Dan ia semestinya akan menjadi buah mulut orang bila kita melakukan sesuatu tanpa ilmu!

Ada seorang sahabat yang mendatanginya saya, "saya ada sesuatu nak cakap ni..."

"Apa dia? Cakaplah."

"Sejak akhir-akhir ni makin ramai yang pakai purdah. Tapi pakai purdah tak cukup syarat."

Nah.

Tak perlu saya nyatakan perbualan selanjutnya. Saya yakin entum pun faham. Kalau tak faham, sabar meta, kawe nok oyak la ni~

Ini bukan pandangan peribadi saya semata-mata, tapi 'suara rakyat' dari sahabat-sahabat sekeliling jugak... Sama ada yang turut memakai purdah, ataupun tidak.


Pakai Purdah Tak Cukup Syarat.

Nak pakai purdah ada syarat ke?

Tak ada syarat pun sebenarnya. Tapi disebabkan memakai purdah adalah sunat, dan menutup aurat dengan sempurna itu adalah wajib, maka itulah yang menjadi masalahnya. Yang wajib tak disempurnakan, yang sunat dilebih-lebihkan.


Pakai purdah, tapi tak pakai stoking.

Pelik kan? Tapi waktu tu saya masih belum berpurdah. Jadi persoalan hanya bermain di minda tanpa diluah dengan rasa.

Saya pernah jumpa hamba Allah yang pakai purdah, bert-shirt labuh, tapi seluar agak melekat di kaki. Maknanya seluar dia agak 'sempit'. Walaupun tak ketat, tapi agak tak molek. Sebabnya seluar tu sepatutnya memang ketat, tapi sebab dia bertubuh kecil, tak nampaklah ketatnya. Apapun seluar tu memang agak sempit. Hmmm....


Pakai purdah, tapi berhias dan bergaya.

Kalau yang ni sampai sekarang saya masih belum jumpa jawapan. Bukan nak bersangka buruk, tapi mereka membuatkan saya tertanya-tanya akan sebab mereka berpurdah. Nak cakap berpurdah sebab nak elak fitnah, tapi bila dah ber'make-up' lagi bergaya sakan, lagilah dekat dengan fitnah kan? Nak nak pulak kalau dah berpurdah.

Bershawl yang bewarna-warni, berblink-blink, bersinar-sinar, bercahaya lah bagai. Memang pelik. Apapun biarlah Allah yang menentukan.


Beramal, biar berilmu.

Ini yang saya nak tekankan sebenarnya. Kalau nak beramal dengan sesuatu, biarlah dengan ilmu. Bukan kerana ikutan, mahupun keseronokan.

Bukan apa, kalau kita tak punya dalil untuk berpaut, jangan pelik andai satu hari nanti yang berpurdah akan tanggalkan purdahnya.

Hangat-hangat tahi ayam.

Itulah bahasa mudahnya. Saya nak cakap lebih-lebih pun saya takut saya salah satunya. Na'uzubillah. Cuma do'akan kami supaya istiqamah. :)


Pakai purdah, akhlaq zero.

Oops. Yang ni saya terasa sikit.

Mereka yang kenal saya, pasti tahu saya bagaimana orangnya.

Saya di hadapan orang ramai, dan saya di hadapan rakan taulan dan sahabat handai, punya dua karakter berbeza.

Lemah lembut, pemalu, sopan santun,. Itu semua bukan sifat saya.

Kadang-kadang saya jadi malu sendiri. Berkali-kali saya tanamkan dalam diri, nak ubah sikap saya ni. Tapi masih, tak boleh. Mungkin sebab dah sebati dalam diri?

Apapun itu bukan soalnya. Saya pasti usaha saya yang sedikit pasti akan dinilai walau sekecil mana sekalipun.

Cumanya, yang nak ditekankan di sini adalah mereka yang kurang menjaga ikhtilat, biarpun sudah berpurdah.

Ya betul, ikhtilat perlu dijaga tak kira berpurdah ataupun tidak. Tapi ianya akan lebih menarik tumpuan andai yang tak menjaga ikhtilat itu adalah dalam kalangan mereka yang berpurdah.

Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Itulah. Kalau seorang niqobi tidak menjaga ahlaqnya, yang lain turut merasa tempiasnya.

Seseorang pernah bercerita kepada saya, seorang muslimah yang berpurdah, suka memainkan perasaan lelaki lain. Dan, suka keluar dengan lelaki lain.

Nampak tak permainan kat situ?

Memainkan perasaan orang lain satu hal, keluar dengan lelaki pun satu hal.

Ni yang saya nak highlight jugak. Memandangkan niqobis ni lain dari yang lain, kebanyakannya memang tak dapat lari dari soal hati dan perasaan.

Pasti akan ada muslimin yang approach, berkirim salam, dan sebagainya.

Tapi satu je saya nak cakap, jangan cepat melatah.

Ada tu yang dengar je ada muslimin kirim salam, terus melambung tak jmupa langit.
( Hello hello jangan nak perasan sangat! )

Ada yang terus ambil serius.

Jangan.

Saya cakap berdasarkan pengalaman.

Walaupun muslimin tersebut bermati-matian cakap nak datang rumah, nak jumpa mak ayah, berjanji nak nikah, dan apa-apa lagilah kan. Jangan pernah meletakkan harapan pada kata-kata mereka.

Tak kiralah mereka orang agama, pakai kopiah, pakai jubah, ambil jurusan agama sekalipun. Jangan pernah terpedaya wahai muslimah!

Sesungguhnya kata-kata manusia memang tak boleh kita pegang. Kerana hanya Allah tempat yang sebenar-benar tempat kita bergantung ^____________^

Sebab tu bila dengar usikan-usikan sahabat, saya tak pernah ambil 'port'. Saya menganggap semuanya sebagai gurauan semata. Kalau setakat suka, itu masih belum cukup untuk menjanjikan bahagia hingga ke Syurga!


Peminat.

Ada peminat?

Tak kisahlah entum seorang muslimah atau muslimin. Kalau ada yang kata kononnya ada orang suka, ingat, jangan suka sangat, tapi senyum saja ....... ^______________________^

Mungkin Allah datangkan mereka sebagai ujian, walaupun tak mustahil merekalah sebenarnya yang Allah dah tetapkan sebagai pasangan.

But never get into worry.

When the time comes, Allah surely will make it easier for us.

So now, lets just pray without end :)

Go niqobis!

02 August 2012

Ceritera Ramadhan.

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Allah.
Astaghfirullah.

Kosong.

Itu yang aku rasakan saat ini.
Ramadhan yang setahun sekali kunjung tibanya, aku siakan begitu sahaja.

Entah kenapa.
Sungguh.
Terlalu kosong.
Sampai aku hampir lupa tujuan aku dicipta di bumi Allah ini.

Kerapkali juga aku kalah dengan perasaan.
Lagi.
Entah kenapa.

Pagi. Kerja.
Petang. Balik. Masak. Berbuka.
Malam. Solat terawih. Tidur.
Begitulah setiap hari.
Mana nak terasa zuq bulan mulia penuh barakah?

Tapi alhamdulillah.
Dalam kekosongan yang kurasa, Allah kurniakan seseorang.
Allah.

Jernih, suci wajahnya.
Pertama kali kulihat sikap hormatnya pada si ayah, terus membuat aku terpikat.
Setiap kali melihatnya, hatiku melonjak suka.

KHALISH.

Namamu seindah akhlaqmu.
Senyummu mengubat lara hatiku.
Sungguh.
Allah menghantarmu buat pengubat gundah hatiku.

Namun ku harus akur, pertemuan kita hanya sementara.
Kerana aku akan menyambung kembali pelajaranku setelah lebih 3 bulan bercuti.
Setelah ampir 2 bulan berkenalan denganmu.

Aku tertanya-tanya, bagaimana agaknya ibubapamu mendidikmu hingga punya akhlaq sebegitu rupa?

Akan adakah kesempatan untuk kita berjumpa di masa hadapan kelak?

Comel Si Khalish.

Baru petang tadi sebelum balik, dia minta kebenaran ibunya untuk naik motor dengan aku.

"Cikgu balik naik motor ke?"

"Ha'ah. Kenapa? Nak ikut?"

"Nak! Nak naik motor..." Sambil memandang ibunya.

Aku mengerti si ibu yang kepenatan. Baru pulang dari tempat kerja. Mungkin tak larat nak melayan permintaan anakya.

"Mana boleh... Khalish kena balik dengan ibu naik kereta..."

Khalish senyap. Saat aku sarungkan topi keledar, Khalish melambai, "Bye cikgu..."

Allah. Aku tak habis-habis senyum hingga ke telinga. Mana taknya, si buah hati pengarang jantung sudi bertegur sapa dengan peminat dalam diamnya! ;)

Si comel Khalish.
Berusia 2 tahun lebih.
Comel.
Secomel akhlaqnya.
Tak pernah buat guru-guru di taska marah dengannya.

Esok, aku akan bertemu lagi dengan si comel Khalish lagi ^______________^

AZFAR ZAREEF.

Dekat seminggu dah tak datang taska. Zareef kena bedah kata ibunya. Sampai sekarang aku  tak tau khabar berita darinya.
Bijak budakya.
2 tahun lebih, tapi saiznya tak sebesar usianya. Kerana Zareef lahir tak cukup bulan.
Tapi dia pandai.
Selalu main soeorang diri. Comel je. Cakap sorang-sorang, nyanyi sorang-sorang. Sekali sekala aku menyampuk, dia menutup muka. Malu.
Suara di kecik je. Lembut. Terngiang-ngiang kalau dia pangggil aku.

" Cikgu..."
" Babai cikgu..."

Sebelum dia mula bercuti panjang, dia seakan cuba memberitahu aku sesuatu. Tapi mana aku nak faham, aku belum punya anak ;p
Keesokan harinya baru aku tau, itu kali terakhir aku berjumpa dia kerana dia akan bercuti panjang selepas pembedahan nanti.
Aku teringat 'flying kiss' terakhir darinya.

Allah...

Sungguh aku rindu...

IMAN FARISH.

Badan paling 'mantap' kat taska.
Dia tak banyak ragam. Mudah dijaga. Tapi hanya pada awalnya.
Dia biasanya boleh main seorang diri. Tapi sejak akhir-akhir ni mengada-ngada dia terlebih sikit.
Mulanya agak geram jugak. Makin besar makin manja pulak!
Tapi Cik Mi cakap tu sebab dia dah nak dapat adik tak lama lagi.
Jadi dia kena bagi peluang kat adik dia yang bakal lahir untuk bermanja pulak...

Kesian Iman... Dia tak sampai setahun lagi tapi dah nak dapat adik...
Iman tak boleh berjalan pun lagi... Merangkak pun tak boleh lagi...
Masih meniarap ke sana sini...

Iman suka main belakang pintu.
Suka main bawah langsir. Suka cakap sorang-sorang.
Selalunya dia akan menagis kalau lapar, mengantuk dan kalau pampers dia penuh 'sampah'~
Dia suka baring kat lantai, dan kakinya angkat diangkat dan dihentak-hentak ke pintu...
Iman memang suka buat bising dan mulut Iman pun bising merepek entah bahasa apa...

RAYYAN.

Rayyan dah lama tak datang taska. Tapi hari ni dia datang.
Rayyan sukaaaaaa sangat menangis. Mengada-ngadalah jugak.
Pantang tengok orang keluar pintu, dia akan merengek nak keluar jugak.
Tapi tadi kesian kat Rayyan... Dia batuk teruk.
Kalau batuk teruk memang akan sakit dada.
Macam biasa, dia banyak menangis je tadi. Sampai tak ada suara dah.

Allah...

Sebelum aku balik, sempat aku tidurkan dia.
Nyenyak.
Mungkin sebab banyak menangis.
Hmmm...

DAYYAN HAIQAL.

Aku panggil Haiqal atau Kaka.
Zareef panggil Kakai. Huhu~
Minggu ni dah minggu kedua Kaka tak datang taska.
Mak dia cakap Kaka batuk teruk. Jadi Kaka tinggal dengan neneknya di kampung.

Pun aku rindu jugak.
Mula-mula aku kerja, dia suka menangis. Sebab dia manja dengan pekerja sebelum ni.
Jadi dia ambil masa untuk sesuaikan diri.
Tapi lama-lama dia dah ok...
Boleh main sendiri, duduk diam-diam dalam cot...

Cik Mi selalu suruh letak dia dalam cot sebab dia suka menangis.
Tak nampak relation dia kan?
Dia menangis ngada-ngada je selalunya.
Sebab tak keluar air mata pun. Saja je.

Cuma kalau lapar je dia akan menangis sungguh. Taktaulah sempat atau tak nak jumpa Kaka lagi...

ARYAN NAIM.

Aku musykil dengan dia ni.
Aku rasa dia  ni mungkin ada masalah kesihatan ke apa. Tapi mak dia tak bagitau.
Tak taulah sebab apa kan.

Rambut dia panjang kot. Semua orang ingat dia perempuan.
Pernah sekali tu, aku selak-selak rambut dia, cuba bayangkan kalau rambut dia dipotong pendek.
Aku terkejut.
Boleh bayangkan tak macamana rupa kepala bayi yang ada penyakit terlebih air tu?

Mungkin sebab tu la mak ayah dia tak potong pendek rambut dia.
Entahlah.
Andaian aku je kot.

Aku tak faham apa masalah dia.
Kalau nak dibandingkan Rayyan yang suka menangis tu, si Aryan ni lagi kuat menangis dia.
Dia akan senyap masa minum susu denga waktu tidur je.
Selain dari tu asyik melalak je kerja dia.
Entah apa yang tak kena aku pun tak pasti.

Pernah sekali, aku solat kejap.
Tengah solat tu aku dengar Aryan menangis.
Berapa minit lepas tu senyap je. Aku ingat dah ada orang bagi susu ke apa.
Rupanya bila aku masuk bilik baby, aku tengok dia ada dalam cot. Menangis sampai serak suara dia!

Allah.

Aku malas nak fikir siapa punya kerja.
Sekurang-kurangya bagilah susu ke apa.
Ni tak. Dibiar si Aryan ni sampai tak larat nak menangis lagi.
Segeram-geram aku kat Aryan ni pun, tak lama sampai sanggup tengok dia macamtu.

Hmmm...


p/s: Lepas ni kalau ada yang nak minta tips penjagaan bayi, boleh je mintak.... :)


Ada beberapa orang lagi yang tak sempat aku ceritakan kat sini... Dah larut malam dah pun. Esok nak jumpa buah hati lagi. Mungkin boleh sambung lain kali. Itupun kalau masih ada hari esok untuk aku...

Kosongnya perasaan aku sekarang .....
Allahu robbi .....

Moga masih punya hari esok untuk ku perbetul segalanya...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...