18 July 2012

Ujian.

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Cuti.
Hampir 2 bulan berlalu.
Tak sampai 2 bulan lagi cuti berbaki.
Bulan lepas alhmadulillah berisi.
Bulan ini?

Hati terasa sepi.
Walau cuba diisi, namun kerapkali ujian mengunjungi.
Ujian tanpa henti, tanda Allah masih peduli.

Alhamdulillah. Saat ini telah genap 20 tahun. Perjalanan yang akan tamat, tak siapa tahu mungkin penghujungnya hampir tiba.

Ujian datang lagi.
Membuatkan diri teruji. Lantas mempersoal diri, 'apa lagi yang bakal aku hadapi lagi selepas ini?'

Allahu Rabbi.
Diri ini terlupa lagi.
Perjalanan mungkin hampir 'tamat' tak lama lagi. Mengapa ditangisi yang pergi? Mengapa perlu difikiri yang tak akan kembali?

Otak ligat berpusing.
Minda pantas berfikir.
Apa persediaan ke 'sana'?
Andai di dunia hanya sibuk memikirkan hal-hal dunia, di mana ruang untuk dunia seterusnya ?
Terfikir lagi. Berapa banyak peluang diberi untuk hal akhirat menyelit?

Ada. Bukan tak ada. Cuma ianya sementara dan mudah pula dilupa.

Allah...

Terkadang diri turut alpa. Sama-sama dibuai angan dunia.

Mahu bernikah dengan si soleh acuan al_Qur'an.
Mahu dikurniakan zuriat soleh solehah.
Mahu membina keluarga bahagia.
Mahu kejayaan dalam akademik, kerjaya dan kehidupan.

Allah...

Tak pasti di mana ruang yang disediakan untuk impian kehidupan di 'sana'.

Lupa lagi. Lantas kukoreksi diri.

Jodoh dan rezeki itu sudah ditentukan Ilahi. Bukan tak perlu mencari, namun lebihkan kepada menjadi.
Kejayaan itu penting. Namun lebih penting lagi kejayaan di alam hakiki yang kekal abadi.
Jadikan dunia umpama ladang untuk hidupan akhirat. Bukan tak perlu berjaya di dunia, namun jangan hingga akhirat dilupa.

Anak-anak.

Cuti kali ini saya mencuba pekerjaan baru. Menjaga 'kain-kain putih'. Berusia bawah 2 tahun. Kurang dari 10 orang. Allahu rabbi... Memang besar dugaannya. Patutlah Syurga itu di bawah tapak kaki ibu!

Hari pertama, saya teragak-agak sama ada boleh bertahan berapa lama. Belum pun mula bekerja, persoalan boleh atau tidak sudah bermain di minda!

Muntah, najis mukhofafah, mutawasitah semualah ada. Allah... Alhamdulillah setakat ni belum pernah lagi ye rasa nak muntah ke apa (dah boleh dah la kan? ;) ) Tapi sejujurnya, memang mencabar keimanan ye anak-anak... Dan salah satu sebab yang buat saya fikir dua tiga empat lima enam kali nak nikah ke idak~ ^_____~

Kalau ilmu tak ada, jangan pelik kalau orang yang belajar tinggi-tinggi pun boleh putus tengah jalan. Maksud saya, ilmu kekeluargaan dan ilmu keibubapaan. Sekurang-kurangnya, pelajarilah. Jangan sampai tak tahu apa langsung. Jangan sampai nak mandikan anak nanti pun tak reti!

Antara anak-anak jagaan saya ni, ada yang senang diurus, tak kurang jugak yang sangat mencabar sifat keibuan! Fuhhh. Ada yang suka main benda-benda pelik. Main kat pintu, langsir. Yang paling best, dia menangis bila lapar dengan mengantuk je. Nak lagi best, menangis dia satu taman perumahan boleh dengar i tell you!

Yang paling tak tahan, sorang ni, dia tak ada pengalaman tinggal kat taska. Sehari dua pertama, kerja dia melalaaaaaaaakkkkk je tak habis. Ouh memang tragis. Nak bagi ceramah free, confirm dia tak faham. Pantang ada orang nak keluar bilik, mulalah nak berbunyi. Tapi alhamdulillah, dah lama lama ni, ok dah sikit... Sikit laa. Dah boleh main sendiri, dah belajar belajar nak berdiri, dan kadang-kadang dah boleh tidur sendiri :) Bijak bijak anak-anak kat sini, minum susu boleh pegang botol sendiri, tidur pun sendiri. Ni bukan budak 5 tahun, tapi tak sampai setahun lagi. Power tak power kuasa Allah? ^______________^

Ok lah, malas nak cerita panjang. Boring pulak nanti kan. Banyak sebenarnya nak cerita, tapi disebabkan kisah belum berakhir dengan happy ending lagi, rasanya lebih baik kalau tunggu cerita dah dicompletekan oleh Allah nanti :)

Konklusinya, 'menjadi'lah dari sekarang. Soleh dan solehahkan lah diri anda. Diri kita sekarang ini adalah gambaran anak-anak kita di masa hadapan nanti. Ini semua bagi memudahkan akak-akak atau makcik-makcik yang bakal menjaga anak-anak anda nanti ;)

p/s: ahlan wasahlan ya ramadhan~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...