21 July 2012

Pentingnya sekufu, sefikrah.

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Salam Ramadhan Al-Mubarak penuh barakah :)

Alhamdulillah, berjaya juga kita semua melangkah ke bulan penuh mulia ini. Tapi baru melangkah setapak ye, tak habis melangkah lagi untuk hari pertama ni ;)

Ok lah, memandangkan sahabat-sahabat kita sana sini dah heboh dan menghurai panjang tentang Ramadhan, saya nak cerita lain pulak. Saja nok ubah angin meta~

Sekufu.

Kebanyakan kita, sebut je sekufu, confirm terbayang 'wedding of the year' kan? Cakap sekufu, terbayang kahwin. Itulah kita remaja, isu kahwin tak habih habih. Hihi maklumlah remaja kan~

Saya bukanlah siapa siapa untuk huraikan maksud sekufu dari segi istilah dan bahasa, tapi cukuplah sekadar menghurai dari segi praktikalnya ...

Sekufu, secara mudahnya memiliki persamaan sama ada dari segi keturunan, pangkat, kekayaan dan sebagainya. Minta maaf pada cikgu BM saya, saya tak hafal kamus dewan bahasa. Ini berdasarkan kamus kehidupan saya semata ;)

Tapi bagi saya sendiri, maksud sekufu itu berkait rapat dengan maksud sefikrah. Yakni memiliki pemahaman dan pegangan yang sama tentang sesuatu perkara. Lebih-lebih lagi pegangan agama dan aqidah.

Tak ramai sahabat-sahabat seperjuangan yang menyedari betapa pentingnya persamaan fikrah terutama dalam tuntutan membina Baitul Muslim. Ehem ehem, Baitul Muslim tu. Ok sudah. Iklan sekejap je ye. Alhamdulillah saya terpilih antara mereka yang nampak kepentingan tersebut.

Mungkin ramai yang berpandangan, 'kita semua beragama Islam, kenapa perlu adanya persatuan-persatuan atau parti-parti yang pelbagai?' Mungkin mereka yang berpegang dengan ayat ini belum habis menyelongkar lagi khazanah-khazanah Islam, buku-buku ilmiah dan harakiah tinggalan 'alim ulama' yang hidup sebelum kita. Dalam buku-buku tersebut banyak yang menekankan kepentingan berjema'ah dan ta'adud jema'ah (kepelbagaian jema'ah).

Pentingnya jema'ah Islamiyyah itu di sesebuah negara adalah bagi membentuk negara Islam (daulah Islamiyyah). Namun tak dinafikan, wujudnya pelbagai jema'ah terutama di Malaysia ini telah menampakkan konsep berjema'ah itu sebagai satu benda yang kotor. Bahasa mudahnya adalah medan politik. Saya bukan nak berkempen atau menyatakan parti mana yang lebih baik dll tapi untuk menyatakan bahawa pentingnya sokongan terhadap sesebuah jema'ah itu adalah kerana ianya turut menyumbang kepada pembentukkan corak pemerintahan sesebuah negara.

Sebagai contoh, kita menyokong jema'ah A, dan jema'ah A berpegang kepada Al-Qur'an dan sunnah, jadi secara mudahnya jika jema'ah berjaya memegang tampuk pemerintahan, maka akan makmurlah bumi kita ini dengan landasan syariat Islam yakni Al-Qur'an dan sunnah. Dan sebaliknya, jika kita menyokong jema'ah yang turut memberi sokongan penuh kepada cara kehidupan barat (arak, judi, hiburan dsb) maka secara automatiknya kita juga turut menyokong perbuatan mereka. Seandainya mereka memegang tampuk pemerintahan, maka kita juga akan mendapat saham akhirat dari mereka atas tertubuhnya pusat judi, kilang arak dsb itu. Ada faham sekarang?

Itu sebabnya pemilihan jema'ah itu adalah penting. Tak tak. Saaaaangat penting. Nak cerita beza orang yang beri sokongan dengan yang tak beri sokongan ni, panjang lagi la jawabnya entri ni. Tapi bagi senang cerita, setiap dari kita wajib berjema'ah. Sampaikan ada hadis yang mengatakan;

"Sesiapa yang memisahkan dirinya dari ikatan jema'ah sekadar sejengkal sesungguhnya ia telah menanggalkan ikatan Islam dari tengkuknya".

dan

"Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah- membela agamaNya) Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain." (At-Taubah; 39)

Kenapa perlunya berjema'ah?

Kerana ingin menegakkan Islam di muka bumi. Selagi mana Islam itu tak tertegak, selagi itulah kita perlu bergabung dengan jema'ah dan berjihad hingga ke akhirnya. Namun perlu diingat, jihad itu tak semestinya perlu mengangkat senjata, kerana seperti yang kita tahu jihad itu mempunyai pelbagai peringkat. Dan ini juga yang kita selalu silap. Asal jihad je, tembak-tembak, perang lah bagai.

Ok back to the topic.

Sefikrah.

Pentingnya memilih pasangan yang sefikrah sebab bilamana dua insan yang memiliki fikrah berbeza bersatu, akan ada perbezaan fahaman yang akan berlaku. Memang perbezaan pendapat itu lumrah, namun yang membezakannya adalah seberapa bijak kita mengawal perbezaan itu. Perbezaan yang mengundang pergaduhan dan pertengkaran atau medan perbincangan yang meluaskan pemahaman?

Contoh mudah, andai kita merupakan jundi yang sudah tegal dengan dakwah dan tarbiyyah, sudah terlatih dengan usrah, mahu turun padang. Menyertai aktiviti usrah mahupun apa-apa aktiviti yang disusun jema'ah, tapi tak dibenarkan oleh pasangan (lebih-lebih lagi suami) dek kerana pasangan yang tak memahami perjuangan yang kita bawa. Akhirnya, siapa yang susah? Nak nak pulak kita sebagai muslimat yang perlu akur dengar suami.

Bagi si muslimin pula, mungkin tak sesukar muslimat. Tapi tak mustahil ada yang akan makan hati. Siapa tahu? Andai entum memiliki seorang zaujah yang tak pernah faham erti jema'ah, apalagi dakwah, tarbiyah dan mehnah, manakan mampu dia mengerti? Andai entum perlu bergerak kerja, balik hingga lewat malam, dan keluar semula awal pagi. Nampak remeh kan? Tapi buktinya jelas, tak ramai pasangan yang bisa bertahan. Sebab itu saya sentiasa mengucap syukur dan berdo'a untuk mendapat keluarga yang sebegitu. Seorang isteri yang tak pernah merungut bilamana si suami sibuk bergerak kerja, jarang berada di rumah, dan sebagainya. Si suami pula tak pernah kesal, masa yang ada banyak dihabiskan berbakti kepada jema'ah. Semuanya kerana apa? Kerana Islam tercinta!

Tapi perlu saya tegaskan di sini, menyertai jema'ah itu bukan bermakna tanggungjawab lain ditinggalkan! Ahli keluarga dibiar sepi tanpi khabar berita, akademik dan kerjaya diabaikan tanpa pertikaian. Bukan. Bukan ini yang saya maksudkan. Apa yang saya maksudkan adalah jundullah yang bukan sahaja bersungguh di medan pengajian dan pekerjaan, tapi mereka juga turut bergerak kerja berbakti kepada Islam dalam masa yang sama. Ini yang saya maksudkan :)

Saya  pasti, setiap yang bergelar jundullah di luar sana pasti mengimpikan pasangan dunia akhirat yang menguatkan kan? Muslimat yang mengimpikan sang mujahid si pembakar dan pendorong semangat yang sama-sama mara ke medan jihad dan muslimin yang mendambakan si mujahidah yang akan menjadi sayap kiri perjuangan :) Allahu rabbi~

Sebab itu bila kesedaran tentang kepentingan sekufu dan sefikrah ini hadir dalam diri saya, setiap kali ada 'sapaan' yang menjengah, soalan kedua saya selepas agamanya adalah fikrah jemaa'ahnya. Andai agama sudah baik, namun fikrah jema'ah tidak jelas, terpaksa saya menolak dengan tawar hatinya.

Memilih?

Ya saya mengaku saya memilih. Namun saya percaya semua orang pun ada kriteria masing-masing dalam memilih. Melampau sangatkah andai saya meletakkan AGAMA dan FIKRAH JEMA'AH sebagai syarat utama? Berbanding dengan mereka yang meletak syarat 'dah ada rumah, dah ada kereta, dah bekerja' dan sebagainya?

Tak kot... ;)

Saya kira ini adalah syarat paling mudah kerana saya percaya ramai jundullah di luar sana yang telah pun lulus syarat ini dengan mudahnya ^_________^

Konklusinya, memilih mereka yang sekufu dan sefikrah itu adalah penting ye wahai sahabat. Namun tak menjadi masalah andai anda sanggup menghadapi risiko berbeza fikrah. Kerana bagi saya memilih yang satu pegangan itu hanya akan memudahkan gerak kerja di kala berkeluarga kelak.

Sebenanrnya saya sangat takut memandangkan saya masih tak sampai setengah tahun jagung pun lagi dalam medan peruangan ini. Jadi timbulnya kepentingan sekufu dan sefikrah ini kerana bagi saya ia akan memudahkan satu sama lain untuk saling menguatkan dan memberi peringatan dalam menghadapi mehnah kehidupan dalam perjuangan yang sememangnya penuh liku dan ranjau ini... ^______________^



Sesungguhnya dunia ini adalah nikmat bagi orang kafir dan akhirat itu adalah kerehatan bagi orang mukmin. Dan sesungguhnya, tiada kerehatan bagi seorang mukmin di dunia kerana kerehatan sebenar bagi mereka adalah di Syurga kelak :)


p/s: minggu lepas kulihat HIJAU di mana-mana~ ^___________^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...