21 July 2012

Pentingnya sekufu, sefikrah.

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Salam Ramadhan Al-Mubarak penuh barakah :)

Alhamdulillah, berjaya juga kita semua melangkah ke bulan penuh mulia ini. Tapi baru melangkah setapak ye, tak habis melangkah lagi untuk hari pertama ni ;)

Ok lah, memandangkan sahabat-sahabat kita sana sini dah heboh dan menghurai panjang tentang Ramadhan, saya nak cerita lain pulak. Saja nok ubah angin meta~

Sekufu.

Kebanyakan kita, sebut je sekufu, confirm terbayang 'wedding of the year' kan? Cakap sekufu, terbayang kahwin. Itulah kita remaja, isu kahwin tak habih habih. Hihi maklumlah remaja kan~

Saya bukanlah siapa siapa untuk huraikan maksud sekufu dari segi istilah dan bahasa, tapi cukuplah sekadar menghurai dari segi praktikalnya ...

Sekufu, secara mudahnya memiliki persamaan sama ada dari segi keturunan, pangkat, kekayaan dan sebagainya. Minta maaf pada cikgu BM saya, saya tak hafal kamus dewan bahasa. Ini berdasarkan kamus kehidupan saya semata ;)

Tapi bagi saya sendiri, maksud sekufu itu berkait rapat dengan maksud sefikrah. Yakni memiliki pemahaman dan pegangan yang sama tentang sesuatu perkara. Lebih-lebih lagi pegangan agama dan aqidah.

Tak ramai sahabat-sahabat seperjuangan yang menyedari betapa pentingnya persamaan fikrah terutama dalam tuntutan membina Baitul Muslim. Ehem ehem, Baitul Muslim tu. Ok sudah. Iklan sekejap je ye. Alhamdulillah saya terpilih antara mereka yang nampak kepentingan tersebut.

Mungkin ramai yang berpandangan, 'kita semua beragama Islam, kenapa perlu adanya persatuan-persatuan atau parti-parti yang pelbagai?' Mungkin mereka yang berpegang dengan ayat ini belum habis menyelongkar lagi khazanah-khazanah Islam, buku-buku ilmiah dan harakiah tinggalan 'alim ulama' yang hidup sebelum kita. Dalam buku-buku tersebut banyak yang menekankan kepentingan berjema'ah dan ta'adud jema'ah (kepelbagaian jema'ah).

Pentingnya jema'ah Islamiyyah itu di sesebuah negara adalah bagi membentuk negara Islam (daulah Islamiyyah). Namun tak dinafikan, wujudnya pelbagai jema'ah terutama di Malaysia ini telah menampakkan konsep berjema'ah itu sebagai satu benda yang kotor. Bahasa mudahnya adalah medan politik. Saya bukan nak berkempen atau menyatakan parti mana yang lebih baik dll tapi untuk menyatakan bahawa pentingnya sokongan terhadap sesebuah jema'ah itu adalah kerana ianya turut menyumbang kepada pembentukkan corak pemerintahan sesebuah negara.

Sebagai contoh, kita menyokong jema'ah A, dan jema'ah A berpegang kepada Al-Qur'an dan sunnah, jadi secara mudahnya jika jema'ah berjaya memegang tampuk pemerintahan, maka akan makmurlah bumi kita ini dengan landasan syariat Islam yakni Al-Qur'an dan sunnah. Dan sebaliknya, jika kita menyokong jema'ah yang turut memberi sokongan penuh kepada cara kehidupan barat (arak, judi, hiburan dsb) maka secara automatiknya kita juga turut menyokong perbuatan mereka. Seandainya mereka memegang tampuk pemerintahan, maka kita juga akan mendapat saham akhirat dari mereka atas tertubuhnya pusat judi, kilang arak dsb itu. Ada faham sekarang?

Itu sebabnya pemilihan jema'ah itu adalah penting. Tak tak. Saaaaangat penting. Nak cerita beza orang yang beri sokongan dengan yang tak beri sokongan ni, panjang lagi la jawabnya entri ni. Tapi bagi senang cerita, setiap dari kita wajib berjema'ah. Sampaikan ada hadis yang mengatakan;

"Sesiapa yang memisahkan dirinya dari ikatan jema'ah sekadar sejengkal sesungguhnya ia telah menanggalkan ikatan Islam dari tengkuknya".

dan

"Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah- membela agamaNya) Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain." (At-Taubah; 39)

Kenapa perlunya berjema'ah?

Kerana ingin menegakkan Islam di muka bumi. Selagi mana Islam itu tak tertegak, selagi itulah kita perlu bergabung dengan jema'ah dan berjihad hingga ke akhirnya. Namun perlu diingat, jihad itu tak semestinya perlu mengangkat senjata, kerana seperti yang kita tahu jihad itu mempunyai pelbagai peringkat. Dan ini juga yang kita selalu silap. Asal jihad je, tembak-tembak, perang lah bagai.

Ok back to the topic.

Sefikrah.

Pentingnya memilih pasangan yang sefikrah sebab bilamana dua insan yang memiliki fikrah berbeza bersatu, akan ada perbezaan fahaman yang akan berlaku. Memang perbezaan pendapat itu lumrah, namun yang membezakannya adalah seberapa bijak kita mengawal perbezaan itu. Perbezaan yang mengundang pergaduhan dan pertengkaran atau medan perbincangan yang meluaskan pemahaman?

Contoh mudah, andai kita merupakan jundi yang sudah tegal dengan dakwah dan tarbiyyah, sudah terlatih dengan usrah, mahu turun padang. Menyertai aktiviti usrah mahupun apa-apa aktiviti yang disusun jema'ah, tapi tak dibenarkan oleh pasangan (lebih-lebih lagi suami) dek kerana pasangan yang tak memahami perjuangan yang kita bawa. Akhirnya, siapa yang susah? Nak nak pulak kita sebagai muslimat yang perlu akur dengar suami.

Bagi si muslimin pula, mungkin tak sesukar muslimat. Tapi tak mustahil ada yang akan makan hati. Siapa tahu? Andai entum memiliki seorang zaujah yang tak pernah faham erti jema'ah, apalagi dakwah, tarbiyah dan mehnah, manakan mampu dia mengerti? Andai entum perlu bergerak kerja, balik hingga lewat malam, dan keluar semula awal pagi. Nampak remeh kan? Tapi buktinya jelas, tak ramai pasangan yang bisa bertahan. Sebab itu saya sentiasa mengucap syukur dan berdo'a untuk mendapat keluarga yang sebegitu. Seorang isteri yang tak pernah merungut bilamana si suami sibuk bergerak kerja, jarang berada di rumah, dan sebagainya. Si suami pula tak pernah kesal, masa yang ada banyak dihabiskan berbakti kepada jema'ah. Semuanya kerana apa? Kerana Islam tercinta!

Tapi perlu saya tegaskan di sini, menyertai jema'ah itu bukan bermakna tanggungjawab lain ditinggalkan! Ahli keluarga dibiar sepi tanpi khabar berita, akademik dan kerjaya diabaikan tanpa pertikaian. Bukan. Bukan ini yang saya maksudkan. Apa yang saya maksudkan adalah jundullah yang bukan sahaja bersungguh di medan pengajian dan pekerjaan, tapi mereka juga turut bergerak kerja berbakti kepada Islam dalam masa yang sama. Ini yang saya maksudkan :)

Saya  pasti, setiap yang bergelar jundullah di luar sana pasti mengimpikan pasangan dunia akhirat yang menguatkan kan? Muslimat yang mengimpikan sang mujahid si pembakar dan pendorong semangat yang sama-sama mara ke medan jihad dan muslimin yang mendambakan si mujahidah yang akan menjadi sayap kiri perjuangan :) Allahu rabbi~

Sebab itu bila kesedaran tentang kepentingan sekufu dan sefikrah ini hadir dalam diri saya, setiap kali ada 'sapaan' yang menjengah, soalan kedua saya selepas agamanya adalah fikrah jemaa'ahnya. Andai agama sudah baik, namun fikrah jema'ah tidak jelas, terpaksa saya menolak dengan tawar hatinya.

Memilih?

Ya saya mengaku saya memilih. Namun saya percaya semua orang pun ada kriteria masing-masing dalam memilih. Melampau sangatkah andai saya meletakkan AGAMA dan FIKRAH JEMA'AH sebagai syarat utama? Berbanding dengan mereka yang meletak syarat 'dah ada rumah, dah ada kereta, dah bekerja' dan sebagainya?

Tak kot... ;)

Saya kira ini adalah syarat paling mudah kerana saya percaya ramai jundullah di luar sana yang telah pun lulus syarat ini dengan mudahnya ^_________^

Konklusinya, memilih mereka yang sekufu dan sefikrah itu adalah penting ye wahai sahabat. Namun tak menjadi masalah andai anda sanggup menghadapi risiko berbeza fikrah. Kerana bagi saya memilih yang satu pegangan itu hanya akan memudahkan gerak kerja di kala berkeluarga kelak.

Sebenanrnya saya sangat takut memandangkan saya masih tak sampai setengah tahun jagung pun lagi dalam medan peruangan ini. Jadi timbulnya kepentingan sekufu dan sefikrah ini kerana bagi saya ia akan memudahkan satu sama lain untuk saling menguatkan dan memberi peringatan dalam menghadapi mehnah kehidupan dalam perjuangan yang sememangnya penuh liku dan ranjau ini... ^______________^



Sesungguhnya dunia ini adalah nikmat bagi orang kafir dan akhirat itu adalah kerehatan bagi orang mukmin. Dan sesungguhnya, tiada kerehatan bagi seorang mukmin di dunia kerana kerehatan sebenar bagi mereka adalah di Syurga kelak :)


p/s: minggu lepas kulihat HIJAU di mana-mana~ ^___________^

18 July 2012

Ujian.

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Cuti.
Hampir 2 bulan berlalu.
Tak sampai 2 bulan lagi cuti berbaki.
Bulan lepas alhmadulillah berisi.
Bulan ini?

Hati terasa sepi.
Walau cuba diisi, namun kerapkali ujian mengunjungi.
Ujian tanpa henti, tanda Allah masih peduli.

Alhamdulillah. Saat ini telah genap 20 tahun. Perjalanan yang akan tamat, tak siapa tahu mungkin penghujungnya hampir tiba.

Ujian datang lagi.
Membuatkan diri teruji. Lantas mempersoal diri, 'apa lagi yang bakal aku hadapi lagi selepas ini?'

Allahu Rabbi.
Diri ini terlupa lagi.
Perjalanan mungkin hampir 'tamat' tak lama lagi. Mengapa ditangisi yang pergi? Mengapa perlu difikiri yang tak akan kembali?

Otak ligat berpusing.
Minda pantas berfikir.
Apa persediaan ke 'sana'?
Andai di dunia hanya sibuk memikirkan hal-hal dunia, di mana ruang untuk dunia seterusnya ?
Terfikir lagi. Berapa banyak peluang diberi untuk hal akhirat menyelit?

Ada. Bukan tak ada. Cuma ianya sementara dan mudah pula dilupa.

Allah...

Terkadang diri turut alpa. Sama-sama dibuai angan dunia.

Mahu bernikah dengan si soleh acuan al_Qur'an.
Mahu dikurniakan zuriat soleh solehah.
Mahu membina keluarga bahagia.
Mahu kejayaan dalam akademik, kerjaya dan kehidupan.

Allah...

Tak pasti di mana ruang yang disediakan untuk impian kehidupan di 'sana'.

Lupa lagi. Lantas kukoreksi diri.

Jodoh dan rezeki itu sudah ditentukan Ilahi. Bukan tak perlu mencari, namun lebihkan kepada menjadi.
Kejayaan itu penting. Namun lebih penting lagi kejayaan di alam hakiki yang kekal abadi.
Jadikan dunia umpama ladang untuk hidupan akhirat. Bukan tak perlu berjaya di dunia, namun jangan hingga akhirat dilupa.

Anak-anak.

Cuti kali ini saya mencuba pekerjaan baru. Menjaga 'kain-kain putih'. Berusia bawah 2 tahun. Kurang dari 10 orang. Allahu rabbi... Memang besar dugaannya. Patutlah Syurga itu di bawah tapak kaki ibu!

Hari pertama, saya teragak-agak sama ada boleh bertahan berapa lama. Belum pun mula bekerja, persoalan boleh atau tidak sudah bermain di minda!

Muntah, najis mukhofafah, mutawasitah semualah ada. Allah... Alhamdulillah setakat ni belum pernah lagi ye rasa nak muntah ke apa (dah boleh dah la kan? ;) ) Tapi sejujurnya, memang mencabar keimanan ye anak-anak... Dan salah satu sebab yang buat saya fikir dua tiga empat lima enam kali nak nikah ke idak~ ^_____~

Kalau ilmu tak ada, jangan pelik kalau orang yang belajar tinggi-tinggi pun boleh putus tengah jalan. Maksud saya, ilmu kekeluargaan dan ilmu keibubapaan. Sekurang-kurangnya, pelajarilah. Jangan sampai tak tahu apa langsung. Jangan sampai nak mandikan anak nanti pun tak reti!

Antara anak-anak jagaan saya ni, ada yang senang diurus, tak kurang jugak yang sangat mencabar sifat keibuan! Fuhhh. Ada yang suka main benda-benda pelik. Main kat pintu, langsir. Yang paling best, dia menangis bila lapar dengan mengantuk je. Nak lagi best, menangis dia satu taman perumahan boleh dengar i tell you!

Yang paling tak tahan, sorang ni, dia tak ada pengalaman tinggal kat taska. Sehari dua pertama, kerja dia melalaaaaaaaakkkkk je tak habis. Ouh memang tragis. Nak bagi ceramah free, confirm dia tak faham. Pantang ada orang nak keluar bilik, mulalah nak berbunyi. Tapi alhamdulillah, dah lama lama ni, ok dah sikit... Sikit laa. Dah boleh main sendiri, dah belajar belajar nak berdiri, dan kadang-kadang dah boleh tidur sendiri :) Bijak bijak anak-anak kat sini, minum susu boleh pegang botol sendiri, tidur pun sendiri. Ni bukan budak 5 tahun, tapi tak sampai setahun lagi. Power tak power kuasa Allah? ^______________^

Ok lah, malas nak cerita panjang. Boring pulak nanti kan. Banyak sebenarnya nak cerita, tapi disebabkan kisah belum berakhir dengan happy ending lagi, rasanya lebih baik kalau tunggu cerita dah dicompletekan oleh Allah nanti :)

Konklusinya, 'menjadi'lah dari sekarang. Soleh dan solehahkan lah diri anda. Diri kita sekarang ini adalah gambaran anak-anak kita di masa hadapan nanti. Ini semua bagi memudahkan akak-akak atau makcik-makcik yang bakal menjaga anak-anak anda nanti ;)

p/s: ahlan wasahlan ya ramadhan~

08 July 2012

Jangka hayat berkurang.

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Bismillah.

Alhamdulillah, pada hari ini, tanggal ini, genaplah saya berumur 20 tahun ^__________________^

Alhamdulillah, hingga ke saat ini Allah masih memberi ruang dan peluang kepada saya untuk terus menjana pahala dan bertaubat atas segala dosa...

Allah, sesungguhnya keyakinan saya akan 'hikmah di sebalik kejadian' itu semakin menebal. Tak perlu saya urai lebih panjang, tapi alhamdulillah, hati semakin tenang~

Hari ni saya dapat ucapan dan do'a dari raaaaaaaaaamai orang. Bermula tengah malam tadi, sampai la ni :)

Bagi para pembaca, saya ada satu lagi request. Boleh tak boleh tak??? ;)

Do'akan supaya jangka hidup saya yang masih berbaki ini, dipenuhi dengan sumbangan buat Islam.
Do'akan agar saya meninggalkan dunia ini dengan iman dan dalam Islam.
Do'akan agar Allah sentiasa memberkati dan merahmati kami sekeluarga (dan keluarga-to-be --> kalau ada rezeki).

Di sini, saya dengan suka ditambah cemas ingin menceritakan satu kisah benar. Di mana zaman sekarang ni, terrrrlalu ramai muslimat yang umurnya telah melebihi 25 tahun tetapi masih single-mingle. Bujang bukan kerana tak ada yang sudi, tapi kerana terlalu memilih sewaktu usia muda dan terlalu asyik mengejar cita-cita dan kerjaya.

Betul.

Ilmu itu penting. Kerjaya juga penting. Kerana dengan kedua-dua perkara inilah Islam boleh tertegak. Namun dengan dua perkara ini juga Islam boleh jatuh dan dijatuhkan.

Tapi, silapnya kita bila datang seseorang yang ingin menjemput kita membina rumah tangga muslim, tapi kita menolak SEWENANGNYA. Tanpa alasan yang munasabah dan di luar logik akal. Ustaz saya cakap, kalau ada yang masuk meminang, kita tak boleh tolak sesuka hati. Sebab tak mustahil dialah yang Allah dah tentukan untuk kita. Memang jodoh tu Allah dah tetapkan sejak azali, tapi kalau kita sendiri menolak apa yang Allah dah tetapkan? Apecer sahabat?

Yang kedua, mengejar kerjaya dan cita-cita. Dah habis matkulasi/asasi, nak sambung degree. Dah habis degree, nak sambung master. Dah habis master, nak sambung PHD. Dah habis PHD, baru terhegeh-hegeh nak cari teman hidup. Assalamu'alaikum sahabat, awak nak kahwin dengan siapa dengan umur awak yang dah ada PHD tu? Tak mustahil masih ada yang mahu, tapi terimalah hakikat, tak ramai yang sudi dan masih mahu...

Lagipun dengan level pendidikan yang tinggi, kita sedia maklum kebanyakan kaum lelaki selalu merasa rendah diri andai seorang wanita itu lebih tinggi tahap pendidikan darinya. Akhirnya, melepas sudaaaaaa~ Kan dah?

Mama (mak angkat) cakap, nak belajar tinggi-tinggi boleh, tapi jangan sampai lupa keperluan dan kehendak diri (fitrah manusia). >>> Iklan: Mama siap offer lagi nak kenalkan dengan engineer lahh, orang sarawak lahhh, ouh minta maaf mama, belum lagi buat masa ni. Cumanya kalau dah ditakdirkan, insyaAllah akan terbuka pintu hati saya. Dan saya bukan apa, cuma saya percaya, kalau betul serius, confirm tak ada masalah nak jumpa wali saya :) <<<

Pentingnya baitul muslim ni kerana dalam mengasaskan negara Islam sendiri, Baitul Muslim adalah di tangga yang kedua;

1. Individu Muslim.
2. Baitul Muslim.
3. Masyarakat Muslim.
4. Kerajaan Islam.
5. Negara Islam.

Namun saya akui, tak ramai yang mengetahui dan memahami. Jadi, sebab tu saya buat entri ni ^_________^

Hmmm... Kalau tanya saya sendiri, sejujurnya memang saya tak bersedia. Sebabnya masih belum ada yang sudi jumpa ayah saya... wuuuu... T.T Jawapan saya tetap TAK BERSEDIA, selagi tiada yang datang ke rumah~

Selain untuk mengelakkan patah hati atas perkara yang remeh, ini juga salah satu cara menjaga hati juga cara menjaga masa. Dari dok buang masa mikir pasal si dia lah bagai, baik buat kerja untuk Islam. Lagi banyak pekdah kan~

TAPIIIIIIII, setidak sedia saya pun, tak adalah sampai nak menolak SEMUAAAAAA yang datang meriisik khabor berita ye dakkk... Lagi lagi kalau yang memang molek dah agamanya. Kan ada hadis, kita tak digalakkan menolak lelaki yang soleh???

Dan setidak sedia saya jugak, tak adalah sampai tak nak mikir langsung tentang membina keluarga sampai menyibukkan diri dengan studyyyyy je memanjang. Perlu kita ingat, ilmu bukan hanya boleh dicari dengan mendapatkan master dan phd  je,  malah degree sekali lah kan. Sebabnya setiap perkara baru yang kita belajar yang diniatkan lillahi ta'ala, insyaAllah itu semua adalah ilmu. Asal jangan jumud, semua pun boleh~

Saya tak berniat nak buat karangan 10 muka surat pun. Jadi cukup sampai sini.

Konklusinya, jangan terrrrrrlalu jual mahal (jual murah lagi lah jangan!) dan terlalu mengejar cita-cita hingga melupakan fitrah manusia yang perlu kita penuhi.

Wallahu'alam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...