24 June 2012

Perubahan.

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Kelemahan.

Apa kelemahan awak? Cuba cerita pada kawan-kawan awak kat sini.

"Saya susah nak bekerjasama dengan lelaki kak."

Kenapa pulak?

"Ermmm.... Susah nak cakap la kak."

Cerita je. Kami semua nak bantu awak. Kalau awak tak cerita, macamana kami nak bantu?

"Setiap kali saya bekerjasama dengan mereka, mesti akan wujud perasaan lebih dari seorang rakan sekerja. Sebab tu saya tak suka."

Okay, cuba awak fikir, kalau semua orang ada perasaan yang sama macam awak, agak-agak berjalan tak kerja yang melambak-lambak kat dunia ni? Dengan keadaan umat Islam zaman sekarang ni? Tentang perasaan manusia, tak ada siapa yang boleh kawal dik. Kita serah je pada Allah. Kerana Dialah yang membolak-balikkan hati manusia.

"Saya faham kak. Tapi saya memang dah cuba baiki kelemahan saya ni. InsyaAllah tak ada masalah lagi lepas ni."


Perbezaan.

Muslimah tak digalakkan untuk keluar rumah. Mereka memang digalakkan untuk tinggal di rumah, pelihara maruah diri dan keluarga.

Kenapa pulak? Bukankah dah terbukti peranan muslimat di zaman Rasulullah dahulu?

Zaman sekarang fitnah wanita semakin berleluasa. Tak manis kalau muslimat selalu keluar rumah walau apa alasan sekalipun. Kecuali kalau keadaan terlalu memaksa.

Maaf. Saya tak punya ilmu yang tinggi. Tapi saya tetap berpegang dengan sirah yang saya pelajari. Andai ditakdirkan semua muslimat tinggal di rumah, alamat tak adalah muslimat segagah dan berani Khaulah Al-Azwar di akhir zaman ini?


Tiada pilihan.

Awak ada kereta di rumah?

Ada.

Kenapa awak naik motor? Tak manislah muslimat naik motor. Lagi-lagi yang berniqab.

Saya bukan nak sangat naik motor. Kalau saya ada pilihan lain, saya takkan naik motor. Walaupun saya bukan orang susah, tapi saya pun bukan orang senang. Kadag-kadang mahu atau tak saya memang perlu naik motor.


Aktif.

Awak ni, selalu sangat sibuk. Nak kata dapat duit poket tambahan ke, tak ada pulak. Kadang-kadang nak study pun sampai tak ada masa. Kenapa? Awak tak kisahkan masa depan awak ke? Tak kesian kan mak ayah awak?

Siapa cakap saya tak ada masa untuk study? Kadang-kadang tu saya sendiri yang malas study. Duit poket tambahan? Saya dambakan pahala tambahan dari DIA. Dan bukan saya tak kisah tentang masa depan, tapi saya lebih kisahkan masa saya di akhirat kelak. Dan kerana kesiankan mak ayah saya lah saya menyibukkan diri saya seperti yang awak nampak sekarang.


Cinta.

Awak dah anti-cinta ke sekarang? Pantang orang cakap pasal cinta, terus awak tak senang duduk? Kenapa? Dulu bukan main lagi awak bercakap pasal cinta.

Siapa cakap saya anti-cinta? Saya rasa saya lagi bersemangat dengan adanya cinta. Cuma cinta saya dah beralih arah. Bukan lagi cinta manusia dan dunia, sebaliknya lebih ke arah cinta yang teragung dan hakiki, yakni cinta Ilahi.


p/s: bercakap memang mudah, namun hakikatnya tiada siapa yang tahu. do'akan saya sahabat...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...