27 June 2012

Duhai hati.


Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Dia bertudung labuh.
Dia mengikuti usrah.
Dia faham dakwah.
Dia faham tarbiyyah.
DIa faham mehnah dalam kehidupan.
Namun dia wanita biasa.
Apapun yang terjadi, dia tetap wanita.
Hatinya seperti wanita lain.
Jiwanya juga seperti wanita biasa.
Rapuh.

Dia tak pernah merasa.
Hanya selalu mendengar.
Dari teman-teman. Dari sahabat-sahabat.
Dulu dia hanya mampu menasihat.
Paling kurang mendo’akan dari jauh.
Kini dia merasainya.
Betapa peritnya perasaan itu.
Dia menangis.
Namun tangisnya dalam tawa.
Dia pasrah.
Dia mengerti itu adalah ketentuan Ilahi.

Dia sedar.
Ujian dan mehnah yang dilalui kekasih Allah itu jauh lebih menguji.
Jauh lebih sukar.
Jauh lebih perit.
Dia sedar.
Ini hanya sedikit.

Dia tahu Allah sedang mengajarnya.
Allah sedang metarbiyyah dirinya.
Allah sedang menguji dirinya dengan ujian sekecil ini.
Ujian hati.
Tak ramai yang Berjaya melalui.
Ramai yang patah hati, ambil jalan bunuh diri.
Ada yang patah hati, membawa diri tak muncul lagi.
Ada yang patah hati, tanpa berpegang dengan iman di hati.

Tapi tidak dia.
Dia sedar.
Dia masih waras lagi.
Masih ada iman yang berbaki di hati.
Bak kata orang, bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.
Dia mengerti.
Allah sedang mempersiapkan sesuatu yang lain sebagai mengganti yang telah diambilNya.
Dia mengerti.
Apa yang ditakdirkan Ilahi, adalah terbaik buat dirinya.
Kini, cuma masa yang menanti.
Duhai hati, bersabarlah menghadapi ujian hati.


2 comments:

  1. Assalam fadhi~.. sahabat penemanku.. 'dia' jgn sedih keh.. mama ajl pesan kat 'dia'.. yg Allah sediakan lagi yg terbaik tuk 'dia' ^_~

    ReplyDelete
  2. wassalam.. huhu
    baiklahh si anonymous~

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...