27 June 2012

Duhai hati.


Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Dia bertudung labuh.
Dia mengikuti usrah.
Dia faham dakwah.
Dia faham tarbiyyah.
DIa faham mehnah dalam kehidupan.
Namun dia wanita biasa.
Apapun yang terjadi, dia tetap wanita.
Hatinya seperti wanita lain.
Jiwanya juga seperti wanita biasa.
Rapuh.

Dia tak pernah merasa.
Hanya selalu mendengar.
Dari teman-teman. Dari sahabat-sahabat.
Dulu dia hanya mampu menasihat.
Paling kurang mendo’akan dari jauh.
Kini dia merasainya.
Betapa peritnya perasaan itu.
Dia menangis.
Namun tangisnya dalam tawa.
Dia pasrah.
Dia mengerti itu adalah ketentuan Ilahi.

Dia sedar.
Ujian dan mehnah yang dilalui kekasih Allah itu jauh lebih menguji.
Jauh lebih sukar.
Jauh lebih perit.
Dia sedar.
Ini hanya sedikit.

Dia tahu Allah sedang mengajarnya.
Allah sedang metarbiyyah dirinya.
Allah sedang menguji dirinya dengan ujian sekecil ini.
Ujian hati.
Tak ramai yang Berjaya melalui.
Ramai yang patah hati, ambil jalan bunuh diri.
Ada yang patah hati, membawa diri tak muncul lagi.
Ada yang patah hati, tanpa berpegang dengan iman di hati.

Tapi tidak dia.
Dia sedar.
Dia masih waras lagi.
Masih ada iman yang berbaki di hati.
Bak kata orang, bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.
Dia mengerti.
Allah sedang mempersiapkan sesuatu yang lain sebagai mengganti yang telah diambilNya.
Dia mengerti.
Apa yang ditakdirkan Ilahi, adalah terbaik buat dirinya.
Kini, cuma masa yang menanti.
Duhai hati, bersabarlah menghadapi ujian hati.


24 June 2012

Perubahan.

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Kelemahan.

Apa kelemahan awak? Cuba cerita pada kawan-kawan awak kat sini.

"Saya susah nak bekerjasama dengan lelaki kak."

Kenapa pulak?

"Ermmm.... Susah nak cakap la kak."

Cerita je. Kami semua nak bantu awak. Kalau awak tak cerita, macamana kami nak bantu?

"Setiap kali saya bekerjasama dengan mereka, mesti akan wujud perasaan lebih dari seorang rakan sekerja. Sebab tu saya tak suka."

Okay, cuba awak fikir, kalau semua orang ada perasaan yang sama macam awak, agak-agak berjalan tak kerja yang melambak-lambak kat dunia ni? Dengan keadaan umat Islam zaman sekarang ni? Tentang perasaan manusia, tak ada siapa yang boleh kawal dik. Kita serah je pada Allah. Kerana Dialah yang membolak-balikkan hati manusia.

"Saya faham kak. Tapi saya memang dah cuba baiki kelemahan saya ni. InsyaAllah tak ada masalah lagi lepas ni."


Perbezaan.

Muslimah tak digalakkan untuk keluar rumah. Mereka memang digalakkan untuk tinggal di rumah, pelihara maruah diri dan keluarga.

Kenapa pulak? Bukankah dah terbukti peranan muslimat di zaman Rasulullah dahulu?

Zaman sekarang fitnah wanita semakin berleluasa. Tak manis kalau muslimat selalu keluar rumah walau apa alasan sekalipun. Kecuali kalau keadaan terlalu memaksa.

Maaf. Saya tak punya ilmu yang tinggi. Tapi saya tetap berpegang dengan sirah yang saya pelajari. Andai ditakdirkan semua muslimat tinggal di rumah, alamat tak adalah muslimat segagah dan berani Khaulah Al-Azwar di akhir zaman ini?


Tiada pilihan.

Awak ada kereta di rumah?

Ada.

Kenapa awak naik motor? Tak manislah muslimat naik motor. Lagi-lagi yang berniqab.

Saya bukan nak sangat naik motor. Kalau saya ada pilihan lain, saya takkan naik motor. Walaupun saya bukan orang susah, tapi saya pun bukan orang senang. Kadag-kadang mahu atau tak saya memang perlu naik motor.


Aktif.

Awak ni, selalu sangat sibuk. Nak kata dapat duit poket tambahan ke, tak ada pulak. Kadang-kadang nak study pun sampai tak ada masa. Kenapa? Awak tak kisahkan masa depan awak ke? Tak kesian kan mak ayah awak?

Siapa cakap saya tak ada masa untuk study? Kadang-kadang tu saya sendiri yang malas study. Duit poket tambahan? Saya dambakan pahala tambahan dari DIA. Dan bukan saya tak kisah tentang masa depan, tapi saya lebih kisahkan masa saya di akhirat kelak. Dan kerana kesiankan mak ayah saya lah saya menyibukkan diri saya seperti yang awak nampak sekarang.


Cinta.

Awak dah anti-cinta ke sekarang? Pantang orang cakap pasal cinta, terus awak tak senang duduk? Kenapa? Dulu bukan main lagi awak bercakap pasal cinta.

Siapa cakap saya anti-cinta? Saya rasa saya lagi bersemangat dengan adanya cinta. Cuma cinta saya dah beralih arah. Bukan lagi cinta manusia dan dunia, sebaliknya lebih ke arah cinta yang teragung dan hakiki, yakni cinta Ilahi.


p/s: bercakap memang mudah, namun hakikatnya tiada siapa yang tahu. do'akan saya sahabat...

10 June 2012

Examination Bureau.

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

^___________________^

Senyum lebar.

Mulanya tak mahu bercerita panjang. Tapi bila dah ada yang memulakan, mulalah saya nak menuruti.

Ta'aruf Week. Lagi.

Sebelum selesai final exam di bulan Mei yang lepas, saya dapat panggilan, yang mengatakan bahawa saya telah dilantik untuk menjadi Assistant Head semasa Ta'aruf Week nanti.

Saya tanya, ketua untuk biro apa.
Saya tanya lagi, apa persediaan yang perlu dibuat.

Serius.

Takut jugak.
Kalau nak jadi ketua dalam society di UIA ni, bukan boleh main-main.

Saya tertanya-tanya, layakkah saya?
Apa saya nak buat nanti?
Kalau saya tak dapat jadi ketua yang baik macamana?

Lama kelamaan segala persoalan terkubur.
Dan nah, saya berada di CFS IIUM.

Mendaftar sebagai komiti Ta'aruf Week.
Ambil fail.
Dapat nametag.

Assistant Head of Examination Bureau.

Kebanyakan adik-adik yang mengetahui jawatan saya, tak habis-habis men-ceh-ceh-kan saya.

Saya cakap, apalah sangat. Exam je pun.

Dan di situlah silapnya saya.

Bermulanya pertemuan pertama dengan high mainboard, head dan assistant head dari biro-biro lain pada malam tu, buatkan saya sedikit cuak. Tapi kembali semangat bila saya lihat ramai 'kawan-kawan' kat sini :)

Meeting pertama bermula. ta'aruf. Seorang demi seorang.

Setelah habis giliran saya, bro Hisyam menegur, "tengok gaya awak je dah macam nak ambil exam."

Saya menahan malu. Yang selebihnya hanya ketawa suka. Salah saya sendiri. Saya suka berlagak serius dengan orang saya tak kenali. Tapi bila dah sama-sama bekerja, sedikit demi sedikit keseriusan mula hilang ...

Ketua saya, yakni Head of Examination Bureau, lebih muda dari saya. Dan di sinilah permainan bermula.

Meeting pertama bersama ahli-ahli biro yang lain, sedikit hambar. Saya sendiri tak ada idea bagaimana mahu menghidupkan suasana. Hanya sekadar ta'aruf ringkas. Tak ada yang istimewa. Dan tak ada juga yang terlebih suka. Biasa-biasa sahaja.

Beberapa perjumpaan setelah itu, saya cuba bersahaja dengan mereka. Supaya tak terasa jurang antara kami semua. Ketua, atau bukan, sama sahaja. Alhamdulillah, berjaya. Nampak sedikit perubahan. Antara saya dan mereka, dah tak berapa nak kekok.

Setelah bincang punya bincang, kami dah putuskan untuk wujudkan dan menggunakan sistem baru. Kalau sistem sebelum ni, kami perlu tunggu sehingga tamat hari pendaftaran, baru kami dapat susnaturkan kedudukan pelajar di venue exam masing-masing. Tapi dengan sistem baru ini, kami tak perlu menunggu hingga hari terakhir pendaftaran. Kami boleh bekerja seiring dengan biro pendaftaran.

Di hari pertama pendaftaran pelajar baru, fuhhh, terkejar-kejar ke sana sini. Dengan walkie-talkienya lagi.

Berjalan sekejap, pasti ada yang bertanya itu ini.

Tandas di mana.
Cafe di mana.
Surau di mana.

Tapi saya seronok. Dapat memudahkan mereka.

Cumanya sedikit sedih, bila terlau banyak komen negatif dari pihak-pihak tertentu.

Kenapa UIA buat begini.
Kenapa UIA buat begitu.
Kenapa UIA tak buat ini.
Kenapa UIA tak buat itu.

Tapi alhamdulillah, setiap komiti telah diingatkan agar bersedia mental dan fizikal. Jadi saya tak lah tergugat sangat bila dipersoal itu dan ini. Cuma saya berasa kasihan melihat sesetengah komiti yang terkial-kial, terkulat-kulat, cuba memikirkan jawapan terbaik.

Tapi ternyata terdapat banyak masalah dengan sistem baru ini. Beberapa orang antara kami tetap meneruskan. Namun ada juga antara kami yang telah bersedia dengan back-up plan. Dan berlaku satu masalah di sini. Beberapa pihak telah terasa hati kerana tak dimaklumkan tentang back-up plan ini. Akibatnya, sepanjang malam kami terpaksa berjaga kerana pelajar-pelajar akan mengambil peperiksaan keesokkan harinya.

Malam itu saya menangis. Saya cuba menahan. Tapi tak mampu. Di hadapan beberapa orang yang berpangkat adik, saya luahkan segala rasa. Mereka mendengar, dan turut memberi kata-kata semangat.

Bukan apa, saya sedih. Melihat ahli-ahli biro saya terpaksa berjaga malam. Bukan mereka sahaja, malah high mainboard pun terpaksa berkampung di OR (operation room) kami. Sejujurnya, saya sedih melihat mereka. Sepatutnya mereka berehat di bilik masing-masing, bukan tidur di lantai bilik OR kami. Saya juga rasa yang saya gagal memikul amanah yang diberi. Seminngu berinduksi, saya rasa bagai tak menyumbang apa-apa.

Tapi saya tetap gembira, sebab mereka sanggup bersma-sama kami. Malam itu, buat kali pertama dan terakhir, saya menemani eton, ke setiap mahallah (asrama) di CFS IIUM. Awak ada? ;)

Kami sama-sama menge-check listname pelajar-pelajar, sama atau tidak bilangan yang ditampal dengan bilangan pelajar yang mendaftar. Habis meronda, kami balik ke OR. Menyambung kerja-kerja yang berbaki. Saat azan subuh berkumandang, masing-masing balik ke bilik. Bersiap, dan kembali ke OR sebelum menghadapi hari yang dinantikan para pelajar.

Pagi tu, dengan semangat dan azam baru, saya melangkah ke OR. Niat mahu membantu apa yang perlu. Hampir sejam sebelum exam bermula, macam biasa, hobi saya yakni berjalan dan berlari, merantau ke sana dan ke mari, saya jalani lagi.

Bermula dengan Mahallah Zainab. Allah.

Ramai pelajar yang berkumpul, kerana nama mereka tak ada dalam list exam venue. Katanya lah. Saya dah sedikit berasap.

"Awak semua dah check nama betul-betul? Check dekat kos tertentu je ke atau dah check satu board? Yang tak check lagi satu board, pergi check sekarang."

Confirm, semua cuak. Saya sedikit kesal. Saya terlupa. Mereka ada exam pagi tu. Kenapa saya tambah lagi rasa cuak mereka tu. Allahu Akbar.

Bila dah waras sikit, saya ajak mereka semua ikut saya. Untuk ke back-up place bagi pelajar yang ada masalah dengan exam venue. Dalam hati, takut jugak kalau-kalau exam venue tak cukup.

"Hah, sudahhh."

Kelihatan sekumpulan pelajar masih terpacak di luar kelas. Saya lihat jam, exam hampir bermula. Sepatutnya.

Otak ligat memikirkan langkah seterusnya. Second back-up place. Dalam hati saya sedar, kemungkinan tempat tu juga penuh. Tapi saya tetap melangkah, bersama-sama pelajar-pelajar baru ini.

Sampai di tempat tersebut, saya terdiam sejenak. Melangkah ke kelas yang menjadi back-up place kami. Penuh.

Saya tanya artis (dia digelar artis oleh saya, kerana wajahnya mirip pelakon Zul Huzaimy), kenapa tak guna kelas sebelah tu. Dia cakap air-cond rosak. Sudahhh. Apa nak buat ni. Saya call head (ketua) saya. Tanya apa nak buat. Dia cakap dia akan pergi ke A&R department untuk selesaikan masalah ni.

Sambil menunggu, saya dapat panggilan. Katanya ada banyak tempat kosong di bangunan AX. Dia cakap pelajar tak hadir peperiksaan. Nama ada, tapi pelajar tak ada. Saya cakap, tu mesti kes tak jumpa nama. Lepas tu mengaku nama tak ada dalam list. Ades. Saya hanya mampu geleng kepala.

Datang lagi beberapa orang, bawa berita, banyak kelas kosong di blok E. Tanpa fikir panjang, saya cakap, "bawa je diorang semua ke sana." Memandai je bagi arahan. Tapi nak buat macamana, exam sepatutnya dah bermula. Jadi, terpaksalah buat keputusan sendiri.

Saya ingat dah settled dah semua, tiba-tiba bila saya jalan lagi, entah dari mana, datang lagi sekumpulan pelajar. nak kata library tour, confirmlah bukan. Saya tanya komiti yang bawa mereka, "dari mana ni? nak pergi mana?" Mereka jawab "dari AMF, kerusi tak cukup." Allah. satu masalah lagi. Macamana boleh tak cukup kerusi? Sedangkan kami dah ikut jumlah yang diberikan.

Berjalan dan berjalan lagi. tak tahu nak pergi mana. tak tahu nak buat apa. Dalam hati cuma mampu berdo'a.

Telefon lagi. Call ketua. Tanya macamana. Nak buat apa.

Alhamdulillah allah beri pertolongan. Datang sorang abang ni (pak cik pun  boleh), dari A&R. Dia tanya "kenapa ni?" Saya jawab "tak cukup tempat." Dia balas, "kenapa tak bagitau awal-awal? bawa semua ke LHA. Ada banyak kosong kat sana." Saya terdiam. Tapi dalam hati saya terfikir, macamana saya nak bagitau dia? Nombor telefon pun tak ada. Hmm diamkan je la.

Satu per satu tempat saya jelajah. Nak pastikan tak ada masalah. Tapi dekat mahallah ABC saya tak teringat nak pergi. Hentian terakhir, AX101. Dekat situ sejuk. Duduk di lantai sambil bersandar, saya terlelap. Dua malam tak tidur, siapa tak mengantuk?

Dekat setengah jam tertidur, saya terbangun. Ligat berfikir ke mana nak dituju. Tak manis pulak tidur kat situ. Dibuatnya lalu lecturer atau siapa-siapa kat situ, tak ke haru jadinya.

Jadi saya menuju ke OR, untuk menyambung kembali beradu.

Hampir 2 jam terlelap, saya tersedar dari tidur.

Dalam hati, "budak-budak ni dah habis exam ke belum?"

Seorang demi seorang PIC saya call. Bertanya andai ada masalah. Alhamdulillah, selesai semua. Saya terus menuju ke mahallah. Berehat, menunggu azan zohor. Sebelum menyambung kembali tugas pada waktu petangnya.

Nak dipendekkan cerita, ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan rintik-rintik di tengah hari. Nasib baik hanya rintik-rintik, bukan hujan lebat.

Rupanya masih ada lagi masalah yang timbul petang tu. tapi alhamdulillah sekali lagi, kerana semua telah Allah permudahkan. Pertama kali saya merasai perasaan seorang examiner (penjaga peperiksaan). Serius mengantuk. Nak buat bising tak boleh. Bila dah duduk senyap kat depan tu, mulalah nak melentok ...

Buat pertama kalinya, malam itu kami tak berada di OR. Semua orang mengqada' kembali tidur mereka. Termasuklah saya ;)

Kononnya pagi tu kami nak buat post-morterm. Tapi bila sampai kat OR, sorang pun tak ada. Terfikir untuk bagi peluang mereka syahid sampai petang. Kerana esok dan lusa kami perlu bekerja semula.

Petang, selepas zohor, kami semua berkumpul di OR. Untuk post-morterm dan menyelesaikan apa yang perlu. Bagi saya sesi ini lebih kepada round table. Seorang demi seorang meluahkan segala rasa.

Ajaibnya, di sinilah keakraban kami bermula! ^______________________^

Lepas sesi luahan rasa, kami balik ke bilik masing-masing. Petang itu adalah giliran kami bergambar satu biro. Setelah semua berkumpul, Allah, seronok tak terkata. Inilah yang dinamakan keluarga!

Hari-hari yang berlalu selepas itu dirasakan indah. Bekerja bersama. Penat letih bersama. Sungguh, tak akan dapat saya lupakan. Sedih. Memang sedih. Tapi itulah hakikat sebuah pertemuan. Ianya akan berakhir dengan perpisahan.

Setelah tamat tugas kami yang terakhir, dan juga di hari yang terakhir Ta'aruf Week, petang tu kami buat lagi post-morterm. Ya, lebih kepada luahan rasa. Short and sweet je. Sebab semua orang lebih kepada mohon maaf dan berterima kasih. Hampir semua. Paling menyentuh hati, bila seseorang yang saya gelar artis berkata;

"Anda semua telah melengkapkan separuh dari hidup saya."

Ok ini sangat sweet...

Pesanan saya pada mereka, agar ukhuwah kami tak berakhir di sini... Habis post-morterm, kami makan Domino's Pizza secara berjema'ah.... ^______________^

Keesokan harinya, kesedihan dan kepiluan bertambah. Kerana hari ini merupakan hari terakhir dan untuk kali yang terakhirnya kami bermeeting. Meeting bersama kesemua management committees. Mainboard, head dan assistant head dari setiap biro.

Post-morterm ini bertujuan untuk menyatakan masalah dan cara penyelesaian supaya Ta'aruf Week yang akan datang, akan menjadi lebih teratur.

Saya perasan, saya banyak senyum semasa meeting kali ni. Adakalanya serius, adakalaya senyum. Tapi lebih banyak senyum berbanding serius. Kerana saya tak pasti, mereka akan faham lagi 'bahasa senyum' saya selepas ini... I need to be the previous me after this... :)

Meeting kami berakhir dengan Domino's Pizza lagi :)

Ya Rabb, I will never forget the moment!

Dulu saya terikat dengan peraturan CFS, tapi kini tidak lagi. Berakhirnya Ta'aruf Week, maka berakhir juga rules and regulations of CFS IIUM. Saya bukan pelajar CFS lagi. Tapi dah bertaraf pelawat dah. Alhamdulillah :) InsyaAllah, tiada lagi masalah untuk menjadi 'pelik' lagi selepas ini...

Tak faham?

Tak mengapa. Anda akan faham jika anda berjumpa saya :)

Sekian sahaja cerita hati saya, wassalam.

09 June 2012

Ta'aruf Week 2012/2013.

Dengan namaMu ya allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Setelah lama menyepi, saat ini kembali lagi.
Saat mencoret segala rasa.
Segala rahsia.
Segala yang terbuku di jiwa.

Allah.

Terasa manisnya.

TA'ARUF WEEK, CFS IIUM 2012/2013.

Saat dimaklumkan terpilih untuk mengetuai biro peperiksaan (examination bureau), pelbagai rasa menjadi satu.

Bersyukur.
Suka.
Takut.
Risau.

Namun akhirnya segala rasa itu tinggal memori.
Setelah berakhirnya minggu ta'aruf semalam.

2 minggu telah pun berakhir.
Tak terasa langsung 2 minggu tu.
Sungguh.

Ketawa bersama.
Pening kepala bersama.
Tak tidur bermalam-malam pun bersama.


Allah.

Sungguh.
Pengalaman itu tak dapat dibeli.

Apapun, setiap perkara yang ada permulaannya, pasti ada pengakhirannya.
Benar.

Program telah berakhir.
Namun ukhuwah tetap berpanjangan.

Dan kerja dakwah juga perlu tetap berjalan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...