05 April 2012

Sekian lama.

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
 Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala alihi wasohbihi wasallam.

Alhamdulillahi robbil 'alamin.

Setelah sekian lama, dapat jugak peluang untuk mencoret di sini.
Setelah sekian lama, dapat jugak menahan diri dari terus melagha.

Alkisahnya, laptop buat hal lagi.
Dekat sebulan dah laptop meragam. Alhamdulillah masih berbakti, tapi tak segagah dulu.
Terkadang encik laptop minta direhatkan biarpun baru berapa minit buat kerja.

Allah.

Nak ganti laptop baru, tak sampai hati nak minta duit dari mak.
Mungkin tunggu cuti dulu. Kerja. Beli sendiri dengan duit gaji nanti.
Tapi laptop ni memang dah sangat uzur.
Sekarang ni pun guna laptop orang lain.

Tapi memang betul.
Setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Bila laptop dah rosak ni, nak buka laptop pun tak ada selera.
Internet connection pun tak ada. Jadinya, tak ada fb, tak ada blogging, tak ada buang masa lagi :)
Apalagi lah yang boleh dibuat dengan laptop ni... Tunggu masa jelah nampaknya~
Selalu bila sahabat-sahabat tanya, bila nak ganti laptop baru? Saya tersenyum menjawab "tunggu hantaran kahwin nanti..."

Beberapa hari lepas intechss ada buat "Halaqah Santai" bersama penceramah luar. Mahasiswa UKM. Allahu Akbar. Ana tersentap sendiri bila ustaz cakap, rakyat Malaysia ni tak berkembang. Sebabnya kalau tengok kat fb sendiri, kebanyakan status semua bercakap soal fitra. Lebih-lebih lagi bab nikah kahwin. Walhal soal nikah kahwin ni sejak zaman Nabi Adam a.s lagi dah selesai.

Dengan erti kata lain, persoalan bab nikah kahwin ni bukannya tak ada penyelesaian. Tapi dah ada penyelasaiannya. Tertarik, jatuh hati pada seseorang, pergilah jumpa walinya. Kalau tak mampu, tunggulah dulu. Setiap persoalan fitrah ini ada jawapannya. Kalau nak dibandingkan dengan isu semasa yang masih tak ada jalan penyelesaian; isu Syria, Palestin dan sebagainya. Mana yang lebih kita banyak persoalkan?

Saya jadi malu dengan diri sendiri. Terasa kot bila ustaz cakap orang Malaysia tak berkembang. Sebab saya rasa macam termasuk jugak dalam golongan tu ^____^ Tapi alhamdulillah, itu cuma dulu. Buat masa sekarang ni saya jadi tak berapa kisah sangat soal fitrah ni. Bukan tak punya keinginan, tapi saya yakin akan janji Allah. DIA dah tentukan semuanya buat saya. Dan saya hanya perlu berdo'a dan berusaha. Bukan berusaha cari jodoh, tapi berusaha untuk jadi yang terbaik supaya saya juga akan dapat yang terbaik :)

Tanggungjawab saya terhadap keluarga juga terhadap Islam, amat banyak. Saya tak sampai hati nak pentingkan diri sendiri dengan sibuk memikirkan tentang soal fitrah yang Allah dah aturkan buat saya dan dalam masa yang sama meninggalkan perkara-perkara lain yang lebih aula.

Allah...

Apalah sangat yang mampu saya sumbang untuk Islam... hingga buatkan saya sanggup untuk gadaikan Islam demi kepentingan sendiri...

Yang dijadikan cerita, jumlah mereka yang sertai halaqah hari tu sangatlah kurang memuaskan. Tapi saya diingatkan bahawa banyak ayat-ayat Allah yang meletakkan ciri-ciri orang berjuang dalam menegakkan agama adalah dari kalangan yang sedikit.

Dan semoga Allah memilih kita agar tergolong dalam golongan yang sedikit ini insyaAllah :)

1 comment:

  1. Moga dirimu sentiasa bersemangat mengejar cinta-Nya.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...