22 March 2012

Kosong.

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Allahu Akbar.

Hari-hari yang saya lalui sejak akhir-akhir ni agak memenatkan. Bermula dengan minggu exam, assignment, project dan presentation. Dan yang terbaru, SMAC, sukan antara society di UIA.

Di celah-celah kesibukan tu, diselit pula dengan aktiviti usrah, talk, ceramah, majlis-majlis ilmu, meeting dan perjumpaan.

Allahu Akbar.

Saya takut. Kalau-kalau di main campus nanti saya tak se'sibuk' ini. Walaupun memenatkan, saya suka hidup saya diisi begini. Dari dibiarkan kosong tanpa pengisian.

Yang mana kebanyakannya saya lihat, bila banyak masa terluang, ramai yang mengisi dengan perkara-perkara tak berfaedah. Dosa maksiat pun ada. Jadi bagi saya, baik lagi kalau layan cerita korea dari bergayut dekat telefon 24 jam.

Semalam seorang sahabat saya menceritakan satu kisah benar. Diceritakan ada seorang hamba Allah ni, menghidapi satu penyakit dan cuma ada masa satu bulan sahaja untuk hidup.

Dia mengisi baki hidup sebulannya itu dengan pelbagai jenis ibadah dan kebaikan. Saya terfikir, kalau sebelum tu dia merupakan orang yang 'biasa-biasa' sahaja, mungkin bebraloi kalau dia pulun beribadah sebulan tu. Tapi kalau hidup dia dipenuhi dosa sepanjang hidup, macamana nak cover semua tu dalam masa sebulan tu?

Petang tadi semasa presentation, baru saya tersedar satu perkara. Dalam slide presentation yang saya sendiri sediakan, ada satu hadis yang mana Rasulullah mengatakan pada para sahabat, bahawa tidak ada orang yang akan masuk ke Syurga dengan perbuatannya. Sahabat bertanya, adakah termasuk baginda (Rasulullah) juga? Baginda menjawab, ya. Baginda juga tidak akan masuk Syurga melainkan dengan rahmat Allah.

Allahu Akbar.

Saya bukan pertama kali mendengar hadis ini. Tapi saya terlupa. Dan alhamdulillah, hari ni saya teringat balik.

Betullah, kita tak boleh sangka yang kita akan masuk Syurga walaupun kita tak buat dosa besar. Dan kita juga tak boleh anggap orang yang setiap masa bergelumang dosa tu akan masuk Neraka. Kerana masuknya kita ke Syurga itu adalah dengan rahmat Allah, bukan dengan amalan baik yang kita lakukan.

Berkenaan dengan tajuk di atas. Saat ini saya rasa kosong. Sebab selalunya saya susah nak ada dalam bilik. Tapi malam ni saya bermalas-malasan dalam bilik. Tanpa ada pengisian.

Sebab tu saya suka kehidupan saya yang sentiasa sibuk dan disibukkan tu.

Sebab saya tak suka apa yang saya rasa saat ini.

Kosong.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...