22 March 2012

Kosong.

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Allahu Akbar.

Hari-hari yang saya lalui sejak akhir-akhir ni agak memenatkan. Bermula dengan minggu exam, assignment, project dan presentation. Dan yang terbaru, SMAC, sukan antara society di UIA.

Di celah-celah kesibukan tu, diselit pula dengan aktiviti usrah, talk, ceramah, majlis-majlis ilmu, meeting dan perjumpaan.

Allahu Akbar.

Saya takut. Kalau-kalau di main campus nanti saya tak se'sibuk' ini. Walaupun memenatkan, saya suka hidup saya diisi begini. Dari dibiarkan kosong tanpa pengisian.

Yang mana kebanyakannya saya lihat, bila banyak masa terluang, ramai yang mengisi dengan perkara-perkara tak berfaedah. Dosa maksiat pun ada. Jadi bagi saya, baik lagi kalau layan cerita korea dari bergayut dekat telefon 24 jam.

Semalam seorang sahabat saya menceritakan satu kisah benar. Diceritakan ada seorang hamba Allah ni, menghidapi satu penyakit dan cuma ada masa satu bulan sahaja untuk hidup.

Dia mengisi baki hidup sebulannya itu dengan pelbagai jenis ibadah dan kebaikan. Saya terfikir, kalau sebelum tu dia merupakan orang yang 'biasa-biasa' sahaja, mungkin bebraloi kalau dia pulun beribadah sebulan tu. Tapi kalau hidup dia dipenuhi dosa sepanjang hidup, macamana nak cover semua tu dalam masa sebulan tu?

Petang tadi semasa presentation, baru saya tersedar satu perkara. Dalam slide presentation yang saya sendiri sediakan, ada satu hadis yang mana Rasulullah mengatakan pada para sahabat, bahawa tidak ada orang yang akan masuk ke Syurga dengan perbuatannya. Sahabat bertanya, adakah termasuk baginda (Rasulullah) juga? Baginda menjawab, ya. Baginda juga tidak akan masuk Syurga melainkan dengan rahmat Allah.

Allahu Akbar.

Saya bukan pertama kali mendengar hadis ini. Tapi saya terlupa. Dan alhamdulillah, hari ni saya teringat balik.

Betullah, kita tak boleh sangka yang kita akan masuk Syurga walaupun kita tak buat dosa besar. Dan kita juga tak boleh anggap orang yang setiap masa bergelumang dosa tu akan masuk Neraka. Kerana masuknya kita ke Syurga itu adalah dengan rahmat Allah, bukan dengan amalan baik yang kita lakukan.

Berkenaan dengan tajuk di atas. Saat ini saya rasa kosong. Sebab selalunya saya susah nak ada dalam bilik. Tapi malam ni saya bermalas-malasan dalam bilik. Tanpa ada pengisian.

Sebab tu saya suka kehidupan saya yang sentiasa sibuk dan disibukkan tu.

Sebab saya tak suka apa yang saya rasa saat ini.

Kosong.

04 March 2012

Manisnya ukhuwah.

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Subuhanallah walhamdulillah, Allahu Akbar.

Muet dah selesai. Ok sangat seronok ye bila dah habis muet ;) Bermula pukul 8pagi dengan reading, 10pagi writing dan 12tengah hari listening. Paling saya tak suka; writing. Bukan apa, selalunya saya akan mengarut bila menulis. Contoh dah ada depan mata ^_~

Allahu Akbar. Malam hari Jumaat tu memang sangatlah stress. Dengan muetnya pagi esok, program Perkampunan Menara Gading (PMG) dalam hari yang sama, dan minggu depannya (iaitu hari ini) dah mula mid-sem exam. Sangat tension ok.

Terkejar-kejar. Semua benda nak dibuat dalam masa yang sama. Nak baca untuk muet. Nak hadam modul untuk program. Nak study untuk mid-sem exam. Dengan mak yang memanggil-manggil untuk pulang ke rumah. Semualah kan. Tapi ana percaya, semuanya akan selesai dan berlalu, satu-persatu.

Bermula dengan muet. Dan lepas solat zohor, bertolak ke GMI di Bangi dengan menaiki ktm. Sampai di GMI, para peserta sedang ber'explore race'. Tapi tak terus masuk kumpulan. Dipendek dan diringkaskan cerita, sampai sampai tu terus bersalam berpelukan dengan sahabat-sahabat seperjuangan yang dah lama tak bersua muka. Tapi atas dasar perjuangan, kami bertemu setelah sekian lama :)

Kalau ikut fikir logik, dengan muetnya, dan exam id-sem yang sangat penting itu, baik saya stay je kat cfs. Study dan study. Dah lah result pun biasa-biasa je. Kan? Sampai jiran sebelah pun pelik. "Boleh lagi kan akak keluar-keluar dekat dekat nak exam ni?" Saya jawab, "hanya yang merasa je tau kemanisannya". Saya bukan supersaiya yang hebat. Atau supernatural yang ada kuasa luar biasa. Saya cuma manusia biasa. Ada masa penat, ada masa lelah.

Nak nak bila berprogram. Bila para peserta dah tidur nyenyak, kami para komiti dan barisan fasilitator akan berpost-mortem. Bincangkan masalah dan cara penyelesaian. Selalunya hingga ke 2-3 pagi. Menangis, terasa, kecil hati, bermasam muka, tak payah cerita. Semua tu dah jadi asam kehidupan kami. Tapi at the end of the program, wajah bertmabah manis semanis ukhuwah yang terjalin :)

Makin banyak berprogram, makin menggunung tinggi kasih antara kami. Walau tak sempat berbual panjang dek kerana tanggungjawab masing-masing dalam program, tapi kemanisan ukhuwah itu tetap ada. Hingga ke akhir program, sepatutnya mengikut akal logik, dengan perasaan penat, letih dan lelahnya, confirmlah tak sabar nak balik bertemu katil empuk lagi lembut. Tapi tidak bagi kami. Di akhir program, perasaan sedih menyelubungi. Dan kami saling berjanji untuk bertemu di lain program.

Allah. Manisnya ukhuwah itu!

Penat bisa menghilang.
Segala masalah bisa terbang.
Semuanya ghaib dengan hanya kerana bersua muka dengan sahabat-sahabat perjuangan sedetik cuma :)

Sesungguhnya, manisnya ukhuwah itu hanya bisa dirasa oleh mereka yang menginginkannya. Berkorban sedikit, pulangannya banyak. Pengalaman paling utama. Malah ianya juga tak terbeli dengan duit ringgit!

#di ruangan ni sebenarnya nak upload gambar tapi sebab lappy ada sedikit masalah, tak dapatlah nak upload# ;)

Tapi masalahnya sekarang, rasa penat, tension dan stress itu menjelma kembali saat habis berprogram :p
Mana tak nya, esok adalah paper saya yang pertama!

p/s: do'akan saya :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...