03 February 2012

Lau Kana Bainana.

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Allahuma solli 'ala Muhammad wa 'ala alihi wasohbihi wasallam.

Subhanallah. Walhamdulillah. Allahu Akbar.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Allahu rabbi...

Rasanya cukup sudah dengan post-post lagha dan tak berfaedah sebelum-sebelum ni. Let us be serious this time. Kerana saya ingin membicarakan mengenai Baginda Rasululah s.a.w. Kekasih Allah, yang juga seharusnya menjadi kekasih di hati kita selepas Allah 'azza wajalla.

Allahu Akbar.

Alhamdulillah, dalam minggu ni Allah beri peluang untuk saya lebih mengenali Baginda Rasulullah s.a.w. Bermula dengan talk yang disampaikan oleh Ustazah Fatimah Syarha, juga majlis Talaqqi oleh Al-Fadhil Ustaz Muhadir Hj Joll. Allah...

'Penangan' yang diberi ustazah amat terkesan di hati saya. Beliau wujudkan persoalan, 'andai Rasulullah berada di hadapan kita, adakah kita mempunyai sesuatu untuk diceritakan kepada baginda?' Cerita itu melambangkan usaha-usaha kita dalam membuktikan bahawa kita adalah ummat baginda. Bahawa kita cinta pada baginda.

Mustahil kita ingin ceritakan amalan harian kita yang membosankan dan lebih kurang sama dengan orang lain. Bangun pagi. Datang ke kuliah. Makan. Belajar dan tidur. Itu sahaja. Tak malukah kita, untuk menceritakan hal yang remeh temeh pada baginda Rasulullah, yang merupakan semulia-mulia manusia? Allah...

Sekurang-kurangnya kita punya sesuatu. Seperti menyambung rantai perjuangan baginda, 'amar ma'ruf nahi mungkar. Berdakwah semampunya. Bukan hanya bibir yang mengungkap cinta, tanpa apa-apa bukti.

Bak kata Ustaz Muhadir pula, andai kita cinta pada seseorang, kita perlu membuktikannya. Kita cinta pada ibu bapa, dengan belajar bersungguh-sungguh. Mendapat keputusan yang baik agar mereka gembira. Itu cinta kepada ibu bapa. Tapi cinta kita pada Rasulullah, apa buktinya? Hanya dengan omongan kosong? Itu masih tidak mencukupi wahai sahabat...

Saya tak berapa ingat, siapa nama yang disebutkan ustaz. Tapi ustaz menceritakan satu kisah bahawa ada seorang 'alim, yang apabila ditanya, andai Rasulullah ada di hadapanmu, apa yang akan kamu lakukan? Memandangkan sesiapa yang pernah melihat Rasulullah, akan dijamin Syurga, kebanyakan kita pasti akan menjawab andai baginda ada di depan kita, pasti akan mencium baginda, memohon syafaat darinya, dan apa-apa lagi yang bisa menjamin kita ke JannahNya. Tapi orang 'alim itu mennjawab, andai Rasulullah ada di depannya, dia kan lari untuk sembunyikan diri. Kerana dia merasakan bahawa siapalah dia yang ingin berada hampir dengan baginda. Kerana dia malu, merasakan dirinya begitu banyak dosa dan lagha, dan tak layak untuk bersama baginda Rasulullah. Allah...

Saat Ustaz Muhadir menceritakan kisah-kisah Rasulullah s.a.w, sekali sekala dia menyapu air matanya yang mengalir. Allah... Dapatkah kita merasakan sepertimana yang diraskan ustaz? Atau kita masih lagi dengan dunia khayalan kita? Layakkah kita nanti, untuk bersama-sama dengan baginda di akhirat kelak?

Saat sakaratul maut baginda, masih lagi baginda memikirkan tentang kita. Ummatnya yang tidak pernah dijumpai baginda. Baginda bertanya kepada Allah, apakah keistimewaan ummatnya? Dan keistimewaan yang Allah berikan adalah, Dia mengharamkan orang lain untuk memasuki SyurgaNya sebelum ummat Nabi Muhammad masuk dahulu ke dalamnya. Allah...

Ustaz juga ada menceritakan kisah Bilal bin Rabah yang mana ketika sedang nazak, ketika orang di sekelilingnya menangis kerana dia yang hampir pergi, dia berulang kali mengatakan bahawa beliau gembira. Beliau gembira kerana akan dipertemukan dengan kekasih Allah Rasulullah s.a.w. Allahu rabbi... Kita pula? Takutkan kematian. Kerana terpaksa tinggalkan segala kenikmatan dunia. Yang paling utama, dosa kita yang menggunung itulah yang paling kita takutkan. Kerana cuma ada dua pilihan; Syurga atau Neraka.

Saya tak mahu bercerita panjang. Apa yang saya nak ingatkan, untuk diri saya juga anda semua, setiap apa yang kita lakukan, fikirkanlah. Ia akan membawa kita ke Syurga, bersama-sama dengan Rasulullah s.a.w atau sebaliknya.

Tunjukkan. Buktikanlah bahawa kita juga cinta pada baginda. Sebagaimana cintanya baginda kepada kita. Lazimi sunnahnya. Berselawatlah padanya. Yang mana kita tahu bahawa pahala berselawat itu, hikmah berselawat itu amatlah banyak. 

Allah tidak solat bersama kita. Allah tidak menunaikan haji bersama kita. Tapi Allah mendahului kita dalam berselawat kepada baginda. Malah Allah memerintahkan malaikat berselawat kepada baginda. Dan para malaikat juga berselawat kepada baginda. Satu lagi, andai kita cinta pada Allah, Allah juga akan pernitahkan malaikat untuk mencintai kita. Dan andai Allah cinta dan sayang pada kita, ketahulah, bahawa manusia juga akan cinta dan sayang kepada kita. Sebagaimana Rasulullah s.a.w yang dicintai Allah, malaikat, malah seluruh ummat manusia.

Kenalilah baginda, agar kita bisa mencintai baginda sepenuhnya. Sepenuh hati. Sepenuh jiwa.

#Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala alihi wasohbihi wabaarik wasallim#

Cinta pada Allah. Cinta pada Rasulullah. Itulah cinta haikiki. Cinta yang abdai. Juga cinta yang menguntungkan diri.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...