28 February 2012

Rindu.

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Allahu Akbar Kabiro.
Subhanallahil 'azhim.
Allahumma solli 'ala Muhamad wa 'ala alihi wasohbihi wassalam.

Allah.

Hati saya sudah mula merindui insan itu.
Hari ni masuk hari ke3 kami berpisah.
Beliau merupakan antara insan yang paling saya sayangi dan kasihi.
Insan itu ialah ayah saya.

Allahu Allah.

Hati saya benar-benar rindu.
Saat ini hampir melayan perasaan dan jiwa perempuan saya.
Allahu Akbar.
Moga Allah terus memberi kekuatan.
Saya tanam jauh-jauh dalam hati bahawa ayah saya bukan pergi keluar bekerja semata-mata.
Dia pergi berjihad!

Saya teringat perbualan mak dan ayah beberapa hari yang lalu. Bila ayah sibuk memasukkan buku-buku tertentu semasa packing barang-barang, mak tanya; "ni nak pergi kerja ke nak baca buku"? Ayah dengan nada tenang menjawab; "'nak pergi berdakwah...". Allahu Akbar!

Hati saya sedikit tersentak. Namun terukir senyuman di wajah.

Saya akui, meluah rasa di alam maya bukanlah satu perkara yang sihat. Namun saya lebih memilih jalan ini dari menceritakan kepada mereka-mereka yang mustahil untuk memahami saya sepenuhnya.

Di hari-hari sebelum ayah berangkat, juga pada hari terakhir ayah di bumi Malaysia, ayah berkali-kali ingatkan supaya saya selalu-selalu pulang ke rumah. Walau kepala mengangguk tanda setuju, namun dalam hati saya berbisik; tak sanggup aku untuk menukar jalan yang kupilih ini dengan kesenangan bersama keluarga semata.



Bukan taknak balik ke rumah, sebab kalau ikut hati memang nak balik tiap hujung minggu. Tapi bila fikir banyak lagi yang lebih penting dari keseronokkan di rumah, sedaya upaya dipatahkan niat tu. Walau mak sering bertanya sama ada saya akan balik ke rumah atau tak pada hujung minggu. Allahu robbi~ Allah sahaja yang tau bila terbayang wajah seorang mak yang mengharap anaknya pulang ke rumah...

Tapi saya yakin akan janji Allah, setiap pengorbanan itu ada harganya. Kalau balik rumah selalu pun nanti tak terasalah nikmatnya berjauhan kan? :) Allah.. Indah betul aturanMu!

Esok bermulalah revison week. Malam ni ada talk di AMF oleh Imam Muda Hasan. Sabtu ni MUET. Minggu depan dah exam untuk mid semester. Allahu Akbar. Permudahkanlah.

p/s: Ya Allah, andai rinduku terjatuh pada seseorang yang tidak halal bagiku, maka Kau jauhkanlah ia. dan andai rindu itu buat mereka yang halal buatku, maka Kau sampaikanlah salam rinduku padanya ya Rahman...

25 February 2012

Allahu Rabbi.

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahu Akbar.

Sedar tak sedar, dah sampai ke akhir bulan rupanya. Minggu depan masuk ke bulan yang baru.

Sungguh, banyak betul yang Allah corakkan dalam hidup saya. Malah, hidup kita semua. Terbaru, saya diberi kesempatan olehNya mendengar ceramah Ustaz Azhar Idrus semalam. Allahu Akbar!

Subhanallah.

'Tanda sayang' dariNya kerap kali menyapa. Namun itulah yang sebenarnya mendekatkan diri kita denganNya. Tapi tak ramai yang sedari.

Alhamdulillah, hampir sebulan lamanya tak pulang ke Baiti Jannati, semalam peluang itu kembali lagi. Walaupun hari ini terpaksa pulang ke tanah perjuangan semula :) Namun dek kerana matlamat jangka panjang saya, saya rela. Tak balik rumah berbulan pun tak apa (ye ke?). Demi melunaskan tanggungjawab dan amanah, sebagai tanda cinta padaNya juga kekasihNya Rasulullah s.a.w, tiadalah tandingnya cinta yang satu itu!

Sejujurnya, meletakkan cinta Allah dan Rasulullah itu di puncak tertinggi dalam hati, bukanlah perkara yang mudah. Mujahadah terlalu payah. Kerana kemanisannya, subhanallah! Hanya mereka yang merasanya yang dapat mendefinisi perasaan sebenar.

Alhamdulillah, tak keterlaluan andai saya kata saya baru dapat merasa 'zuq'nya ukhuwah itu. Allahu Akbar. Tak terbayanng bagaimana nanti keadaannya bila sahabat seperjuangan yang akan membawa haluan masing-masing, berhamparan di tempat yang berbeza di muka bumiNya yang luas ini.

Dengan ukhuwah itu juga saya kuat, namun dengan ukhuwah itu juga kadangkala saya lemah. Allahu Akbar. Moga setiap apa yang dilalui, menjadi perhitunganNya.

p/s: emosi sedang bercampur baur. rasanya entri kali ni tiada matlamatnya. Allah Allah.

11 February 2012

Ouh.

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala alihi wasohbihi wassalam.

Alhamdulillah. Rasanya entri ni antara entri yang bertuah. Sebab saya tak perlu Encik Blog untuk loading lama pun. Macam selalu.

Fuhhh (sambil kesat dahi yang takada peluh pun sebenarnya). Hari ni merupakan hari ke3 dan terakhir bagi Raudhah Festival di Pusat Matrikulasi Uia Petaling Jaya. Ouh panjang betul nama. Tu pun guna short form. Ok takada kaitan.

Sejak hari Jumaat hari tu kami-kami yang menjadi komiti ni mensibukkan diri masing-masing di gerai masing-masing. Dan saya adalah extra-kuat memandangkan saya terlibat dengan dua stall ^_^ Gerai Intechhs dan Entrepenuership (betulkah ejaan dia ni?) Apa-apalah kan. Saya rasa macam tokei kedai pulak bila kena ulang-alik ke dua-dua gerai nih. Tapi buat taktau jelah. Sebab saya tau ramai lagi yang lebih penat dari saya. Setakat sambung kerja yang orang dah buat, takpayah nak berlagak penat sangat lah kan.

Ok saya selalu sangat termelalut ke tengah laut. Alhamdulillah. Dua-dua gerai ada pengunjung. taklah sunyi sepi takada orang nak beli jualan kami kan. Alhamdulillah alhamdulillah. Setelah seharian terpaksa berbaring di katil, dapat jugak menyumbang keringat (dah macam membajak sawah pun ada) walau saya rasa tak seberapa pun.

Hmm kekeringan idea sebenarnya. Walaupun banyak je yang berserabut dalam kepala ni. Tapi alhamdulilah, Allah bantu saya perkemas apa yang patut. DIA hantar mereka-mereka yang berkaitan sebagai tukang kemas kepala saya ni :)

Haa saya telah berjaya memperoleh kejayaan yang agak besarlah jugak bila fb saya dah hampir bersarang labah-labah disebabkan ketidaklaluan saya padanya. Jadinya saya dah boleh kurangkan kekereapan saya kepada Encik fb itu ;)

Dan alhamdulillah lagi satu kejayaan adalah bila saya sudah pulih sepenuhnya dari sindrome addicted-kepada-segala-yang-berkaitan-dengan-kahwin/nikah-awal. Panjang betul nama sindrome ni. Buktinya kadangkala saya jadi tak senang duduk bila ada yang bangkitkan perkara ini. Umpama seorang anak kecil yang dibicarakan tentang kerjaya di masa hadapan. Nampak tak kaitannya? Saya merasakan saya punya tanggungjawab yang lebih besar pada Islam, juga keluarga. Dan juga tanggungjawab kepada kawan-kawan saya yang sesetengahnya dah tenggelam timbul dengan ujian dunia. Saya tak kuat. Tapi dengan adanya mereka-mereka ni saya taklah terlalu fragile untuk tempuh seglanya di dunia ni :)

Saya berdo'a agar sahabat-sahabat saya di luar sana dapat pulih dari sindrome ini dengan secepatnya. Kerana sindrome ni punya linked yang rapat dengan masalah hati. Kalau lambat dikendali, makin teruk nanti! Percayalah cakap saya! Memang susah nak pulih kalau asyik dok layan je segala kehendak hati. Betullah ada seorang guru pernah beritahu saya, jangan selalu manjakan diri!

Atas alasan itu pernah sekali saya kata pada kawan saya baru nak suap makanan ke mulutnya; jangan biarkan perut selalu penuh. bagi dia rehat sekali-sekala. Serentak kawan saya terus tak jadi suap. Padahal dah ada kat hujung mulut kot! Ouh jahatnya saya. Tapi saya cakap betul. Mungkin sesetangah dari anda akan bagi alasan 'sekali-sekala apa salahnya' tapi bagi saya tak. Sebabnya dari sekali sekala tu lah jadi berkala-kala!

Itulah gunanya puasa dua kali seminggu. Bagi perut tu berehat dari disumbat segala macam benda.

Kenapa tajuk entri saya adalah 'ouh'? Sebab saya tak ada tajuk khusus pun. Tengoklah, dari awal entri sampai ke akhirnya, bermacam-macam cerita ada!

Baru saya teringat. Ada beberapa orang yang tegur saya, dah tak cakap pasal cinta ke? Saya cuma senyum. Sebabnya saya baru tersedar, kurangnya cinta saya pada Allah dan kekasihNya Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, bersempena Maulidurrasul kali ini, banyak yang telah menyedarkan saya. Bermula dengan kelas talaqqi oleh Ustaz Muhadir. forum dari Habib Ali Zainal Abidin, juga Syeikh Nuruddin Al-Banjari. Alhamdulillah 'ala kulli hal ya Allah! :')

Ada yang tanya, betul ke taknak kahwin awl? Eh siapa kata??? (baca dengan nada lembut) Saya cuma cakap yang saya dah sedar cinta mana yang perlu saya utamakan. Bukan menolak fitrah manusia yang Allah tetapkan. Cumanya cukuplah kalau saya siap siagakan diri saya dengan apa yang patut. Umpama nak exam lah kan. Kita tau kita ada exam, so tak ada gunanya kita sibuk hebah kat orang 'saya ada exam, saya ada exam' kan? Lebih baik kalau kita diam-diam pi baca buku. :)

Lagipun saya yakin, bagi mereka yang punya keutamaan lain umpama menegakkan deen Allah, menyambung rantai perjuangan baginda Rasulullah, pasti masa yang mereka peruntukkan untuk ini (nikah awal) tidak sebanyak masa yang mereka korbankan untuk berjuang dan berjihad di jalan Allah kan? :) Ouh saya amat salute sama entum semua~ Teruslah thabat wahai sahabat seperjuangan sekalian. Walaupun ana kadangkala terlalu jauh dari barisan entum semua tapi moga ana dapat mengekori walau nun jauh di belakang sana Allahu robbi~   :')

Ok lah. Minta maaf kawan. Saya bukan lagi saya yang dulu. Yang ada kalanya leka dibuai angan dan mimpi nak suami macamana, rumah besar mana, dan apa-apa lagilah kan. Saya punya cara tersendiri untuk dapatkan suami macamana. Resepi saya ialah menjadi apa yang saya impikan :) Senangkan? Takpayah buang masa nak pikiaq-pikiaq nak lagu mana. Tinggal nak bina diri sendiri je lagi. Then just leave the rest to Allah. Maafkan saya sahabat. Saya punya banyak lagi komitmen. Dan harapnya komitmen itu bukan bersifat duniawi lagi!

Saya punya satu impian baru. Dan saya nak kongsi dengan anda semua. Saya nak jumpa dengan baginda Rasulullah s.a.w di akhirat nanti. Nak join saya? Jom sama-sama jatuh cinta pada baginda! Telusuri sunnah baginda, sahutlah seruan baginda untuk menegakkan agama Allah! Hayya bina!

p/s: Ya Rasulullah, dapatkah kami berjumpa denganmu? Mahukah engkau kelak mengakui kami sebagai ummatmu ya habiballah?

03 February 2012

Lau Kana Bainana.

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Allahuma solli 'ala Muhammad wa 'ala alihi wasohbihi wasallam.

Subhanallah. Walhamdulillah. Allahu Akbar.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Allahu rabbi...

Rasanya cukup sudah dengan post-post lagha dan tak berfaedah sebelum-sebelum ni. Let us be serious this time. Kerana saya ingin membicarakan mengenai Baginda Rasululah s.a.w. Kekasih Allah, yang juga seharusnya menjadi kekasih di hati kita selepas Allah 'azza wajalla.

Allahu Akbar.

Alhamdulillah, dalam minggu ni Allah beri peluang untuk saya lebih mengenali Baginda Rasulullah s.a.w. Bermula dengan talk yang disampaikan oleh Ustazah Fatimah Syarha, juga majlis Talaqqi oleh Al-Fadhil Ustaz Muhadir Hj Joll. Allah...

'Penangan' yang diberi ustazah amat terkesan di hati saya. Beliau wujudkan persoalan, 'andai Rasulullah berada di hadapan kita, adakah kita mempunyai sesuatu untuk diceritakan kepada baginda?' Cerita itu melambangkan usaha-usaha kita dalam membuktikan bahawa kita adalah ummat baginda. Bahawa kita cinta pada baginda.

Mustahil kita ingin ceritakan amalan harian kita yang membosankan dan lebih kurang sama dengan orang lain. Bangun pagi. Datang ke kuliah. Makan. Belajar dan tidur. Itu sahaja. Tak malukah kita, untuk menceritakan hal yang remeh temeh pada baginda Rasulullah, yang merupakan semulia-mulia manusia? Allah...

Sekurang-kurangnya kita punya sesuatu. Seperti menyambung rantai perjuangan baginda, 'amar ma'ruf nahi mungkar. Berdakwah semampunya. Bukan hanya bibir yang mengungkap cinta, tanpa apa-apa bukti.

Bak kata Ustaz Muhadir pula, andai kita cinta pada seseorang, kita perlu membuktikannya. Kita cinta pada ibu bapa, dengan belajar bersungguh-sungguh. Mendapat keputusan yang baik agar mereka gembira. Itu cinta kepada ibu bapa. Tapi cinta kita pada Rasulullah, apa buktinya? Hanya dengan omongan kosong? Itu masih tidak mencukupi wahai sahabat...

Saya tak berapa ingat, siapa nama yang disebutkan ustaz. Tapi ustaz menceritakan satu kisah bahawa ada seorang 'alim, yang apabila ditanya, andai Rasulullah ada di hadapanmu, apa yang akan kamu lakukan? Memandangkan sesiapa yang pernah melihat Rasulullah, akan dijamin Syurga, kebanyakan kita pasti akan menjawab andai baginda ada di depan kita, pasti akan mencium baginda, memohon syafaat darinya, dan apa-apa lagi yang bisa menjamin kita ke JannahNya. Tapi orang 'alim itu mennjawab, andai Rasulullah ada di depannya, dia kan lari untuk sembunyikan diri. Kerana dia merasakan bahawa siapalah dia yang ingin berada hampir dengan baginda. Kerana dia malu, merasakan dirinya begitu banyak dosa dan lagha, dan tak layak untuk bersama baginda Rasulullah. Allah...

Saat Ustaz Muhadir menceritakan kisah-kisah Rasulullah s.a.w, sekali sekala dia menyapu air matanya yang mengalir. Allah... Dapatkah kita merasakan sepertimana yang diraskan ustaz? Atau kita masih lagi dengan dunia khayalan kita? Layakkah kita nanti, untuk bersama-sama dengan baginda di akhirat kelak?

Saat sakaratul maut baginda, masih lagi baginda memikirkan tentang kita. Ummatnya yang tidak pernah dijumpai baginda. Baginda bertanya kepada Allah, apakah keistimewaan ummatnya? Dan keistimewaan yang Allah berikan adalah, Dia mengharamkan orang lain untuk memasuki SyurgaNya sebelum ummat Nabi Muhammad masuk dahulu ke dalamnya. Allah...

Ustaz juga ada menceritakan kisah Bilal bin Rabah yang mana ketika sedang nazak, ketika orang di sekelilingnya menangis kerana dia yang hampir pergi, dia berulang kali mengatakan bahawa beliau gembira. Beliau gembira kerana akan dipertemukan dengan kekasih Allah Rasulullah s.a.w. Allahu rabbi... Kita pula? Takutkan kematian. Kerana terpaksa tinggalkan segala kenikmatan dunia. Yang paling utama, dosa kita yang menggunung itulah yang paling kita takutkan. Kerana cuma ada dua pilihan; Syurga atau Neraka.

Saya tak mahu bercerita panjang. Apa yang saya nak ingatkan, untuk diri saya juga anda semua, setiap apa yang kita lakukan, fikirkanlah. Ia akan membawa kita ke Syurga, bersama-sama dengan Rasulullah s.a.w atau sebaliknya.

Tunjukkan. Buktikanlah bahawa kita juga cinta pada baginda. Sebagaimana cintanya baginda kepada kita. Lazimi sunnahnya. Berselawatlah padanya. Yang mana kita tahu bahawa pahala berselawat itu, hikmah berselawat itu amatlah banyak. 

Allah tidak solat bersama kita. Allah tidak menunaikan haji bersama kita. Tapi Allah mendahului kita dalam berselawat kepada baginda. Malah Allah memerintahkan malaikat berselawat kepada baginda. Dan para malaikat juga berselawat kepada baginda. Satu lagi, andai kita cinta pada Allah, Allah juga akan pernitahkan malaikat untuk mencintai kita. Dan andai Allah cinta dan sayang pada kita, ketahulah, bahawa manusia juga akan cinta dan sayang kepada kita. Sebagaimana Rasulullah s.a.w yang dicintai Allah, malaikat, malah seluruh ummat manusia.

Kenalilah baginda, agar kita bisa mencintai baginda sepenuhnya. Sepenuh hati. Sepenuh jiwa.

#Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala alihi wasohbihi wabaarik wasallim#

Cinta pada Allah. Cinta pada Rasulullah. Itulah cinta haikiki. Cinta yang abdai. Juga cinta yang menguntungkan diri.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...