29 January 2012

Pemurah.

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Bismillah. Allahumma solli 'ala Muhammad.

7.20 pagi, CFS IIUM, Petaling Jaya.
Alhamdulillah. Akhirnya. Berjaya jugak Encik Blog ni diloadingkan. Selalu kalau nak berblog di bumi CFS ni tidak dapat tidak mesti kena bangun pagi-pagi mengadap laptop sambil tunggu Encik Blog diloadingkan dengan penuh cekal dan tabah =='

Sebelum anda meneruskan pembacaan, lebih baik saya bagitau awal-awal.

Tulisan di blog saya bukanlah bersifat ilmiah. Nak dibandingkan dengan bloggers lain yang mempunyai ramai followers disebabkan kemantopan mereka di bidang penulisan, jauh dan tingginya lebih dari langit dan bumi. Mungkin ibarat bawah tanah dengan langit ke-7! Ada kejelousan di situ. Bukan part followers yang ramai, tapi part yang berdakwah di medan penulisan!

Allahu rabbi.

Jauh benar dari tajuk.

Kali ni saya nak cerita pasal pemurah. Atau lebih tepat lagi; sayalah si pemurah tu (ayat macam tak ada kaitan)~

Semalam seharian tiada di bumi CFS. Pagi-pagi dah keluar ke Plaza Low Yatt mengangkut laptop yang rosak. Rosak untuk pertama kali adalah dimaafkan. Tapi laptop ni bergenerasi. Dari ayah saya, abang, dan kemudian saya. Jadi minta maaf, saya tak tahu ini kali berapa laptop ni 'sakit'.

Jadi dengan penuh gah dan semangatnya, mendaki tingkat 3 banggunan LowYatt, menuju kedai repair computer (ayat apa ni?) yang pernah didatangi satu ketika dulu.

" Laptop ni hari tu saya ada repair sini. Tapi rosak lagi. Bila pasang earphone tak boleh dengar apa-apa. Speaker pulak suara pecah-pecah (dalam hati saya tambah; ibarat lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi yang sakit tekak!) ".

Encik Pakistan (saya rasa) kat situ pun terus ambil laptop dan dibawa masuk ke bilik operasi mereka. Lebih sepuluh minit menunggu, saya diberitahu mereka akan ambil masa dalam 2 jam untuk baiki. Jadi, saya perlu datang 2 jam lepas waktu itu; 11.30 pagi.

Kemudian kami pun naik ke tingkat atas, duduk-duduk kejap sambil fikir macamana nak habiskan 2 jam tu. Pikiaq punya pikiaq, kami decide nak makan tengah hari di Time Square dan solat zohor sekali. Sampai food court, terus terliur tengok lauk-pauk yang beraneka ragam (?). Dari kami berempat, tiga dari kami ambil lauk ayam 'pelik'. Pelik tak pelik, tapi macam sedap.

Nak jadikan cerita, masa makan tu, kami memang rasa 'ayam' tu pelik. Kami berpandangan sesama sendiri. Dalam fikiran sama-sama timbul persoalan " betul ke ayam ni? " Kami tersenyum kejap, sambil ke tepikan 'ayam pelik' tu. Memang was-was kot. Tapi tiba-tiba terfikir, " takkan boleh jual public macam tu je? " Sebabnya dia tak tulis pun non-halal ke apa. Lagi pulak saya memang dah tanya apakah gerangan objek menarik tu pada si kakak pneceduk nasi.

Saya pun teruskan makan ayam pelik tu. Tapi at last memang tak habis sebab ayam pelik tu rasanya sangat pelik. Peliknya rasa ayam tu sampai saya tak tahu macamana nak describe. Masing-masing dah habis makan, kami 'berbincang' pasal ayam pelik tu. Dan kami mengambil kata sepakat bahawa itu memang sah ayam tapi ayam yang diproses sebenarnya! Sebabnya ayam tu kami ambil dekat tempat vegeterian~ =='

Pendek cerita, lpeas makan kami solat dan kami sampai balik kat kedai tadi dalam 2.30 petang. Khabar gembira diberikan; laptop tak siap lagi. Encik Pakistan cakap dalam pukul 4 baru boleh siap. Ouh. Rasa di hati Allah saja yang tau. Rasa macam hilang tempat bergantung pun ada (apakah?). Memandangkan 2 orang kawan saya hanya menjadi peneman, tak sampai hati pulak nak suruh mereka tunggu sekali. Jadi saya suruh mereka balik dulu. Tinggallah seorang lagi kawan menjadi peneman yang setia~

Lepas dah ronda-ronda beberapa kedai, kami jadi lelah. Penat kot seharian di Kuala Lumpur (KL lah sangat kan. walhal Low Yatt je pun =='). Jadi kami naik tingkat atas, cari kerusi dan syahid sebentar~ Dah dekat pukul 4 petang, kami decide nak pergi Sungei Wang beli air mineral. Haus kot. Smapai-sampai terus cari air. Mulanya jumpa air dua hinggit. Allahu rabbi. Botol kecik tapi sampai 2 hinggit! So kerana tak nak bazirkan duit, kami bazirkan tenaga pulak mencari pasaraya Giant. Jalan punya jalan, selamatlah membeli air 2 hinggit tadi dengan harga tujuhploh sen~

Alang-alang dah pukul 4 lebih tu, nak cari la surau. Standby untuk solat asar. Jalan punya jalan punya jalan punya jalan, tak jumpa-jumpa. Si kawan yang jadi penunjuk arah pulak menonong je tanpa arah tuju. Dia macam dah beribu kali pergi surau dekat situ. Tapi at last, tak nampak pun suraunya. Tanpa ikut rasa hati, dengan lemah gemalai dan longlainya saya ajak kawan saya pergi Low Yatt balik. Lagipun encik Pakistan cakap laptop siap dalam pukul 4.

Another good news. Sampai sampai kat kedai tadi dia cakap tak siap lagi! Alllahu Akbar memang nak meletup betul masa tu! Bayangkan, dari pagi sampai petang menunggu, tak siap-siap lagi ghupenye! Allah. Tapi sebab dah penat kan, takdalah nak meletup kat situ. Dengan penuh tatasusilanya kami pun jadi penunggu kat kedai tersebut. Encik Pakistan punya abang cakap lagi doploh minit. Okay pendek cerita lepas lebih kurang 40 minit menunggu, Encik Pakistan tanya kami dah makan belum. Saya cakap "saya tak lalu makan. Saya nak laptop saya" tanpa emosi. Padahal dah melahap tengah hari tadi. Timbul rasa kasihan (kot), dia tanya kami nak makan apa.

Okay part ni lah sampai isi tajuk saya (pemurah). Entah kenapa takungan air saya yang sememangnya murah dari dulu ni melimpah-limpah macam air dari Gunung Everest sana. Teremosi seketika. Saya bawa diri kejap meninggalkan kawan saya terpinga-pinga dengan Encik Pakistan tadi. Beberapa minit kemudian, saya datang balik dan duduk semula dekat kerusi tad sambil buat muka tak-ada-apapun-yang-jadi-tadi. Tapi Encik Pakistan masih jugak tanya benda yang sama; nak makan apa. Kalau tak ikutkan perasaan geram kerana menunggu lama, nak jugak mintak nasi ayam ke, chicken chop ke. Tapi kami diam je buat muka malas-nak-layan sambil berulang kali geleng kepala.

Bila laptop dah siap (kononnya dah siap), muka takdalah ceria sangat pun. Bersyukur je. Tiba-tiba bila testing tu volume tahap maximum dia macam orang yang cakap tapi taknak keluarkan suara. Perlahan kot. Sampai kalau nak dengar kena letak telinga kat speaker. Time tu saya tak fikir apa dah. Saya fikir nak ambil laptop saya balik dan solat. Fullstop. Tapi masalah saya ialah saya ini pemurah. Lalu murahlah lagi air gunung di situ~ Allah~ Mana taknya, rasa macam berjam-jam jadi penunggu lowyatt macam tak berbaloi. At last the problem is not completely solve at all.

Saya tanya Encik Pakistan berapa hinggit kena bayar, dengan harapan tak perlu bayar sebab dia bagi warranty sebulan hari tu. Tapi dia cakap kena bayar RM50. Allah air gunung makin melimpah-limpah sederas limpahan duit elaun saya untuk sem ni~Tapi saya tak banyak soal. Keluarkan not RM50 sambil kemaskan laptop, nak balik masa tu jugak. Tapi kawan saya sempat mainkan peranan. Dia persoalkan kenapa perlu bayar padahal ada bagi warranty? Lepas tu mereka berkomunikasi dengan bahasa asing yang tak difahami dan akhirnya Encik Pakistan cakap cuma RM20 untuk technician. Walaupun saya tak faham apa dorang cakap tapi saya dengar perkataan "student price". Student price tak student price, saya nak balik secepat mungkin.

Sambil kemas-kemas tu Encik Pakistan tak henti-henti tanya 'whats the problem? Just tell me if you have any problem.' Hmm memang pelik Encik Pakistan ni. Dia sendiri explain kat saya, dorang tak boleh buat apa-apa untuk speaker yang rosak tu but then he ask me what is the problem??! Mestilah dia tanya masalah laptop kan? Takkanlah masalah peribadi kita pulak kan~

Selingan: Sebenarnya sebelum laptop tu siap, saya dan kawan saya dah karang ayat baiiiik punya untuk Encik Pakistan tu kalau dia nak extra charge dari saya. Tapi disebabkan saya tergagal kawal emosi dan pemurah, apa yang kami rancang nak cakap tak jadi. Masa Encik Pakistan tanya 'whats the problem whats the problem ' tu saya memang nak cakap dah. Tapi sebab sedang dilanda 'kemurahan' masa tu, saya takut akan mengeluarkan suara yang pelik (kombinasi suara menangis sambil nak bercakap). Jadi kami terus berlalu tanpa ambil resit yang dah siap ditulis oleh Encik Pakistan~

Pendekkan lagi cerita yang pendek ni, malam tu, sedang saya asyik melayan Dalam Mihrab Cinta, saya terima panggilan dari nombor yang tak dikenali. Tak lain tak bukan, dari Encik Pakistan! Ouh lepas seminit dua talian terputus. Encik Pakistan telefon lagi berkali-kali tapi tak kuasa nak mengangkat. At last saya decide nak mesej dia. Rasa bersalah tetap ada.

" Im sorry i dont use to talk to men in phone. The real thing is, i come all the way from pj, wake up early in the morning with hope to fix my laptop, but then you tell me the speaker cant be fix. Plus, i need to pay extra money. So whats the use of giving your customer a one month warranty? The weirdest thing is, you already tell me the problem but then you ask me what is the problem ".

Lepas tu dia reply;

" Im working here, but i dont know about your laptop, what is the problem, this cash handle my brother, if i do i never take any charge, ok if about IT any problem plz tel me,, im try to halp u, dont be thinking any thing bad about me. my name is MOHD TA*****. im from BANGLADESH. im Technical eng. im working at malaysia almost 4years+, im honest about me and with other. thank u,bye :-) ".

Konklusinya;

1) Bersyukurlah andai apa yang disampaikan orang lain dapat anda fahami.
2) Seingat saya, saya tak ada minta pun biodata dia.
3) Dia bukan Encik Pakistan rupanya =='
4) Kenapa perlu ada smiley di hujung ayat tu?

#Tak kuasa melayan mesej dari orang asing, saya teruskan menonton Dalam Mihrab Cinta.

Sekian cerita kemurahan saya, syukran kerana sudi singgah dan baca, wassalam :)

p/s: jangan sekali-kali percaya pada warga asing dan berhati-hati ketika berbelanja.

19 January 2012

Berpemalas.

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Astaghfirullahal 'azhim.

Ini antara entri bertuah yang saya mulakan dengan istighfar. Saat ini hati memang tengah geram. Emosi tak stabil. Perasaan nak-baling-semua-benda-depan-mata datang lagi. Allah... Betapa mudahnya hati hambaMu ini dirasuk amarah.

Saya bukan manusia baik. Bukan tak bersyukur dengan apa yang Allah beri, sebaliknya mengaku kelemahan diri. Tapi sejahat-jahat saya pun, saya amat tak suka, atau bahasa lebih sopan, saya tak gemar bila ada yang 'dating' depan saya. Tak kisahlah dating pegang tangan ke, hatta ber'calling-calling' atau berbalas mesej melalui telefon sekalipun.

Teringat zaman sekolah dulu. Walaupun kami masih bergelar pelajar sekolah, tapi kami masih tahu bagaimana menginterpretasikan otak kami. Saya bukan tak pernah ada kawan yang bercouple dulu, tapi sekurang-kurangnya mereka menghormati saya. Kawan saya tak akan dating depan saya sebab dia tahu saya tak suka pemandangan itu. At least dengan adanya saya, mereka 'berhenti dating' untuk sementara waktu. Saya tak jelous pun. Sebab dosa saya memang dah banyak. Tapi hati saya yang tak boleh menerima.

Jadi saya masih pelik dengan kawan-kawan saya sekarang ni. umur kami makin meningkat dewasa, tapi pemikiran kami boleh diatasi oleh budak sekolah rendah agaknya. Kalau dulu kawan-kawan saya tahu menghormati orang lain. Tapi tidak lagi sekarang. Sesuka hati berlemah gemalai, lemah lembikkan suara, aduhai.... Terus terang saya cakap, saya memang tak boleh terima!

Kalau saya masih boleh bertahan, saya akan stay di mana saya berada. Stay still. Dari bersuara, terus diam tak terkata apa. Langkah akhir, berlalu dari tempat tu. Itu kira nasib baik kalau saya tak menghempas pintu! Allah... Betapa tidak sabarnya saya mengahadapi semua itu. Antara satu kelemahan saya yang terbesar.

Astaghfirullah...

Ok lah. Malas nak beremosi lagi. Alhamdulillah dah stabil sikit :)

Back to the topic. Minggu yang dilanda kesibukkan dah berlalu (buat masa ni). Alhamdulillah, talk by Ustaz Syaari Abdul Rahman berjalan lancar semalam. Tak lah lancar sangat sebenarnya. Tapi overall alhamdulillah... Dengan cuma PM (program manager) dan APM nya student 2nd year, dan komiti-komiti lain semua student 1st year, masih boleh berjalan jugak program ni.

Mulanya agak takut jugak, sebab malam yang sama ada 2 3 program lagi yang berjalan dalam waktu yang sama. Talk dari Ustaz Kazim Elias pun ada. Tapi alhamdulillah, AMF hall masih penuh. Sampai tak muat orang nak masuk. Dan komiti-komiti pulak, terpaksa jadi pak guard dan mak guard di belakang dewan~

Mulanya macam mustahil jugak nak jayakan talk ni. Dengan kami masing-masing busy. Dengan sesetengah komiti yang tak bagi full commitment. Allah... Ujian ujian. Meeting demi meeting. Perjumpaan demi perjumpaan. At last, the day of the event! :)

Penat wooo... Bila kerusi tak cukup, semua orang jadi prep and tech. Bergerak pantas ke kiri dan kanan dewan mengheret kerusi. Lelaki perempuan. Prep and tech. Pub and pro. APM. Semua bergerak. Sampai je kereta ustaz, kami bergegas dapatkan ustaz dan zaujahnya, Kak Nurul. Tak lupa jugak, anak mereka, Fateha. Sweet kan? Happy family :)

Bila masa dah time, kami PM, APM, special task pun mengiringi speaker dan VIP ke hadapan dewan. Takut kot, jalan tengah-tengah orang ramai tu! Semua orang pun tengok je~ Sambil-sambil ustaz bagi ceramah tu, sekali sekala anaknya Fateha akan keluarkan bunyi, mungkin tanda setuju dengan apa yang abinya sampaikan. Kami komiti a.k.a pak guard dan mak guard berulang alik ke sana sini. Selesaikan apa yang patut.

Agak-agak nak patah tulang belakang, timbul rasa tak puas hati dengan PM yang bersenang lenang di kerusi empuk di depan dewan dengan para VIP. Sempat saya hantar sms pada PM; 'untunglaa duduk atas kerusi kat depan tu. kami semua dah nak patah tulang belakang jadi pak guard and mak guard kat belakang ni'. Terkejut saya. Sebab lepas beberapa minit PM terus bangun dan keluar ke belakang dewan. Mula-mula macam rasa bersalah sebab buat dia rasa bersalah, tapi lama-lama rasa bersalah hilang terbang ke mana~ Allahu rabbi~

Selesai sudah event. Sebelum ustaz dan keluarga berangkat pulang, sempat saya bergambar dengan Kak Nurul :) Kenangan kot. Sebab dulu saya cuma mampu stalking ustaz dan zaujah di fb dan blog, tapi malam tu saya berinteraksi dengan mereka. face-to-face, live siap! :) Rasa macam jumpa artis kejap~

Lagi satu yang tak disangka, ingatkan lepas dah habis event semua orang beredar balik ke mahallah. Tapi ada dalam 30 orang, stay dekat AMF dan tolong kami semua kemas dewan. Allah... Pertolongan Allah memang tak siapa sangka. Dalam beberapa minit kemas dah dewan tu.

Akhir sekali, post mortem. Habis dalam pukul 1 pagi. Sampai bilik dah pukul 1 lebih. Nak buka mata memang dah tak larat. Apa lagi, syahidlah di satu pagi~ Dah la esok pagi ada pop kuiz pukul 8 pagi!

Bangun bangun tidur, baru nak terhegeh-hegeh baca notes. Notes tu bro.Haedir upload dalam website. Jadi bila nak download tu it takes time. Sebab tu tangguh-tangguh bila nak download. Sebab tak habis download lagi, laptop dah tidur. Maklumlah, macam tak faham dengan keadaan internet kat sini~

Kelam kabut menelaah notes dalam laptop. Dengan mata terkebil-kebil. Kejap-kejap pejam kejap kejap celik. Dah nak pukul 8 pun masih depan laptop. Lepas tu kuasa Allah datang. Bro.Haedir bagi mesej. Kelas akan mula lambat dalam 15-20minit lagi. Alhamdulillah. Sempat nak baca lagi. Saya tau sebenarya kenapa bro.Haedir lambat, sebab dia pun join talk malam tadi~ :)

Apapun, walaupun kuiz tak berapa nak lancar sangat masa jawab tadi, alhamdulillah, selesai sudaaaaa~ :)

Lepas kelas terakhir petang tadi, bermulalah aktiviti bermalas-malasan... Dan aktiviti ini akan berakhir bila berakhir cuti tahun baru cina nanti :p

Syukran kerana sudi baca! Wassalam :)

p/s: lupa nak bagitau tajuk talk; Kepemimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh :)

17 January 2012

Feeling sindrome.

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah, yang masih memberi ruang dan peluang, kepada anda juga saya, untuk terus memperbaiki kehidupan kita saat ini juga yang akan datang.

Allah...

Akhirnya, setelah beberapa kali mencuba, sampai saya pun tak ingat ini kali yang ke berapa, mencuba dan terus mencuba akhirnya dapat jugak menaip. Sebelum ni nak menunggu blogger ni loading, memang nak pecah kepala.

Allahu rabbi.

Entah kenapa sejak akhir-akhir ni saya rasa jauh dariNya.

Satu sebab yang paling kuat untuk jadi alasan; sibuk. Busy busy busy dan busy. Allahu Akbar... Boleh pulak kan, nak luang masa untuk Allah pun saya boleh guna alasan sibuk. Sedangkan Rasulullah s.a.w sendiri, yang mengurus masalah ummat pun tak sebusy saya. Baginda masih punya masa untuk yang Maha Pencipta.

Lepas ni rasanya kena ambil kelas pengurusan masa.

Penat. Letih. Lelah. Semput. Asma.
Semua ada.
Tipulah kalau saya cakap tak penat langsung mengurus segala macam benda.

Perjumpaan. Meeting. Perjumpaan. Meeting.

Sem lepas sebilik ada 4 orang, tapi oleh sebab saya dan sorang lagi rumet yang sama-sama join society, jumlah penghuni bilik macam 2 orang. Sebab 2 orang lagi meeting je kerja. Pagi pergi kuliah, malam pergi meeting. Sampaikan dah nak habis sem baru kami sedar yang pembelajaran untuk sem tu dah nak berakhir.

Sem ni, lepas 2 orang tu dah grad, tinggal kami berdua ynag kaki meeting ni dalam bilik. Alamatnya bilik kami macam tak berpenghuni~~

Alhamdulillah, memang betul sangat, setiap apa yang berlaku ada hikmah yang tersendiri. Bila dah sibuk ni, tak ada masa langsung nak fikir benda-benda yang tak berpekdah.

Ada orang nak kena fikir masalah bopren gefren.
Ada yang kena fikir nak buat apa lepas kelas.
Ada yang membuta sepanjang masa terluang sebab tak tau nak buat apa.

Dan yang paling kritikal, bila mereka memilih untuk berdating (tak kisahlah di alam maya atau face-to-face) untuk isi masa terluang tu. Allahu rabbi... Moga kita semua tak tergolong dalam golongan yang dimurkaiNya insyaAllah.

Marah. Marah dan marah.

Itu yang saya alami bila kawan sendiri buat perkara yang tak sepatutnya dia buat. Nak nak pulak bila dia buat depan mata. Rasa nak pekik kat telinga dia, nak hempas pintu seribu dua ratus lima puluh lapan kali, nak baling barang-barang ke luar tingkap, semua ada.

Tapi itu dulu. Zaman saya kekurang matangan.

Alhamdulillah, saya dah dewasa sikit sekarang. Saya dah jadi orang dewasa yang berusia 20an (ecehhhh~).

Tak ada nak hempas pintu beribu kali, hempas sekali dua je. Tak rasa nak baling barang luar tingkap, cukup bung dalam tong sampah. Kihkihkih! Allahu AKbar. Serius nih!

Cuma nak cakap kat sini, makin kita berusia ni, matangkanlah fikiran. Rasionalkan setiap tindakan. Jangan tiru macam saya. Saya bukan seorang yang terlaluuuuu penyabar. Sebab sabar saya ada limit. Agak agak kalau rasa nak burst kat situ, saya akan lari sejauh mungkin. Tempat yang saya tak nampak muka dia. Itu cara saya.

Tapi bila kita dah lama kenal orang, dan orang dah lama kenal kita, kadang-kadang susah jugak kan? Mereka tau, kalau saya marah tak lama. Kalau saya mendinginkan diri, diam membatu, mereka akan cuba bercakap dengan saya. Dua tiga kali, saya mesti balas. Hilang segala rajuk yang kononnya nak buat 'malas nak layan awak'. Allah~

Tapi kadang-kadang saya rasa macam saya merelakan dan meredhai perbuatan mereka, bilamana saya meng'ok'kan diri saya selepas merajuk yang tak berapa lama tu. Sebab bagi saya, kalau saya marah tu, mungkin akan cuba untuk tak buat lagi benda yang saya tak suak. Atau benda yang sebenarnya Allah tak suka.

Dalam saya melayan ke'tension'an ni, saya dapat panggilan dari bonda tercinta. Mak cakap, ayah saya dah diconfirmkan akan bertugas nun di Gurun Sahara. Menjadi pemerhati antarabangsa. Apa ynag saya faham, tugasnya macam penjaga sempadan. Saya tak tau nak rasa apa (masalah yang dah lama dialami; masalah nak tentukan perasaan). Sedih, gembira. Entahlah. Clueless. Feelingless.

Tapi lepas saya solat, saya tak tau kenapa tiba-tiba ada air keluar dari kelopak mata. Entah dari mana datangnya.

Saya cuma takut. Sebab saya anak ke2. Anak sulun perempuan. Abang saya jauh nun di Kelantan sana. Jadi sayalah kena bantu mak saya. Lagi satu yang paling saya takut, saya dengan ayah saya banyak mencipta kenangan masa cuti semester lepas. Fikiran negatif saya buat saya takut ia menjadi kenangan terakhir. Na'udzubilah.

Sahabat, saya mohon do'a kalian. Do'akan moga saya kuat dalam hadapi semuanya. Kuat berdepan dengan mereka yang semakin jauh dari saya, yang mengenepikan syariat. Dan do'akan moga saya tabah menerima apa jua ketentun dariNya. Dan yang paling utama, do'akan keselamatan ayah saya yang akan berpergian setahun lamanya.

Berdo'alah. Tak perlu beritahu saya. Kerana do'a sahabat kepada sahabatnya yang lain tanpa diketahuinya akan dimakbulkan insyaAllah :)

p/s : walau siapapun awak, tolong do'akan saya ye :)

11 January 2012

Semester terakhir.

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pmurah lagi Maha Penyayang.

(baru nak lelap kejap, tiba-tiba dah berkumandang azan zohor kat radio ikim ni. hah, kat Masjid pun baru azan~)

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahu Akbar.

Ekceli malas nak menaip sebenarnya. Sebab nak tunggu loading page pun dah amik masa berapa lama. Tapi memandangkan sekarang masih tak berapa busy sangat, bolehlah nak menaip sikit-sikit kan...

Hari ni dah masuk hari ke-4 berada kat bumi cfs ni. Oleh kerana hari ni baru mula kelas, hari-hari sebelum ni tak terasa macam ada kat u pun. Macam sedang bercuti-cuti Malaysia pulak rasanya~ Nak nak pulak pagi petang sian malam kerjanya meeting je tak habis habis. Dibuatnya mak ayah tau, memang finish lah~

Alhamdulillah. Semester terakhir. InsyaAllah. Mudah-mudahan tak kena repeat apa-apa subjek. Mimpi ngeri woo~ Semester ni pun cuma 3 subjek je pun. Basic Theme of Qur'an, Hardware and Troubleshooting, dan Programming. Sem lepas dah kena marah dengan ayah dah. Ayah cakap takkan 3 subjek pun tak boleh score??? Aiseh... Ingat semudah ABC ke nak score calculus masa sem lepas tu~  Wuaaa... Nightmare betul. Bila dah lepas tu pun kira alhamdulillahi rabbil 'alamin dah patutnya. Sebab tengok senior-senior, ramai kot yang me'repeat' subjek calculus tu!

Sem ni, dengar ceghita programming la killer subject. Tapi mostly cakap 'best' programming ni/ mana taknya, yang cakap best tu kebanyakkannya lecturer, student yang dah lepas subjek ni, dan tak terkecuali, ayah saya. Sebabnya, anda anda smeua dah lepas! Bolehla cakap subjek ni sonang belaka! Allah... Permudahkanlah...

Kalau siapa yang tak tahu lagi, student Nilai semua dah pindah sini. Kecuali student econs. Dorang masuk Gombak terus. Advance gitu, kan? Tak kisahlah. InsyaAllah kalau ada rezeki kami pun akan ke sana dalam tahun ni jugak :)

Hmm... Masuk hari ni dah dua kali pergi Mahallah Aisyah. Sebab owner cafe A dah pindah ke sana. Tapak cafe A dulu tu pulak dah jadi tempat opis untuk lecturer dari Nilai. Sadis kan? Tempat makan jadi opis~ Apapun dah ada tu kira bersyukurlah... Dari tak ada langsung?

Dua kali masuk Mahallah Aisyah, dua kali jugak mata ni tergeliat-geliat mencari kelibat seseorang. Sahabat di fb. Dia pakai niqab. Dan dah bernikah tahun lepas. Kalau dulu saya eksaited nak jumpa dia sebab dia dah bernikah. Tapi sekarang saya nak cari dia sebab saya nak kenal dia dari jauh. Bukan apa, dari kacamata fb saya, ramai yang mengagumi dia (kot). Jadi saya nak lah kenal, dia ni orang yang macamana... Manalah tau, kalau kalau dia sudi jadi kawan saya? Boleh dapat tips sikit :)

Alhamdulillah. Satu perkara lagi yang menyejukkan mata dan hati, sem ni ramai yang pakai niqab kat sini :) Kebanyakkannya student dari Nilai. Best je tengok. Bagus kan dorang ni? Pandangan orang dan kata-kata orang pun tak jadi masalah. Kalau nak kata dorang langgar peraturan, besar lagi salah mereka yang pakai jeans and shawl dari mereka yang pakai niqab kan? Let say lah kalau ada yang nak saman, better saman mereka mereka yang pakai jeans and shawl tu dulu :p Apapun semoga mereka istiqomah :)

Ok lah, last word, saya sangaaaaaaat tak sabar nak habiskan sem ni. Tak sabar nak sambung degree. Tak sabar nak jadi senior dekat main camp. Ecehhhh. macam tu pulak kan. Apapun saya cuma mampu berdo'a. Sebab saya atau awak tak pernah tau saya ada berapa banyak masa lagi kat dunia ni :)

p/s: Ehem ehem, dalam diam saya juga sedang mencari awak. Walaupun saya tak pernah tau siapa awak (sebab ia masih lagi rahsia Allah), saya tetap akan mencari awak hinggalah hari kita dipertemukan. InsyaAllah :)

03 January 2012

Siapakah aku sebenarnya?

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Saat berblog walking tadi, terjumpa satu kisah. Lebih kurang serupa dengan kisah saya. Maaf, kali ni tiada lagi penggunaan ana-enti-entum. Saya rasa saya lebih selesa bersaya-awak. Entah kenapa. Semoga semuanya datang dariNya.

Saya nak ubah sikit tajuknya.

AKUKAH NILA YANG MEROSAKKAN ITU?


Dia seorang lelaki. Tua tiga tahun daripada saya. Membahasakan dirinya sebagai Abe. Dia lelaki paling peramah yang pernah saya jumpa di universiti ini. Ada saja topik yang mahu dibualkan dalam kumpulan. Perjalanan sejauh 5 km ini tidak terasa penatnya apabila dia bercerita. Segala topik, tazkirah, zaman sekolah, Kisah Nabi dan tiba-tiba kisah wanita idamannya pula.

Saat lelaki lain hormat dan tunduk menjaga pandangan ketika bercakap dengan saya, dia paling selamba. Berbual dan menegur saya seperti bertahun kenal. Sangat-sangat peramah dengan siapa-siapa pun. Bukan dengan saya seorang saja. Agak mengalami kejutan budaya saya dibuatnya.

Saya masih ingat lagi perbualan kami semasa perjalanan malam dalam kumpulan untuk Program Kembara Malam.
“Nak tahu tak perempuan yang paling Abe tak suka?’’tawarnya.
“Hah, ceritalah.’’sahabat lain memprovok.
“Minta maaf cakap tapi ini lahir daripada hati yang jujur. Sebenarnya, Abe paling tak suka perempuan yang pakai tudung labuh.’’

Saya tersengih. Adakah penyataan itu ditujukan kepada saya? Rasa-rasanya antara ramai-ramai di situ, tudung saya yang sedikit lebar.

“Kenapa?’’tanya saya.Dia mengalihkan perhatiannya kepada saya pula. Saya bersangka baik. Saya tahu. Bukan niatnya mahu merendah-rendahkan perempuan seperti saya. Dia sekadar mahu berkongsi isi hati.

“Perempuan pakai tudung labuh macam bagus. Padahal poyo je.”tuturnya selamba. Saya tersenyum. Kehilangan kata-kata. Dia benar, saya sendiri sedar ketakbaikan diri. Harapkan tudung saja labuh, tapi perangai saya. Allah, Tuhan saja yang tahu.

“Tapi, bukan semua macam tu. Ramai je yang pakai tudung labuh tapi baik.”rakan lain menyampuk.

“Abe trauma dengan perempuan pakai tudung labuh. Hipokrit. Perangai tak baik manapun. Ada seorang yang abe kenal. Dia pakai tudung labuh. Siap pakai sarung lengan lagi. Satu hari, dia panggil abe. Ada ke patut bila abe datang dia meluru peluk abe. Seriuslah, abe terkejut. Tak sangka dia buat macam tu.’’

“Abe hensem sangatlah tu.’’usik rakan saya.

“Sejak tu, abe tak suka perempuan tudung labuh. Minta maaflah. Abe tak tahu kenapa. Kalau nak pilih isteri esok, nak cari yang biasa-biasa je.Trauma!’’

Saya tidak memberikan sebarang komen. Tidak menyalahkannya lansung mempunyai perasaan begitu. Kisah hidupnya yang telah mencorakkannya sehingga membuat persepsi begitu. Jikalau saya ditempatnya yang tiba-tiba dipeluk lelaki berjubah dan berkopiah pun agaknya saya trauma.Nau’zubillah min zalik.

Serta-merta saya senyap.

Tiba-tiba saya diterpa bimbang imej tudung labuh yang saya bawa ini membawa fitnah kepada agama saya. Saya takut kerana kekhilafan saya, orang lain bersangka buruk pada perempuan-perempuan baik yang bersusaha menjaga diri di luar sana. Saya gusar, saya ini seperti nila yang merosakkan susu sebelanga. Sukarnya mahu menjadi sebaik-baik perempuan. Susah, kerana Allah pasti menguji kanan dan kiri.

Saya memujuk diri.

Yang salah bukan tudungnya. Bukan bajunya. Bukan sarung lengannya. Bukan stokinnya. Tetapi pemakainya. Dirinya sendiri yang tidak menghayati makna menjadi sebaik-baik perempuan dalaman dan luaran.

Zaman ini. Kaum Hawa diuji dengan pelbagai cara.

Sudah berhijrah melabuhkan tudung, diuji dengan perasaan hati pula. Tak hairanlah kalau ramai perempuan yang bertudung labuh tetapi masih ber-dating dan couple. Itu Allah uji.

Sudah berhijrah melabuhkan tudung diuji dengan perangai mazmumah tidak cantik pula. Tak hairanlah kalau ramai yang bertudung labuh tetapi berperangai kasar dan biadab pada orang tua. Itu Allah uji.

Sudah berhijrah melabuhkan tudung diuji dengan sikap pemalas dan pengotor pula. Tak hairanlah kalau ramai yang bertudung labuh tetapi suka berpeleseran dan tidak pandai menjaga kebersihan. Itu Allah uji.

Untuk diri saya sendiri.

Tidak kira apa jua jenis tudung yang mahu dipakai kita adalah perempuan Muslimah. Seandainya sudah mengaku Muslimah yang Mukminah maka berperangailah selari dengan ajaran agama. Cantik luar dan cantik dalam kerana adat hidup di dunia, orang akan menghakimi kita melalui pemakaian kita dahulu, baru diikuti sikap.

Saya tidak kisah orang mahu menganggap saya seperti apa kerana saya tahu Allah lebih tahu.

Namun, saya tidak sanggup sekiranya imej ini menimbulkan fitnah kepada agama saya. Tolong jangan salahkan perempuan bertudung labuh yang sebenar-benar bermujahadah menjaga diri yang wujud di luar sana kerana perangai buruk dan keterlanjuran saya pada masa lalu, sekarang dan akan datang.

Dalam setandan pisang. Bukan semuanya busuk. Andai yang busuk itu adalah saya, maafkanlah diri ini. Doakanlah saya supaya menjadi baik dan lebih baik.

Islam agama suci. Sempurna. Yang tidak sempurna adalah pengganutnya. Dan saya adalah antaranya. Sedih.

P/S: Aku pernah melalui zaman jahiliyyah. Aku pernah menjadi watak seorang perempuan yang mencemarkan imej agamanya. Maafkan aku yang pernah sesat dahulu, Islam.

* * * * *

Penulis ada menyebut tentang peribahasa setitik nila yang merosakkan susu sebelanga. Saya juga terfikir, saya kah nila setitik itu?

Betullah. Siapa kita sebenarnya, hanya Allah yang lebih tahu dari mereka yang tahu.

Dan memang benar, bila kita ingin menjadi lebih baik, ujian akan datang dari setiap penjuru, dengan pelbagai cara. Terkadang rasa nak mengalah pun ada. Allah, kuatkah kami menghadapinya?

Saya tak harap anda semua memandang saya baik. Berhati mulia. Atau muslimah sejati acuan Islam. Kerana Allah saja yang Maha Mengetahui siapa saya sebenarnya. Apa yang saya pakai, apa yang saya cakap, dan apa saja yang saya buat, Allah sahaja yang boleh menilai. Bukan saya, bukan anda semua.

Jadi, jangan pernah mengutuk saya, apatah lagi memuji saya. Kerana keduanya mampu mengheret saya ke Neraka. Tempat yang kita semua tak membayangi sakit dan peritnya. Kerana bila anda mengutuk saya, bimbang saya akan membalasnya. Bila anda memuji saya, anda bisa membuat saya lupa siapa yang patut dipuji sebenarnya.

La'ilaha illallah. Muhammad ya Rasulullah.

p/s: moga setiap hari kita menjadi yang lebih baik dari sebelumnya. bukan hanya pada tahun baru. bukan hanya pada tarikh atau peristiwa tertentu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...