05 December 2011

UIAM di hatiku: Nak masuk UIA?

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Agak agak adik-adik lepasan SPM/STPM yang bukak blog ni mesti tertarik atau terminat atau tersuka atau teringin nak masuk UIA kan kan kan? :)

Memandangkan kebanyakan adik-adik semua dah habis SPM, moleklah kiranya adik-adik semua mula belek-belek pilih-pilih tinjau-tinjau siasat-siasat uni mana yang berkenan di hati. Tapi yang paling penting sekali kena tentukan kos pengajian adik-adik dulu sama ada dalam bidang sains, sastera dll. Yang kedua baru soal pilih memilih universiti :)

Jadinya memandangkan akak (eceh) ni merupakan pelajar Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (CFS IIUM), yang bakal menamatkan pengajian asasi pada tahun depan (2012) untuk semester terakhir, dengan sukacita dan berbesar hatinya ingin mengisytiharkan bahawa;

Kalau adik-adik ada apa permasalahan atau kemusykilan yang ingin ditanya tentang apa-apa yang berkaitan dengan UIA, macam kehidupan kat sini ke, makan minum, lecturer semua and so on, anda dialu-alukan untuk berbuat demikian di medan pertanyaan ini. Sekian, terima kasih :)

Huhu tiba-tiba tereksaited pulak bila ada beberepa orang yang dah mula bertanyakan itu ini pasal UIA. Tapi, diingatkan sekali lagi, janganlah tanya pasal apa syarat minimum nak masuk UIA, kos apa yang ada kat sini dan yang sewaktu denngannya. Sebab semua tu encik website UIA dah terjawabkan dah untuk adik-adik semua... Caranya, dekat google tu, taip je IIUM. Semua ada kat situ.

Jadinya yang tak ada kat situ lah yang boleh ditanya :)

Em serba sikit tentang life kat sini. One word. SERONOK sangat! Ni bukan seronok dalam bracket ye. Memang seronok betul. Lebih lebih bagi dengan bi'ah (persekitaran) kat sini. Almost everything in Islamic way. Tapi jangan expect semuaaaa sekali Islamik. Sebab ada je part yang kureng sikit. Tapi bukan pada sisi UIA, tapi pada sisi penghuni UIA. Kita kita pelajar ni la.

Makan minum ok. Lecturer ok. Asrama ok. Semua ok lah kiranya. Nak tau macamana ke'ok'an tu, moh la ramai-ramai pakat pakat sambung belajar kat sini :)

Dulu pusat asasi (matrikulasi) ada dua, di Petaling Jaya dan Nilai. Tapi mulai dari semester depan, cuma akan ada satu je pusat asasi; dekat Petaling Jaya. Bila dah habis asasi, baru akan sambung degree sama ada di campus UIA Gombak atau UIA Kuantan.

Berapa batu jauhnya nak pergi kelas, toilet ada berapa, padang besar mana, tv plasma ada atau tak, lecturer cantik atau hensem tak. Hah soalan macam ni pun boleh tanya jugak. Tapi jawapannya; angkat angkat kening jela.

Ada persoalan di minda? Soalan yang macam kat atas tadi pun boleh tanya apa salahnya kalau betul betul nak tahu.. Tapi jangan melampau sangat merepeknya tu dah la ye. Sikit sikit tak apa, dimaafkan. Tanya tanya jangan segan segan. Dah masuk bulan ke3 cuti ni sampai dah tak tahu nak buat apa. Solusinya, membuka kaunter pertanyaan kat sini lah jawapannya :)

Mai mai tanya tanya lai lai lai~

48 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum.akk,nk tnya,..kalau lepasan diploma yg bkn kos islamik,blh x mhon utk smbung degree dlm kos islamik,cnth,syariah,atau lain2..?.sbb minat sngt nk bljr bidang tu...

    ReplyDelete
  3. wa'alaikumussalam wrh.

    rasanya kalau boleh pun mungkin susah sikit. sebab kalau mintak kos yang lain dengan kelulusan, banyak subjek nak kena amik.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum akak,sy nk tnye uiam ade gym tuk prempuan x? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam wrh.

      Female sports complex ada dekat main campus Gombak. Tak pasti ada gym ke tak.

      Tapi kat foundation centre ada je :)

      Delete
  5. Assalamualaikum , kak tnyak ckit psal peljar luar negara. boleh kah ??

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum akak, nak masuk uia paling kurang berapa A ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depends on course yang adik nak mintak :)

      boleh try check kat iium website :)

      Delete
    2. kalo pelajar luar negara kna test ke msuk uia ??

      Delete
    3. wassalam. untuk degree ke apa?

      Kalau untuk degree ada rasanya. tapi untuk master n phd tak ada...

      Delete
  7. Salam. Macam mana ye kalau sy nak masuk UIA tanpa upu. Boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam.

      Erk. Mana boleh. Kalau nak masuk u lain pun perlu isi upu. Kalau tak macamana u tu nak tau awak nak masuk u dia?

      Delete
  8. as salam...nak tanya..mcam mana dengan bilik..berapa orang??kita boleh pilih kawan sebilik sendiri ke??kalau ditetapkan..ia dsecara rambang atau ikut kos yg diambil..??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. untuk matrik, tak boleh pilih .. tapi pandai2la plan dengan kawan. daftar waktu yang sama. boleh dapat kunci bilik yang sama :)

      kalau kat main camp kebanyakannya xboleh pilih. tapi ada jugak mahallah (hostel) yang bagi pilih :)

      Delete
  9. Assalamualaikum :) sy lepasan spm & nk ambil kos ilmu pengetahuan berasaskn wahyu & warisan islam..@ lbih d kenali sbgai kos ilmu wahyu :D ape pendpt awk?

    ReplyDelete
  10. salam. kalau dapat uia dalam upu, ada temuduga tak? ke terus daftar je masa tarikh dia nanti

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum :)
    UIA terima tak student yang berbekalkan 4A? sebab mostly people yg saya kenal, paling rendah pun 5A baru diterima. Sy tak pasti dan perlukan jawapan :(
    Subjek sains saya 3D semuanya. Layak ke?
    Saya apply for human science dan masih dalam keadaan ragu-ragu dan gelisah. Hanya mampu berdoa dan tawakal kepada Allah.
    pray for us :'(

    ReplyDelete
  12. to nurul jannah: ikut minat adik sendiri... kalau adik minat dan dapat restu mak ayah, go on je... :)

    to anonymous 1: kalau dah dapat, tak ada interview. terus daftar in shaa Allah :)

    to anonymous 2: hmm... mintak maaf dik.. akak tak pasti... tapi kalau ada D tu susah sikit dik.. apapun banyak2 berdo'a ye dik. belajar kat mana2 pun ok janji niat tu betul. jangan putus asa kalau tak dapat apa yang kita nak ye dik. sebab Allah ah sebaik2 Perancang :)

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum..akak..nak tnye sye dpt 6a ad b c n d..d tuh addmath..sye cek upu x dpt uia law sye wat ryuan for human sc agak2 dpt x msok uia ntok scnd intake???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'laikumussalam wrh dik :)

      hmm.. akak minta maaf sgt2 dik. akk pun xpasti sebab result adik ada d..
      tapi kalau kita minta kat Allah, semuanya tak mustahil :)

      sekarang ni yang penting, adik kena bersedia dengan apa jua kemungkinan. dapat uia atau tak bukan satu masalah. sebab ilmu Allah merata2 kat muka bumi ni dik :)

      Delete
  14. Salam kak. Saya nak jadi bakal pelajar asasi UIA PJ dah ni so ada beberapa soalan nak tanya.
    1- Pakaian macam mana? Baju kurung? Tudung? Kasut pulak macam mana? Wajib berstokin ke?
    2- Macam mana dengan toilet/seterika/baldi/makan (disediakan@perlu beli?

    And harap akak boleh beri penjelasan apa yg perlu. Saya pernah menetap di asrama sekolah agama so kalau boleh saya nak tau macam mana suasana di mahallah uia pj. Thanks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam.

      1) tentang pakaian. dresscode uia plaing senang. apa yang Allah larang tu lah yang tak boleh pakai :)

      2) toiletries macam biasa, kena beli. makan pun kena beli sendiri :)

      Delete
  15. assalamualaikum..akak..course apa yang pelajar dia sikit kat uia tu??seni bina dan rekabentuk alam sekitar ramai x??pelajar aliran sastera ramai ke??hehe..sory banyak tanya..

    ReplyDelete
  16. salam kak.Kat UIAM Petaling Jaya tu dengar kata toilet dia kat luar bilik.Betul ke?Macam mana tu?

    ReplyDelete
  17. wassalam. huhu

    toilet dia standardmacam kat sekolah asrama dik ;)

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum . saya pelajar STPM 2013. ambil jurusan kemanusiaan. nak tanya , bolehka jurusan kemanusiaan masuk uia? dan rasa2nya apa course yg sesuai ? just tanya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikummussalam wrh...

      kat uia ada jugak kos sains kemanusiaan :)

      nak pilih kos, pertama ikut kemampuan. kedua baru tengok minat :)

      Delete
  19. Salam kak. Uia ada pjj utk degree penddikan islam x.

    ReplyDelete
  20. Assalam kak, untk matrikulasi IIUM kalau saye xde basic langsung dlm bahasa arab , agak2 berisiko x utk sy msuk mtrikulasi kat IIUM? saya nak sgt masuk cume risaukan bhasa Arab huhu :(

    ReplyDelete
  21. salam,akak saya nak tanya boleh ke saya nak ambil course ilmu brasaskan wahyu tapi masa spm saya aliran sains sedangkan kalau tak silap saya course tu untuk pljar aliran sastera,,sya jugak tak ambil arab wktu spm,,,

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum akak :)
    May Allah bless us amin.
    Akak, saya nak sangat tahu, bagi akak lah kan, ade tak student uia yg result spmnya 4a??? saya dapat 4a4b1c and nak ambil architecture. thanks for your attention :)

    ReplyDelete
  23. thanks kak <3
    buat qila semangat nak masuk uia ni heee~~ <33333

    ReplyDelete
  24. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  25. assalamualaikum.. akak bleh ke pki purdah di uia pj.. ???

    ReplyDelete
  26. assalamualaikum akak.. sy rase excited nk msuk IIUM lpas bce blog ni.. tq

    ReplyDelete
  27. akak mustahil kee kalu lpasan matrikulasi amek degree kat uia . tq

    ReplyDelete
  28. Salam kak,
    saya pelajar diploma undang2 syariah di kolej islam penang,
    saya nak tnya bpa great pointer yg UIA nak untk smbng degree ?

    ReplyDelete
  29. Akak boleh tak nk tanye cara pemakaian lelaki masa kuliah???

    ReplyDelete
  30. kalau upu tu pilihan pertama dan kedua saya pilih pendidikan tp x dpt temuduganye..pilihan ketiga saya pilih ilmu wahyu uiam .. jdnye boleh dpt x ilmu wahyu tu kalau saya memenuhi syarat kelayakan tu?

    ReplyDelete
  31. ha'a...betul tu...masih ada peluang ke ? ramai jugak yang tanye soalan ni...
    mohon pencerahan daripada mana mana pihak...

    ReplyDelete
  32. Saya dh msuk uia..Alhamdulillah berbekalkan stpm walau spm sy xbrapa baik. Sister kos apa?boleh sy thu

    ReplyDelete
  33. assalamualaikum akak betulke semua pelajar asasi intake jun 2016 tempoh pengajian selama setahun?

    ReplyDelete
  34. akak senang tak kos asasi sains kemanusiaan?

    ReplyDelete
  35. Marhaban
    Nok tanye, dress code lelaki ape eik

    ReplyDelete
  36. Assalamualaikum . Nak tanya , uia benarkan pelajar pakai purdah tak ?

    ReplyDelete
  37. Kalau grade dip 3.00 pointer or 2.5 boleh tak mohon dekat uia ... Teringin sangat nak belajar dekat sana

    ReplyDelete
  38. Assalamualaikum akk.. sy lpsn stpm. Mcm mna ya nk apply uia? Manual atau upu? Dn mcm mn cara nk apply yg btu?

    ReplyDelete
  39. Mksd saya.. cara yg btul. Sy lpsn stpm kos agama.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...