15 December 2011

Bahana mulut

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Subhanallah, walhamdulillah, Allahu Akbar.

Dah tak ingat, berapa lama meninggalkan laman blog ni sunyi tanpa khabar berita. Mungkin membawa hati kerana tiada respon dari ke'eksaited'an entri yang lepas; berkenaan adik-adik lepasan spm dan yang sewaktu dengannya =.=' Syuh syuh pergilah perasaan yang tak membawa sebarang kebaikan!

Alhamdulillah, setelah melalui insiden yang perit beberapa hari lepas, Allah membuka mata ana, menggerakkan hati untuk meperdalam ilmu yang serba cetek ini. Lagipun dah agak lama jugak ana tak buat perkongsian ilmu yang betul betul punya perkongsian. Bukan kisah kehidupan yang dicampur aduk dengan kemerepekkan =.=' Berkenaan dengan memberi kemaafan, dan berlemah lembut. Sila baca dengan betul ye. Terang jelas dan nyata lagi bersuluh. Lemah lembut. Dan bukan lemah lembik~

Ok rasanya ana patut berhenti mengarut sebelum ada yang muntah kat depan lappy masing masing~

Dari Jabir r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda:

" Sesungguhnya termasuk golongan orang yang paling saya cintai antara engkau semua serta yang terdekat kedudukannya dengan saya pada hari kiamat ialah yang terbaik budi pekertinya di antara engkau semua itu, dan sesungguhnya termasuk golongan orang yang paling saya benci di antara engkau semua serta yang terjauh kedudukannya dengan saya pada hari kiamat ialah orang-orang yang banyak berbicara, sombong bicaranya serta merasa tinggi apa yang dipercakapkannya itu - kerana kecongkakannya."

Para sahabat berkata: "Ya Rasulullah, kita semua telah mengerti apa erti orang yang banyak bicara serta orang yang sombong bicaranya. Tetapi apakah yang dimaksud mutafaihiq itu." Baginda s.a.w menjawab: " Mereka itu ialah orang-orang yang sombong - merasa tinggi pembicaraannya".

Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah hadis hasan.

Atstsartsar ialah orang yang paling banyak bicaranya secara dipaksa-paksakan sendiri. Almutasyaddiq ialah orang yang berlagak sombong kepada orang banyak dengan kata-katanya dan klau berbicara itu serasa penuh isi mulutnya kerana hendak memfasih-fasihkan serta mengagung-agungkan pembicaraannya sendiri itu. Adapun Almutafaihiq asalnya dari kata fahq, iaitu membuat penuh isi mulut dengan percakapannya serta meluas-luaskan apa ayng dibicarakannya, bahkan merasa asing - banga - dengan kata-katanya kerana ketakabburan serta perasaan tingginya dan menampakkan bahawa dirinya adalah lebih utama dari orang lain.

Imam Termidzi meriwayatkan dari Abdullah bin Al-Mubarak rahimahullah dalam menafsiri "bagusnya budi pekerti", ia mengatakan: "Bagusnya budi pekerti ialah manisnya wajah, memberikan kebaikan dan menahan kejahatan."

Kita ni sedar atau tidak, kadang-kadang mengupdate status kat fb pun sebab nak orang baca kan? Tak pun nak ramai orang like status kita. Dari kita kumpul dosa, baik kita niatkan lillahi ta'ala. Dapat pahala instead of dosa. Kan kan kan? :)

Selesai bab percakapan, masuk pulak bab lemah lembut. Diriwayatkan, Rasulullah adalah insan yang paling lemah lembut terhadap sesiapa sahaja. Kita? Mungkin lemah lembut hanya terhadap rakan-rakan. Dengan ahli keluarga sendiri kasar yang amat.. Atau kita tergolong dalam golongan sebaliknya. Dengan ahli keluarga lemah lembut, dengan orang lain kasarnya tak ingat dunia!

Dari Aisyah r.a pula bahawasanya Nabi s.a.w bersabda:

" Sesungguhnya sikap lemah lembut itu tidak menetap dalam sesuatu perkara, melainkan ia makin memperindah hiasan baginya dan tidak dicabut dari sesuatu perkara, melainkan membuat cela padanya".

Dari Anas r.a dari Nabi s.a.w sabdanya:

"Berikanlah kemudahan dan jangan mempersukarkan. Berilah kegembiaan dan jangan menyebabkan orang lari."
(Muttafaq 'alaih)

Dari Jarir bin Abdullah r.a katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

"Barangsiapa yang tidak dikurniai sifat lemah lembut, maka ia tidak dikurnia segala macam kebaikan."
(Riawayat Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya ada seorang lelaki yang berkata kepada Nabi s.a.w: "Berikanlah wasiat padaku!" Nabi s.a.w menjawab: "Janganlah engkau marah." Orang itu mengulang ulangi lagi permintaan wasiatnya sampai beberapa kali, tetapi beliau s.a.w tetap menjawab: "Janganlah engkau marah."

Persoalan di sini, mengapa kali ini entri berkisar baik budi pekerti dan sifat lemah lembut? Kan banyak lagi sifat-sifat mulia yang boleh dicontohi dan diteladani? Jawapannya simple. Setiap apa yang kita katakan itu adalah berkisar tentang diri sendiri. Kelemahan kebanyakkan kita dan diri ana sendiri adalah dari sisi ini; lemah lembut dan baik budi pekerti.

Kita banyak yang dah ok bab-bab pengibadatan kepada Allah. Kebanyakkannya lahkan. Ana tak mahu sentuh tentang ibadah itu diterima atau tidak. Tapi yang mahu di'highlight'kan adalah kekurangan dan kelemahan kita.

Pernah dengar kan, hablum minaAllah wa hablum minnannas? Kebanyakan kita para da'ie khususnya, dah passed bab-bab ibadah ni. Tapi failed bab-bab hubungan sesama manusia ni. Termasuklah yang tukang cakap ni :p

Moh la kita contohi sebaik-baik manusia yakni Rasulullah s.a.w. Paling banyak tersenyum, paling lemah lembut, paling baik perilakunya, dan segala macamlah yang baik semuanya disandarkan pada baginda. Susah. Memang susah. Nak jadi baik bukannya mudah. Kerana Syurga itu sendiri dipagari dengan segala macam kesusahan, kepahitan dan kesakitan. Kerana segala macam kemanisan dan kebaikan itu boleh didapati di dalam Syurga itu sendiri :)

Berkenaan bahana mulut. Betul i tell you. Mulut ni memang segala punca yang tak baik semua bermula dari mulut. Mengumpat, marah, mengejek, cakap besar, semuanya dari mulut kan. Aduhai... Dengan mulut ini jugaklah tersyasyulnya kata-kata yang bisa mengguris dan menoreh hati terutama kepada mereka yang tak seharusnya disakiti yakni ibu bapa~

sumber hadis: kitab Riyadhus shalihin (Taman Orang-orang Solih), Imam Nawawi.

p/s: istighfar istighfar. moga amalan kita yang kononnya berbukit tu tak kembali ke level zero bila kita TERmelakukan sesuatu yang tak sepatutnya. na'udzubillah~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...