22 December 2011

Suka, cinta, kahwin.

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w di pagi Jumaat yang mulia ini :]

Alhamdulillah. Bernafas lagi kita di pagi Jumaat ni kan? Entah bila kita punya due date, wallahua'lam~

Dah nak sampai penghujung tahun dah kan. Makin bertambah tahun, bertambah umur, tak ramai yang sedar, sebenarnya tarikh kematian kita juga makin dekat!

Allahu Akbar.

Bukan nak jaga tepi kain orang, tapi kadang-kadang bila lihat orang lain, timbul rasa kasihan. Rambut kaler-kaler, baju kainnya tak berapa nak cukup, kuku warna warni, dan macam macam lagilah. Na'udzubillah. Terkadang sampai terlebih-lebih pula mikirnya. Macamana pengakhiran mereka ni. Tapi Allah campakkan sesuatu dalam kepala ni; bahawa mungkin mereka ni betul betul tak tahu apa itu dosa pahala.

Perumpamaan mereka ni samalah macam orang yang pakai tudung, tapi pakai baju lengan pendek atau baju ketat. Bagi setengah mereka, asal dah pakai tudung, kira dak ok. Jangan terkejut. Sebab ramai antara mereka yang benar benar tak tahu!

Kes lain pulak. Bercouple. Bercinta sampai ke langit. Cewah! Yang ni pun lagi satu. Ramaiiii sangattt remaja remaji yang sedang mengalami perkara ni. Yang pakai tudung pendek, tudung labuh, yang tak ditarbiyyah walhal yang ditarbiyyah sekali pun, semua terjatuh dalam kancah percintaan yang tak diredhai ni. Memang sediiiiiihhhh tak boleh cerita bila kawan kawan sendiri tergolek depan mata (jangan fikir lain). Tapi tak boleh nak dinafi, perasaan suka, cinta, ingin mencinta dan dicintai, itu semua adalah fitrah. Nak buang? Jangan harap~

Terkadang hati tergerak nak slow talk dengan mereka. Walau sekadar mengenali nama mereka di friendlist fb. Takut sama-sama terpalit. Tapi itulah, tak ada keberanian. Allahu Akbar. Alasan semata~

Buat adik-adik, sahabat sahabat dan semua saudara saudari seIslam, betul, cinta itu fitrah. Perasaan suka itu fitrah. Kita memang tak mampu nak menidakkan perasaan ini. TAPI, perlu diingatkan. Ia perlu disalurkan pada saluran yang betul.

Bertunang dan berkahwinlah.

Dah bosan kan dengar pasal ni? Tapi inilah yang kita kena selalu ingatkan pada diri.

Sedih lagi sekali, bila ada kawan kawan yang bila ditanya kenapa tak kahwin lagi? Padahal dah ke hulu ke hilir berdua, bergambar bersama, bercouple sampai bertahun tahun kot! Dan macam macam lagilah. Bagi yang memang tak tahu tu kita tolak tepi. Sekarang ni nak cakap pasal golongan mereka mereka yang tahu, dan faham apa yang boleh dan tak boleh dalam berikhtilat.

Satu perkara je sebenarnya. Kalau rasa masing masing belum bersedia atau masih tak mampu dari berbagai segi, toksah lah dok berjanji setia sehidup semati lah bagai... Ni tak. Bagi alasan alasan lapuk jugak setiap kali diaju soalan bila nak nikah. Buat yang haram takpa, bila disuruh buat yang halal, dok bagi 1001 alasan! Ni yang hangin ni! Ok yang ni lawak je~ Tak memasal nak memarah pulak pepagi Jumaat yang mulia ni... :]

Takda lah. Ana betul betul maksudkan. Kalau asyik beralasan bila suruh nikah tu, dah janganlah nak mengada-ngada bagi harapan palsu pada orang lain dan diri sendiri terutamanya. Kalau tak nampak lagi gerbang perkahwinan tu, jangan berani mengucap cinta. Ececehhhh...

Dan bagi yang percaya pada janji Allah, yang dah buat perancangan rapi lagi siap, bolehlah dipercepat kan kerja kerja tu ye. Lagi cepat lagi baik. Benda yang baik kan tak elok lambat lambat kan~

#ok ana juga percaya pada janjiNya cuma belum ada yang sudi datang rumah :]

Penat dah cakap sebenarnya. Tapi kena jugak cakap. Tak cakap nanti menyesal pulak kan.

Yang takut tak tahu nak bagi isteri makan apa, kena ubah persepsi. Rezeki dari Allah. Memanglah senang nak cakap kan. Tapi kalau tak berusaha, mana nak dapat duit? Jadi berjimat cermatlah dari sekarang. Tak payah nak boros sangat lah kan. Dan banyak lagi cara.

Yang takut ganggu pelajaran. Hai syeikh, mak ayah hangpa dua-dua bekerja, mereka dah kahwin kan (opkoslah kan)? Tak pelik pulak kome. Mereka ok je. Tak ganggu pun kerja kerja opis dorang kan?

Apa lag? Oh tentang hati budi ibu bapa, itu kena kasi setel sendiri. Kena yakinkan dan perlu buktikan pada mereka, yang anda mampu mengemudi bahtera keluarga anda sendiri. Kalau bangun pagi pun kena dikejutkan, makan pun kena bersuap susahlah kan. Mak ayah mana yang nak bagi kahwin cenggitu~

Ok ok. Dah taktau nak merepek apa. Oh ye. Seminggu dua lagi dah nak masuk sem baru :]

#barakallahulakum bagi mereka yang baru mendirikan bait muslim dan yang otw jugak. ana bila? Allah je yang tau...

15 December 2011

Kecohlah kan.

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w wa ahlul bait.

Peringatan: Sila baca keseluruhan entri dengan nada tenang dan sopan tanpa perasaan emosi yang tak terkawal ^_~ Yang ada darah tinggi, kencing manis, atau penyakit-penyakit berbahaya berkaitan dengan hati, jangan teruskan baca :]

Ok. Kecoh dah kan sekarang? IPhone 4s? Betul ke eja tu tak sure. Tapi semua sedia maklum dan fahamlah kan?

Apa nak jadi dengan kita ni. (kita, maknanya ana sekali) Ana tak pasti ekonomi Malaysia makin merosot atau sebaliknya, tapi ana msuykil betul, kita dok heboh heboh tepon memahal, atau teknologi-teknologi lain, sport car ke, atau apa-apa jelah kan. Tapi yang dok beli semua semua ni dah pergi tunaikan rukun Islam ke-5 atau tak ye? Bangga tak ingat bila berjaya mendapat apa yang majoriti orang lain tak mampu untuk dapatkan. Itu hak asasi masing-masing lah kan. Kalau dah mampu, nak kata apa?

Entum semua boleh cakap ana jeles atau yang sewaktu dengannya lah kan. Memang pun. Jeles, dengki, busuk hati. Apapun untuk kebaikan sendiri jugak kan? Pengulangan, kebaikan sendiri. Ekceli ayah dah banyak kali ingatkan, bila dah kahwin (ouh kahwin lagi), dah kerja, simpan duit untuk pergi tunaikan rukun Islam ke-5 tu. Ayah cakap, jangan bagi alasan, tak cukup duitlah, tak mampu, hapalah, dan segala macam lagi alasan. Tapi kereta besau, rumah besau, belanja pun besau. Apa kes?

Yang ni pun sedikit pelik jugak. Semuanya besar-besar belaka, tapi tak ada perasaan malu pun bila mengatakan tak mampu? Ouh kena tengok balik buku bank masing-masing~

Di manakah arah tuju entri ni sebenarnya? Ok sedikit lost. Sebab buat multiple work. Tulis (taip) entri sambil tengok gosip kat tv  =.=' ~masyaAllah masyaAllah~

Femes di dunia, Femes di akhirat

Zaman sekarang ni ramaaaaai sangat kan insan-insan kat dunia ni yang makin femes. Tak kisahlah artis, diva, dan siapa siapalah lagi (bukan nada jeles). Subhanallah. Sedikit kagum dengan mereka mereka ni sebab apa yang mereka kata, mereka buat, semua jadi perhatian. Tak keterlaluan kalau ana kata apa yang mereka buat juga jadi ikutan. Sebab semua ni akan memudahkan proses tarbiyyah. Andai mereka berada di landasan yang benar!

Tapi sayang, andai apa yang dibawa pun tak dianjurkan Islam. Dah tu, jadi ikutan pulak. Na'udzubillah. Kalau perkara yang baik, disebar luaskan, jadi ikutan, setiap orang akan dapat bahagian masing-masing. Tapi kalau perkara jahat, digembar gemburkan, jadi ikutan, jadi trend semasa, tak ke bergunung dah dosa si pembawa tu? Erk. Ana minta maaf. Ana ni siapa nak cakap pasal dosa pahala orang kan? Dosa sendiri pun menggunung tinggi lebih tinggi dari sepulo kali ganda tinggi gunung everest =.='

Yang nak di'highlight' di sini ialah, (ok lupa dah apa nak cakap. seriously. ni semua gara-gara dengar lagu Satu Malaysia dekat tb ni hah =.=') ... Sambil dengar lagu Satu Malaysia sambil terfikir-fikir apa nak tulis untuk habiskan entri ni~

Tanpa nada sombong takabbur riak dan segala macam lagi sifat mazmumah yang lain, ingin ana tegaskan di sini, janganlah kita heran sangat atau tabik hormat sangat pada 'ikon-ikon Malaysia' nihh. Meraih populariti di kaca tv tak sehebat meraih populariti di sisi Allah kelak :] Bukan nak suruh pijak kepala kaki tangan mereka, sebaliknya kasihanilah mereka. Mungkin mereka tak tahu. Dan dengan ketidak tahuan mereka tu membuatkan mereka tenggelam dengan segala jenis tipu daya dunia ni~ Ana tak pasti adakah ana akan survive andai ditukar tempat dengan mereka. Ditabur dan dijanji dengan kesenangan dan kemewahan dunia yang sementara~

Allahu Akbar. Alhamdulillah ya Allah. Bersyukur bila diberi kecukupan olehNya walau tak sekaya atau se'femes' mereka mereka di luar sana. Terdetik di fikiran, dibuatnya saat mereka diulit mimpi indah, berlingkar dengan kemewahan dan ke'femes'an, muka blink blink, rambut bewarna warni, kuku kaki tangan dicat rapi, pakaian membaluti badan seketat dan semampat yang boleh, tiba-tiba dah sampai waktunya Allah mengambil nyawa yang diamanahkan, macamana ye? Na'udzubillah. Semoga kita semua diakhiri kehidupan dengan husnul khatimah :]

Tapi, (dari tadi tak habis dengan tapi nya) alhamdulillah sangat sangat sangat sangat sangat ya Allah. Semenjak dua tiga empat lima enam menjak ni, ramaaaaaaiii jugak public figure juga sahabat sahabat terdekat sendiri yang berhijrah. Yang berhijrah pada yang tahap lebih rendh tu ana tak mahu cerita lagi pada entri kali ni. Tapi ana mahu bicarakan tentang mereka yang betul betul berubah. Mungkin hidayah dari Allah siapa tahu? :]

Seronoknya hati. Bilamana sahabat yang dahulunya ada yang biasa biasa, ada yang keduniaan sahaja yang menjadi buruan, kini ayat-ayat Allah, bait-bait kata keinsafan, puji-pujian atas kebesaranNya pula yang menjadi galang gantinya. Manisnya perasaan hanya dapat dirasai bagi mereka yang pernah melalui :] Subhanallah! Moga hidayah Allah sentiasa mengiringi kita semua~

Allah. Saya berubah bukan bermakna saya bertukar menjadi seseorang yang awak tak pernah kenali. Saya berubah bukan untuk menjadi seseorang yang warak. Saya cuma ingin perjalanan hidup saya ini lebih berlandaskan Islam kerana saya rasa sudah cukup saya membiarkan diri saya hidup dengan Islam-hanya-pada-nama. Jangan takut untuk berkawan dengan saya sahabat, saya orang yang sama & kita masih sahabat. InsyaAllah :)


copypasted dari status fb seorang sahabat :]


Namun takmudah nak berubah, nak jadi lebih baik dari sebelumnya. Mujahadah perlu kuat. Tabah perlu sentiasa bersama. Kata-kata orang sekeliling memang pelbagai. Yang menyokong perubahan, alhamdulillah. Tapi yang menyindir mengata, senyum, do'akan mereka...

Mudah nya cakap. Do'akan mereka. Tapi hati yang terluka, bagaimana? Ececeh bermadah pujangga pulak di pagi Jumaat ni kan. Ana juga tergolong dalam golongan yang nak berubah ni. Bukan bukan, sedang berubah. Tapi ana akui, ujian yang mendatang tak semudahnya boleh diatasi dengan senyum sumbing di wajah. Adakala darah nak juga sampai kepala. Kerana diri ini tidak sesabar baginda s.a.w :(

Tatkala ujian dan dugaan menimpa, Allah hiburkan hati dengan sahabat yang memahami. Walau kadangkala masalah tak berkurang pun, tapi sedikit sebanyak kita punya sahabat yang menemani, sentiasa ada di sisi. Jadi pendengar yang sejati :)

Namun dalam ramai-ramai mereka yang berubah ni, tak kurang jugak mereka yang merendahkan level diri mereka sendiri. Nak kata tawaduk, Allah saja yang tahu. Tawadukkah kalau penampilan makin ke arah kebaratan? Ooopss. Lagi sekali. Im not a judge ;] Pray for the best. And that is the best thing to do :]

Cakap pasal berubah. Setiap orang ada azam masing masing untuk berubah. Menjadi lebih baik semestinya. Dan ana juga punya azam itu. Sama-samalah kita, berdo'a buat kebaikan bersama :]



Salam Jumaat. Perbaiki amalan, buat bekalan :]

Bahana mulut

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Subhanallah, walhamdulillah, Allahu Akbar.

Dah tak ingat, berapa lama meninggalkan laman blog ni sunyi tanpa khabar berita. Mungkin membawa hati kerana tiada respon dari ke'eksaited'an entri yang lepas; berkenaan adik-adik lepasan spm dan yang sewaktu dengannya =.=' Syuh syuh pergilah perasaan yang tak membawa sebarang kebaikan!

Alhamdulillah, setelah melalui insiden yang perit beberapa hari lepas, Allah membuka mata ana, menggerakkan hati untuk meperdalam ilmu yang serba cetek ini. Lagipun dah agak lama jugak ana tak buat perkongsian ilmu yang betul betul punya perkongsian. Bukan kisah kehidupan yang dicampur aduk dengan kemerepekkan =.=' Berkenaan dengan memberi kemaafan, dan berlemah lembut. Sila baca dengan betul ye. Terang jelas dan nyata lagi bersuluh. Lemah lembut. Dan bukan lemah lembik~

Ok rasanya ana patut berhenti mengarut sebelum ada yang muntah kat depan lappy masing masing~

Dari Jabir r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda:

" Sesungguhnya termasuk golongan orang yang paling saya cintai antara engkau semua serta yang terdekat kedudukannya dengan saya pada hari kiamat ialah yang terbaik budi pekertinya di antara engkau semua itu, dan sesungguhnya termasuk golongan orang yang paling saya benci di antara engkau semua serta yang terjauh kedudukannya dengan saya pada hari kiamat ialah orang-orang yang banyak berbicara, sombong bicaranya serta merasa tinggi apa yang dipercakapkannya itu - kerana kecongkakannya."

Para sahabat berkata: "Ya Rasulullah, kita semua telah mengerti apa erti orang yang banyak bicara serta orang yang sombong bicaranya. Tetapi apakah yang dimaksud mutafaihiq itu." Baginda s.a.w menjawab: " Mereka itu ialah orang-orang yang sombong - merasa tinggi pembicaraannya".

Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah hadis hasan.

Atstsartsar ialah orang yang paling banyak bicaranya secara dipaksa-paksakan sendiri. Almutasyaddiq ialah orang yang berlagak sombong kepada orang banyak dengan kata-katanya dan klau berbicara itu serasa penuh isi mulutnya kerana hendak memfasih-fasihkan serta mengagung-agungkan pembicaraannya sendiri itu. Adapun Almutafaihiq asalnya dari kata fahq, iaitu membuat penuh isi mulut dengan percakapannya serta meluas-luaskan apa ayng dibicarakannya, bahkan merasa asing - banga - dengan kata-katanya kerana ketakabburan serta perasaan tingginya dan menampakkan bahawa dirinya adalah lebih utama dari orang lain.

Imam Termidzi meriwayatkan dari Abdullah bin Al-Mubarak rahimahullah dalam menafsiri "bagusnya budi pekerti", ia mengatakan: "Bagusnya budi pekerti ialah manisnya wajah, memberikan kebaikan dan menahan kejahatan."

Kita ni sedar atau tidak, kadang-kadang mengupdate status kat fb pun sebab nak orang baca kan? Tak pun nak ramai orang like status kita. Dari kita kumpul dosa, baik kita niatkan lillahi ta'ala. Dapat pahala instead of dosa. Kan kan kan? :)

Selesai bab percakapan, masuk pulak bab lemah lembut. Diriwayatkan, Rasulullah adalah insan yang paling lemah lembut terhadap sesiapa sahaja. Kita? Mungkin lemah lembut hanya terhadap rakan-rakan. Dengan ahli keluarga sendiri kasar yang amat.. Atau kita tergolong dalam golongan sebaliknya. Dengan ahli keluarga lemah lembut, dengan orang lain kasarnya tak ingat dunia!

Dari Aisyah r.a pula bahawasanya Nabi s.a.w bersabda:

" Sesungguhnya sikap lemah lembut itu tidak menetap dalam sesuatu perkara, melainkan ia makin memperindah hiasan baginya dan tidak dicabut dari sesuatu perkara, melainkan membuat cela padanya".

Dari Anas r.a dari Nabi s.a.w sabdanya:

"Berikanlah kemudahan dan jangan mempersukarkan. Berilah kegembiaan dan jangan menyebabkan orang lari."
(Muttafaq 'alaih)

Dari Jarir bin Abdullah r.a katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

"Barangsiapa yang tidak dikurniai sifat lemah lembut, maka ia tidak dikurnia segala macam kebaikan."
(Riawayat Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya ada seorang lelaki yang berkata kepada Nabi s.a.w: "Berikanlah wasiat padaku!" Nabi s.a.w menjawab: "Janganlah engkau marah." Orang itu mengulang ulangi lagi permintaan wasiatnya sampai beberapa kali, tetapi beliau s.a.w tetap menjawab: "Janganlah engkau marah."

Persoalan di sini, mengapa kali ini entri berkisar baik budi pekerti dan sifat lemah lembut? Kan banyak lagi sifat-sifat mulia yang boleh dicontohi dan diteladani? Jawapannya simple. Setiap apa yang kita katakan itu adalah berkisar tentang diri sendiri. Kelemahan kebanyakkan kita dan diri ana sendiri adalah dari sisi ini; lemah lembut dan baik budi pekerti.

Kita banyak yang dah ok bab-bab pengibadatan kepada Allah. Kebanyakkannya lahkan. Ana tak mahu sentuh tentang ibadah itu diterima atau tidak. Tapi yang mahu di'highlight'kan adalah kekurangan dan kelemahan kita.

Pernah dengar kan, hablum minaAllah wa hablum minnannas? Kebanyakan kita para da'ie khususnya, dah passed bab-bab ibadah ni. Tapi failed bab-bab hubungan sesama manusia ni. Termasuklah yang tukang cakap ni :p

Moh la kita contohi sebaik-baik manusia yakni Rasulullah s.a.w. Paling banyak tersenyum, paling lemah lembut, paling baik perilakunya, dan segala macamlah yang baik semuanya disandarkan pada baginda. Susah. Memang susah. Nak jadi baik bukannya mudah. Kerana Syurga itu sendiri dipagari dengan segala macam kesusahan, kepahitan dan kesakitan. Kerana segala macam kemanisan dan kebaikan itu boleh didapati di dalam Syurga itu sendiri :)

Berkenaan bahana mulut. Betul i tell you. Mulut ni memang segala punca yang tak baik semua bermula dari mulut. Mengumpat, marah, mengejek, cakap besar, semuanya dari mulut kan. Aduhai... Dengan mulut ini jugaklah tersyasyulnya kata-kata yang bisa mengguris dan menoreh hati terutama kepada mereka yang tak seharusnya disakiti yakni ibu bapa~

sumber hadis: kitab Riyadhus shalihin (Taman Orang-orang Solih), Imam Nawawi.

p/s: istighfar istighfar. moga amalan kita yang kononnya berbukit tu tak kembali ke level zero bila kita TERmelakukan sesuatu yang tak sepatutnya. na'udzubillah~

05 December 2011

UIAM di hatiku: Nak masuk UIA?

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Agak agak adik-adik lepasan SPM/STPM yang bukak blog ni mesti tertarik atau terminat atau tersuka atau teringin nak masuk UIA kan kan kan? :)

Memandangkan kebanyakan adik-adik semua dah habis SPM, moleklah kiranya adik-adik semua mula belek-belek pilih-pilih tinjau-tinjau siasat-siasat uni mana yang berkenan di hati. Tapi yang paling penting sekali kena tentukan kos pengajian adik-adik dulu sama ada dalam bidang sains, sastera dll. Yang kedua baru soal pilih memilih universiti :)

Jadinya memandangkan akak (eceh) ni merupakan pelajar Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (CFS IIUM), yang bakal menamatkan pengajian asasi pada tahun depan (2012) untuk semester terakhir, dengan sukacita dan berbesar hatinya ingin mengisytiharkan bahawa;

Kalau adik-adik ada apa permasalahan atau kemusykilan yang ingin ditanya tentang apa-apa yang berkaitan dengan UIA, macam kehidupan kat sini ke, makan minum, lecturer semua and so on, anda dialu-alukan untuk berbuat demikian di medan pertanyaan ini. Sekian, terima kasih :)

Huhu tiba-tiba tereksaited pulak bila ada beberepa orang yang dah mula bertanyakan itu ini pasal UIA. Tapi, diingatkan sekali lagi, janganlah tanya pasal apa syarat minimum nak masuk UIA, kos apa yang ada kat sini dan yang sewaktu denngannya. Sebab semua tu encik website UIA dah terjawabkan dah untuk adik-adik semua... Caranya, dekat google tu, taip je IIUM. Semua ada kat situ.

Jadinya yang tak ada kat situ lah yang boleh ditanya :)

Em serba sikit tentang life kat sini. One word. SERONOK sangat! Ni bukan seronok dalam bracket ye. Memang seronok betul. Lebih lebih bagi dengan bi'ah (persekitaran) kat sini. Almost everything in Islamic way. Tapi jangan expect semuaaaa sekali Islamik. Sebab ada je part yang kureng sikit. Tapi bukan pada sisi UIA, tapi pada sisi penghuni UIA. Kita kita pelajar ni la.

Makan minum ok. Lecturer ok. Asrama ok. Semua ok lah kiranya. Nak tau macamana ke'ok'an tu, moh la ramai-ramai pakat pakat sambung belajar kat sini :)

Dulu pusat asasi (matrikulasi) ada dua, di Petaling Jaya dan Nilai. Tapi mulai dari semester depan, cuma akan ada satu je pusat asasi; dekat Petaling Jaya. Bila dah habis asasi, baru akan sambung degree sama ada di campus UIA Gombak atau UIA Kuantan.

Berapa batu jauhnya nak pergi kelas, toilet ada berapa, padang besar mana, tv plasma ada atau tak, lecturer cantik atau hensem tak. Hah soalan macam ni pun boleh tanya jugak. Tapi jawapannya; angkat angkat kening jela.

Ada persoalan di minda? Soalan yang macam kat atas tadi pun boleh tanya apa salahnya kalau betul betul nak tahu.. Tapi jangan melampau sangat merepeknya tu dah la ye. Sikit sikit tak apa, dimaafkan. Tanya tanya jangan segan segan. Dah masuk bulan ke3 cuti ni sampai dah tak tahu nak buat apa. Solusinya, membuka kaunter pertanyaan kat sini lah jawapannya :)

Mai mai tanya tanya lai lai lai~

04 December 2011

Cuti = Kahwin

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Subhanallah, walhamdulillah, wala ilaha illaAllah.

Allahu Akbar.

Asal cuti je kahwin, asal kahwin je cuti. Rata-rata sekarang ni semua dok ceghita pasai kahwin. Tak kira la kat ceruk mana pun kan... Kat fb, kat blog, twitter, semualah. Jadi, si pemilik blog ni pun tak terkecuali lah kan... Konon-kononlah kan sebelum ni cakap taknak dah cakap pasai kahwin... Ouh tipunya kamu ni...

Hmm bukan 100% salah ana... (ayat nak lepas diri) Apa tak nya, entah kenapa sejak dua tiga empat menjak ni ayah ana macam terlebih semangat ja rasanya. Mengapakah ayahku? Hanya Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya...

Ayah ana tak abih-abih dok ceghita, kahwin awai ni banyak pekdahnya... Ok ok sebelum tu kena betulkan tatabahasa dulu. Tiba-tiba pulak nak cakap utagha ni dah apa cerita kan.

Ok sambung balik. Di saat orang lain sedang dibuai angan-angan indah, terpedaya dan memperdayakan diri dengan cinta monyet, atau gajah, atau harimau, atau apa-apa lagilah yang sewaktu dengannya, alhamdulillah, masih ramai lagi di luar sana, yang inginkan cinta yang diredhai, cinta yang suci. Bersulamkan cinta ilahi. Aduhai bebrunga-bunga pulak ayatnya... Dan antara ramai-ramai tu, nama ana pun termasuklah dalam list tu~ :)

Subhanallah. Tiada kata lagi yang mampu diungkap, saat Allah menyelamatkan hambaNya ini dri terus diperdaya nafsu dan syaitan laknatullah. Dan kini, saat sahabat-sahabiyyah lain berdepan dengan masalah yang pernah ana alami satu ketika dahulu, Allah berikan lagi kekuatan dan semangat untuk membantu mereka pula. Moga dengan tolakan dan dorongan kecil itu mampu membawa mereka bangkit dari angan-angan yang tiada hala dan tuju itu.

Ok. Selesai bab orang lain. Masuk bab diri sendiri. Pagi tadi ada baca artikel ciptaan Hilal Asyraf. Yang mana beliau katakan couple itu jauh sekali perbezaannya dengan cinta. Selama ni kta selalu kata, cinta tu haram sebelum nikah. Walhal kalau difikir secara logik, kalau kita tak cintakan orang tu, macamana bila kahwin nanti? Sekarang ni bukan lagi macam zaman dulu, kahwin dulu baru kenal~ Sebabnya zaman sekarang ni kalau tak diselidik latar belakang seseorang, besar kemungkinan boleh menyesal bila dah kahwin.

Mesti ada yang berasap je bila cakap tak cinta tak boleh kahwin kan? Bukan cenggitu... Sekarang ni fokusnya lebih kepada penegasan bahawa couple tu tak sama dengan cinta... Cinta tak bermakna perlu sms, email, fb dan sebagainya (ok ayat ni sebijik macam ayat Hilal Asyraf tadi), kerana ia terjalin secara fizikal. Tanpa sentuhan, pegangan atau apa-apa lagi perbuatan geli-gelian itu pun, cinta masih boleh terjalin. Kerana cinta itu fitrah!

Ok kalau nak panjang lebar lagi boleh baca dari website Hilal Asyraf. Sebab sekarang ni tiba-tiba rasa macam nak buat wedding planner :)

1. Mula dari merisik, bertunang semua tu lah kan. Hmm disebabkan dah baca dari beberapa sumber beberapa hari lepas, ana baru dapat tahu, dari merisik sampai lah hari nikah, akan ada 3 bentuk cincin. Cincin risik, tunang dan cincin nikah. Mak aih. Boleh bankrup bakal suami kalau macam ni. Tapi tak apa, bagi ana cincin nikah je dah cukup. Tak wajib kan? Lagipun ana tak boleh pakai barang kemas pun. Emas, perak, gangsa, besi, semua tak boleh pakai. Kulit sensitif. Ok dah nampak penjimatan ye di situ :)

2. No sanding sanding. 1st of all, itu adalah adat bukan orang Islam (ayat apa ni??). Dan sebab lain adalah, segan kot. Macam yang kita semua tahu, masa bersanding, duduk tercegat kat atas pelamin, lambai-lambai macam Miss Malaysia kalau ada yang melambai, buat senyum plastik sampai lenguh gusi. Kalau ada yang terikut-ikut sangat adat tu, siap berenjis sampai basah lencun baju pengantin =.=

3. Baju pengantin. Hah tak payah mengada-ngada. Dari dulu lagi ana rimas bila tengok baju yang bermanik-manik, blink blink lah bagai. ada tu ketat sendat sempit sampai nak melangkah pun dah macam nak daki bukit je =.= Memandangkan ana sendiri bukanlah anak menteri atau kerabat, dan ana sendiri memang suka yang simple simple je, memadailah dengan baju kurung plain je :) Lagi best kalau yang plain dari bercorak corak lah bagai. Serabut kepala je tengok. Lagipun baju kurung kain dia tak panas kan? Tema kaler nak hijau putih dan biru putih. Hijau sebab itu kaler kegemaran Rasulullah. Biru sebab my fevret. Putih sebab putih itu suci :)

4. Hantaran. Hantaran ni boleh dipertimbangkan. Nak buat pun boleh, tak buat pun takpa. Ana pun tak pasti yang ni adat atau tak. Tapi kalau perlu jugak ada hantaran, macam biasa, ana prefer yang simple je. Kain telekung ke, sepersalinan baju kurung ke, kek, coklat, gula-gula (ni macam dah merepek), buku-buku ilmiah ke atau apa-apalah yang tak melampau sangat. Tak perlulah sampai blackberry, ipad lah bagai. Ana bukan tuan puteri mahupun anak menteri~

5. Jemputan. Ok jemputan ni khas buat saudara-mara sahabat terdekat je rasanya. Tak perlu nak vouge sangat sampai nak panggil menteri, artis, pelakon semua. Nyanyi nyanyi pun tak perlu. DJ pun boleh bekerja macam biasa kat konti. Cuma vcd player je boleh menemani. Sayup sayup gitu. Selawat, zikir-zikir...

6. Makan. Ok meja special untuk pengantin tu perlu ke tak eh? Yang ni macam tak habis fikir lagi. Rasa macam tak perlu. Sebab kalau habiskan masa di hari bahagia tu dengan makan makan sembang sembang dengan (bakal) suami je, tetamu yang datang tu nak buat apa ye? Lepas dari hari tu kan boleh makan makan sembang semang sepuasnya kan? Datang makan, ambil gambar sama-sama, balik. Mungkin boleh diubah sikit kat sini.

7. Photographer. Yang ni awal-awal dah planned. Nak panggil seorang sahabat ni. Gambar yang diambill subhanallah cantik. Sebab harga camera pun cantik kan :p Tak payah nak grand sangatlah kan. Sama jugak. Murah ke mahal, pro ke tak pro, gambar tetap sama. Tetap tak boleh bercakap pun gambar tu kan :)

Rasanya dah cukup dah kot. Yang lain-lain kalau ada tertinggal nanti bila-bila boleh update. Kan seronok kalau apa yang dirancang boleh jadi kenyataan. Tak perlu nak grand grand, nak mahal-mahal, nak vogue sangat. Apapun kat akhirat nanti tak ada pulak Allah nak tanya majlis siapa yang paling mahal kan? :)

Subhanallah. Sesungguhnya manusia merancang, Allah jua merancang. Dan Dialah sebaik-baik perancang :)

Sibuk duk merancang itu ini, jangan sampai kita lupa, bahawa apa yang kita rancang tu tak semestinya dapat kita capai. Ye lah kan, perkahwinan tu belum pasti. Berjaya menggenggam ijazah juga belum pasti. Dapat zuriat berapa orang juga belum pasti. Tapi, ingatlah janji Allah, bahawa mati itu PASTI. Syurga dan Neraka juga bukan mimpi. Jangan kerana mengejar duniawi, kita lupa tentang apa yang diimani.

Sesungguhnya, kematian perlu dihadapi. Persiapkan diri. Dengan amalan untuk dipersembahkan di mahsyar nanti.

Wallahu'alam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...