27 November 2011

Salam Ma'al Hijrah :)

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Allahu Akbar ~menghela nafas panjang.

Buku bertukar baru. Namun bagaimana pula ceritanya dengan amalan? Masih kekal begitu, atau makin teruk dari dulu? Na'udzubillah.

Kali ini tahun baru hijrah diakhiri dan dimulakan di tempat yang jauh berbeza dari tahun-tahun sebelumnya. Selama ini sama-sama mengaminkan do'a dengan ayah serta keluarga tercinta. Tapi beberapa hari yang lepas rutin itu bertukar tempat. Di rumah exco kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam. Atas program yang dijalankan selama 3 hari 2 malam di sana.

Sudah beberapa hari melalui hari-hari di tahun baru, baru tersedar, sungguh kosong hati ini. Tiada azam yang terpahat tinggi seperti selalu. Entah kenapa. Salah sendiri tentunya. Namun malangnya hingga ke saat ini masih tak dapat dikenal pasti di mana silapnya. Masih lagi terfikir-fikir; apakah azam aku pada tahun ini?

Mustahil kiranya ini adalah kesan akibat kepala yang terhantuk pada besi penyangkut baju di bilik air tempoh hari di Shah Alam. Hmm... Tak ada siapa yang tahu kebenarannya melainkan Dia. Tapi sungguh, bisa kesakitan tu masih menggigit di sesetengah waktu. Jadi pantaskah andai 'gegaran kecil' di kepala yang berlaku tempoh hari menjadi penyebab kepada semua yang berlaku ni? ~alasan semata~

Baiklah. Yang berlalu biar terus berlalu. Kerana mana mungkin dapat menjejakinya semula. Jadi, telah ana putuskan, saat ini juga matlamat tahun baru ini perlu ditetapkan.

Terus membina harapan beserta do'a akan niat yang tak tercapai di tahun lalu. Keputusan exam yang tak memuaskan. Hubungan sesama manusia yang kurang kemanisan. Sedaya upaya menarik semula sahabat tersayang yang tergelincir di persimpangan. Perbaiki komitmen terhadap masalah ummah. Teruskan usaha. Teruskan menguat semangat. Sentiasa teguh dalam bersahabat.

Baitul Muslim? Terpaksa dipinggirkan dulu buat sementara waktu. Melainkan Allah yang telah menentu.

Teruskan misi. Luaskan penyebaran dakwah. Terhadap keluarga. Terhadap diri sendiri terutamanya.

Langkah pertama telah terlaksana, dan perlukan istiqomah. Mendo'akan mereka.

Akak nak bagi hadiah pada kamu. Hadiah berupa do'a. Akak do'akan kamu terus istiqomah begini. Bertudung labuh. Akak agak sedih dengan sahabat-sahabat mahupun senior-senior yang akak kenal. Mereka jauh lebih hebat dari akak.

Tapi sayangnya, mereka tidak berjaya untuk istiqomah. Terutama dari segi penampilan dan pemakaian. Sudah manis bertudung labuh. Ditukarnya dengan fesyen yang datang entah dari mana. Memang mereka masih memenuhi syariat. Kain yang dipakai masih labuh menutupi dada walau kadangkala cuma cukup-cukup paras dada. Tapi kan sayang, kalau Allah dah beri keistimewaan, untuk mereka bertudung labuh satu ketika dulu, tapi mereka menolaknya kini, dengan menerima fesyen terbaru zaman kini.

Akak tertanya-tanya, kenapa mereka memilih untuk berpakaian sebegitu andai bukan kerana ingin mengikut fesyen terkini, atau mungkin kerana ingin bercantik-cantik dan bergaya? (na'udzubillah) Akak mendo'akan kamu, dan diri sendiri. Kerana tak mustahil andai Allah jadikan kita dalam kelompok itu juga satu hari nanti.

Tipulah kalau akak cakap, akak tak berkeinginan langsung untuk kelihatan cantik seperti mereka. Lilit sana lilit sini pun, tapi nampak cantik kan? Malah tak keterlaluan kalau akak cakap mereka lebih cantik berlilit lilit begitu berbanding jika mereka bertudung labuh. Tapi dengan alasan ini jugalah akak takut andai akak terus berkeinginan begitu. Berfesyen, bergaya, supaya nampak cantik. Supaya dipuji nampak lebih cantik.

Biarlah akak terus begini. Bertudung labuh tanpa corak-corak menarik. Tanpa manik-manik pelik. Cuma satu warna tanpa ton. Biarlah akak dilabel tak up-to-dated, kuno, tak pandai bergaya, tak tau berfesyen dan apa-apa lah kan. Janji akak tak tergolong dalam golongan orang yang nak bercantik-cantik, nak bergaya dan berfesyen semua tu.

Sedar tak sedar, dah sampai pun di stesen ktm Rawang :)

Allahu Akbar. Selama 3 hari berjalan ni, Allah turut bukakan minda ana untuk berfikir. Dan ia jelas membuktikan, hubungan dangan Allah sahaja tidak mencukupi. Hubungan sesama manusia itu juga sama pentingnya. Namun, andai dilanggar batasannya, hubungan mantap dengan Allah pun takkan mampu menyelamatkan kita dari dosa.

Dahi tercalit hitam, ekoran kerap serta lamanya bersujud, memohon do'a serta rahmat dariNya di peghujung malam. Tapi seribu kali sayang, garisan-garisan halus yang terperlihat Allah di dahi seseorang itu bukan penentu segalanya. Penerimaan segala macam ibadah yang dilaksana hanya Allah yang tahu. Dialah penentu sama ada ibadah mereka diterima atau ditolak. Jauh sekali ana sebagai hamba yang banyak terpalit dosa.

Mungkin bagi mereka bangun bersolat dan beribadah di penghujung malam itu sudah memadai sebagai tiket mereka untuk ke JannahNya. Dan mungkin juga mereka benar-benar tak sedar, bahawa pergaulan mereka dengan ajnabi mereka itu sebenarnya bisa mengundang murka Allah? Hanya do'a sahaja yang dapat ana oanjangkan buat mereka semua~

Moga suatu saat nanti, mereka semua bisa menjadi pejuang-pejuang Islam yang sebenar. Tanpa gurau senda serta gelak tawa yang berlebihan dengan yang bukan mahram di dalam perjuangan. Bergambar berdua jadi biasa. Duduk bersebelahan lelaki perempuan pun tak ada masalah. Sejujurnya, bagi ana sendiri, rasa hormat lebih tinggi kepada mereka yang berpenampilan biasa, namun punya akhlak yang luar biasa! Jauh lagi menutup kelemahan dengan kopiah di kepala~ (na'udzubilah)

Juga buat muslimah-muslimah seperti ana. Yang masih berjinak-jinak dengan dunia perjuangan, agar tetap teguh dan tetap thabat.tanpa perlu mengubah penampilan kepada yang lebih rendah tahapnya. Dari tudung biasa ke tudung labuh, ana sokong. Dari tak bertudung kepada berselendang, walau berlilit lilit pun masih tak apa. Berhijrah kepada yang lebih baik, perlu berdikit-dikit. Tapi andai mahu berubah kepada yang 'kureng' dari yang sebelumnya, minta maaf, namun ana langsung tak sokong!

Penampilan bukan segala-galanya, tapi bukan bermakna ia tak menyumbang apa-apa. Benarlah kata-kata senior ana, mad'u yang tertarik dengan Islam lebih mudah tertarik dengan mereka-mereka yang berpenampilan keIslaman. Pakaian dan penampilan tak menggambarkan iman dan taqwa. Itu yang selalu kita dengar. Namun yang perlu dipersalahkan bukanlah pada penampilan, sebaliknya kepada si pemakainya :)

Jadi, do'a dan harapan ana, buat para da'ie di luar sana serta diri ana sendiri, supaya tak mengaburi mata-mata mad'u di luar sana dengan penampilan Islamik kita semua. Agar medan dakwah Islam bukan terus mundur malah terus berkembang hingga ke akhirnya! Allahu Akbar~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...