04 November 2011

Oh duit.

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Subhanallah.

Selesai sudah satu perkara yang dianggap masalah yang membebani kepala hampir sebulan lamanya.
Pak cik jiran depan rumah, telah dilangsaikan hutang padanya.

Syukur alhamdulillah.
Selama ni duk pikiaq pikiaq lagu mana la nak selesaikan.
Alhamdulillah, Allah dah bantu selesaikan dah pun :)

Lepas hantar adik bongsu ke sekolah agama, lantas bergegas ke 7-eleven. Nak draw duit. Ya Allah dah macam apa je tadi. Hampir semua kad bank yang ada dalam dompet dikeluarkan. Gayanya kalah orang kaya. Macam beribu ringgit je nak 'cocoh' dari mesin atm tu.

Lepas satu, satu kad bank dijolok masuk ke dalam mulut mesin atm tu. Nasiblah masa tu tak ada orang yang nak draw duit jugak. Dan bila dah dua tiga kali, baru tersedar, jumlah duit belum cukup dengan jumlah yang patut dibayar.

Terus keluar dari situ. Tak tau lagi nak buat apa. Dalam kad tadi rasanya berbaki kurang dari rm100. Ada pulak kad yang tak boleh digunakan. Entah apa masalahnya. Dalam hati dah tertanya-tanya, macamana ni? Setelah dua tiga kali mundur mandir, keluar masuk, akhirnya pasrah. Nekad. Nak draw semaksima boleh. Dan ini bukan satu keajaiban atau kebetulan melainkan kuasa Allah semata-mata! Nah, sekarang dah cukup untuk jelaskan semua pembayaran. Alhamdulillah :)

Sampai sampai depan rumah, pak cik jiran dah memandang. Ok rasanya faham pandangannya itu. Terus diberitahu, kereta nak diambil dari bengkel petang nanti. Kalau nak bayar sekarang pun boleh. Kata pak cik tu. Ouh dalam hati dah dup dap dup dap. Apalagi, masuk dalam rumah nak kira-kira total duit, cukup atau tak nak dibayar pada pak cik tu.

Masuk dalam rumah, lain ceritanya pulak. Saat mengira semua duit yang ada, abang dah mula bertanya itu ini. Dan setelah mengetahui ke mana duit tu akan pergi, bermulalah sesi ceramah non-stopnya. Aduhai. Buat diri rasa serba salah nak bayar je. Sedangkan sejak beberapa hari lepas dah 'practice' untuk hadapi semua ni. Maklumlah, seorang yang bergelar pelajar, tak ada pekerjaan, semestinya duit itu umpama 'sesuatu'. Nak nak pula bukan digunakan untuk tujuan pelajaran.

Hmm... Salah sendiri jugak. Mana taknya, segala urusan pembayaran ni tak dimaklumkan pun pada mak ayah. Tentang accident memang mereka tahu, tapi tentang pembayaran ganti rugi ni, memang mereka tak tahu. Sebab tu abang marah. Dia kata-kata orang yang tak tahu menahu tentang kereta ni (ana lah tu) memang senang kena tipu. Tapi dah bayar dah pun. Bukan boleh minta balik kan? Cuma jadi peringatan di masa hadapan je la...

Mujurlah, Allah 'hantar' seorang sahabat, setelah puas membebel, diberi nasihat free. Nasib baik tak melarat bebelannya. Kalau tak dah lama kena 'serangan balas'. Dan akhirnya, lupakan apa yang jadi. Duit pun dah bertukar tangan. Tak ada guna pun nak menangis nak meratap semua tu.

Lagipun duit bukanlah segalanya. Tak boleh dibawa masuk ke kubur pun. Kan?

Reaksi kemuncak, capai laptop. Log in facebook.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...