05 November 2011

Korban dan pengorbanan.

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Subhanallah, alhamdulillah, Allahu Akbar. Juga tak lupa selawat dan salam ke atas nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.

Subhanallah! Cuti kali ni walaupun tak banyak pengisian berbanding dengan masa di uia, ana telah diberi kesempatan menghabiskan beberapa buah buku yang terkandung di dalamnya ilmu dan panduan. Antaranya Aku Terima Nikahnya, oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, Dia Yang Kunikahi, oleh Iqbal Syarie dan kini novel Tautan Hati.

Saat sedang khusyuk membaca novel yang sarat dengan dakwah dan tarbiyyah, Tautan Hati karangan Fatimah Syarha binti Noordin, telah Allah gerakkan hati hambanya ini untuk mencoret sesuatu di sini. Sebenarnya perkara ni dah lama tersimpan dalam kotak fikiran. Cuma tak terolah dalam bentuk penulisan je lagi.

Itulah dia, PEMAKAIAN vs IMAN dan TAQWA. Sebelum ana teruskan, ingin ana tekankan di sini, ana bukanlah yang selayaknya untuk mengadili apalgi menghukum seseorang... Jadi ini hanyalah buah fikiran ana yang Allah telah gerakkan hati ana untuk menulisnya bagi disampaikan kepada semua dan sebagai ingatan untuk diri ana sendiri...

Dah lama ana perhatikan. Kerana ia turut berlaku pada sahabat-sahabat ana juga. Apa dia? Penghijrahan. Na'am penghijrahan itu adalah suatu perkara yang amat dituntut. Namun penghijrahan yang dikiraNya adalah penghijrahan dari yang buruk kepada yang baik, dan yang baik kepada yang lebih baik. Bukan sebaliknya.

Tapi memandangkan sekarang ni dah akhir zaman, tak hairanlah kalau banyak perkara yang berlaku adalah terbalik dan vice versa belaka. Yang baik jadi buruk, yang dah buruk bertambah pula buruknya. Na'udzubillah. Tapi tak semua, cuma sesetengah sahaja. Dan sesetengah itulah ujian dari Allah buat mereka sebenarnya.

Pemakaian yang ana maksudkan adalah pemakaian tudung. Subhanallah, saat ana masih belum berjinak dengan tudung labuh dulu, ana seronok lihat akhowat yang bertudung labuh... Sejuk je mata memandang. Ini pandangan ana sebagai seorang muslimah. Apatah lagi pandangan ikhwan di luar sana kan? :) Dan alhamdulillah, Dia mendengar bisik hati hambaNya ini sekaligus menggerakkan hati ana untuk mula berjinak dengan tudung labuh hingga kini walau ana bukanlah lulusan sekolah agama dan kini juga tidak pun mengambil jurusan agama walau bergelar pelajar UIA :)

Tapi kini ana sedih, 'pembakar-pembakar' semangat ana kebanyakannya dah beralih arah. Mengikuti arus kemodenan kini. Tak keterlaluan kalau ana katakan fesyen-fesyen bertudung sekarang banyak didominasi oleh orang kafir berbanding orang Islam sendiri! Tak percaya? Cuba google tengok. Siapa yang mula-mula men'design' tudung arini ke, shawl, pashmina semua tu. Ana tak cakap yang pakai shawl, pashmina semua tu jahat ke apa. Alhamdulillah kerana antunna masih berpakaian mengikut garisan syariat. Bahkan ada yang berhijrah dari tak bertudung kepada memakai shawl dan pashmina. Ana tabik pada antunna! :)

Yang ana kesalkan adalah 'penghijrahan' dari tudung labuh kepada tudung-tudung yang dah berbagai sekarang ni... Bagi ana sendiri, diri entunna yang betudung labuh jauh lebih indah berbanding entunna dengan tudung yang berfesyen-fesyen tu. Sedihnya rasa... Bak kata sahabat seusrah ana, kenapa kita nak berubah kepada A- atau B+ (tudung biasa), kalau kita dah ada A+ (tudung labuh)? Allahu Akbar... Memanglah masih menutupi dada, tapi... Tak sayangkah entunna pada perkara yang lebih sempurna?

Kadang-kadang yang pakai selendang atau tudung getah (ana tak tau apa nama tudung tu) tu adakala melekap pada badan. Ana rasa lagi sesak adalah. Lepas tu nak melilit sana lilit sini. Terpusing sana terpusing sini. Pusing atas kepala, bawah tengkuk semualah. Nak dipinkan lagi. Nak bagi sama panjanglah bagai. Dah buang berapa jam dah depan cermin agak agak? Kalau entunna tetap dengan tudung labuh, cuma perlu sarungkan je. Kalau dah bertahun pakai lagi mudah. Tanpa tengok cermin pun dah boleh jalan depan orang. Kalau yang berfesyen-fesyen tu, selagi tak tengok cermin memang tak sah! Kalau tersenget sana sini kan dah tak comei. Jadi, mana lebih mudah? Entunna tentukan sendiri :)

Lagipun, kita semua nak cari pasangan yang soleh kan? Yang mampu bimbing kita ke Syurga? Agak agak ada tak antara si soleh ni yang akan pilih antara kita yang berfesyen-fesyen ni? Atau mereka akan memilih yang lebih bersifat keserdahanaan? Ana tak menuding jari pada siapa siapa apatah lagi memberi contoh tentang diri ana yang jauh lebih banyak kekurangan ni. Tapi entunna pandai pandailah menilai sendiri. Ana cuma mampu membukakan mata je. Selainnya entunna yang tentukan kerana itu pilihan entunna sendiri untuk berpakaian dan berpenampilan macamana kan? :)

Sejujurnya, ana bukan tak pernah berangan atau berkeinginan untuk jadi macam entunna semua. Jujur ana katakan, entunna nampak cantik bila berselendang tu semua. Tapi itu yang ana takutkan. Ana seorang muslimah, boleh 'terpikat' dengan entunna. Apatah lagi ikhwan di luar sana. Kan boleh terganggu iman mereka... Tak mustahil ada yang akan cakap, 'awak ni lebih cantik dan manislah pakai begini'... Dan inilah masalah yang kedua, niat boleh berubah. Dari nak berpakaian mengikut syariat, kepada berpakaian untuk nampak cantik. Jadi, ana lebih rela memadamkan keinginan yang tak seberapa tu, ana lebih rela nampak hodoh, kolot, kekampungan, atau nampak macam makcik-makcik dengan bertudung labuh daripada terpaksa berperang dengan bisikan nafsu dan syaitan yang ana tak pasti adakah ana mampu melawannya.

Ana kadang-kadang tertanya-tanya, kenapa ramai akhowat kat luar sana yang sanggup berhijrah dari bertudung labuh kepada selendang atau tudung getah tu biarpun ia masih menutupi dada. Mungkin sesiapa dari kalangan pembaca boleh bantu ana dengan memberi beberapa jawapan yang bernas, masuk akal dan muhasabah bagi merungkai permasalahan ni?...

Betul, memang benar pemakaian atau penampilan tidak menggambarkan iman atau taqwa seseorang. Tapi walau bagaimanapun, pemakaian tetap menyumbang beberapa peratus sebenarnya. Kalau diajak seseorang untuk buat baik, ramai yang akan jawab, 'saya ni pakai pun macamni, boleh ke nak buat kebaikan?...' Nampak tak? Pemakaian turut menyumbang sebenarnya. Walaupun tak semua yang akhlaknya seiring dengan penampilan, tapi sekurang-kurangnya entunna dah 'passed' dalam bab pemakaian :)

Dalam kes ana pula, yang pada mulanya tergerak untuk pakai tudung labuh disebabkan tarikan dari akhowat yang bertudung labuh, andai akhowat bertudung labuh semakin berkurangan, ke mana lagi 'penarik-penarik' muslimat yang ingin berhijrah seperti ana? Sayangnya andai ada yang ingin berhijrah, namun tak terjumpa 'penguat semangat'nya... Allah... Tak mahukah entunna mendapat saham dari muslimat yang dapat an bawa kepada perubahan?

Dan bagi ana sendiri, ramai akhowat yang bertudung labuh di sini (UIA) yang ana jadikan sebagai 'admirer'. Dengan penampilan, juga akhlak mereka yang menambat hati, serta hubungan yang kukuh sesama manusia dan juga kepada Allah. Ana yakin bukan ana seorang saja yang menjadi 'secret admirer' mereka. Cuba bayangkan, andai suatu hari (na'udzubillah) akhowat ini 'berhijrah' pula memakai tudung biasa sebagai contoh, agak agak nak ke orang yang lemah iman dan kehausan bimbingan seperti ana ni untuk jadikan mereka sebagai contoh lagi? Renung-renungkan lah wahai akhowat yang ana sayangi fillah...

Ketahuilah, entri ini ana hasilkan kerana sayangnya ana pada entunna semua. Kita sama-sama nak kejar SyurgaNya. Sama-sama ingin mengajak mad'u ke arah kebaikan. Sama-sama punya iman yang cetek dan lemah. Andai kita tak mampu berpegang teguh dengan 'cinta pertama' yakni tudung labuh kita, bagaimana kita ingin tetap teguh di jalanNya?

Apapun, bagi ana inilah yang dinamakan PENGORBANAN. Seiring dengan hari raya korban ni, ana nak ajak entunna di luar sana agar sama-sama berkorban. Biarlah orang nak kata tudung labuh yang kita pakai nampak macam kain buruk ke apa, janji Allah tak cakap itu kain buruk. Biar nampak kekampungan di mata manusia. Kerana Allah yang menilai kita dan bukan mereka. Berkorban dari nampak cantik di hadapan manusia agar sentiasa nampak cantik di hadapan Allah :)


Wallahua'alam. Selamat berkorban. Selamat Hari Raya Aidil Adha, maaf zahir batin :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...