21 November 2011

Kahwin dengan Pak Ustaz

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahu Akbar.

Semakin hari, atau makna lainya semakin bertambah usia dan semakin dekat dengan tarikh kematian, makin kering pula idea untuk berblog ni. Tapi walau apapun, memandangkan blog ni merupakan salah satu wasilah dakwah, diperah juga otak ini segagahnya.

Dan alhamdulillah, tiba-tiba Allah datangkan sesuatu dalam fikiran.

Datangnya dari si adik bongsu, yang mana antara adik-beradik yang lain, ana lebih rapat dengan dia. Walau jurang umur kami adalah 9 tahun, tapi dia tak pernah jemu menawarkan diri untuk mengikut kakaknya ini ke mana pun. Reunion dengan sahabat sepersekolahan, hinggalah ke kedai yang cuma sekangkang kera itu. Dia tak pernah bosan. Atau mungkin ada beberapa kali :p

Teringat zaman sekolah dulu, bila ada je suara-suara yang membisik, 'nak tau tak, dia ni suka kat kau.' dan berbagai jenis lagi bisikan yang lain, pastinya akan dijawab pantas, padat dan ringkas, 'ish tak naklah. aku nak kahwin dengan ustaz'. Allahu Akbar. Tergelak je bila ingat perbualan-perbualan zaman jahiliah dulu. Bila ada yang membalas, 'kang esok lusa betul-betul dia jadi ustaz, baru tau!' Gulp. Terus telan saliva dalam mulut. Bukan apa, ayat ni dianggap ayat penyelamat. Sebabnya, zaman sekolah dulu kan semuanya masih lagi pelajar sekolah, mana pulak nak dapat ustaz pulak tiba-tiba kan~  >.<

Habis cerita zaman sekolah. Tapi masalahnya cerita ni masih tak habis. Sebab cerita-cerita dan perbualan-perbualan kat sekolah semua diulang tayang semula di rumah. Paling kurang pun, diulang tayang dengan adik-adik. Dan si adik bongsu ni pulak, semuanya nak diambil serius.

Buktinya?

Asal ada ustaz baru atau lama kat sekolahnya, semua diusulkan.

'Nak tau tak, kat sekolah kita ada ustaz baru. Muda lagi.'

Tak pun, 'nak kenal tak dengan sorang ustaz ni? Dia tak kahwin lagi.'

Tak cukup dengan tu, asal ada budak-budak muda yang rupa ala-ala ustaz pun termasuk dalam list jugak. Asal pakai kopiah, muka baik sikit, semua disapunya. Nak nak pulak kalau selalu nampak 'pak pak ustaz' ni pergi masjid. Aduhai adikku sayang...

Mungkin salah ana juga. Mungkin adik ana ni fikir kakaknya ni betul-betul dah nak kahwin kot. Atau, mungkin juga memandangkan adik ana ni anak yang bongsu, dari dulu lagi dia suarakan keinginannya untuk mempunyai adik... Alahai sedih la pulak... Itulah, jadi anak bongsu pun ada pro dan kontranya...

Tu lah, dari dulu sibuk sangat nak kahwin dengan ustaz. Memang patutlah bila si adik pun dok padan-padankan dengan sesiapa sahaja yang menjadi 'ustaz' di matanya. Tapi ana pun tetap tak putus asa. Jauh sekali untuk memperkecilkan usaha si adik. Lalu, tersenarailah persoalan-persoalan yang terpaksa dijawab lemah oleh si adik...

'Ustaz tu hensem tak?'

'Ustaz tu umur berapa?'

'Tak naklah. Tua sangat.'

Tak pun, 'tak naklah, muda sangat.'

'Betul ke ustaz tu tak kahwin lagi? Entah entah dah bertunang.'

'Ustaz tu garang tak? Tak naklah garang garang ni.'

Hmm... Terkadang tu kesian jugak pada si adik. Bersungguh cari pak ustaz untuk jadi pasangan kakaknya ni... Tapi dia tak sedar, manalah kakaknya ini layak digandingkan dengan ustaz-ustaz tu semua... Allahu Akbar...

Apa yang nak disampaikan di sini ialah, tak salah mengimpikan pasangan seorang ustaz dan ustazah. Namun pantaskah kita? Dan ketahuilah, sesungguhnya para ustaz dan ustazah itu juga manusia biasa... Yang terkadang pasti akan ada salah silapnya... Dan bukan semuanya dalam kalangan mereka adalah bertepatan seperti yang kita jangkakan. Bukan merendahkan mereka, apatah lagi mengata. Namun itulah realitinya...

Setelah banyak membaca persoalan-persoalan Baitul Muslim ini, semakin banyak jugalah kesedaran yang diberiNya. Kita mahukan yang begitu dan begini, tapi kita hanya mengimpinya tanpa ada usaha untuk menjadi seperti yang kita mahukan. Dan ada setengahnya pula, kita dapat apa yang kita mahu, namun berkahir dengan penyesalan.

Apa tidaknya, kita mengimpikan seorang pejuang, namun bila dah Allah realisasikan, kita pula yang menyesal. Si dia jarang berada di rumah kerana keluar berdakwah di sana sini. Kita pula mahu dia sentiasa berada di sisi. Macamana tu?

Oleh itu, bak kata seorang guru ana, bukan tak boleh mendo'akan secara spesifik untuk dijodohkan dengan si dia, namun sebaiknya berdo'alah supaya disatukan dengan si dia yang mampu memimpin kita ke Syurga :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...