29 November 2011

Dacing dunia vs akhirat.

Dengan namaMu ya Alllah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Allahu Akbar. Betapa sakitnya hati~

Dulu sewaktu masih berhingus, bersekolah rendah hingga ke sekolah menengah, tak faham, kenapa ana cukup tak suka pada gambar dacing putih itu. Berlatar belakangkan warna biru. Faham kan? Tapi kini, kumakin mengerti mengapa Allah campakkan rasa tak suka dan kurang enak itu ke dalam hati~

Tahun lepas, ada rasanya berbicara pasal benda yang 2x5 dengan entri kali ni. Ada sahabat cakap, 'tak takut ke kena saman?' Ouh ana lebih ngeri akan penjara akhirat sana. Terkadang pelik jugak, apa yang mereka nampak di sebalik 'perjuangan' bendera biru itu kerana ana tak dapat lihat apa-apa. Yang ana tahu, mereka memperjuangkan Melayu. Hebat kan? Tapi maaf, kerana tak sehebat dan tak setanding langsung dengan mereka yang memperjuangkan Islam~

Siap cium tangan. Tangan siapa yang mereka cium? Ahli ulama' atau wali Allah? Wallahu'alam.

Alim ulama' dicaci maki, dihina dibenci, dilempar fitnah sana sini. Sungguh tak hairan. Kerana yakin, Allah itu Maha Adil. Di dunia ini Allah beri ujian dan mehnah sebagai tingkatan iman. Di akhirat nanti, tempat dibayar segala pembalasan.

Astaghfirullah. Hampir terlupa tujuan sebenar entri kali ni dihasilkan.

Politik (oops). Tiba-tiba rasa bersemangat nak sumbang sesuatu buat Islam. Dulu memang anti sangat sangat sangatlah sangat dengan politik. Alhamdulilah. Diberi kesedaran oleh Allah, bahawa Islam itu syumul, menyeluruh. Termasuklah politik jugak. Tapi yang pasti buat masa sekarang confirm mak ayah tak bagi :( Jadi hanya boleh rasa tempias tempiasnya jelah walau hidup di bumi cfs ni banyak pendedahan kepada politik Islam. Jadi kenalah tunggu encik suami (yang belum dijumpai) memimpin tangan ke medan politik :)

Kalau pun tak mampu menyumbang banyak pada Islam, sikit pun jadilah. Jangan tak ada langsung. Nak undi yang mana, masih tertanya-tanya? Undilah mana mana yang agak agak boleh tarik kita ke Syurga. Dan bukan yang confirm tolak kita ke Neraka. Astaghfirullah. Ana terlupa. Siapa ana untuk katakan yang mana satu tentukan kita ke Syurga atau ke Neraka? Apapun, Allah beri akal fikiran, gunalah sebaiknya~

Dalam perbahasan mereka boleh pulak guna perkataan perkataan islamik, tapi kalau pihak pembangkang guna walau satu pun perkataan islamik, habis ditembaknya. Dengan alasan nak pancing undi. Sesuka hati je nak gelar dalam kalangan mereka tu mujahid dan mujahidah Islam. Faham ke tak maksud mujahid/mujahidah tu?

Allahu Akbar. Kenapa emosi sangat ni???

p/s: emosi tak stabil leps tengok tv3 tadi.

27 November 2011

Salam Ma'al Hijrah :)

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Allahu Akbar ~menghela nafas panjang.

Buku bertukar baru. Namun bagaimana pula ceritanya dengan amalan? Masih kekal begitu, atau makin teruk dari dulu? Na'udzubillah.

Kali ini tahun baru hijrah diakhiri dan dimulakan di tempat yang jauh berbeza dari tahun-tahun sebelumnya. Selama ini sama-sama mengaminkan do'a dengan ayah serta keluarga tercinta. Tapi beberapa hari yang lepas rutin itu bertukar tempat. Di rumah exco kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam. Atas program yang dijalankan selama 3 hari 2 malam di sana.

Sudah beberapa hari melalui hari-hari di tahun baru, baru tersedar, sungguh kosong hati ini. Tiada azam yang terpahat tinggi seperti selalu. Entah kenapa. Salah sendiri tentunya. Namun malangnya hingga ke saat ini masih tak dapat dikenal pasti di mana silapnya. Masih lagi terfikir-fikir; apakah azam aku pada tahun ini?

Mustahil kiranya ini adalah kesan akibat kepala yang terhantuk pada besi penyangkut baju di bilik air tempoh hari di Shah Alam. Hmm... Tak ada siapa yang tahu kebenarannya melainkan Dia. Tapi sungguh, bisa kesakitan tu masih menggigit di sesetengah waktu. Jadi pantaskah andai 'gegaran kecil' di kepala yang berlaku tempoh hari menjadi penyebab kepada semua yang berlaku ni? ~alasan semata~

Baiklah. Yang berlalu biar terus berlalu. Kerana mana mungkin dapat menjejakinya semula. Jadi, telah ana putuskan, saat ini juga matlamat tahun baru ini perlu ditetapkan.

Terus membina harapan beserta do'a akan niat yang tak tercapai di tahun lalu. Keputusan exam yang tak memuaskan. Hubungan sesama manusia yang kurang kemanisan. Sedaya upaya menarik semula sahabat tersayang yang tergelincir di persimpangan. Perbaiki komitmen terhadap masalah ummah. Teruskan usaha. Teruskan menguat semangat. Sentiasa teguh dalam bersahabat.

Baitul Muslim? Terpaksa dipinggirkan dulu buat sementara waktu. Melainkan Allah yang telah menentu.

Teruskan misi. Luaskan penyebaran dakwah. Terhadap keluarga. Terhadap diri sendiri terutamanya.

Langkah pertama telah terlaksana, dan perlukan istiqomah. Mendo'akan mereka.

Akak nak bagi hadiah pada kamu. Hadiah berupa do'a. Akak do'akan kamu terus istiqomah begini. Bertudung labuh. Akak agak sedih dengan sahabat-sahabat mahupun senior-senior yang akak kenal. Mereka jauh lebih hebat dari akak.

Tapi sayangnya, mereka tidak berjaya untuk istiqomah. Terutama dari segi penampilan dan pemakaian. Sudah manis bertudung labuh. Ditukarnya dengan fesyen yang datang entah dari mana. Memang mereka masih memenuhi syariat. Kain yang dipakai masih labuh menutupi dada walau kadangkala cuma cukup-cukup paras dada. Tapi kan sayang, kalau Allah dah beri keistimewaan, untuk mereka bertudung labuh satu ketika dulu, tapi mereka menolaknya kini, dengan menerima fesyen terbaru zaman kini.

Akak tertanya-tanya, kenapa mereka memilih untuk berpakaian sebegitu andai bukan kerana ingin mengikut fesyen terkini, atau mungkin kerana ingin bercantik-cantik dan bergaya? (na'udzubillah) Akak mendo'akan kamu, dan diri sendiri. Kerana tak mustahil andai Allah jadikan kita dalam kelompok itu juga satu hari nanti.

Tipulah kalau akak cakap, akak tak berkeinginan langsung untuk kelihatan cantik seperti mereka. Lilit sana lilit sini pun, tapi nampak cantik kan? Malah tak keterlaluan kalau akak cakap mereka lebih cantik berlilit lilit begitu berbanding jika mereka bertudung labuh. Tapi dengan alasan ini jugalah akak takut andai akak terus berkeinginan begitu. Berfesyen, bergaya, supaya nampak cantik. Supaya dipuji nampak lebih cantik.

Biarlah akak terus begini. Bertudung labuh tanpa corak-corak menarik. Tanpa manik-manik pelik. Cuma satu warna tanpa ton. Biarlah akak dilabel tak up-to-dated, kuno, tak pandai bergaya, tak tau berfesyen dan apa-apa lah kan. Janji akak tak tergolong dalam golongan orang yang nak bercantik-cantik, nak bergaya dan berfesyen semua tu.

Sedar tak sedar, dah sampai pun di stesen ktm Rawang :)

Allahu Akbar. Selama 3 hari berjalan ni, Allah turut bukakan minda ana untuk berfikir. Dan ia jelas membuktikan, hubungan dangan Allah sahaja tidak mencukupi. Hubungan sesama manusia itu juga sama pentingnya. Namun, andai dilanggar batasannya, hubungan mantap dengan Allah pun takkan mampu menyelamatkan kita dari dosa.

Dahi tercalit hitam, ekoran kerap serta lamanya bersujud, memohon do'a serta rahmat dariNya di peghujung malam. Tapi seribu kali sayang, garisan-garisan halus yang terperlihat Allah di dahi seseorang itu bukan penentu segalanya. Penerimaan segala macam ibadah yang dilaksana hanya Allah yang tahu. Dialah penentu sama ada ibadah mereka diterima atau ditolak. Jauh sekali ana sebagai hamba yang banyak terpalit dosa.

Mungkin bagi mereka bangun bersolat dan beribadah di penghujung malam itu sudah memadai sebagai tiket mereka untuk ke JannahNya. Dan mungkin juga mereka benar-benar tak sedar, bahawa pergaulan mereka dengan ajnabi mereka itu sebenarnya bisa mengundang murka Allah? Hanya do'a sahaja yang dapat ana oanjangkan buat mereka semua~

Moga suatu saat nanti, mereka semua bisa menjadi pejuang-pejuang Islam yang sebenar. Tanpa gurau senda serta gelak tawa yang berlebihan dengan yang bukan mahram di dalam perjuangan. Bergambar berdua jadi biasa. Duduk bersebelahan lelaki perempuan pun tak ada masalah. Sejujurnya, bagi ana sendiri, rasa hormat lebih tinggi kepada mereka yang berpenampilan biasa, namun punya akhlak yang luar biasa! Jauh lagi menutup kelemahan dengan kopiah di kepala~ (na'udzubilah)

Juga buat muslimah-muslimah seperti ana. Yang masih berjinak-jinak dengan dunia perjuangan, agar tetap teguh dan tetap thabat.tanpa perlu mengubah penampilan kepada yang lebih rendah tahapnya. Dari tudung biasa ke tudung labuh, ana sokong. Dari tak bertudung kepada berselendang, walau berlilit lilit pun masih tak apa. Berhijrah kepada yang lebih baik, perlu berdikit-dikit. Tapi andai mahu berubah kepada yang 'kureng' dari yang sebelumnya, minta maaf, namun ana langsung tak sokong!

Penampilan bukan segala-galanya, tapi bukan bermakna ia tak menyumbang apa-apa. Benarlah kata-kata senior ana, mad'u yang tertarik dengan Islam lebih mudah tertarik dengan mereka-mereka yang berpenampilan keIslaman. Pakaian dan penampilan tak menggambarkan iman dan taqwa. Itu yang selalu kita dengar. Namun yang perlu dipersalahkan bukanlah pada penampilan, sebaliknya kepada si pemakainya :)

Jadi, do'a dan harapan ana, buat para da'ie di luar sana serta diri ana sendiri, supaya tak mengaburi mata-mata mad'u di luar sana dengan penampilan Islamik kita semua. Agar medan dakwah Islam bukan terus mundur malah terus berkembang hingga ke akhirnya! Allahu Akbar~

23 November 2011

Nak jugak.

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

> Entri ni dihasilkan beberapa minggu yang lepas dan atas beberapa masyaqqah baru hari ni dapat dipostkan <

Selawat dan salam ke atas junjungan baginda kekasih Allah Nabi Muhammad s.a.w. Juga seinfiniti rasa syukur kepada Dia yang Maha Kuasa atas segala-galanya.

Subhanallah. Diberi peluang lagi kita olehnya, untuk berjumpa di alam maya ini.

Sebelum meneruskan lagi pembacaan entum, bagi sesiapa yang ada nausea, atau sedang sakit perut, atau pening-pening sat ini, ana nasihatkan supaya entum berhenti setakat ni je. Sebabnya berkemungkinan besar, apa yang akan entum baca sekejap lagi bakal membuatkan entum rasa loya-loya nak muntah >.<

Sabanhari sepanjang cuti ni, memang tak ada kerjaan sungguh deh. Selain buat kerja-kerja rumah, memang takada benda lain nak dibuat. Tak ada apa nak difikir. Jadi, Allah beri 'sesuatu' untuk ana fikirkan. Mungkin bukan SEsuatu dah lagi. Rasanya dah dua tiga atu dah.

Pertamanya tentang accident tempoh hari. Sedang dipikirin gimana mau dicari wang bagi membayar ganti ruginya... (to you, stop 'bebel'ing, i know what you mean. Allah will help me. But its one of my main point of blogging today) Dah tu pulak, telefon bimbit (ouh skemanya) sony erricson yang baru berbakti tak sampai 3 tahun, dah berhajat meninggalkan tuannya. Betapa dia cuba menjauhkan diri, dengan merendamkan diri ke dalam selautan air teh ais hampir sebulan yang lalu. Alhamdulillah, si nokia yang tak sampai rm100 tu masih sudi menabur berbakti... Dan rasanya dalam kesempitan sekarang ni, satu handphone sudah memadai...
(problem ni dah lama selesai sebenarnya. tapi sebab baru nak post entri ni kan :D )

Cakap pasal handphone (ni dah nak masuk topik), masa sem lepas, ramai betul kawan-kawan yang tukar handphone baru bila naik sem baru. Mak aih canggih memang toksah cerita. Guna skrin pun boleh... :) Tapi sejujurnya, dalam hati memang tak terlintas langsung nak ada handphone baru. Ceteka kenapa?

Sebabnya... Dalam hati dah berangan nak suruh (bakal) encik zauj belikan (ok ana pula macam nak muntah)... Sebenarnya the main reason sebab handphone pun baru 2-3 tahun guna. Apa salahnya tunggu lagi 2-3 tahun untuk dapat yang baru kan? :p Dan sebab lain adalah untuk menahan diri dari berhasrat untuk memiliki sesuatu yang tak penting sebenarnya... Nak yang mahal-mahal pun buat apa, janji boleh call, hantar mesej. Nak amik gambar pun gambar siapa je kan?..... :)

Tak lupa juga ye untuk encik zauj nanti, belikan laptop baru :) yang sekarang ni punya pun warisan zaman-berzaman, turun temurun punya lappy. Dari ayah, abang dan ana. Tapi asal boleh guna, guna je la. Kan nak dapat yang baru beberapa tahun lagi... :p Ouh terasa materialistik pulak!

Tadinya, baru beberapa minit tadi, sebelum buat entri ni, ana terjumpa satu blog ni dan apalagi ana pun bacalah. Si penulis rasanya belum amik PMR lagi tapi dia buat entri pasal impian dia dari sekarang sampai ke saat hembusan akhir dia. Subhanallah! Ana kagum :)

Jadi sekarang ni ana bukan nak tiru dia, tapi mengambil inspirasi dari dia untuk nukilkan sesuatu di sini...

Sekarang tengah cuti sem, dan akan daftar sem baru insyaAllah pada 9/1/2012 tahun depan. Dan azam ana bermula sem baru nanti, nak study sebetul-betulnya! Biar tak dapat Dean's List tapi puas hati dengan result atas usaha yang diberi. Dan harapnya tak perlu repeat mana mana subjek sebab nak masuk main camp cepat-cepat! Nak habiskan study cepat cepat then lepas tu apa? ..... jengjengjeng .....

Habis sem depan dalam awal bulan 5. Jadi ada lebih kurang 4 bulan sebelum lanjutkan pengajian ke main campus UIAM di Gombak. Ouh berdebar je bila taip UIAM Gombak. Ok berdebar lagi. Bukan apa, cuma terbayangkan cabaran yang lebih besar di sana. InsyaAllah ana perlu habiskan 8sem bersamaan 4 tahun pengajian sebelum dapat menggenggam ijazah sarjana muda dalam Information Technology :) Harap tak jauh dan tinggi sangat harapan dan impian ni mudah-mudahan. Dan kalau ikut kira-kira, akan convo pada tahun 2016. Ouh lamanya lagi.

Tapi sebelum tahun convo itu, kalau ada rezeki, nak jugak berumah tangga setahun dua :) Bukan menggatal ye, ini adalah perancangan. Ini perancangan ana dan Allah yang menentukan. Entum ada? Mak pun cakap, kalau kahwin lambat lambat, berapa orang anak je nanti? Ok maksud ayat ni, seorang perempuan bila dah capai umur 35 tahun, peratus untuk dapat anak yang kurang sempurna adalah tinggi. Jadinya kalau kahwin lambat, umur dah 28, 29 dan ke atas baru nak kahwin, macamana? Tak kan setiap tahun nak mengandung dan bersalin? Ouh bakal suami di luar sana, entum patut tahu bagaimana sakitnya seorang ibu itu semasa sedang melahirkan~

Ada sorang sahabiyyah ni, selalu update status fb dia, tengah belajar masak dengan suami la and whatsoevr tu semualah kan. Ouh tetiba rasa bersemangat pulak nak masak masak cuti ni. So bila dah kahwin nanti, baru complete package! Kalau dapat suami yang terer masak bertambah tambah lagilah syoknya! :p

Macam agak jauh berangan tapi tak salah kita jadikan sebagai renungan kan?

Tapi, sebelum labuhnya tirai 2011, hasrat ana adalah untuk mendalami ilmu-ilmu, bagaimana mahu menjadi anak yang taat dan solehah, seorang kakak dan sahabat yang baik dan bertimbang rasa, juga bagaimana mahu menjadi seorang isteri yang solehah dan taat kepada suami juga kepada Dia yang Maha Esa :)

Menelusuri sunnah itu penting, namun mendalami ilmu juga sama penting. Bukan satu kesalahan untuk berumah tangga tanpa ilmu yang cukup, sebab ramai yang cakap, kita akan belajar bila kita melaluinya. Tapi sanggupkah kita melalui kehidupan berumah tangga berpuluh tahun yang kalau boleh mahu dipanjangkan hingga ke Syurga, dengan ilmu yang tak seberapa tu? Renung-renungkan~

Ok saat ini sedang tengok siaran ulangan rancangan Semanis Kurma, bertajuk DIA UNTUKKU. Wah wah semacam kebetulan pulak. Dalam masa yang sama, sekarang pun ana masih dalam pembacaan novel tulisan Iqbal Syarie, DIA YANG KUNIKAHI :) Kebetulan? Sesungguhnya tiada kebetulan dalam kehidupan ni kerana semuanya telah Allah tetapkan dan rencanakan :)

Hmm entah kenapa keterujaan bab nikah kahwin muda ni dah berkurangan sudaa... Wallahu'alam sama ada kekurangan yang berlaku disebabkan kematangan menangani perasaan itu atau kerana Allah dah tentukan yang ana tak sempat menghadapinya. Wallahu'alam. Tapi ana serious ni, perasaan tu dah tak ada :) Rasa biasa-biasa je bila dengar bab kahwin-kahwin ni... Tapi tetap tumpang gembira orang lain yang berjaya dengan langkah pertama mereka :D

Mabrouk 'alaikum kepada mereka-mereka yang sedang/sudah atau akan berumah tangga! Moga sentiasa ber'couple' hingga ke Syurga! :)

Hmm macam pelik kan? Kata taknak cakap pasal kahwin tapi keseluruhan entri pun dah berkisar pasal kahwin. Means that, yang pasal kahin semua tu dimerepekkan beberapa minggu lepas. Dan yang selebihnya ditaip beberapa minit sebelum entri ni dipost. Get it? :)

Tadi sebelum memulakan penulisan, serasa macam banyak yang nak dibebelkan di sini. Tapi rasanya sampai di sini sahaja buat kali ini. Hingga berjumpa lagi :)

p/s: tak pernah tertinggal nonton cerita Nada Cinta, sinetron indonesia. macam biasa lakonan dia tak usah cakap. tapi entah kenapa ketagih je nak tengok :D

21 November 2011

Kahwin dengan Pak Ustaz

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahu Akbar.

Semakin hari, atau makna lainya semakin bertambah usia dan semakin dekat dengan tarikh kematian, makin kering pula idea untuk berblog ni. Tapi walau apapun, memandangkan blog ni merupakan salah satu wasilah dakwah, diperah juga otak ini segagahnya.

Dan alhamdulillah, tiba-tiba Allah datangkan sesuatu dalam fikiran.

Datangnya dari si adik bongsu, yang mana antara adik-beradik yang lain, ana lebih rapat dengan dia. Walau jurang umur kami adalah 9 tahun, tapi dia tak pernah jemu menawarkan diri untuk mengikut kakaknya ini ke mana pun. Reunion dengan sahabat sepersekolahan, hinggalah ke kedai yang cuma sekangkang kera itu. Dia tak pernah bosan. Atau mungkin ada beberapa kali :p

Teringat zaman sekolah dulu, bila ada je suara-suara yang membisik, 'nak tau tak, dia ni suka kat kau.' dan berbagai jenis lagi bisikan yang lain, pastinya akan dijawab pantas, padat dan ringkas, 'ish tak naklah. aku nak kahwin dengan ustaz'. Allahu Akbar. Tergelak je bila ingat perbualan-perbualan zaman jahiliah dulu. Bila ada yang membalas, 'kang esok lusa betul-betul dia jadi ustaz, baru tau!' Gulp. Terus telan saliva dalam mulut. Bukan apa, ayat ni dianggap ayat penyelamat. Sebabnya, zaman sekolah dulu kan semuanya masih lagi pelajar sekolah, mana pulak nak dapat ustaz pulak tiba-tiba kan~  >.<

Habis cerita zaman sekolah. Tapi masalahnya cerita ni masih tak habis. Sebab cerita-cerita dan perbualan-perbualan kat sekolah semua diulang tayang semula di rumah. Paling kurang pun, diulang tayang dengan adik-adik. Dan si adik bongsu ni pulak, semuanya nak diambil serius.

Buktinya?

Asal ada ustaz baru atau lama kat sekolahnya, semua diusulkan.

'Nak tau tak, kat sekolah kita ada ustaz baru. Muda lagi.'

Tak pun, 'nak kenal tak dengan sorang ustaz ni? Dia tak kahwin lagi.'

Tak cukup dengan tu, asal ada budak-budak muda yang rupa ala-ala ustaz pun termasuk dalam list jugak. Asal pakai kopiah, muka baik sikit, semua disapunya. Nak nak pulak kalau selalu nampak 'pak pak ustaz' ni pergi masjid. Aduhai adikku sayang...

Mungkin salah ana juga. Mungkin adik ana ni fikir kakaknya ni betul-betul dah nak kahwin kot. Atau, mungkin juga memandangkan adik ana ni anak yang bongsu, dari dulu lagi dia suarakan keinginannya untuk mempunyai adik... Alahai sedih la pulak... Itulah, jadi anak bongsu pun ada pro dan kontranya...

Tu lah, dari dulu sibuk sangat nak kahwin dengan ustaz. Memang patutlah bila si adik pun dok padan-padankan dengan sesiapa sahaja yang menjadi 'ustaz' di matanya. Tapi ana pun tetap tak putus asa. Jauh sekali untuk memperkecilkan usaha si adik. Lalu, tersenarailah persoalan-persoalan yang terpaksa dijawab lemah oleh si adik...

'Ustaz tu hensem tak?'

'Ustaz tu umur berapa?'

'Tak naklah. Tua sangat.'

Tak pun, 'tak naklah, muda sangat.'

'Betul ke ustaz tu tak kahwin lagi? Entah entah dah bertunang.'

'Ustaz tu garang tak? Tak naklah garang garang ni.'

Hmm... Terkadang tu kesian jugak pada si adik. Bersungguh cari pak ustaz untuk jadi pasangan kakaknya ni... Tapi dia tak sedar, manalah kakaknya ini layak digandingkan dengan ustaz-ustaz tu semua... Allahu Akbar...

Apa yang nak disampaikan di sini ialah, tak salah mengimpikan pasangan seorang ustaz dan ustazah. Namun pantaskah kita? Dan ketahuilah, sesungguhnya para ustaz dan ustazah itu juga manusia biasa... Yang terkadang pasti akan ada salah silapnya... Dan bukan semuanya dalam kalangan mereka adalah bertepatan seperti yang kita jangkakan. Bukan merendahkan mereka, apatah lagi mengata. Namun itulah realitinya...

Setelah banyak membaca persoalan-persoalan Baitul Muslim ini, semakin banyak jugalah kesedaran yang diberiNya. Kita mahukan yang begitu dan begini, tapi kita hanya mengimpinya tanpa ada usaha untuk menjadi seperti yang kita mahukan. Dan ada setengahnya pula, kita dapat apa yang kita mahu, namun berkahir dengan penyesalan.

Apa tidaknya, kita mengimpikan seorang pejuang, namun bila dah Allah realisasikan, kita pula yang menyesal. Si dia jarang berada di rumah kerana keluar berdakwah di sana sini. Kita pula mahu dia sentiasa berada di sisi. Macamana tu?

Oleh itu, bak kata seorang guru ana, bukan tak boleh mendo'akan secara spesifik untuk dijodohkan dengan si dia, namun sebaiknya berdo'alah supaya disatukan dengan si dia yang mampu memimpin kita ke Syurga :)

20 November 2011

Apakah perasaan ini

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Ya Allah, apakah perasaan ini ya Allah?

Andai ianya haram, dan bakal mengundang murkaMu, maka Kau hilangkanlah ia ya Allah.

Ya Rahman, sesungguhnya kami merancang, dan Engkau juga merancang. Dan Engkaulah sebaik-baik perancang.

Ya Rahim, hijabkan aku dari perasaan berganda ini ya Allah.

Kerana kutahu, akhirnya cuma satu yang bersambut.

14 November 2011

Ouh, jelousnya.

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Astaghfirullah al-'azhim.

Pertama kali.

Pertama kali rasanya entri blog dimulakan dengan isti'azah.

Allahu Akbar.

Terasa diri tidak bersyukur.

Sungguh.

Bermula dari result final exam hari tu rasanya, sampai ke saat ini. Macam-macam. Mulanya macam bersyukur. Macam lah. Tapi lama-lama, baru perasan, tak bersyukur rupanya dengan apa yang Allah dah bagi. Sampai ke saat ni, masih dok banding-bandingkan dengan result orang lain. Fadhilah, wake up! Bersyukurlah!

Allahu Akbar... Entahlah. Nak kata fitrah, tapi tak pernah dengar pulak sebelum ni. Kalau sahabat ada dalil-dalil yang mengatakan perbuatan membandingkan kelebihan orang lain dengan sendiri, bolehlah tolong nyatakan di sini ye. Moga dapat melegakan hati yang merasakan diri sendiri tak bersyukur ni~

Dulu masa mula-mula cuti sem, tak dapat kerja. Jelous je orang lain dah dapat kerja. Tapi bila dah lama-lama baru tersedar, yang awok tu malas sikit (erk) kalau kerja dengan orang. Sebab tu Allah dah tentukan awok tak dapat kerja. Pehe dop? Hmmm... Lebih prefer buat kerja sebelum disuruh. Kalau dah diarah, disuruh la bagai, jawabnya susah la nak jalan~

Lagi satu, ramai sahabat-sahabat, senior-senior semua, dok post gambar dari oversea. Dulu tak ada pulak nak rasa apa-apa. Tapi tiba-tiba je nak jelouslah bagai. Awok sedar tak awok tu bukannya dapat keputusan exam baguih sangat sampai nak study kat luar negara ni? Ouh myself, wake up!!! One more thing, awok bukan orang kaya tau tak? Fadhilah, fadhilah~ (gelenggeleng)

Sebenarnya dulu (sebelum SPM) ada jugak berangan nak study kat tanah arab sana... Tapi memandangkan tak ambil pun bahasa arab masa sekolah menengah dulu, terpaksalah padamkan angan-angan tu... Cuma berharap encik zauj (kalau ada) bolehlah tunaikan angan-angan tu. Terbang ke tanah arab, buat haji terus! Ouh excited terlebih pulak kan. Nak nak pulak baru lepas raya haji :)

Apalagi yang nak jelous ni ye? Hmmm... Bab-bab nikah kahwin ni alhamdulillah dah boleh control :) Sekarang ni dah tak main dah la nak jelous jelous dengan sahabat sahabat yang nikah awal ni... Sebabnya, ana dah tau di mana tahap kemampuan sendiri. Sama ada mampu atau tak untuk berhadapan dengan kehidupan berumah tangga buat masa sekarang :) (senyumsorangsorang)

Alhamdulillah rasanya tak ada apa lagi nak di'emo'kan di sini. Minta maaf pada para pengunjung/pembaca/pengomen blog yang tak seberapa ni, kerana post kali ni dah macam apa entah =,=

Hmm tiba-tiba dapat idea. Benarkan ana berleter lagi sikit ye? Demi kebaikan bersama~  :)

Beberapa hari lepas ada terbaca satu artikel. Yang diolah dari satu hadis. Tapi wallahu'alam sebab ada yang kata hadis tu hadis dhoif. Walau apapun, rasanya tak salah kalau diambil sebagai iktibar.

Maksud hadis, akan berlaku gempa bumi di pertengahan bulan Ramadhan pada hari Jumaat. Yang mana dikatakan 2/3 penduduk bumi akan binasa dan hanya 1/3 yang akan tinggal. Dan seperti yang tertulis di Lauh Mahfuz, tahun depan, 2012, 15 Ramadhan jatuh pada hari Jumaat.

Allahu Akbar.

Dhoif atau sohih tidak menjadi persoalan. Kerana mendengar kenyataan ini sahaja sudah cukup untuk membuatkan hamba yang berakal untuk berfikir. Ana sendiri meremang bulu roma bila pertama kali membacanya. Apa tidaknya, sememangnya mati adalah pasti. Tapi, ke mana arah tuju kita nanti? Syurga, atau Neraka kah yang sedang menanti? Na'udzubillah~

Kalaulah ditakdirkan hadis ini sahih, dan kita tergolong dalam golongan yang 2/3 tu, amacam? Amalan dah berapa lori? Cukup dah untuk melayakkan kita ke Syurga yang menempatkan khalifah-khalifah hebat? Setandingkah taraf kita dengan mereka para anbiya' hingga membuatkan kita layak untuk berada bersama mereka?

Subhanallah. Betapa halusnya cara Allah demi mengingatkan kita akan janjiNya yang pasti.

Seharusnya, orang berakal yang beriman, dah tak ada masa lagi nak berglamour-glamour di dunia sementara ni.

Dah tak ada masa nak berseksi-seksa sana sini.

Dah tak ada masa nak bergaya sana sini.

Dah tak ada masa nak bersuka-ria, enjoy sana sini.

Dah tak ada masa nak kejar kemewahan dunia yang menipu daya ni.

Dan, tak ada masa nak JELOUS lah bagai dengan orang lain! Bersyukurlah! Ingat tu! (angguklajulaju)

Tapi, ana masih juga mahu jelous. Jelous dengan mereka yang tak terpedaya dengan dunia. Masih zuhud mengejar akhirat walau dilambakkan dengan urusan duniawi semata!

p/s: Ya Rahman, moga dengan peringatan-peringatanMu, kami menjadi lebih ingat akan janjiMu. Dan kami jadi lebih kuat dalam menghadapi ujian-ujianMu. Ya Rahim, tabahkan hatiku ini dalam menghadapi semua ini ya Allah.

05 November 2011

Korban dan pengorbanan.

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Subhanallah, alhamdulillah, Allahu Akbar. Juga tak lupa selawat dan salam ke atas nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.

Subhanallah! Cuti kali ni walaupun tak banyak pengisian berbanding dengan masa di uia, ana telah diberi kesempatan menghabiskan beberapa buah buku yang terkandung di dalamnya ilmu dan panduan. Antaranya Aku Terima Nikahnya, oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, Dia Yang Kunikahi, oleh Iqbal Syarie dan kini novel Tautan Hati.

Saat sedang khusyuk membaca novel yang sarat dengan dakwah dan tarbiyyah, Tautan Hati karangan Fatimah Syarha binti Noordin, telah Allah gerakkan hati hambanya ini untuk mencoret sesuatu di sini. Sebenarnya perkara ni dah lama tersimpan dalam kotak fikiran. Cuma tak terolah dalam bentuk penulisan je lagi.

Itulah dia, PEMAKAIAN vs IMAN dan TAQWA. Sebelum ana teruskan, ingin ana tekankan di sini, ana bukanlah yang selayaknya untuk mengadili apalgi menghukum seseorang... Jadi ini hanyalah buah fikiran ana yang Allah telah gerakkan hati ana untuk menulisnya bagi disampaikan kepada semua dan sebagai ingatan untuk diri ana sendiri...

Dah lama ana perhatikan. Kerana ia turut berlaku pada sahabat-sahabat ana juga. Apa dia? Penghijrahan. Na'am penghijrahan itu adalah suatu perkara yang amat dituntut. Namun penghijrahan yang dikiraNya adalah penghijrahan dari yang buruk kepada yang baik, dan yang baik kepada yang lebih baik. Bukan sebaliknya.

Tapi memandangkan sekarang ni dah akhir zaman, tak hairanlah kalau banyak perkara yang berlaku adalah terbalik dan vice versa belaka. Yang baik jadi buruk, yang dah buruk bertambah pula buruknya. Na'udzubillah. Tapi tak semua, cuma sesetengah sahaja. Dan sesetengah itulah ujian dari Allah buat mereka sebenarnya.

Pemakaian yang ana maksudkan adalah pemakaian tudung. Subhanallah, saat ana masih belum berjinak dengan tudung labuh dulu, ana seronok lihat akhowat yang bertudung labuh... Sejuk je mata memandang. Ini pandangan ana sebagai seorang muslimah. Apatah lagi pandangan ikhwan di luar sana kan? :) Dan alhamdulillah, Dia mendengar bisik hati hambaNya ini sekaligus menggerakkan hati ana untuk mula berjinak dengan tudung labuh hingga kini walau ana bukanlah lulusan sekolah agama dan kini juga tidak pun mengambil jurusan agama walau bergelar pelajar UIA :)

Tapi kini ana sedih, 'pembakar-pembakar' semangat ana kebanyakannya dah beralih arah. Mengikuti arus kemodenan kini. Tak keterlaluan kalau ana katakan fesyen-fesyen bertudung sekarang banyak didominasi oleh orang kafir berbanding orang Islam sendiri! Tak percaya? Cuba google tengok. Siapa yang mula-mula men'design' tudung arini ke, shawl, pashmina semua tu. Ana tak cakap yang pakai shawl, pashmina semua tu jahat ke apa. Alhamdulillah kerana antunna masih berpakaian mengikut garisan syariat. Bahkan ada yang berhijrah dari tak bertudung kepada memakai shawl dan pashmina. Ana tabik pada antunna! :)

Yang ana kesalkan adalah 'penghijrahan' dari tudung labuh kepada tudung-tudung yang dah berbagai sekarang ni... Bagi ana sendiri, diri entunna yang betudung labuh jauh lebih indah berbanding entunna dengan tudung yang berfesyen-fesyen tu. Sedihnya rasa... Bak kata sahabat seusrah ana, kenapa kita nak berubah kepada A- atau B+ (tudung biasa), kalau kita dah ada A+ (tudung labuh)? Allahu Akbar... Memanglah masih menutupi dada, tapi... Tak sayangkah entunna pada perkara yang lebih sempurna?

Kadang-kadang yang pakai selendang atau tudung getah (ana tak tau apa nama tudung tu) tu adakala melekap pada badan. Ana rasa lagi sesak adalah. Lepas tu nak melilit sana lilit sini. Terpusing sana terpusing sini. Pusing atas kepala, bawah tengkuk semualah. Nak dipinkan lagi. Nak bagi sama panjanglah bagai. Dah buang berapa jam dah depan cermin agak agak? Kalau entunna tetap dengan tudung labuh, cuma perlu sarungkan je. Kalau dah bertahun pakai lagi mudah. Tanpa tengok cermin pun dah boleh jalan depan orang. Kalau yang berfesyen-fesyen tu, selagi tak tengok cermin memang tak sah! Kalau tersenget sana sini kan dah tak comei. Jadi, mana lebih mudah? Entunna tentukan sendiri :)

Lagipun, kita semua nak cari pasangan yang soleh kan? Yang mampu bimbing kita ke Syurga? Agak agak ada tak antara si soleh ni yang akan pilih antara kita yang berfesyen-fesyen ni? Atau mereka akan memilih yang lebih bersifat keserdahanaan? Ana tak menuding jari pada siapa siapa apatah lagi memberi contoh tentang diri ana yang jauh lebih banyak kekurangan ni. Tapi entunna pandai pandailah menilai sendiri. Ana cuma mampu membukakan mata je. Selainnya entunna yang tentukan kerana itu pilihan entunna sendiri untuk berpakaian dan berpenampilan macamana kan? :)

Sejujurnya, ana bukan tak pernah berangan atau berkeinginan untuk jadi macam entunna semua. Jujur ana katakan, entunna nampak cantik bila berselendang tu semua. Tapi itu yang ana takutkan. Ana seorang muslimah, boleh 'terpikat' dengan entunna. Apatah lagi ikhwan di luar sana. Kan boleh terganggu iman mereka... Tak mustahil ada yang akan cakap, 'awak ni lebih cantik dan manislah pakai begini'... Dan inilah masalah yang kedua, niat boleh berubah. Dari nak berpakaian mengikut syariat, kepada berpakaian untuk nampak cantik. Jadi, ana lebih rela memadamkan keinginan yang tak seberapa tu, ana lebih rela nampak hodoh, kolot, kekampungan, atau nampak macam makcik-makcik dengan bertudung labuh daripada terpaksa berperang dengan bisikan nafsu dan syaitan yang ana tak pasti adakah ana mampu melawannya.

Ana kadang-kadang tertanya-tanya, kenapa ramai akhowat kat luar sana yang sanggup berhijrah dari bertudung labuh kepada selendang atau tudung getah tu biarpun ia masih menutupi dada. Mungkin sesiapa dari kalangan pembaca boleh bantu ana dengan memberi beberapa jawapan yang bernas, masuk akal dan muhasabah bagi merungkai permasalahan ni?...

Betul, memang benar pemakaian atau penampilan tidak menggambarkan iman atau taqwa seseorang. Tapi walau bagaimanapun, pemakaian tetap menyumbang beberapa peratus sebenarnya. Kalau diajak seseorang untuk buat baik, ramai yang akan jawab, 'saya ni pakai pun macamni, boleh ke nak buat kebaikan?...' Nampak tak? Pemakaian turut menyumbang sebenarnya. Walaupun tak semua yang akhlaknya seiring dengan penampilan, tapi sekurang-kurangnya entunna dah 'passed' dalam bab pemakaian :)

Dalam kes ana pula, yang pada mulanya tergerak untuk pakai tudung labuh disebabkan tarikan dari akhowat yang bertudung labuh, andai akhowat bertudung labuh semakin berkurangan, ke mana lagi 'penarik-penarik' muslimat yang ingin berhijrah seperti ana? Sayangnya andai ada yang ingin berhijrah, namun tak terjumpa 'penguat semangat'nya... Allah... Tak mahukah entunna mendapat saham dari muslimat yang dapat an bawa kepada perubahan?

Dan bagi ana sendiri, ramai akhowat yang bertudung labuh di sini (UIA) yang ana jadikan sebagai 'admirer'. Dengan penampilan, juga akhlak mereka yang menambat hati, serta hubungan yang kukuh sesama manusia dan juga kepada Allah. Ana yakin bukan ana seorang saja yang menjadi 'secret admirer' mereka. Cuba bayangkan, andai suatu hari (na'udzubillah) akhowat ini 'berhijrah' pula memakai tudung biasa sebagai contoh, agak agak nak ke orang yang lemah iman dan kehausan bimbingan seperti ana ni untuk jadikan mereka sebagai contoh lagi? Renung-renungkan lah wahai akhowat yang ana sayangi fillah...

Ketahuilah, entri ini ana hasilkan kerana sayangnya ana pada entunna semua. Kita sama-sama nak kejar SyurgaNya. Sama-sama ingin mengajak mad'u ke arah kebaikan. Sama-sama punya iman yang cetek dan lemah. Andai kita tak mampu berpegang teguh dengan 'cinta pertama' yakni tudung labuh kita, bagaimana kita ingin tetap teguh di jalanNya?

Apapun, bagi ana inilah yang dinamakan PENGORBANAN. Seiring dengan hari raya korban ni, ana nak ajak entunna di luar sana agar sama-sama berkorban. Biarlah orang nak kata tudung labuh yang kita pakai nampak macam kain buruk ke apa, janji Allah tak cakap itu kain buruk. Biar nampak kekampungan di mata manusia. Kerana Allah yang menilai kita dan bukan mereka. Berkorban dari nampak cantik di hadapan manusia agar sentiasa nampak cantik di hadapan Allah :)


Wallahua'alam. Selamat berkorban. Selamat Hari Raya Aidil Adha, maaf zahir batin :)

04 November 2011

Oh duit.

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Subhanallah.

Selesai sudah satu perkara yang dianggap masalah yang membebani kepala hampir sebulan lamanya.
Pak cik jiran depan rumah, telah dilangsaikan hutang padanya.

Syukur alhamdulillah.
Selama ni duk pikiaq pikiaq lagu mana la nak selesaikan.
Alhamdulillah, Allah dah bantu selesaikan dah pun :)

Lepas hantar adik bongsu ke sekolah agama, lantas bergegas ke 7-eleven. Nak draw duit. Ya Allah dah macam apa je tadi. Hampir semua kad bank yang ada dalam dompet dikeluarkan. Gayanya kalah orang kaya. Macam beribu ringgit je nak 'cocoh' dari mesin atm tu.

Lepas satu, satu kad bank dijolok masuk ke dalam mulut mesin atm tu. Nasiblah masa tu tak ada orang yang nak draw duit jugak. Dan bila dah dua tiga kali, baru tersedar, jumlah duit belum cukup dengan jumlah yang patut dibayar.

Terus keluar dari situ. Tak tau lagi nak buat apa. Dalam kad tadi rasanya berbaki kurang dari rm100. Ada pulak kad yang tak boleh digunakan. Entah apa masalahnya. Dalam hati dah tertanya-tanya, macamana ni? Setelah dua tiga kali mundur mandir, keluar masuk, akhirnya pasrah. Nekad. Nak draw semaksima boleh. Dan ini bukan satu keajaiban atau kebetulan melainkan kuasa Allah semata-mata! Nah, sekarang dah cukup untuk jelaskan semua pembayaran. Alhamdulillah :)

Sampai sampai depan rumah, pak cik jiran dah memandang. Ok rasanya faham pandangannya itu. Terus diberitahu, kereta nak diambil dari bengkel petang nanti. Kalau nak bayar sekarang pun boleh. Kata pak cik tu. Ouh dalam hati dah dup dap dup dap. Apalagi, masuk dalam rumah nak kira-kira total duit, cukup atau tak nak dibayar pada pak cik tu.

Masuk dalam rumah, lain ceritanya pulak. Saat mengira semua duit yang ada, abang dah mula bertanya itu ini. Dan setelah mengetahui ke mana duit tu akan pergi, bermulalah sesi ceramah non-stopnya. Aduhai. Buat diri rasa serba salah nak bayar je. Sedangkan sejak beberapa hari lepas dah 'practice' untuk hadapi semua ni. Maklumlah, seorang yang bergelar pelajar, tak ada pekerjaan, semestinya duit itu umpama 'sesuatu'. Nak nak pula bukan digunakan untuk tujuan pelajaran.

Hmm... Salah sendiri jugak. Mana taknya, segala urusan pembayaran ni tak dimaklumkan pun pada mak ayah. Tentang accident memang mereka tahu, tapi tentang pembayaran ganti rugi ni, memang mereka tak tahu. Sebab tu abang marah. Dia kata-kata orang yang tak tahu menahu tentang kereta ni (ana lah tu) memang senang kena tipu. Tapi dah bayar dah pun. Bukan boleh minta balik kan? Cuma jadi peringatan di masa hadapan je la...

Mujurlah, Allah 'hantar' seorang sahabat, setelah puas membebel, diberi nasihat free. Nasib baik tak melarat bebelannya. Kalau tak dah lama kena 'serangan balas'. Dan akhirnya, lupakan apa yang jadi. Duit pun dah bertukar tangan. Tak ada guna pun nak menangis nak meratap semua tu.

Lagipun duit bukanlah segalanya. Tak boleh dibawa masuk ke kubur pun. Kan?

Reaksi kemuncak, capai laptop. Log in facebook.

01 November 2011

Dalam Sujud Cintaku (1)

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Subhanallah, walhamdulillah, Allahu Akbar. Seinfiniti rasa syukurku kepadaMu ya Allah, atas segala nikmat dan limpah kurniaMu ya Allah. Dari saat tiada lagi kejadianku hingga dewasanya aku, hingga kini ku sudah pandai mengingkari kata perintahMu!


Allahu Akbar.


Terasa hinanya diri ini. Sangat jauh dari kesempurnaan. Tiada yang lebih mengetahui melainkan Engkau yang Maha Mengetahui. Dari zahirnya ramai yang melihatkan ke'sempurna'an diri ini namun hakikatnya, Allahu Akbar. Sungguh tak layak untuk digabungkan antara aku dan juga sifat kesempurnaan itu walau sedikit pun.


Ya Allah, andai kesedihan dan keperitan yang terbuku di hati seseorang itu mampu terzahir dek mata kasar, maka tiadalah 'hubungan istimewa' antara Engkau dan juga hambaMu. Justeru itu aku sangat mengerti dan memahami mengapa ujian dan dugaan itu Kau wujudkan di celah-celah kehidupan kami. Ya Allah, tabahkan hati kami, kuatkan hati kami dalam melalui segala ujian dan dugaan dariMu. Jadikan ia sebagai pengikat kasih dan ukhuwah antara kami, dan bukan menjadi punca putusnya silaturahim kami.


Subhanallah. Betapa halusnya caraMu ya Allah, dalam mengikat hati kami agar dekat denganMu... Andai kami dapat mengerti hakikat itu, maka tiadalah terdngarnya keluhan di setiap yang Engkau rencanakan...


Saat lagu 'favourite' satu ketika dulu dimainkan di corong radio, cuba diamati butir perkataannya satu persatu, subhanallah, adakah ini maksud pencariankanku selama ini?




Tell me how I'm supposed to breathe with no air

Can't live, can't breathe with no air
It's how I feel whenever you ain't there

It's no air, no air

Ya Allah, tak akan aku mampu untuk survive di muka bumiMu ini andai Kau tidak menurunkan peringatan serta hidayahMu buat kami yang serba kerdil ini.

Saban hari ku berdo'a dan berharap, agar aku dapat menjadi hamba yang menepati syarat-syarat ke SyurgaMu. Untuk menjadi anak yang solehah, taat kepada kedua ibu bapa. Menjadi muslimah yang penuh dengan rasa takut dan malunya kepada Allah, yang mana sifat-sifat itu pula mampu menjadi benteng dari berbuat lagha dan dosa.

Namun kerap kali juga aku sendiri meranapkan do'a itu. Ku meminta, namun tak kulaksana apa yang Kau minta. Terkadang terasa berdosa dengan kedua ibu bapa.

Entahkan apa yang aku lakukan ini digelar derhaka atau tidak?
Entahkan mereka meredhai setiap apa yang aku lakukan entahkan tidak?
Adakah aku sudah cukup untuk digelar anak yang solehah?

Sungguh tak berani mengatakan itu. Aku sedar akan segala kekurangan dan kelemahan. Ingin berubah. erazam untuk berubah. Namun seringkali itu juga nafsu menguasai diri. Selalu diikutkan kata hati, rasa marah yang membawa binasa.

Dan denganMu ya Allah, berlebih-lebihlah maluku. Amalan tak seberapa, namun mengharap tinggi pada JannahMu yang penghuninya dari insan-insan hebat belaka! Tinggikah anganku ini ya Allah? Mudah lelah saat beribadah. Masa juga lebih banyak terluah pada perkara bersifat dunia berbanding buatMu yang Maha Berkuasa!


Ya Allah,

Dalam Sujud Cintaku,
ku memohon kepadaMu,
ampunilah dosa-dosa kami kiranya apa yang Kau timpakan ini berikutan dari dosa-dosa silam kami.

Dalam Sujud Cintaku,
ku memohon kepadaMu,
tautkan kembali hai-hati kami, 
sebagaimana Kau tautkan hati-hati orang beriman yang cinta kepada kebaikan.

Dalam Sujud Cintaku,
ku memohon kepadaMu,
Kau peliharalah kami dari azabMu di akhirat kelak
kerana keperitan seksaanMu pasti tidak tertahan sakitnya oleh kulit nipis kami.

Dalam Sujud Cintaku,
ku memohon kepadaMu,
Kau jauhkanlah kami dari cinta dunia yang berlebihan,
melebihi dari cinta kami kepadaMu juga kekasihMu Rasulullah.

Dalam Sujud Cintaku,
ku memohon kepadamu ya Allah,
Kau akhirilah kehidupan kami dengan husnul khatimah,
dan peliharalah Kami dari bakaran api neraka serta azab seksaanMu.

Nurillahee,
Baiti Jannati,
Saat hati teringatkan mati.

Di manakah akan ku ditempatkan nanti? Dan di manakah entum pula? Beranikah mengatakan entum akan berada di Syurga?

Allahu Akbar.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...