24 October 2011

Ku tangguhkan dulu nikahnya

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Selawat dan salam ke atas junjungan baginda Nabi Muhammad s.a.w.

Subhanallah.
Beberapa hari lepas, ana selesai membaca buku Aku Terima Nikahnya :)

Allahu Akbar.
Ana paling terkesan pada bab terakhir, Murabbi Cinta, Seorang Nabi.

Subhanallah.
Entum semua patut baca buku tu, especially for the last part.
Kita semua selalu tertinggal bab ni.
Kononnya kita dah habis cinta pada Allah dan RasulNya.
Tapi dalam masa yang sama, dalam sedar atau tidak, kita melebihkan cinta itu pada yang lain.

Pada buah hati pengarang jantung mungkin.
Atau pada wang ringgit yang tak seberapa.
Atau, sesuatu yang kita telah jadikan setanding denganNya, NAFSU SYAHWAT.

Mana mungkin nafsu itu setanding dengan Allah 'Azza wajalla???

Itu kata kita.
Tapi perbuatan kita melambangkan yang sebaliknya.

Nafsu dituruti tanpa upaya mengekangnya.
Nafsu sering dimenangkan demi kepuasan yang seketika.
Kita patuh, kita taat atas segala yang diarahkan nafsu.
Apa yang Allah suruh, nanti dulu. Tolak ke tepi dulu.

Jadi sekarang ni dapatkah dilihat siapa yang kita taati? Allah, atau makhluknya bernama nafsu?

Demi menuruti hawa nafsu, kita ketepikan semuanya.
Demi hawa nafsu, kita layan perasaan 'cintan' yang merendahkan harga diri tu.
Demi hawa nafsu, kita tak kisah apa jadi pun, mesej dari 'si dia' mesti jugak kena balas.
Demi hawa nafsu, cinta Allah atau cinta Rasul, dilempar semuanya.
Cinta Allah dan Rasul, mana kita nampak? Di mana buktinya? Semuanya hanya ucapan di bibir semata.

Na'udzubillah.
Andai dapat ditafsir cinta dan kasih itu, tak beruapaya kita untuk membalasnya.
Subhanallah.
Cinta baginda, tatkala sakitnya sakaratul maut, masih kita yang diingatnya.
Walhal kita masih belum dilahirkan ke dunia. Entah wujud entah tidak.
Walhal para sahabat, ahlul bait, semuanya berada di depan mata.
Tapi kita, yang tidak selayaknya untuk diingati pun, masih tinggi martabatnya di mata baginda.

Sangatlah wajar, bila kita membalas cintanya dengan ingkar akan segala ajarannya.
Membalas cintanya dengan amalan harian yang sambil lewa, bagai melepas batuk di tangga.
Membalas cintanya dengan berkasih kasihan dengan yang haram, berbanding dengan diri baginda.
Sangat wajar kan???

Saat ana membaca helaian-helaian akhir Aku Terima Nikahnya, tersedar dari lamunan akan dosa yang menggunung tinggi. Terdetik di fikiran, layakkah aku walau untuk menatap wajahnya dari kejauhan? Dapatkah aku untuk berada dekat dengan baginda pada masa berlakunya huru-hara di Mahsyar kelak?

Allahu Akbar.

Sehingga kini, masih tertanya-tanya, di manakah aku di Mahsyar kelak?
Dalam keadaan tenggelam-timbul dalam lautan peluh?
Mahupun di sisi baginda Muhammad s.a.w?

Ingin ditegaskan, ana tak punya niat langsung untuk membuatkan entum atau sendiri, dari berhenti memikirkan dan membina jalan pembinaan Baitul Muslim itu sendiri.
Sebaliknya ana ingin kita sama-sama fikirkan dan renungkan, sejauh mana persediaan kita ke arahnya.
Jangan ikutkan kata hati semata, kelak bukan hanya badan binasa, tapi juga rumah tangga impian yang ingin dipanjangkan hingga ke Syurga!

Cinta kepada Allah dan kekasihNya Muhammad s.a.w, sejauh mana, dan sedalam mana cinta kita kepada mereka? Adakah sudah cukup dalam buat mendapatkan pasangan soleh/solehah dambaan hati?

Allahu Akbar...

Selesai bab cinta Allah dan Rasul. Sekarang masuk bab cinta sesama manusia. Tapi bukan cintan cintun ye (dah retired cerita bab-bab ni :) ). Sebaliknya cinta seorang ibu kepada seorang anak.

Seorang mak cik yang bermurah hati menceritakn cerita ni. Tak nak cerita dari awal, nanti pening tak faham.

Alkisahnya, seorang ibu memiliki dua orang anak. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Yang lelaki ni macam tak berapa okay sikit, atau abnormal tapi tak lah tahap serius. Masih boleh bekerja. Alhamdulillah seorang pak cik tokei kedai basikal ambil dia bekerja dan hari ini, mereka pergi ke suatu tempat, nak baiki basikal rasanya.

Tak lama kemudian, mungkin sebab si abang ni lambat balik dari hari biasa, mak dia pun telefon mak cik tukang cerita ni sebab kedai dia bertentangnan dengan kedai basikal pak cik tadi. Tanya macam-macam kat mak cik ni tapi yang paling jelas, dia minta no.telefon pak cik kedai basikal tu. Tak sampai setengah jam rasanya, pak cik ni datang dengan gaya ala-ala nak serang mak cik pencerita ni. Malas nak ambil tahu, nanti kata menyibuk hal orang tua. Tapi dapat ditangkap cerita sebenarnya.

Mak si abang ni marah sebab balik rumah lambat. Agak pelik jugak. Marah sebab apa? Masa tu baru tengah hari. Belum malam apatah lagi tengah malam. Kenapa lambat pulak? Then baru lah dapat tahu... Si adik dekat rumah tak ada orang nak jaga... Dan si abanglah yang ditugaskan untuk menjaga adiknya... Agak bernas juga jawapan tu sebab seorang kanak-kanak, kalau tak ada orang nak jaga. Dibuatnya jadi apa-apa kan susah?

Mungkin si ibu ni risau, takut apa-apa jadi pada anaknya... Tapi part yang paling buat ana terkejut sekali, si ibu ni tak bekerja pun. Cuma suri rumah tangga. Jadi apa masalahnya nak jaga si adik ni? Ghupa-ghupanya, si adik ni cacat... Dan si ibu ni dikatakan tak nak menjaga anak ke-2nya ni... MasyaAllah... Betapalah tingginya darjat seseorang itu andai dia bersusah payah menjaga anugerah Allah yang istimewa ni???

Teringat seorang sahabat zaman sekolah di SBP dulu. Nur Amira. Dia adalah pelajar top 10 sekolah. Bayangkan, punyalah susah nak dapat top 100, tapi Amira sentiasa jadi pelajar top 10 setiap kali peperiksaan. Subhanallah!

Dia sangat sangatlah tak lokek dengan ilmu. Pantang orang minta tunjuk ajar, dia akan ajar sampai faham. Biar dia belum buat ulangkaji sekalipun, dia tetap akan bantu kalau ada yang minta untuk dibantu. No wonder lah walau dalam kelas selalu je syahid (oopss), malam-malam lepas lights off tak pernah nak stay up untuk study, she still manage to be among the top 10's student! Allahu Akbar...

Dan salah satu rahsia yang dapat ana cungkil darinya, dia hanya dua beradik. Dan adiknya adalah kanak-kanak istimewa. Tapi berbezanya dengan keadaan tadi, Amira ni terlalu lah sayangkan adik dia ni. Mengikut dari apa yang dia cerita, dapat disimpulkan yang dia ni TAK PERNAH malu punyai adik sebegitu. Walaupun dia jenis yang agak sosial, tapi ada sisi positif dari dirinya. Mereka sekeluarga menatang si anak bongsu ni bagai minyak yang penuh. Malam malam selalu teman Amira ke public phone. Rindu pada adik katanya. Subhanallah.

Wujudkah lagi cinta dan kasih seperti ini?

Sekarang, back to reality. Ini kisah orang. Dan kebanyakkan kita tak kisah sangat pun. Sebab memang selalu terjadi kes ni. Tapi, andai kata, kalau Allah beri ujian yang sama kepada kita, dikurniakan seorang anak yang istimewa? Sanggupkah kita berdepan dengannya? Kita sibuk dok pikiaq kahwin tu senang ja. Ini mudah, ini senang. Tapi bab ujian-ujian yang bakal mendatang? Kita dah ready? Bukan badai rumah tangga semata-mata. Ancaman luar lagi? Dan perkara-perkara yang sewaktu dengannya?

Pikiaq lah sehabis pikiaq. Jangan menyesal di kemudian hari.
Ini bukan untuk memberhentikan kita semua dari menuju ke arah pembinaan Baitul Muslim.
Sebaliknya ini adalah salah-satu elemen yang perlu kita masukkan sebagai persediaan dalam menuju alam berumah tangga yang penuh masam, masin, pahit dan manisnya :)

Aku Terima Nikahnya, you really changed my life :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...