05 October 2011

Da'ie zaman moden.

Dengan namaMu ya Allah, yang Maha Pemurah  lagi Maha Penyayang.

Selawat dan salam atas junjungan baginda Nabi Muhammad S.A.W.

Alhamdulillah, terus diberi peluang. Masih bernafas dari hari ke hari. Hingga tibanya saat itu. tiada siapa pun yang tahu.

Saat diri masih bernafas, berharap dapat memeberi sesuatu. Andai tidak mahu diambil dan dihargai orang lain, moga diri sendiri dapat mengutip ibrahnya.

Da'ie.

Ana malu mengaku diri sendiri sebagai da'ie. Mengajak manusia ke arah kebaikan, juga mengajak meninggalkan kemungkaran, namun diri sendiri kadangkala turut tergelincir. Malah adakalanya mungkin lebih jauh tersasar dari mad'u.

Ana punya ramai sahabat seperjuangan. Subhanallah. Hebat mereka ni. Dari segi ilmunya, sifat kepimpinannya, macam-macam lagi. Tapi ana sedih. Bukan kerana ana tidak ada apa yang mereka ada. Cuma sedih, kerana mata ini seringkali melihat kelemahan orang lain walhal diri sendiri juga punya banyak kekurangan. Tapi moga apa yang ingin ana kongsikan dapat difahami. Oleh diri sendiri juga.

Dalam diri dah ada fikrah perjuangan, tapi perhubungan dengan ajnabi kurang dititik beratkan. Sedih. Lebih-lebih lagi bila terjadi pada sahabat terdekat. Dan bertambah-tambah sedih lagi bila nasihat yang diberi hanya dilempar ke dalam longkang. Mungkin itulah yang dipanggil ujian :) Hmm mungkin cara teguran tak kena. Atau ada silap kat mana-mana. Allahua'alam. Tapi bila dia berkongsi dengan orang lain, itu dan ini, suruh hayati itu dan ini, insaflah, bertaubatlah, tapi dalam masa yang sama, dia buat sesuatu yang tak sepatutnya. Rasa sedih tu, hanya Allah yang tahu.

Ada juga yang lantang menegakkan kebenaran, aurat mesti dijaga. Mengutuk bagi yang tak jaga. Alhamdulillah, sebab dalam menegur yang tak betul, turut disertakan apa yang betul. Tapi sayang, teguran hanya bab aurat. Na'udzubillah mungkin dirasa pemakaian diri sendiri dah sempurna. Sebab tu berani tegur orang lain. Tapi bab-bab lain tak pula dipandang sebagai wajib. Mana yang halal mana yang haram. Masih juga tentang hubungan dengan ajnabi. Mungkinkah sebab dia tak tahu, sama ada hubungan itu halal atau haram? Bermesraan dengan ajnabi walau dalam telefon/internet itu halal atau haram? Mungkinkah dia tidak tahu? ...

Sedih lagi. Bila orang hebat dalam lapangan dakwah, tapi hubungan dengan para da'ie yang lain, hambar. Hebat dalam berdakwah, tapi percakapannya seringkali mengguris hati orang lain. Mungkin tidak bagi yang dah biasa dengannya. Tapi bagi orang-orang yang baru mengenalinya? Apakah ini contoh yang nak diberikan buat para mad'u di luar sana?

Mungkin pendapat ana selama ini boleh dipersetujui. Semuanya adalah kerana perasaan; apa yang aku buat ini adalah betul. Atau, aku lebih baik dari orang lain. Tak dinafikan, ana sendiri tak dapat lari dari perasaan ini kadangkala. Tapi sebolehnya ana cuba jauhinya. Dan mungkin entum juga. Cuma sedih bila adanya mereka-mereka yang tak cuba peranginya. Atau mungkin ada yang mencuba, tapi cepat pula mengalah dan putus asa.

Allahu Akbar.

Ana ingin sama-sama dengan mereka. Cuma ana tak kuat untuk berkata apa lagi. Beberapa kali mengajak, tapi tiada reaksi seperti ingin ambil peduli. Entahlah. Mungkin salah pada diri sendiri semestinya. Mungkin kerana diri sendiri tak punya kualiti yang begitu baik untuk mengajak mereka kembali sama-sama ke landasan sebenar.

Mungkin itulah dia, yang dinamakan dugaan. Itulah dia, ujian.

Beberapa hari lepas, bersembang dengan seorang junior sekolah dulu.

Bercakap tentang pembinaan gereja kat Bukit Jalil sana. Dengarnya gereja paling besar di dunia. Allahua'lam. Paling besar atau paling tak besar sekalipun, ia tetap gereja. Mungkin tak semua yang ada perasaan itu, tapi ana ada. Perasaan apa?

Takut. Takut hingga tak mampu bayangkan bagaimana keadaan Islam kelak selepas pembinaan gereja tu. Allahu Akbar. Satu persatu. Mula-mula 'monyet emas' di Batu Caves. Sekarang gereja pulak. Sebelum terciptanya semua tu pun, kita dah dapat lihat bagaimana keadaan Islam sekarang. Esok lusa? Agak-agak macamana? Allahua'alam.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, nak kisah buat apa? Bukan kita yang nak pergi gereja tu pun! Na'am memang betul, dan mudah-mudahan tak ada siapapun antara kita akan pergi ke sana. Tapi orang lain? Anak-anak muda sekarang ni? Siapa yang tahu? Bukannya ada kaitan dengan kita kan? Betul ke tak ada kaitan langsung dengan kita?

Ouh para da'ie di luar sana, benarkah tak ada kaitan dengan kita? Kalau jawapan entum adalah ya, malulah dengan diri sendiri. Adakah kita di dunia ini hanya nak masuk Syurga seorang diri? Dan adakah dengan keputusan tak-ambil-peduli masalah orang lain tu mampu membawa kita ke JannahNya? Rasanya entum semua ada jawapan itu.

Benarlah, sudah pun akhir zaman. Na'am, dari dulu lagi kita sedar, sekarang ni adalah akhir zaman. Tapi tindakan kita, rutin harian kita tak menggambarkan langsung yang kita dah bersedia menghadapi hari yang dijanjikanNya.

Dan itulah dia, da'ie zaman kini. Da'ie zaman moden.

Kalau aku nak sibuk hal orang lain, habis amalan aku macamana?
Kalau asyik nak fikir orang lain, macamana aku nak masuk Syurga?
Diri sendiri pun tak terbela, nak tambah pulak dengan masalah orang lain.
Mereka bukan adik/kakak/kawan aku.
Orang lain kan ada, suruhlah mereka.

Kalau inilah alasan kita, bolehlah pergi hantuk kepala masing-masing di dinding.
Kalau inilah alasan kita, jangan buat muka tak malu mengaku diri sendiri adalah da'ie.
Kalau inilah alasan kita, jangan terhegeh-hegeh buat muka sedih bila jadi sesuatu pada agama Islam.
Kononnya diri tu ambil peduli. Konon-kononnya.

Sampai bila kita nak buat sikap tak-ambil-peduli?
Sampai bila?

Nak bergerak seorang diri memang agak mustahil.
Sahabat seperjuangan pulak ramai yang agak tersasar dari landasan sebenar. Ada yang ok setengah bahagian, tapi setengah bahagian lagi kurang ok.

Tapi jangan bersedih. Jangan putus asa.
Mereka tetap punya fikrah yang sama.
Panggil mereka, ajak mereka sama-sama kembali ke medan yang sebenar.
Kerana kita adalah para da'ie.
Dan kita punya banyak tugas unutk dilaksana!

Buang rasa sedih, buang rasa ego.
Buang semuanya.
Sekarang bukan masa unutk emo-emo.
Sekarang bukan masa nak terasa hati, atau berkecil hati.

Sekarang adalah masa untuk bertindak!

1 comment:

  1. amalkan 6 sifat sahabat Nabi dan 5 amal masjid..

    6 sifat Sahabat:
    1. Khalimah toyyibah (Lailaiha illallah, Muhamadar rasulullah)
    2. Solat khuyu' khudu' (solat diawal waktu dimana azzan dilaungkan secara berjemaah)
    3. Ilmu dan zikir
    4. Ikramul Muslimin (memuliakan sesama muslim dan tunaikan hak-hak saudara kita tanpa meminta balasan)
    5. Ikhlas niat
    6. Dakwah dan tabligh (Keluar di jalan Allah untuk mengekalkan hidayah dalam diri dan menjadi asbab turunya hidayah)

    5 amal:
    1. Mesyuarat/ Fikir
    2. Usaha harian
    3. Taklim (bacaan hadith)
    4. Ziarah (gasyt)
    5. Keluar di jalan Allah

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...