28 October 2011

Bersyukur.

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Allahu Akbar.

Setelah puas me'reload', reload dan reload sejak 5 petang semalam, baru tengah hari tadi berjaya membolosi gawang 'cfs portal'. Allah. Memang sangat menggugat iman dan sabar. Sebelum ni paling lama pun sejam dua dah boleh masuk. Tapi kali ni bukan sekali dua, tapi sehari dua.

Setelah result terpampang depan mata, tersenyum, terkedu, semua ada. Apa yang dipaparkan, itulah usaha ana selama ini. Meraung, menjerit, menangis, melolong. Ouh ana tak buat semua tu ok... Cukuplah berkata-kata dalam hati... Nak menyesal pun dah tak guna. Dah itu yang Allah nak bagi?

Ana pun selalu berdo'a supaya Allah beri yang terbaik. Dan ana percaya itulah yang terbaik buat ana :) Result biasa biasa je, tak ada pun sampai Dean's List :)

Ouh tiba-tiba teringat kat seorang sahabat ni, dia baru je nikah di akhir Ramadhan hari tu... Kami sebaya... And gues what? Dia dapat Dean's List :) Subhanallah. Rezeki dia Allah nak beri kan? Allah... Tiba-tiba macam nak merasa pulak... :p

Okay sila bertukar arah laluan angin sekarang. Sebelum melalut jauh ke tengah laut.

Hmmm... Cakap tentang syukur, banyak sebenarnya sebab konkrit yang menunjukkan kenapa kita perlu bersyukur. Daripada kesempurnaan dan kesihatan tubuh badan, pernafasan, kejayaan, dan macam macam lagi yang tak akan mampu ana sebut semuanya di sini.

Antara nikmat lain yang perlu kita syukuri adalah nikmat teman. Atau sahabat, mahupun kawan. Cuba bayangkan, kita hidup di dunia ni seorang diri. Tanpa ditemani sesiapa. Nak pergi jalan-jalan, sorang sorang. Nak pergi makan, sorang sorang. Pergi ke kelas, sorang sorang. Sembang sorang sorang. Melayan perasaan sorang sorang. Sekali sekala gagah lagi. Tapi kalau SEUMUR HIDUP?

Alhamdulillah, ana dikurniakan ramaaaaaai sahabat :) Lebih lebih lagi sahabat muslimat. Allahu Akbar. Indahnya berukhuwwah itu, saat berjauhan, rindu tak pernah berhenti menerpa. Dan sejak akhir-akhir ini, rindu ana buat seorang sahabat sering menerjah dan kadankala hampir berjaya membuat air mata tumpah...

Kami selalu bersama. Walau tak setiap masa, tapi kebanyakan masa kami luangkan bersama.

Pergi kelas sama-sama.
Pergi makan sama-sama.
Pergi meeting sama-sama.
Buang masa sama-sama.
Layan movie sama-sama.
Banyaklah lagi yang buat sama-sama.

Tapi sejak sebelum pertengahan sem lepas lagi, dah jarang kemunculan 'sama-sama' tu antara kami. Kebanyakkannya kami buat sendiri. Dari awal lagi dah dapat detect, apa puncanya. Tapi salah ana sendiri, sebab pandang remeh pada awal masalah ni.

Semuanya bermula selepas satu event tu. Seorang hamba Allah tiba-tiba muncul. Dan ana pasti, munculnya dia sebagai ujian buat sahabat ana. Sekali dua nasihat, alhamdulillah, berjaya. Tapi malangnya, beberapa kali selepas tu, nasihat hanya umpama batu-batu kecil yang terbiar di jalanan... Hanya dipandang sepi. Umpama sampah yang sudah tidak ada lagi gunanya...

Sedih, hanya Allah yang tahu. Berkali-kali menasihati. Tapi semua kata-kata tak pernah beerti buatnya. Si 'dia' lebih diutamakan dari segala-galanya. Alhamdulillah. Dia masih solat, mengaji dan mengulang kaji pelajaran. Namun kadang kadang persoalan yang sama tak pernah berhenti menyinggah di kotak fikiran... 'Apakah ibadah yang dilakukan itu diterima, andai larangannya dilaksana dalam masa yang sama?' Dan peroalan itu berlalu pergi saat tersedar bahawa ana bukanlah sesiapa untuk mempersoalkannya...

Sedihnya, bila sahabat yang dahulunya sering berkongsi rasa, sudah dicuri dan dirampas oleh 'dia'.
Segala aktiviti yang kami lakukan bersama, kini hanya tinggal kenangan semata.
Segalanya hanya kerana 'dia'.

Bunyinya agak selfish, tapi ana berhak punyai perasaan itu andai 'dia' itu tidak halal bagi sahabat ana.

Pernah timbul perasaan iri pada 'dia', namun kerana bimbang ianya bertukar benci, ana lupakan perasaan sakit hati itu. Demi persahabatan yang lebih setahun bersemi, ana diamkan pada lahirnya, dan hanya mampu berdo'a pada zahirnya.

Kemesraan kami dah tak macam dulu. Ana tau dia juga rasa akan keganjilan perhubungan kami. Saat saling bertegur sapa, sangat jelas ke'ganjil'an aura itu. Tiada langsung kemesraan dalam perbualan kami. Umpama suatu ketika dahulu. Seperti tidak ikhlas nada suara kami. Tegur hanya sekadar ingin mengambil hati masing-masing. Tegur sekadar ingin menidakkan kedinginan hubungan kami. Allahu Akbar... Sungguh tidak enak sekali perasaan itu!

Sahabatku, dulu engkaulah yang menjadi tempat luahan rasa hati. Kini aku terpaksa mencari pengganti. Kerana kau terlebih dahulu mencari penggantiku. Aku redha kiranya yang mengganti itu lebih baik dariku, tapi tidak jika dia haram untukmu jua untukku.

Hampir sebulan bercuti. Hampir sebulan juga kami tidak bertegur sapa. Beberapa sms ana layangkan padanya. Tapi tak ada satu pun yang dibalas. Entahlah. Mungkin salah ana sendiri sewaktu menegurnya dulu. Namun sejujurnya, tak dapat ana terima kiranya dia mengetepikan sahabat-sahabat lain demi seorang yang bernama LELAKI!

Sahabat, andai aku masih lagi kau anggap sebagai sahabatmu, berjanjilah agar kau tidak melakukan apa yang Dia telah larang kita dari melakukannya. Aku sedia menerimamu kembali, andai bukan 'dia' yang menjadi penghalang. Andai kau tak mampu membuat pilihan antara kami, maka lakukan apa sahaja yang kau mahu, tapi dengan cara yang diredhaiNya, dengan cara yang halal. InsyaAllah i'll come to your wedding :)

Iinilah kisah ana. Dengan seorang yang bernama sahabat. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Na'am. Betul. Allah telah hantarkan beberapa sahabat yang lain sementara dia (sahabat lama) menjauhkan diri. Alhamdulillah ya Allah :)

Jadinya, bersyukurlah dan hargailah sahabat entum semua. Setiap antara mereka adalah berbeza dan perbezaan itulah yang membuatkan mereka istimewa. Syukran ya sodiqoti! :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...