07 October 2011

Ayah.

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Subhanallah. Sudah masuk hari ke-8 rupanya bersemayam di Baiti Jannati.

Indahnya perasaan itu. Bersenang-senang di rumah, tanpa perlu menghadap buku-buku, tutorial, kuiz dan semuanya.

Tapi keindahan itu tak berpanjangan. Macam biasalah, bila dah ada depan mata, mana nak pernah dihargai. Samalah macam yang dialami sekarang. Mulanya seronok duduk makan baring tidur kat rumah, lama-lama perasan 'mengada-ngada', tak sabar nak naik sem baru, menjelma sikit demi sikit. Ohh diriku...

Saban hari rutinnya sama, kemas rumah, basuh pinggan mangkuk, basuh & jemur kain baju, memasak, dan lain-lain kerja rumah. Ambil dan hantar adik-adik ke sekolah, atau tuisyen atau ke mana-mana je. Ada masa tengok korean's reality show; Running Man. Dan rutin sampingan; baca kitab 'Aku Terima Nikahnya' :)

InsyaAllah esok akan menjejakkan kaki ke CFS PJ, untuk kursus MUET selama dua hari.

Dan kali ini, sangatlah berbunga-bunga-bunga hati ini untuk bercerita tentang salah seorang dari kekasih hati; ayah.

Impression pertama, hampir semua orang tentang ayah ana, garang. Dari dulu sampai sekarang, memang impression tu tak pernah berubah. Zaman ayah betul-betul garang, atau zaman ayah dah tak garang, impression mereka tetap sama. Ohh ayah...

Ana akui, ayah memang garang. Garang ayah sekarang tak setanding zaman kami adik-beradik sebesar bantal peluk dulu. Sampaikan kami adik-beradik tak berani nak berjenaka pun dengan ayah. Pantang antara kami bergaduh, memang siap. Ayah tak tanya siapa yang salah, sebaliknya dua-dua pihak akan kena. Siap boleh buat pilihan lagi, nak rotan atau tali pinggang. Prinsip ayah senang, hulur je tangan. Zappp sekali, habis cerita. Tapi adik-adik ana jarang yang kena sekali, selalunya akan kena lebih dari sekali. Sebabnya masing-masing tak berani nak hulur tangan. Dah macam tu, sure la kena lebih...

Kadang-kadang ayah tak sampai hati pun nak rotan kami. Jadi, dendanya.....

'Angkat sebelah kaki, dua-dua belah tangan pegang telinga. Kalau jatuh, siaplah!'

Kadang-kadang tu siap main kejar-kejar dalam rumah. Tapi nak buat macamana, still tak dapat terlepas dari hukuman ayah...

Tapi itu kisah dulu. Kan ada pepatah, dulu lain, sekarang lain. Macam tu jugalah ayah ana.

Sekarang ni ayah lebih cool. Walau kadangkala ayah ada jugak naik angin. Tapi rasanya orang yang normal memang akan ada perasaan tu. Tapi sepanjang baca  buku 'Aku Terima Nikahnya', ana dapat rasakan cara didikan ayah kepada Ustaz Hasrizal jauh berberza dari cara yang digunakan ayah. Lain orang lain caranya. Apapun alhamdulillah, kami berjaya menjadi manusia hingga saat ini :)

Teringat cerita adik sewaktu makan malam tadi, katanya masa kawannya datang beraya rumah kami hari tu, kawannya saja bagi alasan untuk buang sampah dan pergi ke dapur. Tapi bila adik ana tengok matanya berair. Ditanya kenapa? Jawabnya, takut dengan ayah ana. Ohh ayah...

Itu kisah adik yang bongsu. Kisah adik perempuan pun lebih kurang sama. Cuma tak lah sampai menangis. Kawannya punyalah takut bila bercakap dengan ayah. Nak nak pulak ayah cakap, hari tu dia memang sengaja nak sergah kawan adik tu. Ayah ayah...

TAPI..... Sebenar-benarnya, ayah sangatlahhh baik. Cool saja... Ayah suka bercerita. Kalau layan ayah bercerita, memangboleh ngam punyalah. Teringat dulu, kalau ada antara kami adik-beradik yang kena marah dengan mak, senyap-senyap ayah ajak keluar. Pergi jalan-jalan, ambil angin... Ayah oh ayah... :)

Ayah pun selalunya tak susah to deal with. Kalau nak minta kebenaran ke, nak minta duit ke. Ayah mesti mula-mula akan tanya habis-habisan.

A: Ayah, nak rm50. Nak beli buku.
Ayah: rm50? Nak buat apa? Beli buku apa? Kat rumah tak cukup lagi ke buku? Kenapa mahal sangat?

Sambil ayah 'interview' tu, tangannya pun sibuklah keluarkan not rm50... Ayah ayah...

Tapi, kalau ayah marah, jangan pernah berani nak melawan. Silap haribulan bolehkena lempang!

Tapi zaman kami adik-beradik dah besar ni, jarang dah kami kena 'punishment'. Selalunya kalau kena pun adik-adik ana yang lelaki tu. Maklumlah, nama pun lelaki. Mana nak duduk diam.

Walau apapun, hukuman tetap hukuman. Tapi ringan dah sikit. Ana tengok sekarang ni kalau ayah nak rotan pun macam tak nak rotan je. Ayah gelar sesi kena rotan tu sebagai main tingting. Sebab adik-adik akan terlompat-lompat bila ayah rotan kaki mereka... :)

'Hah, main tingting. Main tingting! Lompat lagi, lompat!'

Terkadang ana dapat melihat senyuman kecil ayah di saat ayah merotan adik-adik. Tak adil tak adil!

Apapun, alhamdulillahi rabbil 'alamin 'ala kulli hal ya Allah. Kau kurniakan kepada kami seorang ayah yang penyayang, walau kadangkala tidak kami nampak kasih dan sayangnya itu. Moga Kau sentiasa berkati kedua ibu bapa kaim ya Allah. Ameen.

Notakaki: Packing packing. Esok kena overnight di CFS.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...