17 October 2011

Aku Terima Nikahnya

Dengan namaMu ya Allah, yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Allahu Akbar.

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Alhamdulillah, segala puji dan pujian buatNya, yang masih memberi ruang dan kesempatan buat kita semua, untuk bernafas, berbakti dan membuat amal sebagai bekalan di muka bumiNya ini. Dan dengan izinNya juga, dapat kita bersua kembali di alam maya ini.

Syukur ya Allah.

Hampir seminggu blog ni dibiarkan sepi. Bukan akibat kekangan waktu, tapi masalah internet yang tak tahu hujung pangkalnya. Alhamdulillah, setelah sekian lama, baru semalam internet boleh digunakan kembali.

Hmmm... Dah masuk minggu ke-3 (rasanya) bercuti, duduk goyang kaki di rumah. Ayat yang menunjukkan kurangnya pengisi di rumah... Currently sedang menghabiskan pembacaan kitab Aku Terima Nikahnya karangan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Syukran ya Allah, Kau pertemukan aku dengan sebuah karya yang berjaya membuka mataku seluasnya, akan gambaran sebenar hidup berumah tangga.

Aku Terima Nikahnya.

Hanya satu ayat pendek yang mudah disebut dan diingat sekali lafas. Namun isi tersiratnya tak ramai yang mampu ungkaikan. Alhamdulillah, buku ni sudah dapat membenteng diri, supaya tak senang-senang aje beritahu pada mak dan ayah, 'saya nak kahwin'. Sekurang-kurangnya buat masa sekarang :)

Realiti sebenar dalam melayari bahtera kehidupan, yang kebanyakkannya yang dihadapi oleh ustaz sendiri, banyak menggerakkan ana untuk mengkoreksi diri sendiri. Kahwin itu bukanlah suatu perkara yang mudah seperti kebanyakkan remaja sekarang yang semudahnya menyatakan, 'cuba dulu, baru tahu.'

Ya memang benar, dalam perkara kebaikan, Allah akan bantu kita dalam menghadapinya. Namun tahukah kita, bila saatnya Allah akan beri bantuan itu? Adakah saat kita berdepan dengan masalah, Allah akan beri pertolongan di saat itu juga?

Walaupun ana tak khatam lagi buku ni, tapi ana boleh katakan dalam 60-70% ana boleh dapat sebagai persediaan membina Baitul Muslim. Subhanallah! Hanya dengan sebuah buku, kompilasi 3 dalam 1, yang harganya tak mencecah pun 3 angka!

Banyak yang ustaz bicarakan. Banyaknya itu hingga membuatkan ana jadi gerun untuk berumah tangga! Namun kegerunan itu tak akan pernah membuat ana serik dalam membina impian dan harapan untuk membina Bait Al-Muslim :)

Dari mencari calon pasangan, hingga setelah beranak-pinak, semuanya ada. Macamana nak cari pasangan hidup berdasarkan syariat, bagaimana menguruskan kehidupan kekeluagaan di samping dengan tuntutan kerjaya, bagaimana untuk mengelak serta menguruskan masalah-masalah dalam rumah tangga, bagaimana mendidik anak-anak mengikut garisan Islam dan banyak lagi. Tak boleh cerita banyak-banyak, nak tau kena baca sendiri. Baru ada feel!

Teringat sahabat-sahabiyyah seperjuangan, yang segelintirnya mengahadapi masalah dalam bab-bab Baitul Muslim ni. Tak sampai hati membiarkan mereka tenggelam dengan angan-angan yang masih belum boleh untuk dicapai. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum mengatakan 'saya dah ready nak kahwin'. Sejujurnya, terlalu banyak yang perlu diambil kira.

Namun ana juga akui, ramai yang sudah pun melepasi garisan kebimbangan ni. Tapi bagi yang sedang on the way tu, belajar-belajarlah dulu. Lebih kurang macam pepatah orang Melayu, terlajak perahu boleh diundur, kalau dah terlajak kahwin?..... Pandai-pandailah sambung ye... :)

Allahu Akbar.

Tiba-tiba perasaan nak kahwin awal tu dah makin menjauh... :) (tapi tak mustahil untuk datang balik kan?)

Sebabnya, bila dah baca buku ni, rupanya baaaaaaanyak lagi yang tak ready sebenarnya. Bila fikirkan balik, apalah salahnya korbankan 3-4 tahun, demi sebuah kehidupan rumah tangga yang kekal hingga ke Syurga! (ececeh...)

So, think first, before make out a BIG decision.

Langgar kereta jiran.

Ok. Yang ni berlaku hari Juamaat lepas. Dok kelam kabut sangat reverse kereta sebab nak hantar adik-adik pergi solat Jumaat, terciumlah kereta jiran depan rumah...

Memandangkan ni first time punya accident sejak dapat lesen, jadi memang tak tahu nak buat apa. Lepas dah langgar tu, pergi surau dulu. Dah balik tu, baru pergi depan rumah jiran dengn muka takut, nak minta maaf =,=

Alhamdulillah, tak kena torture pun, cuma kena bayar ganti rugi...

Rasanya sampai sini je coretan kali ni... Tak sabar nak habiskan, AKU TERIMA NIKAHNYA!

p/s: semakin bersemangat untuk belajar lagi tentang ilmu munakahat :)

1 comment:

  1. syukron ukhty...
    http://urayfirdaus.blogspot.com

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...