28 October 2011

Bersyukur.

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Allahu Akbar.

Setelah puas me'reload', reload dan reload sejak 5 petang semalam, baru tengah hari tadi berjaya membolosi gawang 'cfs portal'. Allah. Memang sangat menggugat iman dan sabar. Sebelum ni paling lama pun sejam dua dah boleh masuk. Tapi kali ni bukan sekali dua, tapi sehari dua.

Setelah result terpampang depan mata, tersenyum, terkedu, semua ada. Apa yang dipaparkan, itulah usaha ana selama ini. Meraung, menjerit, menangis, melolong. Ouh ana tak buat semua tu ok... Cukuplah berkata-kata dalam hati... Nak menyesal pun dah tak guna. Dah itu yang Allah nak bagi?

Ana pun selalu berdo'a supaya Allah beri yang terbaik. Dan ana percaya itulah yang terbaik buat ana :) Result biasa biasa je, tak ada pun sampai Dean's List :)

Ouh tiba-tiba teringat kat seorang sahabat ni, dia baru je nikah di akhir Ramadhan hari tu... Kami sebaya... And gues what? Dia dapat Dean's List :) Subhanallah. Rezeki dia Allah nak beri kan? Allah... Tiba-tiba macam nak merasa pulak... :p

Okay sila bertukar arah laluan angin sekarang. Sebelum melalut jauh ke tengah laut.

Hmmm... Cakap tentang syukur, banyak sebenarnya sebab konkrit yang menunjukkan kenapa kita perlu bersyukur. Daripada kesempurnaan dan kesihatan tubuh badan, pernafasan, kejayaan, dan macam macam lagi yang tak akan mampu ana sebut semuanya di sini.

Antara nikmat lain yang perlu kita syukuri adalah nikmat teman. Atau sahabat, mahupun kawan. Cuba bayangkan, kita hidup di dunia ni seorang diri. Tanpa ditemani sesiapa. Nak pergi jalan-jalan, sorang sorang. Nak pergi makan, sorang sorang. Pergi ke kelas, sorang sorang. Sembang sorang sorang. Melayan perasaan sorang sorang. Sekali sekala gagah lagi. Tapi kalau SEUMUR HIDUP?

Alhamdulillah, ana dikurniakan ramaaaaaai sahabat :) Lebih lebih lagi sahabat muslimat. Allahu Akbar. Indahnya berukhuwwah itu, saat berjauhan, rindu tak pernah berhenti menerpa. Dan sejak akhir-akhir ini, rindu ana buat seorang sahabat sering menerjah dan kadankala hampir berjaya membuat air mata tumpah...

Kami selalu bersama. Walau tak setiap masa, tapi kebanyakan masa kami luangkan bersama.

Pergi kelas sama-sama.
Pergi makan sama-sama.
Pergi meeting sama-sama.
Buang masa sama-sama.
Layan movie sama-sama.
Banyaklah lagi yang buat sama-sama.

Tapi sejak sebelum pertengahan sem lepas lagi, dah jarang kemunculan 'sama-sama' tu antara kami. Kebanyakkannya kami buat sendiri. Dari awal lagi dah dapat detect, apa puncanya. Tapi salah ana sendiri, sebab pandang remeh pada awal masalah ni.

Semuanya bermula selepas satu event tu. Seorang hamba Allah tiba-tiba muncul. Dan ana pasti, munculnya dia sebagai ujian buat sahabat ana. Sekali dua nasihat, alhamdulillah, berjaya. Tapi malangnya, beberapa kali selepas tu, nasihat hanya umpama batu-batu kecil yang terbiar di jalanan... Hanya dipandang sepi. Umpama sampah yang sudah tidak ada lagi gunanya...

Sedih, hanya Allah yang tahu. Berkali-kali menasihati. Tapi semua kata-kata tak pernah beerti buatnya. Si 'dia' lebih diutamakan dari segala-galanya. Alhamdulillah. Dia masih solat, mengaji dan mengulang kaji pelajaran. Namun kadang kadang persoalan yang sama tak pernah berhenti menyinggah di kotak fikiran... 'Apakah ibadah yang dilakukan itu diterima, andai larangannya dilaksana dalam masa yang sama?' Dan peroalan itu berlalu pergi saat tersedar bahawa ana bukanlah sesiapa untuk mempersoalkannya...

Sedihnya, bila sahabat yang dahulunya sering berkongsi rasa, sudah dicuri dan dirampas oleh 'dia'.
Segala aktiviti yang kami lakukan bersama, kini hanya tinggal kenangan semata.
Segalanya hanya kerana 'dia'.

Bunyinya agak selfish, tapi ana berhak punyai perasaan itu andai 'dia' itu tidak halal bagi sahabat ana.

Pernah timbul perasaan iri pada 'dia', namun kerana bimbang ianya bertukar benci, ana lupakan perasaan sakit hati itu. Demi persahabatan yang lebih setahun bersemi, ana diamkan pada lahirnya, dan hanya mampu berdo'a pada zahirnya.

Kemesraan kami dah tak macam dulu. Ana tau dia juga rasa akan keganjilan perhubungan kami. Saat saling bertegur sapa, sangat jelas ke'ganjil'an aura itu. Tiada langsung kemesraan dalam perbualan kami. Umpama suatu ketika dahulu. Seperti tidak ikhlas nada suara kami. Tegur hanya sekadar ingin mengambil hati masing-masing. Tegur sekadar ingin menidakkan kedinginan hubungan kami. Allahu Akbar... Sungguh tidak enak sekali perasaan itu!

Sahabatku, dulu engkaulah yang menjadi tempat luahan rasa hati. Kini aku terpaksa mencari pengganti. Kerana kau terlebih dahulu mencari penggantiku. Aku redha kiranya yang mengganti itu lebih baik dariku, tapi tidak jika dia haram untukmu jua untukku.

Hampir sebulan bercuti. Hampir sebulan juga kami tidak bertegur sapa. Beberapa sms ana layangkan padanya. Tapi tak ada satu pun yang dibalas. Entahlah. Mungkin salah ana sendiri sewaktu menegurnya dulu. Namun sejujurnya, tak dapat ana terima kiranya dia mengetepikan sahabat-sahabat lain demi seorang yang bernama LELAKI!

Sahabat, andai aku masih lagi kau anggap sebagai sahabatmu, berjanjilah agar kau tidak melakukan apa yang Dia telah larang kita dari melakukannya. Aku sedia menerimamu kembali, andai bukan 'dia' yang menjadi penghalang. Andai kau tak mampu membuat pilihan antara kami, maka lakukan apa sahaja yang kau mahu, tapi dengan cara yang diredhaiNya, dengan cara yang halal. InsyaAllah i'll come to your wedding :)

Iinilah kisah ana. Dengan seorang yang bernama sahabat. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Na'am. Betul. Allah telah hantarkan beberapa sahabat yang lain sementara dia (sahabat lama) menjauhkan diri. Alhamdulillah ya Allah :)

Jadinya, bersyukurlah dan hargailah sahabat entum semua. Setiap antara mereka adalah berbeza dan perbezaan itulah yang membuatkan mereka istimewa. Syukran ya sodiqoti! :)

24 October 2011

Ku tangguhkan dulu nikahnya

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Selawat dan salam ke atas junjungan baginda Nabi Muhammad s.a.w.

Subhanallah.
Beberapa hari lepas, ana selesai membaca buku Aku Terima Nikahnya :)

Allahu Akbar.
Ana paling terkesan pada bab terakhir, Murabbi Cinta, Seorang Nabi.

Subhanallah.
Entum semua patut baca buku tu, especially for the last part.
Kita semua selalu tertinggal bab ni.
Kononnya kita dah habis cinta pada Allah dan RasulNya.
Tapi dalam masa yang sama, dalam sedar atau tidak, kita melebihkan cinta itu pada yang lain.

Pada buah hati pengarang jantung mungkin.
Atau pada wang ringgit yang tak seberapa.
Atau, sesuatu yang kita telah jadikan setanding denganNya, NAFSU SYAHWAT.

Mana mungkin nafsu itu setanding dengan Allah 'Azza wajalla???

Itu kata kita.
Tapi perbuatan kita melambangkan yang sebaliknya.

Nafsu dituruti tanpa upaya mengekangnya.
Nafsu sering dimenangkan demi kepuasan yang seketika.
Kita patuh, kita taat atas segala yang diarahkan nafsu.
Apa yang Allah suruh, nanti dulu. Tolak ke tepi dulu.

Jadi sekarang ni dapatkah dilihat siapa yang kita taati? Allah, atau makhluknya bernama nafsu?

Demi menuruti hawa nafsu, kita ketepikan semuanya.
Demi hawa nafsu, kita layan perasaan 'cintan' yang merendahkan harga diri tu.
Demi hawa nafsu, kita tak kisah apa jadi pun, mesej dari 'si dia' mesti jugak kena balas.
Demi hawa nafsu, cinta Allah atau cinta Rasul, dilempar semuanya.
Cinta Allah dan Rasul, mana kita nampak? Di mana buktinya? Semuanya hanya ucapan di bibir semata.

Na'udzubillah.
Andai dapat ditafsir cinta dan kasih itu, tak beruapaya kita untuk membalasnya.
Subhanallah.
Cinta baginda, tatkala sakitnya sakaratul maut, masih kita yang diingatnya.
Walhal kita masih belum dilahirkan ke dunia. Entah wujud entah tidak.
Walhal para sahabat, ahlul bait, semuanya berada di depan mata.
Tapi kita, yang tidak selayaknya untuk diingati pun, masih tinggi martabatnya di mata baginda.

Sangatlah wajar, bila kita membalas cintanya dengan ingkar akan segala ajarannya.
Membalas cintanya dengan amalan harian yang sambil lewa, bagai melepas batuk di tangga.
Membalas cintanya dengan berkasih kasihan dengan yang haram, berbanding dengan diri baginda.
Sangat wajar kan???

Saat ana membaca helaian-helaian akhir Aku Terima Nikahnya, tersedar dari lamunan akan dosa yang menggunung tinggi. Terdetik di fikiran, layakkah aku walau untuk menatap wajahnya dari kejauhan? Dapatkah aku untuk berada dekat dengan baginda pada masa berlakunya huru-hara di Mahsyar kelak?

Allahu Akbar.

Sehingga kini, masih tertanya-tanya, di manakah aku di Mahsyar kelak?
Dalam keadaan tenggelam-timbul dalam lautan peluh?
Mahupun di sisi baginda Muhammad s.a.w?

Ingin ditegaskan, ana tak punya niat langsung untuk membuatkan entum atau sendiri, dari berhenti memikirkan dan membina jalan pembinaan Baitul Muslim itu sendiri.
Sebaliknya ana ingin kita sama-sama fikirkan dan renungkan, sejauh mana persediaan kita ke arahnya.
Jangan ikutkan kata hati semata, kelak bukan hanya badan binasa, tapi juga rumah tangga impian yang ingin dipanjangkan hingga ke Syurga!

Cinta kepada Allah dan kekasihNya Muhammad s.a.w, sejauh mana, dan sedalam mana cinta kita kepada mereka? Adakah sudah cukup dalam buat mendapatkan pasangan soleh/solehah dambaan hati?

Allahu Akbar...

Selesai bab cinta Allah dan Rasul. Sekarang masuk bab cinta sesama manusia. Tapi bukan cintan cintun ye (dah retired cerita bab-bab ni :) ). Sebaliknya cinta seorang ibu kepada seorang anak.

Seorang mak cik yang bermurah hati menceritakn cerita ni. Tak nak cerita dari awal, nanti pening tak faham.

Alkisahnya, seorang ibu memiliki dua orang anak. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Yang lelaki ni macam tak berapa okay sikit, atau abnormal tapi tak lah tahap serius. Masih boleh bekerja. Alhamdulillah seorang pak cik tokei kedai basikal ambil dia bekerja dan hari ini, mereka pergi ke suatu tempat, nak baiki basikal rasanya.

Tak lama kemudian, mungkin sebab si abang ni lambat balik dari hari biasa, mak dia pun telefon mak cik tukang cerita ni sebab kedai dia bertentangnan dengan kedai basikal pak cik tadi. Tanya macam-macam kat mak cik ni tapi yang paling jelas, dia minta no.telefon pak cik kedai basikal tu. Tak sampai setengah jam rasanya, pak cik ni datang dengan gaya ala-ala nak serang mak cik pencerita ni. Malas nak ambil tahu, nanti kata menyibuk hal orang tua. Tapi dapat ditangkap cerita sebenarnya.

Mak si abang ni marah sebab balik rumah lambat. Agak pelik jugak. Marah sebab apa? Masa tu baru tengah hari. Belum malam apatah lagi tengah malam. Kenapa lambat pulak? Then baru lah dapat tahu... Si adik dekat rumah tak ada orang nak jaga... Dan si abanglah yang ditugaskan untuk menjaga adiknya... Agak bernas juga jawapan tu sebab seorang kanak-kanak, kalau tak ada orang nak jaga. Dibuatnya jadi apa-apa kan susah?

Mungkin si ibu ni risau, takut apa-apa jadi pada anaknya... Tapi part yang paling buat ana terkejut sekali, si ibu ni tak bekerja pun. Cuma suri rumah tangga. Jadi apa masalahnya nak jaga si adik ni? Ghupa-ghupanya, si adik ni cacat... Dan si ibu ni dikatakan tak nak menjaga anak ke-2nya ni... MasyaAllah... Betapalah tingginya darjat seseorang itu andai dia bersusah payah menjaga anugerah Allah yang istimewa ni???

Teringat seorang sahabat zaman sekolah di SBP dulu. Nur Amira. Dia adalah pelajar top 10 sekolah. Bayangkan, punyalah susah nak dapat top 100, tapi Amira sentiasa jadi pelajar top 10 setiap kali peperiksaan. Subhanallah!

Dia sangat sangatlah tak lokek dengan ilmu. Pantang orang minta tunjuk ajar, dia akan ajar sampai faham. Biar dia belum buat ulangkaji sekalipun, dia tetap akan bantu kalau ada yang minta untuk dibantu. No wonder lah walau dalam kelas selalu je syahid (oopss), malam-malam lepas lights off tak pernah nak stay up untuk study, she still manage to be among the top 10's student! Allahu Akbar...

Dan salah satu rahsia yang dapat ana cungkil darinya, dia hanya dua beradik. Dan adiknya adalah kanak-kanak istimewa. Tapi berbezanya dengan keadaan tadi, Amira ni terlalu lah sayangkan adik dia ni. Mengikut dari apa yang dia cerita, dapat disimpulkan yang dia ni TAK PERNAH malu punyai adik sebegitu. Walaupun dia jenis yang agak sosial, tapi ada sisi positif dari dirinya. Mereka sekeluarga menatang si anak bongsu ni bagai minyak yang penuh. Malam malam selalu teman Amira ke public phone. Rindu pada adik katanya. Subhanallah.

Wujudkah lagi cinta dan kasih seperti ini?

Sekarang, back to reality. Ini kisah orang. Dan kebanyakkan kita tak kisah sangat pun. Sebab memang selalu terjadi kes ni. Tapi, andai kata, kalau Allah beri ujian yang sama kepada kita, dikurniakan seorang anak yang istimewa? Sanggupkah kita berdepan dengannya? Kita sibuk dok pikiaq kahwin tu senang ja. Ini mudah, ini senang. Tapi bab ujian-ujian yang bakal mendatang? Kita dah ready? Bukan badai rumah tangga semata-mata. Ancaman luar lagi? Dan perkara-perkara yang sewaktu dengannya?

Pikiaq lah sehabis pikiaq. Jangan menyesal di kemudian hari.
Ini bukan untuk memberhentikan kita semua dari menuju ke arah pembinaan Baitul Muslim.
Sebaliknya ini adalah salah-satu elemen yang perlu kita masukkan sebagai persediaan dalam menuju alam berumah tangga yang penuh masam, masin, pahit dan manisnya :)

Aku Terima Nikahnya, you really changed my life :)

20 October 2011

Aku Terima Segalanya

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahu Akbar.

Semakin lama semakin banyak yang Allah tunjukkan. Dari hari ke hari, dari semasa ke semasa. Alhamdulillah wa syukurillah!

Pertama-tamanya, feveret topik ana; Baitul Muslim. Alhamdulillah. Dah ana temui jawapannya, setelah sekian lama bergelut dengan masalah ni.

Mulai hari ini, ana berazam untuk tak akan merepek lagi pasal Baitul Muslim. Muktamad! Ianya adalah satu tajuk yang amat tinggi nilainya. Tapi tanpa ana sedari kadang-kadang sedikit sebanyak ana memberi gambaran yang kurang enak pada orang lain.

Mungkin kerana persepsi ana pada BM itu sendiri? Allahua'lam. Sebab, kalau entum kat luar sana memang dah ada persiapan untuk menghadapinya, apa juga yang ana cakap, mesti tak akan berbekas di hati :)

Tapi buat yang sedang mula berjinak-jinak dengan cinta HARAM atau cinta sebelum nikah ni, baik entum fikir-fikir balik apa yang ana nak cerita ni. Mana tahu, Allah akan buka pintu mata serta hati entum semua? :)

Hmm... Dah banyak yang ana baca setakat ni, dan alhamdulilah, ana dah lebih dari separa sedar. Bahawa ana ada misi yang lebih besar dari membina rumah tangga, sebenarnya. Entum kat luar sana yang dah diberi green light tu, lain cerita. Tapi boleh juga entum renung-renungkan~

Apa yang ana dapat simpulkan dari pembacaan-pembacaan sebelum ni, andai jalan untuk menuju BM itu masih belum dibuka olehNya, maka redhalah dan sabarlah dalam bermujahadah melawan hawa nafsu. Sedar atau tidak, kita hanya perlu menunggu dalam 4-5 tahun je lagi. Apalah salahnya kalau kita bersabar sikiiiiiit je lagi.

Tak berbaloi rasanya kalau sampai nak merayu-rayu, memberontak semata-mata nak kahwin. Memang tak berbaloi. Lainlah kalau dah ada ekonomi yang stabil. Tu lain cerita. Tapi kalau fakta-fakta di atas masih tak dapat halang keinginan tu, ingatlah, 4-5 tahun tu je masa untuk kita jadi diri kita sekarang.

Diri kita yang gila-gila.

Yang kadang-kadang memerintah adik-beradik ikut suka.

Yang kadang-kadang cari pasal, bergaduh dengan adik-beradik sesuka hati.

Yang bersiar-siar di kota sampai kadang-kadang terlebih buang masa.

Mungkin ada yang kata, bukannya lepas kahwin tak boleh buat semua tu! Na'am, betul. Tapi TAK SEMUA benda tu yang kita boleh buat lepas kahwin. Kan kan kan? Lepas ni kan dah ada keluarga sendiri. Suami/isteri, anak-anak, keluarga mertua. Macam-macam lagi. Entum boleh jamin ke entum akan ada masa nak buat semua tu?

Tak dinafikan juga, berkahwin akan mengajar kita baaaaanyak benda. Mengajar untuk jadi lebih matang. Untuk jadi lebih bertanggungjawab. Untuk jadi lebih berdikari. Dan macam-macam lagi yang ana tak tahu. Maklumlah, ana tak ada pengalaman lagi ~

Setakat ni, fakta-fakta yang ana dah temui ni berjaya membenteng diri dari terus terjebak dengan angan-angan dan impian yang belum pasti. Moga entum semua juga begitu. Janganlah kita semua terjerumus atau menjerumuskan diri kita sendiri bukan sahaja ke dalam lembah kehinaan, malah ke dalam Neraka! Na'udzubillah!

Bersabarlah. Itu sahaja yang dapat ana katakan. Buat entum semua, juga buat diri sendiri. Janganlah kerana cinta yang sementara, yang mengundang dosa itu yang kita pilih, membuat kita free-free je dihmban ke Neraka.

Pasti yang berkata; kau tak kena lagi penangan cinta. Mana kau nak tau apa rasanya!

Hmm... Siapa kata?

Ana akui, bukan mudah nak melawan perasaan. Dan bukan mudah untu bermujahadah jika kita memilih untuk melawannya. Tapi yakinlah dengan janji Allah, Dia pasti akan mudahkanjalan hambaNya yang berusaha dan bergantung harap padaNya. InsyaAllah. JanjiNya adalah pasti, yang tak perlu diragui lagi :)

Macamana nak berhenti dari terus berhubung? Nak nak pulak kalau dah terbiasa berhubung, berSMS, bercalling-calling dari pagi hinga ke tengah malam?

Menipu rasanya kalau entum boleh terus berhenti mendadak dari menghubungi si dia pengarang jantung dan buah hati tu. Melainkan kalau hati dan imanentum betul-betul mantop. Jadi, apa yang ana nak cadangkan, dan ana sendiri melaksanakannya, adalah, berhentilah secara perlahan-lahan. Sebagaimana perasaan itu berputik dan bercambah secara perlahan-lahan, kita sekatlah ia secara perlahan-lahan juga.

Macamana? Cuba kurangkan dari berSMS sepanjang masa, kepada seminggu sekali. Agak-agak dah stable, kurangkan lagi jadi sebulan sekali pulak. Macam tu lah seterusnya. Kurangkan dan kurangkan. Sambil cuba kurangkan tu, pasang niat untuk tak berhubung terus. Sehinggalah sampai ke satu saat, kedua belah pihak dah mencapai satu tarikh untuk disatukan :)

Apa masalahnya nak berhubung? Bukan dating, atau pegang-pegang tangan ke apa??

Na'am. Betul. Tapi satu yang kita tak nampak. Itulah zina hati. Mungkin kita boleh cakap, kita immune kepada zina hati ni. Tapi, sejauh mana kebenaran yang entum ucapkan tu? Dan apa bahayanya zina hati ni?

Ana rasa ramai yang dah sedia maklum. Bahayanya zina hati ni sebab dia boleh melarat kepada zina-zina yang lebih besar dan dahsyat. Jadi, takkan nak tunggu dah terjatuh ke lembah maksiat, baru nak ambil safety precaution? Itulah sebabnya Allah ingatkan dalam firmanNya, supaya JAUHI zina. Termasuklah zina hati.

So, kalau kami memang dah rancang nak kahwin, bila kami boleh bincang kalau nak contact pun tak boleh?

Ok. Entum rancang nak kahwin tu bila? Minggu depan? Bulan depan? Atau tahun depan? Atau masih tak nampak lagi masa depan?

Ana nak kongsi apa yang ana baca. Dan kebanyakkan yang dibaca semua menyampaikan mesej yang sama;

Kalau tak ada perancangan untuk melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat, jangan dok gatal nak menguji lautan cinta!

Dan inilah yang ana pegang. Setelah beberapa kali ana pandang atas bawah atas bawah pada diri sendiri, ana dah mnegkonklusikan, yang ana memang tak berhajat langsung nak berBM dalam masa terdekat ni. Even unutk setahun dua yang akan datang. Mana taknya, ana ana perempuan sulung, dan masih banyak lagi yang ana perlu laksanakan demi tanggungjawab kepada keluarga.

Mustahil ana nak hancurkan hati kedua ibu bapa yang sedari kecil lagi medidik dan membesarkan ana adik-beradik.demi turutkan kata hati yang sebenarnya tak lah bersedia sangat pun nak mengharungi alam berumah tangga ni. Banyak yang perlu dipelajari, bak kata ayah.

Baru baru ni ana ditemani ayah, ada search tentang course outline, subjek-subjek yang bakal ana ambil di main campus nanti. Allahu Akbar. Menambah kegerunan ana untuk terus bebankan kepala, memikir soal BM. Mana taknya, kebanyakkan subjek tu ana tak pernah dengar pun. Terfikri sejenak, ada masa ke nak fikir pasal BM ni masa buat degree nanti? Allahua'alam... Tambah-tambah lagi, ayah cakap, 8 tahun akan datang, ana akan ada 5 orang anak. Oh ayah, jauhnya yang ayah angankan...

So sekarang, ada bran lagi nak bercakap pasal BM? Dah cukup sedia nak harungi kehidupan berumah tangga? Bak kata Ustaz Hasrizal dalam bukunya, sedangkan ustaz ustazah pun ada yang bercerai berai, inikan pula kita yang ilmunya dangkal sejengkal.

Ana sarankan, belilah, dan bacalah buku ni; Aku Terima Nikahnya, supaya entum akan terbuka mata hati dan jiwa, seperti ana, atau lebih luas lagi. Bahawa skop Baitul Muslim ni sangatlah luas, dan sesungguhnya kita tak akan dapat hatta membayangkan pun apa sebenarnya yang akan kita lalui, sama ada lebih mudah atau lebih sukar dari apa yang ustaz kongsikan :)

Bersedialah. Dengan sebenar-benar persediaan. Dari segi mental, fizikal, dan dari segenap sudut. Bersabarlah, hanya untuk beberapa tahun lagi. Andai sudah ditakdirkan, percayalah, jodoh tu tak ke mana. Gunakanlah beberapa tahun itu sebaiknya :)

Ya Allah, aku terima segalanya, yang telah Kau takdirkan buat kami. Peliharalah hati dan iman kami, demi sebuah cinta dan ikatan hati nan suci.

17 October 2011

Aku Terima Nikahnya

Dengan namaMu ya Allah, yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Allahu Akbar.

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Alhamdulillah, segala puji dan pujian buatNya, yang masih memberi ruang dan kesempatan buat kita semua, untuk bernafas, berbakti dan membuat amal sebagai bekalan di muka bumiNya ini. Dan dengan izinNya juga, dapat kita bersua kembali di alam maya ini.

Syukur ya Allah.

Hampir seminggu blog ni dibiarkan sepi. Bukan akibat kekangan waktu, tapi masalah internet yang tak tahu hujung pangkalnya. Alhamdulillah, setelah sekian lama, baru semalam internet boleh digunakan kembali.

Hmmm... Dah masuk minggu ke-3 (rasanya) bercuti, duduk goyang kaki di rumah. Ayat yang menunjukkan kurangnya pengisi di rumah... Currently sedang menghabiskan pembacaan kitab Aku Terima Nikahnya karangan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Syukran ya Allah, Kau pertemukan aku dengan sebuah karya yang berjaya membuka mataku seluasnya, akan gambaran sebenar hidup berumah tangga.

Aku Terima Nikahnya.

Hanya satu ayat pendek yang mudah disebut dan diingat sekali lafas. Namun isi tersiratnya tak ramai yang mampu ungkaikan. Alhamdulillah, buku ni sudah dapat membenteng diri, supaya tak senang-senang aje beritahu pada mak dan ayah, 'saya nak kahwin'. Sekurang-kurangnya buat masa sekarang :)

Realiti sebenar dalam melayari bahtera kehidupan, yang kebanyakkannya yang dihadapi oleh ustaz sendiri, banyak menggerakkan ana untuk mengkoreksi diri sendiri. Kahwin itu bukanlah suatu perkara yang mudah seperti kebanyakkan remaja sekarang yang semudahnya menyatakan, 'cuba dulu, baru tahu.'

Ya memang benar, dalam perkara kebaikan, Allah akan bantu kita dalam menghadapinya. Namun tahukah kita, bila saatnya Allah akan beri bantuan itu? Adakah saat kita berdepan dengan masalah, Allah akan beri pertolongan di saat itu juga?

Walaupun ana tak khatam lagi buku ni, tapi ana boleh katakan dalam 60-70% ana boleh dapat sebagai persediaan membina Baitul Muslim. Subhanallah! Hanya dengan sebuah buku, kompilasi 3 dalam 1, yang harganya tak mencecah pun 3 angka!

Banyak yang ustaz bicarakan. Banyaknya itu hingga membuatkan ana jadi gerun untuk berumah tangga! Namun kegerunan itu tak akan pernah membuat ana serik dalam membina impian dan harapan untuk membina Bait Al-Muslim :)

Dari mencari calon pasangan, hingga setelah beranak-pinak, semuanya ada. Macamana nak cari pasangan hidup berdasarkan syariat, bagaimana menguruskan kehidupan kekeluagaan di samping dengan tuntutan kerjaya, bagaimana untuk mengelak serta menguruskan masalah-masalah dalam rumah tangga, bagaimana mendidik anak-anak mengikut garisan Islam dan banyak lagi. Tak boleh cerita banyak-banyak, nak tau kena baca sendiri. Baru ada feel!

Teringat sahabat-sahabiyyah seperjuangan, yang segelintirnya mengahadapi masalah dalam bab-bab Baitul Muslim ni. Tak sampai hati membiarkan mereka tenggelam dengan angan-angan yang masih belum boleh untuk dicapai. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum mengatakan 'saya dah ready nak kahwin'. Sejujurnya, terlalu banyak yang perlu diambil kira.

Namun ana juga akui, ramai yang sudah pun melepasi garisan kebimbangan ni. Tapi bagi yang sedang on the way tu, belajar-belajarlah dulu. Lebih kurang macam pepatah orang Melayu, terlajak perahu boleh diundur, kalau dah terlajak kahwin?..... Pandai-pandailah sambung ye... :)

Allahu Akbar.

Tiba-tiba perasaan nak kahwin awal tu dah makin menjauh... :) (tapi tak mustahil untuk datang balik kan?)

Sebabnya, bila dah baca buku ni, rupanya baaaaaaanyak lagi yang tak ready sebenarnya. Bila fikirkan balik, apalah salahnya korbankan 3-4 tahun, demi sebuah kehidupan rumah tangga yang kekal hingga ke Syurga! (ececeh...)

So, think first, before make out a BIG decision.

Langgar kereta jiran.

Ok. Yang ni berlaku hari Juamaat lepas. Dok kelam kabut sangat reverse kereta sebab nak hantar adik-adik pergi solat Jumaat, terciumlah kereta jiran depan rumah...

Memandangkan ni first time punya accident sejak dapat lesen, jadi memang tak tahu nak buat apa. Lepas dah langgar tu, pergi surau dulu. Dah balik tu, baru pergi depan rumah jiran dengn muka takut, nak minta maaf =,=

Alhamdulillah, tak kena torture pun, cuma kena bayar ganti rugi...

Rasanya sampai sini je coretan kali ni... Tak sabar nak habiskan, AKU TERIMA NIKAHNYA!

p/s: semakin bersemangat untuk belajar lagi tentang ilmu munakahat :)

07 October 2011

Ayah.

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Subhanallah. Sudah masuk hari ke-8 rupanya bersemayam di Baiti Jannati.

Indahnya perasaan itu. Bersenang-senang di rumah, tanpa perlu menghadap buku-buku, tutorial, kuiz dan semuanya.

Tapi keindahan itu tak berpanjangan. Macam biasalah, bila dah ada depan mata, mana nak pernah dihargai. Samalah macam yang dialami sekarang. Mulanya seronok duduk makan baring tidur kat rumah, lama-lama perasan 'mengada-ngada', tak sabar nak naik sem baru, menjelma sikit demi sikit. Ohh diriku...

Saban hari rutinnya sama, kemas rumah, basuh pinggan mangkuk, basuh & jemur kain baju, memasak, dan lain-lain kerja rumah. Ambil dan hantar adik-adik ke sekolah, atau tuisyen atau ke mana-mana je. Ada masa tengok korean's reality show; Running Man. Dan rutin sampingan; baca kitab 'Aku Terima Nikahnya' :)

InsyaAllah esok akan menjejakkan kaki ke CFS PJ, untuk kursus MUET selama dua hari.

Dan kali ini, sangatlah berbunga-bunga-bunga hati ini untuk bercerita tentang salah seorang dari kekasih hati; ayah.

Impression pertama, hampir semua orang tentang ayah ana, garang. Dari dulu sampai sekarang, memang impression tu tak pernah berubah. Zaman ayah betul-betul garang, atau zaman ayah dah tak garang, impression mereka tetap sama. Ohh ayah...

Ana akui, ayah memang garang. Garang ayah sekarang tak setanding zaman kami adik-beradik sebesar bantal peluk dulu. Sampaikan kami adik-beradik tak berani nak berjenaka pun dengan ayah. Pantang antara kami bergaduh, memang siap. Ayah tak tanya siapa yang salah, sebaliknya dua-dua pihak akan kena. Siap boleh buat pilihan lagi, nak rotan atau tali pinggang. Prinsip ayah senang, hulur je tangan. Zappp sekali, habis cerita. Tapi adik-adik ana jarang yang kena sekali, selalunya akan kena lebih dari sekali. Sebabnya masing-masing tak berani nak hulur tangan. Dah macam tu, sure la kena lebih...

Kadang-kadang ayah tak sampai hati pun nak rotan kami. Jadi, dendanya.....

'Angkat sebelah kaki, dua-dua belah tangan pegang telinga. Kalau jatuh, siaplah!'

Kadang-kadang tu siap main kejar-kejar dalam rumah. Tapi nak buat macamana, still tak dapat terlepas dari hukuman ayah...

Tapi itu kisah dulu. Kan ada pepatah, dulu lain, sekarang lain. Macam tu jugalah ayah ana.

Sekarang ni ayah lebih cool. Walau kadangkala ayah ada jugak naik angin. Tapi rasanya orang yang normal memang akan ada perasaan tu. Tapi sepanjang baca  buku 'Aku Terima Nikahnya', ana dapat rasakan cara didikan ayah kepada Ustaz Hasrizal jauh berberza dari cara yang digunakan ayah. Lain orang lain caranya. Apapun alhamdulillah, kami berjaya menjadi manusia hingga saat ini :)

Teringat cerita adik sewaktu makan malam tadi, katanya masa kawannya datang beraya rumah kami hari tu, kawannya saja bagi alasan untuk buang sampah dan pergi ke dapur. Tapi bila adik ana tengok matanya berair. Ditanya kenapa? Jawabnya, takut dengan ayah ana. Ohh ayah...

Itu kisah adik yang bongsu. Kisah adik perempuan pun lebih kurang sama. Cuma tak lah sampai menangis. Kawannya punyalah takut bila bercakap dengan ayah. Nak nak pulak ayah cakap, hari tu dia memang sengaja nak sergah kawan adik tu. Ayah ayah...

TAPI..... Sebenar-benarnya, ayah sangatlahhh baik. Cool saja... Ayah suka bercerita. Kalau layan ayah bercerita, memangboleh ngam punyalah. Teringat dulu, kalau ada antara kami adik-beradik yang kena marah dengan mak, senyap-senyap ayah ajak keluar. Pergi jalan-jalan, ambil angin... Ayah oh ayah... :)

Ayah pun selalunya tak susah to deal with. Kalau nak minta kebenaran ke, nak minta duit ke. Ayah mesti mula-mula akan tanya habis-habisan.

A: Ayah, nak rm50. Nak beli buku.
Ayah: rm50? Nak buat apa? Beli buku apa? Kat rumah tak cukup lagi ke buku? Kenapa mahal sangat?

Sambil ayah 'interview' tu, tangannya pun sibuklah keluarkan not rm50... Ayah ayah...

Tapi, kalau ayah marah, jangan pernah berani nak melawan. Silap haribulan bolehkena lempang!

Tapi zaman kami adik-beradik dah besar ni, jarang dah kami kena 'punishment'. Selalunya kalau kena pun adik-adik ana yang lelaki tu. Maklumlah, nama pun lelaki. Mana nak duduk diam.

Walau apapun, hukuman tetap hukuman. Tapi ringan dah sikit. Ana tengok sekarang ni kalau ayah nak rotan pun macam tak nak rotan je. Ayah gelar sesi kena rotan tu sebagai main tingting. Sebab adik-adik akan terlompat-lompat bila ayah rotan kaki mereka... :)

'Hah, main tingting. Main tingting! Lompat lagi, lompat!'

Terkadang ana dapat melihat senyuman kecil ayah di saat ayah merotan adik-adik. Tak adil tak adil!

Apapun, alhamdulillahi rabbil 'alamin 'ala kulli hal ya Allah. Kau kurniakan kepada kami seorang ayah yang penyayang, walau kadangkala tidak kami nampak kasih dan sayangnya itu. Moga Kau sentiasa berkati kedua ibu bapa kaim ya Allah. Ameen.

Notakaki: Packing packing. Esok kena overnight di CFS.

05 October 2011

Da'ie zaman moden.

Dengan namaMu ya Allah, yang Maha Pemurah  lagi Maha Penyayang.

Selawat dan salam atas junjungan baginda Nabi Muhammad S.A.W.

Alhamdulillah, terus diberi peluang. Masih bernafas dari hari ke hari. Hingga tibanya saat itu. tiada siapa pun yang tahu.

Saat diri masih bernafas, berharap dapat memeberi sesuatu. Andai tidak mahu diambil dan dihargai orang lain, moga diri sendiri dapat mengutip ibrahnya.

Da'ie.

Ana malu mengaku diri sendiri sebagai da'ie. Mengajak manusia ke arah kebaikan, juga mengajak meninggalkan kemungkaran, namun diri sendiri kadangkala turut tergelincir. Malah adakalanya mungkin lebih jauh tersasar dari mad'u.

Ana punya ramai sahabat seperjuangan. Subhanallah. Hebat mereka ni. Dari segi ilmunya, sifat kepimpinannya, macam-macam lagi. Tapi ana sedih. Bukan kerana ana tidak ada apa yang mereka ada. Cuma sedih, kerana mata ini seringkali melihat kelemahan orang lain walhal diri sendiri juga punya banyak kekurangan. Tapi moga apa yang ingin ana kongsikan dapat difahami. Oleh diri sendiri juga.

Dalam diri dah ada fikrah perjuangan, tapi perhubungan dengan ajnabi kurang dititik beratkan. Sedih. Lebih-lebih lagi bila terjadi pada sahabat terdekat. Dan bertambah-tambah sedih lagi bila nasihat yang diberi hanya dilempar ke dalam longkang. Mungkin itulah yang dipanggil ujian :) Hmm mungkin cara teguran tak kena. Atau ada silap kat mana-mana. Allahua'alam. Tapi bila dia berkongsi dengan orang lain, itu dan ini, suruh hayati itu dan ini, insaflah, bertaubatlah, tapi dalam masa yang sama, dia buat sesuatu yang tak sepatutnya. Rasa sedih tu, hanya Allah yang tahu.

Ada juga yang lantang menegakkan kebenaran, aurat mesti dijaga. Mengutuk bagi yang tak jaga. Alhamdulillah, sebab dalam menegur yang tak betul, turut disertakan apa yang betul. Tapi sayang, teguran hanya bab aurat. Na'udzubillah mungkin dirasa pemakaian diri sendiri dah sempurna. Sebab tu berani tegur orang lain. Tapi bab-bab lain tak pula dipandang sebagai wajib. Mana yang halal mana yang haram. Masih juga tentang hubungan dengan ajnabi. Mungkinkah sebab dia tak tahu, sama ada hubungan itu halal atau haram? Bermesraan dengan ajnabi walau dalam telefon/internet itu halal atau haram? Mungkinkah dia tidak tahu? ...

Sedih lagi. Bila orang hebat dalam lapangan dakwah, tapi hubungan dengan para da'ie yang lain, hambar. Hebat dalam berdakwah, tapi percakapannya seringkali mengguris hati orang lain. Mungkin tidak bagi yang dah biasa dengannya. Tapi bagi orang-orang yang baru mengenalinya? Apakah ini contoh yang nak diberikan buat para mad'u di luar sana?

Mungkin pendapat ana selama ini boleh dipersetujui. Semuanya adalah kerana perasaan; apa yang aku buat ini adalah betul. Atau, aku lebih baik dari orang lain. Tak dinafikan, ana sendiri tak dapat lari dari perasaan ini kadangkala. Tapi sebolehnya ana cuba jauhinya. Dan mungkin entum juga. Cuma sedih bila adanya mereka-mereka yang tak cuba peranginya. Atau mungkin ada yang mencuba, tapi cepat pula mengalah dan putus asa.

Allahu Akbar.

Ana ingin sama-sama dengan mereka. Cuma ana tak kuat untuk berkata apa lagi. Beberapa kali mengajak, tapi tiada reaksi seperti ingin ambil peduli. Entahlah. Mungkin salah pada diri sendiri semestinya. Mungkin kerana diri sendiri tak punya kualiti yang begitu baik untuk mengajak mereka kembali sama-sama ke landasan sebenar.

Mungkin itulah dia, yang dinamakan dugaan. Itulah dia, ujian.

Beberapa hari lepas, bersembang dengan seorang junior sekolah dulu.

Bercakap tentang pembinaan gereja kat Bukit Jalil sana. Dengarnya gereja paling besar di dunia. Allahua'lam. Paling besar atau paling tak besar sekalipun, ia tetap gereja. Mungkin tak semua yang ada perasaan itu, tapi ana ada. Perasaan apa?

Takut. Takut hingga tak mampu bayangkan bagaimana keadaan Islam kelak selepas pembinaan gereja tu. Allahu Akbar. Satu persatu. Mula-mula 'monyet emas' di Batu Caves. Sekarang gereja pulak. Sebelum terciptanya semua tu pun, kita dah dapat lihat bagaimana keadaan Islam sekarang. Esok lusa? Agak-agak macamana? Allahua'alam.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, nak kisah buat apa? Bukan kita yang nak pergi gereja tu pun! Na'am memang betul, dan mudah-mudahan tak ada siapapun antara kita akan pergi ke sana. Tapi orang lain? Anak-anak muda sekarang ni? Siapa yang tahu? Bukannya ada kaitan dengan kita kan? Betul ke tak ada kaitan langsung dengan kita?

Ouh para da'ie di luar sana, benarkah tak ada kaitan dengan kita? Kalau jawapan entum adalah ya, malulah dengan diri sendiri. Adakah kita di dunia ini hanya nak masuk Syurga seorang diri? Dan adakah dengan keputusan tak-ambil-peduli masalah orang lain tu mampu membawa kita ke JannahNya? Rasanya entum semua ada jawapan itu.

Benarlah, sudah pun akhir zaman. Na'am, dari dulu lagi kita sedar, sekarang ni adalah akhir zaman. Tapi tindakan kita, rutin harian kita tak menggambarkan langsung yang kita dah bersedia menghadapi hari yang dijanjikanNya.

Dan itulah dia, da'ie zaman kini. Da'ie zaman moden.

Kalau aku nak sibuk hal orang lain, habis amalan aku macamana?
Kalau asyik nak fikir orang lain, macamana aku nak masuk Syurga?
Diri sendiri pun tak terbela, nak tambah pulak dengan masalah orang lain.
Mereka bukan adik/kakak/kawan aku.
Orang lain kan ada, suruhlah mereka.

Kalau inilah alasan kita, bolehlah pergi hantuk kepala masing-masing di dinding.
Kalau inilah alasan kita, jangan buat muka tak malu mengaku diri sendiri adalah da'ie.
Kalau inilah alasan kita, jangan terhegeh-hegeh buat muka sedih bila jadi sesuatu pada agama Islam.
Kononnya diri tu ambil peduli. Konon-kononnya.

Sampai bila kita nak buat sikap tak-ambil-peduli?
Sampai bila?

Nak bergerak seorang diri memang agak mustahil.
Sahabat seperjuangan pulak ramai yang agak tersasar dari landasan sebenar. Ada yang ok setengah bahagian, tapi setengah bahagian lagi kurang ok.

Tapi jangan bersedih. Jangan putus asa.
Mereka tetap punya fikrah yang sama.
Panggil mereka, ajak mereka sama-sama kembali ke medan yang sebenar.
Kerana kita adalah para da'ie.
Dan kita punya banyak tugas unutk dilaksana!

Buang rasa sedih, buang rasa ego.
Buang semuanya.
Sekarang bukan masa unutk emo-emo.
Sekarang bukan masa nak terasa hati, atau berkecil hati.

Sekarang adalah masa untuk bertindak!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...